PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Friday, October 10, 2014

SOALAN DAN JAWAPAN

Soalan 4.

a. Bagaimanakah fenomena penyahutanan berlaku di Malaysia?    [3]
 
Fenomena penyahutanan bererti pemusnahan sumber-sumber hutan yang berlaku secara besar-besaran. Di negara-negara Asia tenggara, fenomena kemusnahan dan kepupusan ini berlaku melalui pelbagai cara. Antaranya ialah:
i.       Pembukaan tanah baru yang melibatkan kawasan hutan untuk pelbagai pembinaan kawasan industri, jaringan pengangkutan seperti lebuh raya dan sebagainya. Kawasan dan sumber hutan akan dimusnahkan secara besar-besaran demi mengejar pembangunan atau untuk menampung pertumbuhan penduduk yang begitu pesat.
ii.     Melalui aktivit pembalakan yang tidak terkawal seperti pembalakan haram atau kegiatan pembalakan yang terlalu lama di satu-satu tempat. Aktiviti pembalakan tanpa kawalan akan menyebabkan segala spesies kayu yang berharga terutama sekali kayu keras tropika akan diambil tanpa mempedulikan usaha-usaha baik-pulihnya.
iii.   Amalan pertanian pindah. Melalui aktiviti hutan-hutan primer akan ditebang-bakar oleh puak-puak asli di kawasan pendalaman bagi menjalankan kegiatan pertanian mereka. Apabila sesuatu kawasan sudah tidak menjadi subur lagi ia akan ditinggalkan dan kawasan hutan yang baru pula akan dimusnahkan untuk dijadikan tapak pertanian. Proses yang sama dalam jangka masa yang terlalu lama akhirnya menyahkan hutan tersebut.
iv.    Melalui projek hidroelektrik. Aktiviti ini akan memusnahkan hutan dengan dua cara, iaitu pertama penebangan dan pembersihan hutan untuk pembinaan empangan dan kedua penenggelaman hutan bagi tujuan menakung air. Penenggelaman hutan lebih besar kemusnahannya melibatkan satu kawasan tadahan air dan sumber-sumbernya akan dilenyapkan terus.
v.     Kemusnahan semula jadi. Seperti kebakaran hutan besar-besaran yang berlaku secara semula jadi akibat cuaca panas El-Nino sepeti mana yang terjadi di sumatera dan kalimantan-Indonesia pada tahun 1997. Hutan juga boleh musnah akibat letusan gunung berapi atau ancaman perosak dan penyakit hutan.


b. Jelaskan dua kepentingan usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan sumber hutan di negara-negara tersebut.

Pemeliharaan hutan melibatkan aktiviti penjagaan dan pengawalan hutan daripada diteroka/dimusnahkan manakala pemuliharaan pula melibatkan aktiviti membaik-pulih sumber hutan yang sudah diteroka/ dimusnahkan. Antara sebab-sebab Hutan perlu dipelihara dan dipulihara.
i.       Untuk mengekalkan/mengawal kawasan tadahan air. Hutan menadah dan menyimpan air hujan melalui fungsi cegatan silara oleh kanopinya dan juga proses susupan. Oleh itu, simpanan air dalam tanah di kawasan hutan adalah tinggi. Air bawah tanah ini menyumbang/membekalkan air kepada sistem sungai agar sentiasa ada dan berterusan yang seterusnya menjamin kitar hidrologi sesuatu tempat tidak terganggu.
ii.     Untuk mengawal kadar hakisan tanih, tanah runtuh dan banjir lumpur. Hutan bertindak sebagai pelindung semula jadi tanah yang terbaik. Kanopinya yang berlapis-lapis serta cengkaman akarnya boleh mengurangkan kadar hakisan larian air permukaan seterusnya menjamin kestabilan cerun.
iii.   Pengekalkan ekosistem semula jadi dan menjamin kepelbagaian Biologi/kepelbagaian spesis daripada diancam kepupusan. Pengekalan alam semula jadi membolehkan pula pembangunan ‘eko-pelancongan’ dapat dilaksanakan yang berupaya menambahkan pendapatan negara-negara asia tenggara.enjamin bekalan kayu balak yang berharga pada masa depan.
iv.    Sumber hutan dikawal dan dipulihara maka sumber kayu yang berharga seperti meranti, cengal, seraya, keruing, jati dan sebagainya sentiasa ada,terjamin bekalannya dan berterusan. Hal ini akan dapat membantu mengekalkan pendapatan eksport negara-negara asia tenggara.
v.     Menjamin industri-industri yang bergantung sepenuhnya kepada sumber hutan boleh beroperasi pengilangan papan dan papan lapis, pembuatan perabot dan iks-iks yang berkaitan. Dengan itu, peluang pekerjaan masih terbuka sekali gus pengangguran dalam sesebuah negara dapat dielakkan. Jika sumber hutan tidak dikawal dan dipulihara maka industri yang bergantung kepadanya akan ditutup, pengangguran akan  berlaku.

vi.    Menjamin masyarakat orang asli meneruskan kehidupannya. Hutan sebagai persekitaran, habitat, sumber makanan bagi puak-puak asli yang masih ramai di negara-negara Asia tenggara. Masyarakat ini amat bergantung kepada sumber hutan.  Jika dimusnahkan, ’survival’ mereka akan terputus. Selain Itu, hutan juga bertindak sebagai medan untuk menjalankan penyelidikan khususnya yang berkaitan dengan perubatan dan herba.

No comments:

Post a Comment