PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Friday, October 10, 2014

SOALAN DAN JAWAPAN

Soalan 5
  1. Huraikan dua kesan negatif terhadap alam sekitar yang perpunca daripada aktiviti perindustrian yang tidak mengamalkan konsep pembangunan lestari. [4]

Di antara kesan-kesan negatif terhadap alam sekitar akibat aktiviti perindustrian yang tidak mengamalkan konsep pembangunan lestari ialah :
i.       Pencemaran udara oleh industri memproses yang membebaskan asap, hidro karbon, gas karbon dioksida, sulfur dioksida dan lain-lain partikel terampai (pm 10) yang boleh meningkatkan Indeks pencemaran udara (IPU) serta menggalakkan fenomena Jerebu terutama sekali di kawasan estet perindustrian. Contohnya industri memproses kelapa sawit dan getah, kilang papan, kilang padi, dan lain-lain. Kuantiti dan kualiti atmosfera akan berubah dicemari oleh gas teroksida yang merbahaya untuk kesihatan dan biotik lain.
ii.     Penipisan lapisan ozon dan kesan rumah hijau boleh meningkatkan indeks suhu sekitar/pemanasan setempat atau global jika berlaku di seluruh dunia. Gas-gas rumah hijau terutamanya karbon dioksida dan karbon monoksida bertindak. Sebagai satu lapisan yang membenarkan bahangan matahari Masuk tetapi memrangkap bahangan bumi daripada dipantulkan semula ke angkasa. Manakala gas-gas CFC dan bromin bertindak memutuskan ikatan kovalen ozon yang menyebabkan sinar lembayung (UV) melepasi sistem atmosfera bumi dengan mudah. Kedua-dua mekanisme ini memaksa sistem bumi menerima input haba yang lebih banyak menyebabkan kesan peningkatan suhu sekitar.
iii.   Fenomena hujan asid. Industri petrokimia dan industri pemprosesan yang lain banyak membebaskan sulfur oksida, nitrogen oksida, karbon dioksida dan sebagainya. Bahan-bahan pencemar ini boleh bertindak sebagai nukleus kondensasi untuk nenarik wap-wap air, membesar, tepu dan akhirnya membentuk manik-manik hujan asid. Misalnya asid nitrit dan asid sulfurik. Hujan asid boleh menjejaskan ekosistem akuatik seperti plankton dan terumbu karang di samping melunturkan warna bangunan, merosakkan liang stoma daun serta tisu badan manusia.
iv.    Pencemaran air. Khususnya sungai dan laut yang menjadi tempat perlepasan enfluen sisa-sisa toksid industri, seperti industri membuat cat, sabun (detergent), petrokimia serta   industri memproses kelapa sawit dan getah. Lebih merbahaya jika sesetengah industri melupuskan sisa-sisa radioaktifnya ke dalam laut. Hal ini kerana bahan radioaktif tidak musnah dan merosakkan alam sekitar dalam jangka masa yang panjang. Pembuangan sisa toksid ke dalam sungai menyebabkan sungai beracun, meningkatkan kandungan bodnya serta beberapa jenis bakteria pencemar seperti coliform dan e-coli yang jelas menunjukkan kualiti air merosot.

  1. Bagaimana konsep pembangunan lestari boleh dilaksanakan dalam sektor perindustrian [3]

i.       Langkah penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat kepada mana-mana pengusaha/syarikat yang mencemarkan alam sekitar. Seperti kes-kes pembuangan sisa toksid, mencemarkan sungai, mencemarkan udara yang teruk dan lain-lain.hukuman dan denda maksimum patut dikenakan sepertimana yang diperuntukkan dalam akta kualiti alam sekitar 1974.
ii.     Selain itu,tindakan menggantung/menarik balik lesen operasi/menyita mana-mana syarikat yang tidak membersihkan persekitaran yang dicemarinya.
iii.   Di samping itu, langkah-langkah pemantauan dan kawal-selia yang lebih kerap dan tegas haruslah dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) berdasarkan standard kualiti (SQ) yang telah ditetapkan. Pihak pengurusan kilang juga diwajibkan menyediakan laporan EIA dari masa ke semasa dan berterusan kepada pihak-pihak yang berwajib bagi menjamin industrinya sentiasa ‘mesra alam’.
iv.    Menguruskan sisa toksid dengan cekap dan berkesan. Terutama sekali sisa-sisa pepejal haruslah diuruskan dengan sistematik dan saintifik. Seperti setiap kilang mesti menyediakan takungan khas untuk simpanan sisa toksidnya dan tidak membuangnya ke dalam sungai, tasik, kolam dan lain-lain. Pada masa yang sama, sisa-sisa toksid tersebut mesti dirawat dahulu sehingga risikonya paling minimum sebelum dialirkan ke dalam sungai dan sumber air lain. Justeru bidang R&D dalam konteks pengurusan sisa pepejal haruslah dikembang-luaskan oleh setiap syarikat. Misalnya R&D dalam kitar semula bahan buangan agar ia tidak membazir begitu sahaja.
v.     Menguruskan bahan pencemaran udara. Industri yang melepaskan asap pencemar melebihi SQ yang dibenarkan oleh akta kualiti alam sekitar mestilah menggunakan beberapa kaedah sebelum bahan-bahan pencemar tersebut dilepaskan ke udara. Misalnya menggunakan sistem (filter) di dalam serombong asap, meninggikan serombong asap agar konsentrasi bahan pencemar boleh terserak dan tidak terkumpul di dalam atmosfera setempat.
vi.    Tidak menjalankan pembakaran terbuka seperti habuk kayu dalam industri pemprosesan kayu balak atau sekam padi. Sebaliknya bahan-bahan buangan tersebut boleh dikitar semula, dijadikan bahan mentah untuk IKS yang lain atau dibiarkan reput sebagai baja kompos.

vii.  Beralih kepada teknologi industri yang mesra alam dan tidak mencemarkan alam sekitar terutamanya dalam konteks penggunaan tenaga, sebagai contoh terlalu bergantung kepada bahan api fosil petroleum haruslah dikurangkan. Sebaliknya lebih banyak menggunakan tenaga alternatif yang murah dan bersih seperti menggunakan tenaga hidroelektrik, gas asli (NGV) atau menggunakan tenaga solar.

No comments:

Post a Comment