PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Friday, October 10, 2014

SOALAN DAN JAWAPAN

Soalan 3.

a. Berdasarkan contoh negara Malaysia, tunjukkan dua kesan fenomena penyahhutanan terhadap alam sekitar. [4]

i.                 Kesan ke atas sistem geomorfologi.
Penyahhutanan akan mendedahkan permukaan bumi secara langsung kepada pelbagai proses geomorfologi seperti luluhawa dalaman, hakisan dan tanah runtuh. Permukaan bumi kini kehilangan pelindung, kehilangan daya pengikat dan daya cengkaman tanah yang menyebabkan struktur tanah menjadi longgar dan cerun-cerun bukit menjadi tidak stabil. Wujudnya kesan-kesan galir dan galur dan kejadian hakisan serta tanah runtuh.

ii.               Kesan ke atas sistem hidrologi.
Bahan dari hakisan akan dimendapkan di dasar sungai lalu menjadi cetek yang boleh mempercepatkan fenomena banjir. Bahan regolith daripada hakisan dan tanah runtuh seperti kelodak, lumpur serta bahan ampaian akan memasuki sistem sungai, mengeruhkan air sungai. Penyahhutanan akan juga menghilangkan kawasan tadahan hujan yang menjadi stok / simpanan air utama kepada sistem saliran seperti sungai, tasik, kolam dan lain-lain menerusi edaran air bawah tanah. Proses susupan tidak berlaku, storan air tanah (akuifer) akan berkurangan, sumber air kepada sungai dan tasik juga akan berkurangan sekali gus boleh mengganggu sistem bekalan air.

iii.              Kesan ke atas Atmosfera
Penyahhutanan mengubah iklim mikro hutan / peningkatan indeks suhu sekitar. Penghapusan hutan menyebabkan kesan pemanasan setempat. Hutan tidak lagi boleh berfungsi untuk menyederhanakan suhu dan mengekalkan peratus kelembapan udara yang tinggi. Udara menjadi kering (dry air) permukaan bumi terdedah kepada bahangan matahari secara langsung tanpa ditapis dan diserap oleh tumbuhan. Akibatnya, suhu sekitar akan meningkat.

iv.              Kesan ke atas Sistem Ekologi
Penyahhutanan akan menyebabkan kesan negatif kepada biodiversiti. Spesies flora dan fauna akan diancam kepupusan berikutan daripada kemusnahan habitat dan ekosistemnya, serta rantaian makanan yang sedia ada. Selain kepupusan spesies, penghijrahan spesies juga akan berlaku untuk mencari habitat yang baru.



b. “Malaysia merupakan salah sebuah negara asia tenggara yang terbaik dalam melaksanakan program pengurusan sumber hutannya”. Huraikan dua kaedah pemeliharaan dan pemuliharaan yang dilaksanakan di Malaysia. [4]

Antara usaha-usaha yang telah dijalankan oleh malaysia ialah:
i.                 Penubuhan kawasan hutan simpan kekal yang dibahagikan kepada tiga kelas,iaitu hutan perlindungan, hutan berhasil dan Hutan lipur yang diuruskan dengan sempurna,  sistematik dan sainstifik. contoh: Taman Negara, Hutan Belum di perak dan Hutan Simpan Endau-Rompin di Pahang.
ii.               Langkah perundangan, meluluskan dan melaksanakan Akta Perhutanan Negara 1984 yang mengenakan hukuman denda dan penjara ke atas mana-mana individu / syarikat yang menceroboh kawasan hutan simpan kekal sama ada aktiviti, menebang, memotong, menggelang,menanda atau mengambil sumber-sumber yang ada dengan apa jua cara sekalipun.
iii.              Melaksanakan dua sistem penebangan hutan, iaitu Sistem Sebaya Malaya (MUS) dan Sistem Pengurusan Tebangan Memilih (SMS). Kedua-duanya membolehkan tumbesaran dan kematangan pokok dengan sempurna bagi menjamin keberterusan pengusahasilan dan pengeluarannya pada masa-masa akan datang.
iv.              Menanam semula hutan/perladangan hutan melalui projek Ladang Hutan Kompensatori. Spesis-spesis pokok kayu keras Tropika yang cepat membesar dan matang seperti Acacia Mangium, yamane, sentang, exotic, dan bantai ditanam semula secara sisematik dan saintifik di kawasan-kawasan hutan yang sudah dibalak

v.                Melaksanakan usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) khususnya yang berkaitan dengan sivikultur, penjagaan dan perawatan hutan daripada perosak dan penyakit ,biak baik pokok serta sifat dan kepelbagaian guna sumber-sumber hutan. Kebanyakkan program R&D dijalankan oleh FRIM dan UPM.  Di samping menjalankan program latihan perhutanan dan Sains Perhutanan.

No comments:

Post a Comment