PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Friday, October 10, 2014

SOALAN DAN JAWAPAN

Soalan 6

  1. Jelaskan dua punca utama yang menyebabkan bertambahnya pencemaran sumber air di negara-negara membangun. [4]

Sebuah negara yang dikaji ialah malaysia. Di antara punca-punca utama yang menyebabkan meningkatnya kadar pencemaran sumber-sumber air sama ada di dalam sungai, tasik, kolam, air hujan dan lain-lain.

i.                 Punca perindustrian. Meningkatnya kadar pembuangan pelbagai jenis bahan sisa perindustrian atau lebih dikenali sebagai sisa-sisa toksid seperti mineral terlarut, otoran minyak, bahan-bahan organik, bahan-bahan kimia, hampas dan lain-lain ke dalam sungai, tasik, kolam dan akhirnya ke laut (termasuk pembuangan bahan sisa radioaktif). Enfluen dan perindustrian ini bukan sahaja menyebabkan sumber air berbau busuk tetapi juga meningkatkan kandungan BOD dalam air yang boleh mencerminkan kualiti air tidak lagi bersih, teroksida (beracun), mengandungi berbagai jenis bakteria yang merbahaya seperti e-coli dan coliform yang boleh memusnahkan hidupan akuatik.    contoh kes seperti Sungai Gombak, Sungai Klang, Sungai Juru, Sungai Prai dan sebagainya.
ii.               Punca domestik. Meningkatnya kadar pembuangan sisa-sisa domestik dari perumahan seperti sampah sarap oleh penduduk dan juga sisa kumbahan terutamanya setinggan yang tinggal di tepi sungai. Sistem pembuangan sampah dan saliran najis yang tidak terurus telah menjadikan sungai sebagai mangsa yang paling mudah sebagai tempat buangan.aliran sungai akan tersekat, kotor dan berbau busuk.
iii.              Punca tumpahan minyak. Meningkatnya kejadian tumpahan minyak dan pada pembuangan bahan-bahan berminyak di kawasan laut, teluk, muara sungai dan di sekitar pelabuhan termasuk perlanggaran dan pembuangan oleh kapal-kapal tangki. Tompokan minyak akan menutupi permukaan laut menerusi proses pembauran. Kualiti air laut akan tercemar dengan ketulan-ketulan minyak mentah dan seterusnya memberikan impak negatif kepada ekosistem laut dan hidupan maritimnya. Banyak kes tumpahan minyak di perairan Selat Melaka dan Laut China Selatan.
iv.              Punca pertanian. Meningkatnya penggunaan bahan-bahan kimia (baja dan racun serangga) dalam bidang pertanian.  Bahan-bahan ini akan sebati dengan air hujan dan dilarut-resapkan ke dalam tanah, mencemarkan sumber air tanah seterusnya ke sungai serta tasik.
v.                Sektor ternakan seperti pembuangan najis khinzir juga menjadi punca utama pencemaran sungai. Sungai bukan sahaja berbau busuk dan sukar untuk mengalir (dianggap sebagai sungai mati). Contoh; Sungai Sepang di Selangor dan Sungai Nipah, Bukit Pelanduk Negeri Sembilan.
vi.              Punca pembangunan tanah. Meningkatnya aktiviti penyahutanan untuk pelbagai tujuan seperti untuk pertanian ladang, kawasan perindustrian, perumahan, jaringan lebuh raya, pembinaan lapangan terbang, padang golf dan sebagainya. Aktiviti ini akan mencemarkan sungai-sungai yang berhampiran.penyahhutanan akan menyebabkan pelbagai proses geomorfologi seperti hakisan dan tanah runtuh. Larian air permukaan akan membawa lumpur, kelodak, selut, bahan-bahan ampaian serta bahan enapan lain memasuki sistem sungai yang menyebabkan air sungai berubah warna,keruh dan berlumpur selain proses mendapan yang akan mencetekkan dasar sungai.


b.       Huraikan dua langkah yang perlu diambil untuk menjamin sumber air dalam negara tersebut bersih dan berterusan.  [4]

Bagi menjamin sumber-sumber air di Malaysia sentiasa bersih dan Berterusan, maka beberapa langkah patut diambil. Antaranya ialah :
i.           Penguatkuasaan undang-undang. Pengawasan yang teliti, pemantauan (kawal selia) dan tindakan yang tegas termasuk denda, penjara, menarik balik lesen operasi kepada semua pihak yang terlibat mencemarkan sumber-sumber air sama ada ke atas kilang, penternak, pemilik-pemilik kapal dan sebagainya. Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebagai Sebuah badan kerajaan diberi kuasa sepenuhnya untuk mengambil tindakan undang-undang seperti mana yang diperuntukkan di bawah Akta kualiti alam sekitar 1974.
ii.         Mempertingkatkan r&d untuk merawat air yang telah tercemar khususnya daripada perkumuhan kilang. Hal ini termasuk juga teknologi kitar semua air, memproses air misalnya memproses air laut yang mengandungi garam menjadi air tawar yang akhirnya boleh diguna atau mengubah teknologi perindustrian yang tidak mencemarkan air. Kajian, penyelidikan dan pengawasan kualiti air sungai dan laut/pesisir pantai hendaklah dilakukan dari masa ke semasa.  Mengawal aktiviti penyahhutanan terutamanya yang berdekatan dengan kawasan tadahn air. Hutan-hutan di sekitar 10 km persegi dari kawasan tadahan hendaklah dikekalkan. Hutan semulajadi bukan sahaja boleh bertindak sebagai kawasan tadahan untuk memastikan keberterusan sumber air, ia juga boleh bertindak sebagai penapis semulajadi (filter) yang paling berkesan untuk menjamin sumber air sentiasa bersih dan selamat. Justeru kawasan hutan simpan hendaklah dikekalkan daripada sebarang bentuk pembangunan tanah.
iii.       Kempen meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya air bersih dan menjaga sumber air sebagai penerus kehidupan. Kempen-kempen boleh dilakukan menerusi media massa, media cetak atau menganjurkan aktiviti-aktiviti sosial yang melibatkan masyarakat sekitar untuk menghayati kepentingan air. Contohnya kempen “cintai sungai kita”.  “hargai air” dan lain-lain yang berkaitan.

iv.         Mempertingkatkan kerjasama serantau bagi mengawal pencemaran laut terutamanya di perairan selat melaka. Sebagai rakan Asean, Malaysia, Indonesia, Singapura boleh bekerjasama dalam pelbagai aspek seperti rondaan dan pemantauan, berkongsi kos pemuliharaan perairan, perkongsian teknologi dan maklumat serta penyelarasan undang-undang dan peraturan laut agar aktiviti pencemaran laut khususnya oleh kapak-kapal tangki boleh dibendung.

No comments:

Post a Comment