PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Friday, October 24, 2014

MODUL SOALAN KEDAH 942/1 - BAHAGIAN A : ALAM SEKITAR FIZIKAL

BAHAGIAN A: ALAM SEKITAR FIZIKAL
( 40 markah )

Jawab soalan 1 dan satu soalan lain, sama ada soalan 2 atau soalan 3

1.
a)
Apakah yang dimaksudkan dengan  luluhawa mekanika ?


·        Proses pemecahan batuan
·         secara semula jadi
·         insitu
·        melibatkan perubahan bentuk fizikal batuan tanpa perubahan kandungan mineral batuan,


[ 3 markah ]




b)
Jelaskan pengaruh batuan terhadap proses luluhawa mekanika.


·        Batuan berstruktur – pemecahan bungkah dan peleraian butir
·        Rekahan batuan – membolehkan kemasukan air – membeku menjadi ibun – proses bajian ibun
·        Batuan lembut (tanah) – proses pembasahan (batuan mengembang) – proses pengeringan ( batuan mengecut dan merekah )


[ 4 markah ]




c)
Terangkan pengaruh tenaga suria terhadap dua proses luluhawa mekanika ?


·        Menyebabkan proses pengembangan dan pengecutan batuan – siang panas batuan mengembang – malam sejuk/tiada tenaga matahari – batuan menuncup – batuan retak dan pecah
·        Menyebabkan proses pembasahan dan pengeringan – haba matahari mengeringkan batuan yang basah – batuan menguncup/mengecut – retak dan pecah
·        Tenaga matahari memanaskan air – mempercepatkan tindakbalas kimia dalam batuan


[ 4 markah ]




d)
Jelaskan hasil tindakan luluhawa terhadap aktiviti manusia di kawasan tropika lembap.


·        Luluhawa kimia – membentuk pandang darat karst – pelancongan – sumber ekonomi
·        Luluhawa kimia – membentuk tanah laterit – pertanian getah – sumber ekonomi / pekerjaan
·        Luluhawa kimia – membentuk tanah liat kaolin – seramaik / kosmetik – sumber ekonomi
·        Luluhawa organik – pembentukan humus – tanah subur
·        Luluhawa mekanika – pembentukan tanih - pertanian


[ 4 markah ]

[ 15 markah ]

  
  2.
  a)
Jelaskan faktor yang mempengaruhi proses pengangkutan bahan muatan sungai .
                                                                                                                                  [12]

a1.
Jenis bahan muatan sungai:
·        bahan berat – muatan diseret di sepanjang dasar sungai – bungkah batu besar
·         bahan yang ringan akan terampai atau terapung dalam aliran sungai


a2.
jumlah / kuantiti bahan muatan :
·        mempengaruhi kelajuan pergerakan/pengangkutan bahan – jika bahan banyak pergerakan bahan perlahan dan dalam jarak yang lebih dekat
·        jika bahan muatan sedikit pergerakan bahan lebih laju dan di bawa lebih jauh


a3.
Tenaga sungai :
·         apabila tenaga sungai kuat bahan berat akan diangkut dengan lebih banyak dan lebih jauh – bahan yang berat boleh diangkut  lebih jauh -  misalnya apabila banjir , hujan lebat atau cerun sungai yang mencuram
·        Apabila tenaga sungai lemah – musim kemarau atau aliran perlahan – jumlah bahan diangkut sedikit dan dalam jarak yang dekat – bahan berat dimendap


a4.
Bentuk alur sungai :
·        Lurus  - banyak bahan boleh diangkut – jarak angkut lebih jauh – sebab aliran deras
·        Berliku – bahan termendap/terperangkap oleh liukan –kuantiti sedikit – aliran perlahan


a5.
Kecerunan dasar sungai :
·        Cerun curam – aliran deras – banyak bahan/bahan berat diseret di sepanjang dasar
·        Cerun landai – aliran perlahan – kurang bahan diangkut – bahan ringan terapung


a6.
Dasar sungai:
·        Dasar sungai licin –mengurangkan geseran bahan – bahan diangkut lebih jauh
·        Dasar tidak rata / banyak bonjolan batu – bahan terperangkap – pengangkutan perlahan



[ I isi @ 2  markah  maksimum 6 isi ]



b)
Bincangkan pengaruh bentuk muka bumi pemendapan sungai mempengaruhi aktiviti  manusia.



               [13]

b1.
b2.

b3.

b4.

b5.





b6.



b7.


b8.
Pemendapan memberi faedah kepada kehidupan manusia   (1m )
Pembentukan delta – menjadi kawasan pertanian padi / petempatan penduduk – contoh Delta Irrwaddy / Menam Chao Phyara / Misissippi
Pembentukan dataran mendap/dataran banjir – mendapan lanar dan kelodak - menjadi kawasan pertanian padi – mendapan tanah lanar yang subur
Pembentukan tasik ladam –pemendapan yang memotong likuan sungai -  kawasan pelancongan / akuakultur
Pembentukan tetambak – mendapan lanar, kelodak dan pasir – membentuk tebing yang tinggi di muara sungai – digunakan sebagai jalan perhubungan, tapak bina petempatan dan penghadang banjir



Penghasilan pasir sungai – kegiatan melombong pasir untuk industri binaan
Walau bagaimana pun, pemendapan sungai juga membawa masalah kepada kehidupan penduduk:
Pemendapan mencetekkan sungai – menghalang perjalanan perahu atau bot pengangkut – menjejaskan pengangkutan dan perhubungan ke kawasan pedalaman yang menggunakan sungai
Pemendapan mencetekkan muara sungai / pelabuhan – menghalang kapal untuk berlabuh di muara atau dijeti/pelabuhan sungai – memerlukan kos untuk menggali atau memperdalamkan muara


[  1 isi x 2 m  / 6 isi  + 1m kesimpulan ]






3.  a )  Jelaskan bukti yang terdapat di permukaan bumi yang menunjukkan
             benua yang ada pada hari ini pernah mengalami hanyutan pada masa
             lampau.                                                                                                           [ 12 ]


a1 -  Bukti keselanjaran benua-  Wujudnya persamaan garis pantai antara pantai timur Amerika Selatan dengan pantai Barat Afrika. Kedua-dua benua ini sepadan dan boleh dicantumkan.

a2 – Bukti geologi- Persamaan geologi antara benua-benua yang berlainan – contoh cirri bijih besi yang dijumpai di Singhbum dan Bastar , India sama dengan yang dengan yang dilombong  Yampi Sound, Australia -. Bukti-bukti tersebut menunjukkan kedua-dua benua tersebut pernah bercantum.
a3 – Bukti iklim purba-  Bukti iklim merujuk kepada iklim sesebuah benua sebelum hanyutan benua berlaku. Cth, benua kecil India sebelum hanyutan benua berlaku dikatakan lebih lembap kerana berada berdekatan garisan khatulistiwa berbanding dengan iklim benua India sekarang. Bukti juga dijumpai di Antartika di mana sejenis fosil tumbuhan tropika dijumpai dalam batu arang. 
a4 – Bukti fosil-  Cth. Fosil sejenis paku-pakis jenis Glossopteris boleh didapati di benua AmerikaSelatan, Afrika, benua India dan benua Australia. Dengan terjumpanya fosil tersebut membuktikan bahawa pada suatu masa dahulu benua tersebut  merupakan hanya sebuah benua.
a5 – Bukti sistem gunung lipat- cth.  Tanah Tinggi Appalachian di sebelah timur benua Amerika utara mempunyai persamaan dengan banjaran-banjaran yang wujud di Scotland
 ( benua Eropah )

a6 -  Bukti kemagnetan -  S.K. Runcorn ( 1962 ), menyatakan bahawa batuan mempunyai kandungan mineral yang tertentu semasa pembentukannya dan akan menetap medan magnetnya supaya sama dengan medan magnet bumi iaitu ke arah utara . Kedudukan magnet batuan yang  mengarah ke arah kutub utara mula mengalami perubahan pada zaman geologi yang berlainan.  Kedudukan kutub utara sebenarnya tidak pernah berubah tetapi perubahan medan magnet batuan tersebut berlaku disebabkan pergerakan benua-benua.
Mana – mana4 isi x 3 markah=  12markah

 b )  Bincangkan kesan hanyutan benua tersebut kepada alam sekitar fizikal.    [ 13 ]
bx -  kesimpulan -   1 markah
b1 - Pemisahan benua-benua utama / pembentukan benua-benua-  Pergerakan atau hanyutan benua telah menghasilkan benua-benua baru seperti sekarang seperti benua Asia, Afrika, Amerika, Eropah dan sebagainya.

b2 - Pembentukan  jurang lautan selari dengan bumi-  Hanyutan benua telah menghasilkan jurang lautan terutama sekali di pinggir benua Asia, iaitu di Lautan Pasifik dan Lautan Hindi seperti Jurang Mariana, Jurang Mindanao, Jurang Jepun, Jurang Jawa, Jurang Puerto Rico dan sebagainya.

b3 – Pembentukan garis pantai yang panjang.-  Pemisahan benua tunggal( Pangea ) telah menghasilkan  benua dan pulau di permukaan bumi. Pembentukan benua-benua dan pulau-pulau telah menyebabkan kawasan pinggir pantai ( garispantai ) lebih panjang daripada sebelumnya.

b4. - Pembentukan pulau-pulau -  Sakibaki tanah yang tertinggal semasa hanyutan tersebut membentuk pulau-pulau atau gugusan pulau seperti Kepulauan Asia Tenggara, Madagascar, Hindia Barat dan kepulauan Pasifik.

b5. Pembentukan ciri-ciri fizikal khusus di permukaan bumi khususnya di kawasan pinggir pantai - cth. Pantai  fiord, tebing tinggi dan sebagainya.

b6 – Pembentukan laut dan selat -  Hanyutan benua telah mewujudkan laut-laut baru dan selat-selat seperti Lautan Pasifik, Lautan Atlantik, Lautan Hindi dan selat-selat seperti Selat Melaka , Selat Bass, Selat Gibraltar dan sebagainya.  

Mana – mana 6 isi x 2 markah + 1 markah=  12markah


No comments:

Post a Comment