PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Friday, October 10, 2014

SOALAN DAN JAWAPAN

Soalan  2

  1. Berdasarkan konteks sektor pertanian, terangkan secara ringkas konsep Pembangunan Berterusan  (lestari) .            [3]


Konsep pembangunan lestari dalam sektor pertanian pembangunan berterusan yang menggunakan pendekatan untuk mempertingkatkan sumber-sumber pertanian dan
produktiviti pertanian agar ia dapat memenuhi keperluan masa kini dan generasi akan datang. Nikmat kemajuan pembangunan pertanian bukan hanya untuk generasi semasa sahaja tetapi berterusan sampai ke bila-bila pun. Tambahan produktiviti dan
pendapatan dalam sektor pertanian komersil yang dinikmati kini.                                                                                            Pertambahan pengeluaran tanaman makanan mestilah dapat menampung keperluan penduduk semasa dan generasi seterusnya agar mereka juga tidak mengalami krisis.
Kelestarian juga bermakna  mengoptimumkan sumber-sumber pertanian khususnya sumber tanah agar ia tidak membazir dan terbiar, contoh pembangunan lestari dalam sektor pertanian adalah seperti kaedah pertanian hidroponik, kaedah kawalan biologi untuk mengawal perosak , penggunaan baja organik, amalan tanaman tutup bumi dan lain-lain kaedah yang membawa kesan yang paling minimum terhadap alam sekitar


  1. Berdasarkan kepada mana-mana sebuah negara di rantau Asia Pasifik,  jelaskan dua kaedah bagaimana pembangunan pertanian yang dijalankan di dalam negara tersebut boleh menjejaskan alam sekitar fizikalnya . [3]

Negara yang dipilih ialah Malaysia. Antara kaedah/amalan pembangunan pertanian yang boleh menjejaskan alam sekitar ;-

Alam Sekitar Fizikal ialah :
i.       Melalui program pembangunan tanah/pembukaan tanah baru untuk pertanian ladang oleh kerajaan atau swasta yang melibatkan kerja-kerja penyahhutanan secara besar-besaran seperti dalam rancangan pembangunan wilayah.  Penyahhutanan ini akan menyebabkan kemusnahan ekosistem serta kepelbagaian biologinya, keterdedahan tanah kepada hakisan, banjir lumpur, pencemaran dan kecetekan sungai dan lain-lain yang berkaitan.contoh-contoh kawasan yang pernah mengalami ialah seperti wilayah Jengka, Dara, Kejora, Kesedar dan juga Ketengah. Pada peringkat pembukaan tanah tersebut di sekitar tahun 1970-an. amalan pembakaran terbuka untuk pembersihan tapak ladang / tani atau untuk proses penanaman semula.
ii.     Satu kaedah yang paling cepat dan mudah bagi tujuan membersihkan ladang ialah melalui pembakaran, misalnya pembakaran terbuka di Ladang Tebu Chuping, Perlis, setelah tebu ditebang dan diambil.
iii.   Pembakaran kawasan sawah setelah padi dituai atau pembakaran pokok kelapa sawit yang telah ditebang untuk penanaman semula. Kaedah ini telah menyebabkan berlakunya pencemaran udara dan jerebu. Misalnya ketika negara dilanda fenomena El-Nino pada tahun 1997, amalan pembakaran terbuka di tapak-tapak pertanian telah memudaratkan lagi keadaan jerebu yang sedia ada sekali gus meningkatkan indeks pencemaran udara (IPU).
iv.    Penyemburan racun secara besar-besaran/penggunaan baja kimia berlebihan yang boleh menyebabkan pencemaran sumber air, tanah dan udara. Dalam konteks pembangunan pertanian ladang yang begitu luas, penyemburan racun dan penaburan baja biasanya dilakukan dengan menggunakan kapal terbang.  Kaedah ini bukan sahaja boleh mencemarkan udara malah memungkinkan berlakunya Hujan Asid,  walaupun pada skala yang kecil.selain itu,racun dan baja kimia yang dilarut-resapkan ke dalam tanah di kawasan pertanian menyebabkan sitem akuifer dan air bawah tanah tercemar. Larian air permukaan pula boleh membawa sebatian racun dan bahan kimia tersebut ke dalam sungai-sungai yang berhampiran dengan kawasan perladangan. Apabila sistem sungai tercemar dengan racun, ia akan memusnahkan ekosistem akuatik.
v.     Amalan pertanian tanpa tanaman tutup bumi dan tanpa jagaan yang rapi terhadap tanih pertanian.kawasan terbuka dan terdedah kepada hakisan percikan air hujan dan larian air permukaan yang boleh menyebabkan ketandusan tanih. Larian air permukaan  akan bertindak untuk mengangkut lapisan atas tanih yang subur (top soils) dan meninggalkan lapisan tanih yang kurang subur. Regolith tanih yang dibawa oleh larian permukaan itu pula akan memasuki sistem sungai, sungai tercemar , termendap / mencetekkan sungai, meningkatkan risiko kejadian banjir.


  1. Cadangkan dua langkah yang wajar untuk mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan pertanian terhadap alam sekitar . [4]

Langkah-langkah yang wajar diambil untuk mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan pertanian terhadap alam sekitar :-
i.       Langkah-langkah perundangan/pengawalan dan pengurusan yang cekap.antaranya ialah: Kawalan terhadap amalan pembakaran terbuka di tapak pertanian. Kawalan ini boleh dilaksanakan melalui akta dan Perundangan seperti Akta Jerebu 1997 untuk mengawal dan mencegah sebarang aktiviti pembakaran terbuka khususnya di tapak-tapak pertanian. Antara tindakan-tindakan yang boleh diambil seperti denda / kompaun kepada mana-mana individu atau saman / menarik balik lesen perniagaan  /disita kepada mana-mana syarikat atau agensi yang didapati bersalah.
ii.     Selain itu, memperbaiki amalan pengurusan tapak ladang seperti tebang-bakar ditukar kepada tebang-reput untuk menghasilkan Baja Organik di samping dapat memelihara alam sekitar.
iii.   Mengamalkan kaedah pertanian campur, tanaman bergilir dan tanaman selingan (luar musim). Kaedah tanaman bergilir ini amat penting untuk menyeimbangkan nutrien tanah di samping dapat  mengurangkan kadar hakisan ketika tanah itu direhatkan untuk musim penanaman seterusnya. Misalnya dalam konteks sawah padi perlu digilirkan dengan jagung, kacang tanah, tembakau dan lain-lain.

iv.    Amalan pertanian berteres / mengikut kontur, tanaman berjalur serta membina alur dan sistem perparitan / kawasan pengairan terutamanya di kawasan lereng-lereng bukit yang beralun atau berelief curam seperti di kawasan tanah tinggi Cameron yang ditanam dengan sayur-sayuran, bunga-bungaan dan Teh. Tanaman berkontur boleh mengurangkan pergerakan hakisan larian air permukaan manakala sistem perparitan yang sesuai juga menyediakan laluan-laluan air agar ia tidak melimpahi permukaan. Kedua-dua langkah ini bertujuan untuk mengurangkan hakisan permukaan sekali gus mengekalkan lapisan aras tanah yang subur (top soil).

No comments:

Post a Comment