PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Friday, October 24, 2014

MODUL SOALAN KEDAH 941/1 - BAHAGIAN B: ALAM SEKITAR MANUSIA

BAHAGIAN B: ALAM SEKITAR MANUSIA
( 40 markah )

Jawab soalan 4 dan satu soalan lain, sama ada soalan 5 atau soalan 6

  1. a)  Namakan bentuk piramid penduduk di atas ?
-  piramid progresif                                                                     [ 2 ]

            b) Mengapakah piramid penduduk di atas berbentuk sedemikian ?

-        kadar kelahiran yang tinggi
-        kadar kematian juga tinggi
-        taraf kesihatan masih rendah
-        kurang amalan perancangan keluarga
-        taraf pendidikan yang masih sederhana
-        amalan berkahwin cepat
-        faktor keagamaan – amalan perkahwinan
                                                                                                                        [ 4 ]

            c) Jelaskan  tiga ciri penduduk yang digambarkan dalam piramid penduduk
                di atas.

-        Tapak piramid lebar
-        Puncak yang sempit/tajam
-        Komposisi umur(golongan muda)/cerun landai
-        Ciri-ciri jantina – lelaki dan perempuan
-        Kadar pertumbuhan penduduk tinggi                                                              [ 6 ]

            d) Cadangkan dua langkah yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan
                 kualiti penduduk di negara-negara tersebut.

-        Menggalakkan amalan perancangan keluarga/saiz keluarga kecil
-        Menggalakkan perkembangan industry
-        Meningkatkan pembangunan  sumber manusia
-        Meningkatkan taraf hidup dan pendapatan penduduk
-        Penyediaan kemudahan asas yang lengkap
-        Menyediakan kualiti alam sekitar yang sempurna                                          [ 4 ]


5.    Berdasarkan jadual 1 di atas,
 
       a)  i.  Kira kepadatan penduduk bagi negeri-negeri Semenanjung Malaysia
                bagi tahun 2010.                                                                                        [ 6 ]


Negeri
Keluasan (km²)
Bilangan Penduduk (orang)
Kepadatan Penduduk
Johor
18986
3 305 900
174.12
Melaka
1652
771 500
467.01
Negeri Sembilan
6644
1 011 700
252.27
Selangor
7936
5 411 300
681.87
Perak
21005
2 460 800
117.15
Kedah
9425
1 966 900
208.69
Pulau Pinang
1031
1 596 900
1548.88
Perlis
795
240 100
302.01
Kelantan
15002
1 670 500
111.35
Terengganu
12955
1 050 000
81.05
Pahang
35965
1 534 800
42.67
Kuala Lumpur
243
1 722 500
7088.48
                       
(Sumber : Data Perangkaan Penduduk 2012)



            ii. Berdasarkan pengiraan kepadatan penduduk tersebut, lukis peta koroplet
                (Peta 1) bagi negeri-negeri Semennanjung Malaysia bagi tahun 2010.
                                                                                                                                    [ 9 ]


                        Peta koroplet : Lihat lampiran.

                                    Tajuk               :  1m
                                    Petunjuk          :  1m
                                    Skala jeda       :  1m
                                    Plot                  :  6m (plot betul - satu negeri ½ markah)
                                    Jumlah            :  9 markah

       


b) Sejauh manakah faktor sosioekonomi mempengaruhi kepadatan penduduk
     di pantai barat Semenanjung Malaysia ?                                                           [10] 

Faktor Sosioekonomi
(i) kepelbagaian sektor ekonomi
  - tumpuan penduduk di kawasan bandar yang mempunyai sektor ekonomi sekunder dan tertier yang banyak
- contohnya bandar ibu negeri, bandar industri, bandar pelancongan
2
(ii) peluang pekerjaan
- tumpuan penduduk di lokasi yang menawarkan peluang pekerjaan seperti kawasan perindustrian
- contoh kawasan perindustrian Bayan Lepas, Pulau Pinang
2
(iii) kemudahan infrastruktur
- penduduk bertumpu di kawasan yang menyediakan kemudahan infrastruktur yang lengkap seperti kemudahan pendidikan, perubatan, rekreasi, dll
- contohnya bandar-bandar besar yang mempunyai semua kemudahan infrastruktur
2
(iv) kemudahan pengangkutan dan perhubungan
- pelbagai perkhidmatan pengangkutan tersedia seperti di Lembah Klang perkhidmatan LRT dan MRT
2
(v) kemudahan pendidikan
- semua peringkat pendidikan dari peringkat prasekolah sehingga universiti
- terdiri daripada pendidikan yang ditawarkan oleh kerajaan dan swasta
2

Faktor Lain
(i) Faktor fizikal (bentuk muka bumi)
- kawasan tumpuan penduduk adalah kawasan tanah pamah manakala kawasan berpenduduk jarang adalah kawasan tanah tinggi dan kawasan berpaya
- contohnya kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia berpenduduk padat manakala kawasan Banjaran Titiwangsa berpenduduk jarang
2
(ii) Faktor fizikal (jenis tanih)
- penduduk bertumpu di kawasan yang mempunyai tanih yang subur :
  * tanih aluvium – tanaman padi
  * tanih laterit – getah dan kelapa sawit
  * tanih gambut – nanas
  * tanih beris – kelapa dan tembakaudll
2
(iii) Faktor fizikal (sumber alam)
- sumber alam merujuk kepada sumber hutan, mineral, air, dan tanih
- kawasan yang mempunyai sumber alam banyak dan dimajukan menjadi tumpuan penduduk, contohnya Kerteh dan Kemaman menjadi tumpuan penduduk kerana eksploitasi sumber mineral petroleum dan gas asli
2
(iv) Faktor sejarah (kesan penjajahan)
- Sejarah pembangunan bandar perlombongan semasa zaman British
- contohnya Lembah Kinta di Perak dan Lembah Klang menjadi tumpuan penduduk akibat eksploitasi sumber bijih timah semasa zaman penjajahan British

2
(v) Faktor govenan (dasar kerajaan)
- pembinaan bandar baharu seperti Nilai dan Putrajaya
- kerajaan membina bandar-bandar baru untuk memberi alternatif kepada bandar-bandar sedia ada yang terlalu pesat dan padat

2
(vi) Faktor govenan (dasar kerajaan)
- pembinaan bandar satelit seperti Bandar Baru Selayang dan Bandar Baru Bangi
- bandar satelit bertujuan mengurangkan lambakan penduduk di bandar-bandar utama
- berlaku penyelerakan kawasan perumahan, perindustrian dll

2
(vii) Faktor govenan (dasar kerajaan)
- pembukaan tanah rancangan FELDA seperti Segi Tiga Jengka di Pahang
- migrasi penduduk luar bandar ke luar bandar berlaku

2
(viii) Faktor govenan (penumpuan kawasan perusahaan)
- kewujudan bandar industri seperti Kulim Hi-tech di Kedah dan Bayan Bayu di Pulau Pinang

2
(ix) Faktor govenan (pengelompokan pusat pentadbiran)
- contohnya Putrajaya yang menjadi pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan
2
 (mana-mana 5 isi berserta huraian = 10m)

* Calon menghurai  :  Faktor sosioekonomi sahaja – diterima
                                      Faktor lain sahaja – diterima
                                      Faktor sosioekonomi + faktor lain – diterima




6.   a)   Bincangkan peranan bandar terhadap pembangunan sesebuah negara.
                                                                                                              [13]
Isi Utama
                    Huraian
        Markah

a1  Pusat Pemasaran
dan perniagaan.
·        Pusat pemasaran pelbagai jenis produk industri, perkhidmatan, pertanian dll sama ada di dalam atau luar negara.
·        Pelbagai jenis perniagaan :borong, runcit, pasar raya, perniagaan perkhidmatan dll.
·        Meningkatkan KDNK Negara.



2

a2  Pusat pekerjaan
·        Peluang pekerjaan yang banyakdalam sector ekonomi moden seperti perindustrian, perkhidmatan, pembinaan, perniagaan dan lain-lain.
·        Pengangguran berkurang
·        Pendapatan perkapita meningkat.
·        Taraf hidup meningkat



2

a3  Pusat Pemodenan
·        Pemodenan dalam segala aspek terutamanya ICT dan  Bioteknologi.
·        Pembangunan R&D dalam pelbagai bidang.
·        Mencipta pelbagai inovasi yang mampu memenuhi citarasa pengguna global.



2

a4  Pusat Kemudahan
Perkhidmatan
·        Menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti pendidikan tertiari, rawatan pakar kesihatan ,jaringan pengangkutan yang cekap, telekomunikasi canggih dll.
·        Meningkatkan kualiti hidup penduduk.

2

a5 Pembentukan
golongan menengah
·        Pembangunan dan pemodenan yang pesat menyebabkan munculnya golongan pekerja, intelektual, pemimpin masyarakat dan ahli politik yang berfikiran luas.
·        Golongan yang melakukan perubahan ke arah pembangunan sosioekonomi negara yang mapan.



2

a6 Pembauran inovasi
·        Bandar berfungsi sebagai pusat perebakan atau penyebaran inovasi/idea baharu daripada R&D.
·        Pembangunan dipercepatkan kerana ramai golongan menengah.
·        Penyebaran inovasi melalui media cetak dan media elektronik.


2





a7 Pusat
pelaburan
dan kewangan
·        Pusat pelaburan modal seperti Bursa Saham Kuala Lumpur.
·        Terdapa tinstitusi kewangandan bank yang menawarkan penyimpanan dan pinjaman kredit.
·        Menarik pelabur asing/ tambah dana dalam negara.




2

a8 Perindustrian
·        Tumpuan industri berat, pembuatan dan elektronik
·        Aglomerasi industri/estet industri
·        Tumpuan syarikat multinasional (MNCs)
·        Pemangkin industri negara



2
Kesimpulan

1


Pemarkahan :Mana-mana 6 isi x 2m =12 m
Kesimpulan  = 1m
Jumlah =13m
  

 (b)  Jelaskan kesan proses pembandaran yang pesat terhadap sosioekonomi    
        penduduk bandar.                                                                                              [12]

Isi Utama
Huraian
       Markah

KESAN POSITIF

b1 Peningkatan pendapatan perkapita

·        Taraf hidup meningkat, kuasa beli bertambah, kemiskinan dan pengangguran berkurang.
·        Bekerja dalam sector ekonomi moden seperti perniagaan, perindustrian dan perkhidmatan di bandar.
·        Berpeluang menjana pendapatan yang berganda.



2

b2 Kepadatan
penduduk
·        Penduduk melakukan migrasi dari luar bandar ke Bandar untuk mencari pekerjaan.
·        Penduduk bertambah menyebabkan saiz pasaran barangan dan perkhidmatan meningkat.
·        Kuasa beli penduduk meningkat.
·        Bekalan tenaga buruh untuk pelbagai sektor ekonomi moden.



2

b3 Kualiti hidup
penduduk bertambah
baik
·        Taraf pendidikan meningkat –kadarcelik ICT tinggi, peluang pendidikan bertambah dengan adanya kolej, IPTA dan IPTS
·        Taraf kesihatan meningkat –kadar kelahiran bertambah, kadar kematian menurun, peningkatan jangka hayat kerana adanya kemudahan kesihatan yang canggih dan perkhidmatan pakar yang cukup.



2



b4 Kadar mobiliti dan pembauran
inovasi
penduduk meningkat
·        Kadar mobiliti penduduk meningkat –melalui pekhidmatan pengangkutan awam moden seperti komuter, ERL, LRT dll.
·        Darjah ketersampaian tinggi.
·        Liputan telekomunikasi bertambah yang memudahkan penyebaran maklumat dan inovasi.


2


KESAN NEGATIF

b5 Masalah
perumahan /
setinggan
·        Masalah kekurangan rumah kos rendah dan sederhana.
·        Persaingan gunatanah bandar menyebabkan harga rumah mahal.
·        Penduduk miskin dan tidak mampu memiliki atau menyewanya –terpaksa tinggal di petempatan setinggan.



2



b6
Kesesakanlalu
lintas
·        Pertambahan penduduk menyebabkan peningkatan penggunaan kenderaan persendirian dan awam.
·        Kesesakan yang teruk pada waktu puncak –melambatkan perjalanan-merugikan masa dan risiko kemalangan jalanraya meningkat.




2


b7
Kemiskinan bandar
·        Masalahpenganggurandankemiskinanbandarmeningkat.
·        Peluangpekerjaanterhad.
·        Persaingankerjadenganwargaasing.
·        Wujudgolonganmiskintegardalambandar.




2

b8 Masalahsosial
bertambah
·        Kadar jenayah yang tinggi, maksiat, pelacuran, penyalah gunaan dadah dll kerana kos dan tekanan hidup yang tinggi di bandar.
·        Nilai murni sosial  merosot- dipengaruh oleh budaya luar yang liar, ikatan kekeluargaan yang longgar.





2

b9 Masalah kesihatan
·        Perebakan penyakit di kawasan tertentu seperti kawasan setinggan (slum area) dan kawasan pembinaan bangunan oleh pekerja asing.
·        Persekitaran setinggan yang kotor memudahkan penularan penyakit seperti denggi, tibi, H1N1, SARS dll





2

b10 Kualiti hidup
terjejas
·        Kualiti hidup terjejas akibat pencemaran udara ,air dan bunyi.
·        Kesesakan lalu lintas menyebabkan tekanan hidup di bandar.
·        Pulau haba bandar-kehidupan menjadi tidak selesa
·        Keselamatan penduduk terancam – akibat peningkatan kes jenayah dan kemusnahan alam sekitar.




2


             Pemarkahan :  Mana-mana 6 isi x2m =12 m

No comments:

Post a Comment