PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Monday, December 3, 2012

TEMA 2 - KEGIATAN EKONOMI SIRI 2


TEMA 2- KEGIATAN EKONOMI. 

SOALAN 1 DAN SKEMA JAWAPAN.

Dengan merujuk kepada negara Malaysia,

     a)    Nyatakan ciri-ciri perikanan pinggir pantai?    [ 5 ]

Isi utama
Huraian
Markah
A1 Lokasi
Tidak melebihi 32km dari pinggir pantai dengan kedalaman air tidak kurang 180m.
1
A2 Teknologi
Alatan tradisional seperti pukat tangkul, kelong, pompang dan kail oleh nelayan tradisional.

1
A3 Skala
Kecil - Untuk keperluan keluarga
1
A4 Orientasi pengeluaran
Pasaran tempatan. Untuk dijual secara harian. Hasil yang lebih akan digunakan untuk keperluan keluarga.

1
A5 Modal
Kecil dan milik persendirian
1
A6 Jangkamasa operasi
Harian (satu hari) ke laut pada waktu pagi dan pulang pada waktu petang.

1
A7 Jenis tangkapan
Ikan kecil seperti selar, gelama, parang, kembung, ketam
1
A8 Penggunaan buruh
Tenaga buruh sedikit. Kalangan ahli keluarga sahaja.


1
Pemarkahan   : 5 X 1 = 5 markah

    b)    Jelaskan mengapa sumber perikanan pinggir pantai semakin merosot. [10]

Isi utama
Huraian
Markah
B1 Kekurangan modal
Kebanyakan nelayan miskin tidak ada modal memiliki sampan.
Sukar memperolehi pinjaman dan kurang berpengetahuan

2
B2 Kekurangan teknologi dan kepakaran
Teknologi tradisional menyebabkan tangkapan sedikit.
Tahap pendidikan dan kemahiran yang rendah menyebabkan nelayan tidak mampu mengendalikan alat berteknologi tinggi.

2
B3 Tenaga buruh
Ramai anak-anak muda berhijrah ke bandar dan tertarik kepada peluang ekonomi sektor sekunder dan tertier.
Generasi muda tidak berminat.


2
B4 Masalah cuaca
Musim tengkujuh menyebabkan nelayan tidak dapat turun ke laut. Banjir yang berlaku menyebabkan muara sungai menjadi cetek menyukarkan nelayan untuk menangkap ikan. 

2
B5 Kepupusan sumber perikanan
Penangkapan ikan berlebihan akan menjejaskan hasil tangkapan nelayan. Penggunaan pukat harimau / pukat jerut akan mengakibatkan kepupusan sumber kerana semua ikan tidak kira saiz kecil atau besar akan ditangkap bersama-sama.   


2
B6 Kerosakan habitat ikan
Aktiviti pembangunan pinggir pantai akan memberi kesan terhadap habitat pinggir pantai.
Pembinaan kawasan perlancongan serta pemlombongan akan memberi impak terhadap habitat di pinggir pantai.

2
B7 Ancaman lanun
Berlaku pencerobohan kawasan di sempadan perairan.
Ancaman keselamatan oleh lanun-lanun.

2
B8  Masalah orang tengah
Hasil tangkapan oleh nelayan akan dijual terus kepada pelanggan tetapi dengan adanya orang tengah mereka akan menawarkan harga yang lebih murah.
Ini akan menjejaskan mata pencarian nelayan tradisional. 



2
Pemarkahan   : 5 X 2 = 10 markah

      c)    Huraikan langkah untuk memajukan sektor perikanan pinggir pantai.             [10]

Isi utama
Huraian
Markah
C1 Memodenkan infrastruktur
Infrastruktur perikanan perlu dimodenkan seperti kemudahan penyimpanan sampan-sampan atau bot-bot kecil. Jeti-jeti kecil perlu disediakan bagi memudahkan pendaratan bot-bot kecil.



2
C2 Bantuan modal /subsidi /pinjaman
Kerajaan perlu memberi bantuan modal, subsidi dan merendahkan syarat untuk pinjaman kepada nelayan.
Nelayan kebanyakannya hanya mampu memiliki sampan yang uzur. Sampan perlu diganti dengan bot.



2
C3 Memberi latihan
Latihan perlu diberikan kepada nelayan termasuk kemahiran untuk kendalian bot dan peralatan moden.

2
C4. Kukuhkan rantaian pasaran.
Tidak ada lagi orang tengah yang menjual dengan harga yang murah. Kawalan harga penting.

2
C5 Menubuhkan agensi penyelaras
LKIM dan MAJUIKAN perlu ditubuhkan bagi menyelaras semua aktiviti perikanan.
Seperti penyelarasan bantuan dan subsidi harga diesel.

2
C6  Meningkatkan kawalan
Meningkatkan kawalan keselamatan nelayan. Rondaan perairan oleh polis marin, tentera laut dan jabatan laut.

2
C7 Kerjasama serantau
Kerjasama antara negara jiran perlu dikukuhkan bagi menjamin kemakmuran negara.

2
Pemarkahan   : 5 X 2 = 10 markah


SOALAN 2 DAN SKEMA JAWAPAN

Berdasarkan kajian luar yang telah anda lakukan di sebuah kawasan ekopelancongan,

a)    i) Namakan kawasan pelancongan yang dikaji.                                                     [ 1 ]

   Menamakan kawasan pelancongan                                                                       1

ii)Huraikan kaedah pemerhatian dan soal selidik yang dijalankan.                    [ 4 ]

Isi Utama
Huraian
Markah
Pemerhatian
Digunakan untuk meninjau lokasi kawasan pelancongan di kawasan kajian. Pemerhatian dibuat ialah terhadap kepentingan, bagaimana pelancongan membangun ekonomi & sosial setempat. Aktiviti merakam dan merekod
2
Soal selidik
Digunakan untuk memperoleh data dan maklumat  dari pekerja kedai dan pekerja kilang. Seramai 20 responden telah dipilih secara rawak dan setiap responden telah diberikan borang soal-selidik masing-masing. Dapatan dari soal selidik telah dikumpul dan dianalisis.
2


b)    Jelaskan kelebihan-kelebihan fizikal dan manusia setempat yang mempengaruhi kegiatan pelancongan di  kawasan   tersebut.  [ 6 ]                                                         

Isi Utama
Tarikan-tarikan  kawasan pelancongan
Markah
B1.Tarikan Fizikal
1.Pantai bersih,berair jernih,kewujudan batu karang,taman laut / maritim.
2.Tanah tinggi,pemandangan cantik,suhu sejuk.
3.Hutan lipur,hutan bakau.,kepelbagaian flora dan fauna,udara nyaman.
4,Gua batu kapur
5.Jeram,air terjun,sungai,tasik semulajadi
2

2

2
2
2
B2. Tarikan manusia
1.kemudahan pengangkutan & perhubungan
2.kemudahan penginapan, hotel & resort
3.kemudahan rekreasi
4.kemudahan pusat membeli-belah
5.kemudahan pusat teknologi & telekomunikasi
2
2
2
2
2
Pemarkahan :   Menjelaskan  2 (fizikal) + 1(manusia) @ 1+2   = 6 markah
                                       
c)    Jelaskan bagaimanakah kegiatan pelancongan membantu pembangunan ekonomi dan sosial penduduk setempat.                                                                                      [ 8 ]

Isi Utama
Huraian
Markah
C1.Peluang pekerjaan
-peluang pekerjaan sebagai pengusaha gerai,chalet,resort,pengangkutan dan perkhidmatan di kawasan pelancongan.
-Membantu meningkatkan pendapatan penduduk setempat.
2
C2. Wujudkan rantaian ekonomi berkaitan
-Perkembangan pelancongan telah membantu mewujudkan aktiviti ekonomi berkaitan seperti penyediaan aktiviti rekreasi,pengangkutan,hotel,chalet,perhubungan.
-Mempelbagaikan kegiatan ekonomi kawasan sekitar.
-Pemasaran hasil pertanian dan kraftangan setempat.
2
C3.
Pembangunan kawasan
-Pembinaan jalan raya,perhubungan,kemudahan asas, bekalan air, elektrik,pusat perniagaan dll telah membangunkan kawasan sekitar.
-Penduduk sekitar menikmati kemudahan yang disediakan.
2
C4.Persekitaran yang selesa / kondusif
-Kawasan pelancongan dijaga dan dipelihara kebersihan/keindahan .Kawasan tidak tercemar.
-Penduduk sekitar dapat nikmati kehidupan yang lebih selesa.
2
C5. Tingkatkan taraf hidup
-Pelbagai peluang pekerjaan yang wujud telah meningkatkan taraf hidup pendudk setempat.
-Mendapat pendapatan yang baik.
-Tidak terlalu bergantung kepada sektor tradisional/pertanian semata-mata.
2
Pemarkahan : Mana-mana 4 isi x 2 markah. Maksimum 8 markah.
Nota :  Calon perlu menjelaskan ’bagaimana’  / proses untuk dapat  2m  - jika tiada  1m.

d) Cadangkan langkah yang boleh dilakukan untuk memajukan
                 lagi kawasan pelancongan tersebut.                                                                  [ 6 ] 
          
Isi Utama
Huraian
Markah
D1.Promosi
-Mempromosikan kawasan dan produk pelancongan kawasan melalui media massa
dengan lebih meluas.
2
D2.Menaiktarafkan kemudahan.
Menambah dan memperbaiki mutu perkhimatan yang disediakan seperti chalet,resort,restoran,jalan perhubungan,telekomunikasi dan sebagainya agar memenuhi kehendak pelancong.
2
D3.Mewujudkan aktiviti rekreasi yang menarik.
Menambah dan mewujudkan aktiviti rekreasi laut,pantai,taman tema,pameran dan sebagainya mengikut keadaan semasa.
2
D4.Mewujudkan landskap fizikal yang menarik./bersih.
-Mewujudkan taman,landskap flora yang menarik bagi memikat palancong.
-Memberikan tumpuan aspek meningkatkan kebersihan kawasan.
2
D5.Pakej pelancongan yang menarik
-Mewujudkan pakej pelancongan yang menarik/murah bagi memikat pelancong.
2
Pemarkahan : Mana-mana 3 isi x 2 markah = maksimum 6 markah.


Skema Jawapan
Soalan ini adalah soalan kajian lapangan / luar,oleh itu jawapan calon mestilah memenuhi syarat-syarat berikut.
1.  Skala jawapan mestilah kecil dan khusus sifatnya. Merujuk kepada satu kawasan pelancongan yang kecil sahaja.Jawapan tidak boleh merujuk kepada banyak kawasan pelancongan.
2.  Jawapan tidak boleh merujuk kepada kawasan pelancongan yang terlalu luas/besar seperti daerah yang besar atau sebuah negeri.
3. Jawapan tidak boleh bersifat umum tanpa merujuk mana-man kawasan pelancongan.
4. Setiap jawapan calon hendaklah merujuk kepada lokaliti secara tepat

(Jika jawapan calon tidak memenuhi syarat 1, 2 dan 3 di atas,markah maksimum adalah 8/25 sahaja.)




No comments:

Post a Comment