PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Saturday, November 10, 2012

SAMBUNGAN PECUTAN TERAKHIR [GEOGRAFI ALAM SEKITAR FIZIKAL STPM 942/1]


PROSES PROSES DI PINGGIR PANTAI

A) HAKISAN PINGGIR PANTAI

Konsep/Tajuk
Huraian
I. CARA
1. Hidraul
Pemampatan dan perlepasan tekanan udara terhadap dinding rekahan di tebing akibat damparan dan unduran ombak.
2. Geseran/
lelasan
Hakisan terhadap tebing dan dasar laut  akibat dilelas oleh beban yang dibawa dalam laut.
3. Lagaan
Hakisan yang berlaku antara beban yang dibawa oleh ombak apabila beban-beban itu berlaga antara satu sama lain.
4. Larutan
Hakisan yang berlaku apabila dinding tebing terlarut akibat terkena air laut. Misalnya kawasan batu kapur.
II.  FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HAKISAN
1. Jenis Ombak
i. Ombak pembinasa  - kadar hakisan tinggi
     - damparan yang kuat dan unduran yang kuat.
     - puncak ombak tinggi jarak ombak  pendek.
ii.Ombak pembina – kadar hakisan rendah
     - damparan yang kuat tapi unduran yang rendah
     - puncak ombak rendah jarak ombak panjang

2. Jenis Arus
i. Arus seret  membawa bahan-bahan dari pinggir pantai ke luar  melalui bahagian 
   sebelah   bawah air laut – hakisan meningkat

ii. Arus tempur membawa bahan-bahan dari pinggir pantai yang  berteluk ke luar    
    pantai –  hakisan meningkat.

iii. Arus pesisir pantai terbentuk oleh ombak yang datang ke pantai secara menyerong.  
     Sebahagian daripada tenaga dan lajakan ombak akan berubah haluan dan  
     menyusuri  sepanjang  pantai. – melengkapkan proses hakisan.

3. Cerun pantai 
  
Pantai yang curam menyebabkan ombak pecah berhampiran dengan pesisiran 
pantai – tenaga ombak tinggi – hakisan  meningkat.
4. Jenis batuan
Batu yang keras seperti granit dan gabro – tahan terhadap hakisan 
– kadar hakisan rendah.
5. Tumbuhan
Tumbuhan seperti bakau – melindungi pantai – mengurangkan hakisan.
III. BENTUK MUKA BUMI HASIL HAKISAN DI PINGGIR PANTAI
1. Tebing tinggi
Terhasil apabila cerun di tepi pantai runtuh akibat tindakan hidraul pada
rekahan di tebing.
2. Batu bonjol / batu  mandi
Gerbang laut yang telah runtuh dan dihakis berterusan oleh ombak 
meninggalkan batu bonjol/sisa /mandi yang mungkin dilihat semasa air surut.
3 Teluk dan tanjung
Terhasil apabila ombak menghakis pada daratan yang mempunyai kekerasan 
batuan yang berbeza. Batuan keras yang tahan terhadap hakisan akan menganjur 
ke laut membentuk tanjung dan batuan lembut yang terhakis akan membentuk 
satu lekukan menjadi teluk.

IV. LANGKAH-LANGKAH MENGAWAL HAKISAN PINGGIR PANTAI
1. Tembok batu

Timbunan batu di tebing pinggir pantai untuk mengelakkan ombak memecah 
pada tebing pantai.
2. Tembok pemecah
    Ombak
Dibina di luar pantai untuk memecahkan ombak dan mengurangkan kelajuan
ombak sebelum sampai ke pantai.

3. Pembinaan groin
Menyekat pergerakan arus pesisir dari membawa bahan mendak yang telah 
dihakis oleh ombak dari diangkut ke tempat-tempat lain.
4. Tumbuhan
Pokok bakau ditanam untuk mengurangkan kuasa ombak dan melindungi pantai.
5. Undang-undang
Mengenakan denda yang berat kepada mereka yang menjalankan pembalakan 
secara haram terhadap pokok bakau.


B) PENGANGKUTAN PINGGIR PANTAI

I. CARA PENGANGKUTAN OMBAK
1. Golekan
Bahan –bahan yang bundar dan besar yang digerakkan di dasar laut oleh ombak
2. Hanyutan pesisir
    pantai
Pergerakan bahan-bahan seperti pasir, batu kelikir selari dengan pantai.
3. Ampaian
Bahan-bahan mendak yang halus dan ringan seperti tanah liat dan 
kelodak digerakkan secara terampai-ampai dalam laut.
4. Seretan
Bahan-bahan diseret di bahagian bawah laut dari atas pantai ke luar pantai 
oleh arus seret.
II. FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PENGANGKUTAN OMBAK
1. Tenaga arus
Arus yang kuat mampu mengangkut bahan-bahan ke tempat yang lebih jauh.
2. Saiz bahan
Semakin berat dan besar bahan yang diangkut  kadar pengangkutan 
menjadi lemah.
3. Orientasi pantai
Pantai yang terdedah kepada ombak akan menggalakkan proses pengangkutan
4. Halangan
Pokok bakau dan binaan groin akan menghalang proses pengangkutan.
5. Tenaga ombak
Ombak pecah menyeret bahan-bahan ke arah pantai dan unduran ombak 
menarik balik setengah daripada bahan tersebut. Ombak yang serong 
mengangkut bahan di sepanjang pantai.  Jika tenaga ombak hilang, 
proses pengangkutan terhenti.


C) PEMENDAPAN DI PINGGIR PANTAI

I FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PEMENDAPAN PINGGIR PANTAI
1. Tenaga ombak
Ombak pembina akan menggalakkan proses pemendapan.

2. Bahan muatan
Bahan muatan dari daratan dan laut akan meningkatkan proses pemendapan.

3. Angin
Menggalakkan pemendapan bahan-bahan di bahagian belakang pinggir 
pantai contohnya dune.

4. Orientasi pantai
Pantai yang landai dan terlindung akan menggalakkan proses pemendapan.

5. Halangan
Pokok dan binaan seperti groin dan tembok pemecah ombak 
menggalakkan pemendapan di bahagian belakang halangan.
II. BENTUK MUKA BUMI HASIL PEMENDAPAN PINGGIR PANTAI
1. Pantai
Longgokan bahan-bahan peroi seperti pasir, kelodak yang terdapat 
memanjang antara  takat air surut paling rendah dan takat yang 
paling tinggi dicapai ombak ribut.
2. Anak tanjung
Satu beting pasir dengan pangkalnya bersambung di daratan dan
hujungnya menganjur ke laut. Ia terhasil melalui lanjutan hanyutan pesisir.

3. Beting luar pantai
Beting luar pantai (off-shore) terbentuk selari dengan garisan pantai . 
Terbentuk melalui tindakan ombak yang menyeret bahan-bahan dari laut  
ke arah pantai. Bahan-bahan tersebut dimendapkan di zon ombak pecah.
4. Tembolo
Beting pasir/ anak tanjung yang memanjang hingga boleh menyambung 
dengan pulau yang berhampiran dengan pinggir pantai.


CONTOH-CONTOH SOALAN TINDAKAN OMBAK.

1.     a)     Terangkan secara ringkas arus pesisir pantai.      [5]
                ________________________________________________________________
                ________________________________________________________________
                                                                                                                                                                                                   
        b)    Jelaskan mengapa berlakunya perubahan terhadap garis pantai di sesuatu
                kawasan.     [10]

Faktor
Huraian
1. Tenaga ombak



2. Tenaga arus



3. Halangan



4. Angin



5. Orientasi pantai
Jika pantai itu terlindung  garis pantai lebih stabil iaitu tidak 
banyak perubahan. Jika pantai itu terdedah garis pantai sentiasa
berubah kerana pantai terdedah kepada tindakan ombak.


b)       Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan hakisan ombak. [10]

Langkah
Huraian
1. Tembok batu


2. Groin


3. Tumbuhan


4. Tembok pemecah
    Ombak

5. Undang-undang




2.     a)     Apakah yang dimaksudkan ombak pecah?         [5]
               
Ombak pecah berlaku apabila ombak  memasuki kawasan air cetek. Dasar alunan ombak mencecah dasar pantai menyebabkan puncak ombak itu pecah kerana daya geseran di dasarnya..



        b)    Terangkan tiga bentuk muka bumi hasil proses pemendapan ombak.     [10]

Bentuk
Proses
1. Pantai


2. Beting


3. Anak tanjung




        c)     Huraikan aktiviti yang  mencemarkan kawasan pinggir pantai.  [10]

Aktiviti
Huraian
1. Pengambilan pasir 
    pantai


2. Pengangkutan




3. Pelancongan


4. Pembinaan/
    Penambakan



5. Perikanan/
    Akuakultur





 
 SOALAN TAMBAHAN :
1.     a) Jelaskan secara ringkas jenis-jenis sistem gunung lipat di dunia.    [5]
               
Jenis
Huraian
Gunung lipat tua kalidonia
Terbentuk lebih 350juta tahun dahulu. Meliputi kawasan
di benua Eropah barat.
Gunung lipat tua hercynia
Terbentuk lebih 270 juta tahun dahulu. Meliputi kawasan tanah 
tinggi Appalachian ,banjaran pemisah Australia.
Gunung lipat muda 
alps-himalaya
Terbentuk lebih 35juta tahun dahulu . Meliputi kawasan sekitar mediterannean, banjaran himalaya, banjaran besar Malaysia.
Gunung lipat muda 
lingkaran pasifik
Terbentuk lebih kurang 35 juta tahun dahulu. Meliputi kawasan dari Amerika Selatan sehingga ke Alaska sehingga ke Jepun dan Filipina


        b)    Terangkan proses pembentukan lipatan kerak bumi.      [10]

Tajuk
Huraian
Punca tenaga 
arus perolakan
 lapisan mantel
Arus perolakan dalam mantel akan menghasilkan daya 
mampatan dan daya tarikan ke dalam bumi apabila sel-sel
perolakan bertemu dan bergerak ke bawah. Daya ini 
akan memampatkan kerak bumi sehingga menghasilkan kedutan.

Pertembungan antara 
plat benua.
Pertembungan antara plat benua akan menyebabkan salah 
satu plat termusnah dan satu lagi akan terjulang ke atas 
membentuk kawasan gunung lipat. Contohnya apabila 
plat India bertembung dengan plat Eurasia membentuk 
 banjaran Himalaya.

       

        c)     Huraikan kepentingan tanah tinggi terhadap alam sekitar.       [10]
               
ALAM SEKITAR FIZIKAL
Punca aliran air/
sungai
Tanah tinggi merupakan legeh yang menjadi punca bagi 
sistem saliran. Juga memisahkan satu lembangan saliran 
 dengan satu lembangan saliran yang lain.
Suhu
Pertambahan ketinggian akan menyebabkan penurunan 
suhu di sesuatu kawasan . Oleh itu di kawasan tanah tinggi 
suhunya rendah.
Kepelbagaian 
 tumbuhan
Kawasan tanah tinggi akan mempengaruhi jenis dan 
taburan tumbuhan mengikut ketinggian.
Proses Geomorfologi
Tanah tinggi meningkatkan proses pergerakan jisim terutama 
di kawasan yang gondol kerana kawasan tanah tinggi 
 merupakan kawasan yang bercerun.
Halangan angin /
 lindungan
Kawasan tanah tinggi akan menghalang tiupan angin dengan 
ini melambatkan kelajuan angin. Kawasan tanah tinggi 
yang menghadap angin lembap akan menyebabkan hujan bukit 
dan mewujudkan kawasan lindungan hujan.
ALAM SEKITAR MANUSIA
Pertanian
Kawasan tanah tinggi  sesuai untuk tanaman hawa sederhana 
seperti sayuran, buah-buahan dan teh. Contoh : Cameron Highland
Pelancongan
Kawasan tanah tinggi mempunyai suhu yang nyaman akan 
menarik pelancong. Contoh : Genting Highland , Gunung Kinabalu.
Tadahan air /
empangan/ KHE
Kawasan tanah tinggi sesuai dijadikan kawasan tadahan air 
dan empangan yang boleh menjana hidroelektrik seperti 
Empangan Kenyir.
Sempadan politik
Kawasan tanah tinggi juga boleh dijadikan sempadan politik 
yang memisahkan sesuatu negeri atau negara. Contoh : 
Banjaran Himalaya memisahkan Tibet dengan Nepal.
Komunikasi
Tanah tinggi sesuai dibina stesen pemancar dan rumah api. 
Contoh di puncak Gunung Ledang.


2.     a)     Apakah yang dimaksudkan luluhawa dalaman.  [5]
      Luluhawa dalaman ialah penguraian batuan oleh tindakan kimia secara insitu di bawah permukaan bumi.
     Ia bertindak secara mendalam. Ia dominan di kawasantropika lembap dan menghasilkan regolit yang tebal.


b)    Huraikan faktor yang mempengaruhi kadar luluhawa dalaman di sesuatu kawasan    [10]

FAKTOR
HURAIAN
Hujan
Semakin banyak hujan yang diterima kadar luluhawa dalaman meningkat. 
Jumlah hujan yang banyak menggalakkan tindakan kimia .Contoh di 
kawasan tropika lembap yang hujannya melebihi 2000mm sepanjang 
tahun menghasilkan regolit yang tebal.
Tumbuhan
Semakin banyak tumbuhan kadar luluhawa dalaman meningkat. Reputan 
tumbuhan membantu dalam menguraikan batuan melalui tindakan asid 
biotic (proses chelasi). Tumbuhan juga menggalakkan susupan air ke dalam tanah.
Kecerunan
Semakin landai sesuatu permukaan semakin tinggi kadar luluhawa 
dalaman. Kerana cerun yang landai akan meningkatkan kadar penyusupan air .
Jenis batuan
Batuan yang mengandungi mineral yang mudah terluluhawa  seperti besi 
 dan feldspar kadar luluhawa dalaman tinggi.
Kestabilan tektonik
Semakin kurang gangguan tektonik di sesuatu kawasan semakin tinggi 
kadar luluhawa dalaman. Tindakan luluhawa ke dalam tidak terganggu dan  
bahan regolit yang terhasil tidak dipindah keluar. Ini akan menghasilkan 
regolit yang tebal.


c)     Huraikan pengaruh luluhawa terhadap kehidupan manusia.  [10]

ISI
HURAIAN
Pertanian
Tindakan luluhawa menghasilkan regolit . Ini memudahkan aktiviti bercuck
tanam.
Pelancongan
Tindakan luluhawa menghasil pandang darat kars (gua batu kapur) yang 
menarik . Ini boleh menarik pelancong.
Sumber mineral
Tindakan luluhawa menghasilkan mineral seperti garam batu, timah
alluvium menggalakkan aktiviti perlombongan.
Perindustrian
Tindakan luluhawa menghasilkan bahan mentah untuk industri seperti 
tanah liat untuk membuat seramik dan batu bata.
Pembinaan
Tindakan luluhawa menghasilkan bahan binaan seperti pasir . 
Ketebalan regolit yang terhasil menentukan kedalaman pemasangan 
cerucuk dalam pembinaan.

No comments:

Post a Comment