PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Saturday, November 10, 2012

ISLAM DAN BRITAIN


Wanita muslim berpengaruh di UK
Islam di England adalah agama bukan-Kristian terbesar, dengan sebahagian besar nya adalah pendatang dari Asia Selatan (khususnya Pakistan , Bangladesh dan India) atau keturunan pendatang dari negara itu. Banyak orang lain yang berasal dari negara majoriti Muslim sepertiTimur Tengah, Somalia dan Malaysia, manakala lebih sedikit yang berasal dari negara Khatulistiwa Afrika seperti Nigeria, Uganda dan Sierra Leone. 


Komuniti muslim bebas mengamalkan Islam
Menurut bancian yang dijalankan pada tahun 2001, 1.54 juta Muslim tinggal di England dan Wales, yang membentuk 3.3% jumlah populasi. Menurut kajian oleh The Times pula, terdapat 2.4 juta Muslim di United Kingdom secara keseluruhan pada tahun 2009.

Femonema terbaru, jumlah warga Britain sendiri yang memeluk Islam di Britain mengatasi 100,000 orang, hampir sekali ganda berbanding 10 tahun lalu. Kebanyakan mereka terdiri daripada wanita kulit putih berusia 27 tahun yang bosan dengan budaya barat yang  tidak berakhlak dalam kalangan masyarakat Britain sendiri. Jumlah itu, yang didedahkan oleh kumpulan pelbagai kepercayaan, Faith Matters, menyebabkan terdapat dakwaan bahawa negara itu kini dalam proses islamisasi.
Masjid di Kota London

Bagaimanapun, laporan pertubuhan itu menyatakan, kebanyakan mereka yang memeluk Islam itu melihat agama itu sesuai dengan kehidupan di Britain. Ia menganggarkan, kira-kira 5,200 lelaki dan wanita memeluk Islam sejak 12 bulan lalu, termasuk 1,400 orang di London. Hampir dua pertiga adalah wanita, lebih 70 peratus berkulit putih dan usia purata yang berbuat demikian ialah 27 tahun.

 Masjid Regent's Park
Kajian yang dijalankan oleh Kevin Brice dari Universiti Swansea menyoal saudara baru mengenai pandangan mereka terhadap aspek buruk budaya Britain. Antara lain mereka menyebut arak, sikap masyarakat setempat yang sering mabuk, kekurangan moral dan seks bebas. Sembilan daripada 10 wanita yang memeluk Islam berkata, perubahan agama mereka mendorong mereka berpakaian lebih konservatif. Lebih separuh mula bertudung dan lima peratus memakai purdah. Lebih separuh juga mengaku berdepan dengan masalah dengan keluarga masing-masing selepas memeluk Islam. Tahun lalu, Lauren Booth, adik ipar bekas Perdana Menteri, Tony Blair, menarik perhatian meluas apabila mengumumkan dia memeluk Islam. Pengaruh masyarakat muslim yang tinggi menyebabkan pihak pemerintah telah membuka mata terhadap komuniti ini. Hasilnya adalah  seperti di nukilkan di bawah.


Timbalan Perdana Menteri Britain Nick Clegg berjanji untuk menamatkan jenayah kebencian agama terhadap umat Islam selama kunjungannya ke komuniti Muslim Manchester, sambil menegaskan bahawa minoriti agama sangat penting bagi negara.
TPM Britain Nick Clegg
"Komuniti Muslim sangat penting bagi negara," kata Clegg pada acara Manchester Evening News (MEN) pada hari Khamis, 8 November lalu.
"Ini adalah isu nasional tapi saya sangat tertarik untuk melakukan hal ini di Manchester di mana hal itu sangat relevan."
Pemimpin Demokrat Liberal tersebut melawat Heritage Centre Muslim Inggeris, di Whalley Range, untuk pertemuan puncak balai kota dengan anggota masyarakat tempatan serta pertubuhan Islam kebangsaan.
"Prasangka, kebencian agama, keganasan bermotif perkauman - tidak ada tempat untuk kebencian kejahatan seperti itu di abad 21 di England," kata Clegg selama acara di Manchester, Britain utara.
"Saya pertegas bahawa kerajaan akan melakukan segala daya upaya untuk membasmi serangan keji yang termotivasi oleh kebencian murni terhadap satu agama atau yang lain."
Permusuhan terhadap Muslim Inggeris, yang populasinya dianggarkan mencapai hampir 2.5 juta, telah meningkat sejak tahun serangan 7/7 2005 lalu.
Sebuah jajak pendapat Financial Times, menunjukkan bahawa Britain adalah negara yang paling mencurigai Muslim.
Selama kunjungan Clegg untuk komuniti Muslim di Manchester, ia berjanji akan menggelontorkan dana oleh kerajaan Inggeris untuk memerangi toleransi anti-Muslim.
"Sama sekali tidak ada tempat untuk kejahatan perkauman dalam masyarakat moden," tegas Clegg.
Clegg juga mengumumkan tambahan pembiayaan £ 214.000 untuk inisiatif yang disebut Tell Mama (Mengukur Serangan Anti-Muslim) yang dijalankan oleh Faith Matters kelompok lintas agama. 
(Fq / oi)

No comments:

Post a Comment