A) KONSEP
ATMOSFERA
KONSEP
|
HURAIAN
|
.Atmosfera
|
Atmosfera ialah
satu lapisan nipis gas tanpa bau, warna dan rasa yang berada di atas permukaan bumi disebabkan
oleh tarikan daya graviti bumi.”
|
B)
STRUKTUR ATMOSFERA
Struktur
|
Ciri
|
Termosfera
/ ionosfera
|
Suhu
meningkat mengikut ketinggian sehingga 1000˚C.Lapisan paling
bawah dipenuhi dengan gas nitrogen dan molekul oksigen. Berlaku pemisahan
electron bercas negative daripada atom oksigen dan molekul nitrogen. Penting untuk telekomunikasi.
|
Mesosfera
|
Ketinggian sehingga 80 km, suhu berkurangan mengikut ketinggian
sehingga -90˚C. Di kawasan ini wujud awan noktilusen. Bahan meteor mula terbakar di sini
|
Stratosfera
|
Ketinggian sehingga 50 km, suhu bertambah secara perlahan-lahan mengikut ketinggian. Lapisan
ini sangat kering, tidak mengandungi awan atau cuaca. Mengandungi gas ozon.Kebanyakkan bahan meteor
memasuki lapisan ini.
|
Troposfera
|
Ketebalan kira-kira 8 km, meliputi 25 % daripada
jisim bumi. Pengurangan suhu 6.5˚C
bagi setiap 1000m.Kawasan terdapatnya
perubahan iklim dan cuaca.
|
C)
KANDUNGAN ATMOSFERA
KANDUNGAN
|
HURAIAN
|
KESAN
|
1.
Gas
kekal
|
Gas yang tetap di
atmosfera seperti Nitrogen (
78.09%), Oksigen (20.95%) dan Argon (0.93%).
|
|
2.
Gas
berubah
|
Gas yang
kandungannya tidak tetap di atmosfera. Contohnya :
a.Karbon
dioksida : sentiasa bertambah
i. memasuki atmosfera melalui tindakan organisma
hidupan
lautan dan daratan.
ii. peningkatan
penggunaan bahan api fosil oleh manusia
b.Ozon :
sentiasa berkurangan
- melalui kitar fotokimia iaitu
melibatkan percantuman
semula dengan atom oksigen menyebabkan kehilangan
bersih oksigen ganjil. O3
+ O = 2O2
c.Klorofluorokarbon (CFC) : sentiasa
bertambah
i. punca: bahan-bahan aerosol, bahan penyejuk
(freom) ,
bahan pencuci dan penyaman udara
ii. terlerai dan membebaskan klorin yang juga terlibat dalam
pemusnahan lapisan ozon.
d.Nitrogen Oksida (NOX) : sentiasa bertambah
i.
mekanisme biologi
di lautan dan juga dalam tanah.
ii.
pembakaran
industri, kenderaan, biojisim, dan
penggunaan baja kimia.
e.Sulfur dioksida (SO2) : sentiasa bertambah
pembakaran arang
batu dan minyak serta peleburan tembaga.
|
Penambahan
dan pengurangan kumpulan gas ini akan mempengaruhi :
i. pencemaran
udara
ii.peningkatan
gas
rumah hijau
iii .hujan
asid
iv. penipisan
lapisan ozon
v. pemanasan
global
|
3.
Juzuk bukan gas
|
Dikenali sebagai
bahan aerosol termasuk habuk, asap, zarah garam, zarah tanah, dan habuk
galian daripada pembakaran kering, karbon dan habuk gunung berapi.
|
Mengakibatkan
fenomena jerebu
|
D)
PERANAN ATMOSFERA
Isi
|
Huraian
|
Biologi
|
Oksigen -
penyokong kepada semua kehidupan di permukaan bumi.
|
Mencorakkan
kontur permukaan bumi
|
Kejadian cuaca
seperti angin, hujan dan larian air. Tindakan unsur-unsur cuaca ini telah
mewujudkan pelbagai bentuk permukaan bumi yang sentiasa berubah tanpa mengira
masa dan tempat.
|
Kekayaan semula
jadi
|
Perlombongan
logam dan simpanan bijih dikaitkan dengan pengumpulan bahan logam melalui
tindakan kimia air hujan ke dalam batuan.
|
Perdagangan /
rekreasi
|
Pedagang pada
zaman dahulu menggunakan kapal layar yang memerlukan tiupan angin.
|
Membentuk
dan menpengaruhi cuaca
|
Atmosfera
bumi sentiasa mengalami perubahan secara berterusan. Manusia perlu
menyesuaikan diri dengan setiap perubahan yang ekstrem agar tidak mengalami
kesan perubahan tersebut.
|
UNSUR-UNSUR
CUACA DAN IKLIM
A)
IMBANGAN BAHANGAN.
KONSEP
|
HURAIAN
|
Imbangan
bahangan
|
Jumlah bahangan
yang diterima oleh bumi daripada matahari melalui gelombang-gelombang pendek
sama dengan jumlah bahangan yang dibebaskan oleh bumi melalui
gelombang-gelombang panjang.
|
B) FAKTOR-FAKTOR
YANG MEMPENGARUHI TABURAN SUHU MENDATAR
FAKTOR
|
HURAIAN
|
1.Tumbuhan semulajadi
|
Kawasan yang
banyak tumbuhan - suhu lebih rendah. Mengurangkan bahangan matahari yang
sampai ke permukaan bumi.
|
2.
Awan
|
Kawasan yang
banyak dilitupi awan – suhu lebih rendah. Awan akan membalikkan dan menyerap
sebahagian bahangan matahari.
|
3.
Arus lautan
|
Arus lautan
mempunyai kebolehan memindahkan haba – jenis arus akan mempengaruhi suhu
pinggir pantai. Contohnya Arus Telukan membawa haba daripada kawasan tropika
ke kawasan sederhana.
|
4.Perbezaan
permukaan bumi
|
Albedo permukaan
bumi menentukan jumlan bahangan yang diserap oleh bumi. Albedo yang tinggi akan
menyebabkan suhu di kawasan itu rendah.
|
5.Ketinggian
|
Kawasan yang tinggi
akan mengalami suhu yang semakin rendah.
|
C)
LEMBAPAN ATMOSFERA
KONSEP
|
HURAIAN
|
1.Lembapan
Atmosfera
|
Kandungan wap air
yang terdapat di atmosfera.
|
2.Kelembapan
mutlak
|
Jumlah wap air
dalam sesuatu isipadu air. (g/m3)
|
3.
Kelembapan
Tentu
|
Jisim wap air
bagi setiap kilogram udara.
|
4.
Kelembapan
Bandingan
|
Nisbah jumlah wap
air yang sebenar terdapat di udara berbanding dengan jumlah wap air yang
boleh ditampung oleh udara tersebut pada suhu yang tertentu.
|
D)
PROSES-PROSES LEMBAPAN ATMOSFERA
PROSES
|
HURAIAN
|
1.Sejatan
|
Proses cecair
atau ais bertukar menjadi wap air. Ia adalah proses yang berlaku secara
berterusan daripada permukaan air, tanah dan salji.
|
2.
Pepeluhan/
Transpirasi
|
Air yang hilang
daripada permukaan tanaman dan tumbuhan. Ia berlaku apabila tekanan wap dalam
sel daun adalah lebih besar daripada tekanan wap atmosfera.
|
3.
Sejatpeluhan
|
Air yang hilang
ke atmosfera melalui pepeluhan tumbuhan dan sejatan dari tumbuhan dan tanah.
|
E)
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI SEJATAN
FAKTOR
|
HURAIAN
|
1.
Tekanan wap
|
Tekanan wap yang
tinggi di atmosfera akan menyebabkan kadar sejatan menjadi rendah.
|
2.
Suhu permukaan
|
Suhu permukaan
sejat yang tinggi akan meningkat kadar sejatan .
|
3.
Angin
|
Angin yang
kencang dapat membaurkan wap air dan meningkatkan sejatan.
|
4.
Kandungan air
|
Kadar sejatan
lebih tinggi bagi air bersih berbanding dengan air masin.
|
5.
Luas permukaan
Sejat
|
Sejatan lebih
mudah berlaku di permukaan air yang terdedah berbanding permukaan air yang
terlindung.
|
F) FENOMENA PERUBAHAN CUACA DAN IKLIM
I.
PEMANASAN GLOBAL
|
|
KONSEP/ISI
|
HURAIAN
|
Konsep
|
Pemanasan
atmosfera bumi yang menyebabkan peningkatan suhu
global kesan daripada aktiviti
manusia.
|
II.
MEKANISME KEJADIAN
|
|
1.
Kesan rumah
Hijau
|
Peningkatan
gas-gas rumah hijau seperi CO2, Metana telah menyebabkan bahangan bumi
terperangkap dan dibalikkan semula ke permukaan bumi. Gas rumah hijau ini
membenarkan bahangan matahari masuk ke atmosfera bumi tetapi menghalang
bahangan bumi keluar ke ruang angkasa.
|
2.
Penipisan lapisan
ozon
|
Penipisan dan
kebocoran lapisan ozon telah menyebabkan lebih banyak bahangan (UV) matahari
sampai ke permukaan bumi.
|
III.
PUNCA/FAKTOR
|
|
1.
Penyahutanan
|
Penyahutanan
menyebabkan ketidakseimbangan antara gas CO2 dengan O2. Kehilangan tumbuhan
menyebabkan proses fotosintesis yang menyerap CO2 terhenti.
|
2.
Pembakaran
Terbuka
|
Pembakaran
terbuka membebaskan partikel dan gas rumah hijau ke atmosfera dan bertindak
menghalang bahangan bumi.
|
3.
Pembakaran
Bahan api
|
Pembakaran bahan
api fosil seperti arang batu dan minyak untuk penjanaan kuasa akan
membebaskan gas rumah hijau seperti CO2, NO2,SO2.
|
4.
Perindustrian
|
Pembebasan gas
CFC dalam industri penyejukan (Freon), bahan pencuci, aerosol akan menghakis
lapisan ozon.
Industri
peleburan seperti tembaga akan membebaskan gas SO2.
|
5.
Pereputan organik
|
Pereputan sisa
tanaman dan najis haiwan membebaskan gas metana.
|
IV.KESAN
PEMANASAN GLOBAL TERHADAP ALAM SEKITAR FIZIKAL
|
|
1.
Suhu meningkat
|
Penerimaan
gelombang suria dan gelombang bumi yang lebih banyak telah menyebabkan suhu
dunia meningkat.
|
2.
Pencairan ais
|
Suhu yang lebih
tinggi telah menyebabkan pencairan ais dan meningkatkan aras laut.Banyak
kawasan rendah tenggelam.
|
3.Proses
hakisan
meningkat
|
Pencairan ais
gunung meningkatkan hakisan dalam alur . Kenaikan aras laut menyebabkan
hakisan ombak juga meningkat.
|
4.
Perubahan unsur
iklim
|
Peningkatan fenomena ribut, taufan, banjir dan kemarau.
|
5.
Gangguan
ekosistem
|
Peningkatan suhu
menyebabkan kehidupan organisma terganggu maka menyebabkan kemusnahan sesuatu
ekosistem. Contohnya plakton dan terumbu karang.
|
V.KESAN
PEMANASAN GLOBAL TERHADAP ALAM SEKITAR MANUSIA
|
||
1.
Penyakit/kematian
|
Suhu yang tinggi
menyebabkan penyakit seperti strok haba, dehidrasi, kanser kulit dan penyakit
pernafasan.
|
|
2.
Ekonomi
|
Menjejaskan
pengeluaran / produktiviti sektor ekonomi seperti pertanian , pelancongan, perikanan
dll.
|
|
3.
Kebuluran
|
Pengeluaran
sumber makanan yang berkurangan menyebabkan malnutrisi dan kebuluran.
|
|
VI.
LANGKAH MENGURANGKAN KESAN PEMANASAN GLOBAL
|
||
1.
Sumber
alternatif
|
Mengurangkan
penggunaan bahan api fosil dan menggunakan sumber alternatif seperti tenaga
suria, angin, ombak dan hidro.
|
|
2.
Menggunakan bahan
yang mesra alam
|
Mengurangkan
penggunaan bahan yang berasaskan aerosol dan menggantikan dengan bahan yang
berasaskan air dalam industri.
|
|
3.
Perundangan
|
Menguatkuasakan
undang-undang seperti akta kualiti alam sekeliling 1974 .
|
|
4.
Kerjasama
antarabangsa
|
Mewujudkan
kerjasama antara negara-negara dalam menangani masalah pemanasan global
seperti Protokol
|
|
5.
Kempen/
pendidikan
|
Mendidik rakyat
melalui media
|
|
SOALAN
ATMOSFERA.
1. a) Apakah yang dimaksudkan dengan atmosfera? [5]
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
b)
Terangkan mekanisme
yang menyebabkan berlakunya peningkatan suhu dunia.
[10]
Kesan rumah
Hijau
|
|
Penipisan lapisan
Ozon
|
c) Jelaskan kepentingan atmosfera terhadap
alam sekitar. [10]
Isi
|
Huraian
|
Biologi
|
|
Mencorakkan
kontur permukaan bumi
|
|
Kekayaan semula
jadi
|
|
Perdagangan /
rekreasi
|
|
Membentuk
dan menpengaruhi cuaca
|
2. a) Terangkan dengan ringkas kandungan atmosfera. [5]
ISI
|
HURAIAN
|
Gas tetap
|
|
Gas berubah
|
|
Juzuk
bukan gas
|
b) Mengapakah kerap berlaku hujan asid di
bandar-bandar besar? [10]
ISI
|
HURAIAN
|
Penjana kuasa
|
Penggunaan arang
batu sebagai bahan bakar untuk menjana kuasa elektrik membebaskan gas sulfur
dioksida.
|
Perindustrian
|
Industri
pemerosesan seperti baja kimia dan
racun serangga akan membebaskan gas nitrogen dan sulfur dioksida.
|
Asap
kenderaan
|
Pembebasan
asap kenderaan yang banyak membebaskan gas karbon monoksida.
|
Pembakaran
terbuka
|
Aktiviti
pelupusan sampah dan pembakaran sampah terbuka akan membebaskan gas pencemar
ke atmosfera.
|
Struktur bandar
|
Bangunan yang
tinggi dan padat menghalang pengaliran udara menyebabkan gas-gas pencemar
terkumpul di atmosfera bandar.
|
c) Huraikan kesan hujan asid terhadap alam
sekitar. [10]
ISI
|
HURAIAN
|
Pencemaran air
|
Hujan asid
mencemarkan sumber air seperti air tasik dan air sungai.
|
Pencemaran tanah
|
Hujan asid
menyebabkan tanah menjadi berasid menyebabkan kesuburan tanah menurun.
|
Kemusnahan
hidupan
Akuatik
|
Hujan
asid meneybabkan air berasid dan mengancam kehidupan akuatik seperti ikan,
katak . Jika nilai pH kurang daripada 3 semua jenis organisma akuatik akan
pupus.
|
Kemusnahan
tumbuhan
|
Hujan asid akan
memusnahkan tumbuhan dengan melarutresap potasium, kalsium dan magnesium
daripada daun-daun pokok
|
Kehidupan manusia
|
Hujan asid boleh
menyebabkan penyakit kulit. Cat bangunan luntur.
|
3. a) Apakah yang dimaksudkan dengan Imbangan
Bahangan? [5]
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
Jadual
: Taburan Bahangan di Pemukaan Bumi (Wm2)
Tarikh
|
Garis
lintang
|
||||||||
90oU
|
70oU
|
50oU
|
30oU
|
0o
|
30oS
|
50oS
|
70oS
|
90oS
|
|
21 Mac
|
0
|
153
|
287
|
387
|
447
|
387
|
287
|
153
|
0
|
22 Dis
|
0
|
0
|
88
|
233
|
421
|
520
|
528
|
540
|
40
|
bahangan
mengikut kedudukan garis lintang. [10]
Contoh jawapan :
c) Jelaskan
mengapa taburan suhu berbeza-berbeza dari satu kawasan dengan
kawasan
yang lain.
[10]
Tumbuhan semulajadi
|
|
Awan
|
|
Arus lautan
|
|
Perbezaan
permukaan bumi
|
|
Ketinggian
|
SKIMA
PEPERIKSAAN STPM.
1. ( a )
Nyatakan lima
unsur cuaca dan iklim.
( 5 )
a1
– suhu
a2
- hujan
a3- angin
a4
- bahang matahari
a5- awan
a6
- kelembapan
5 unsur x 1 markah = 5 markah
( b )
Jelaskan empat faktor fizikal yang boleh mempengaruhi cuaca dan iklim
di sesuatu tempat. ( 8 )
1. Latitud
-
Suhu semakin
berkurangan bermula dari latitud Khatulistiwa ( 0 ยบ ) ke arah kedua-dua kutub.
-
Sebab-sebab
perbezaan suhu antara latitud disebabkan oleh:-
i.
Bahangan matahari
lebih tertumpu ke kawasan khatulistiwa kerana kawasan khatulistiwa lebih dekat
dengan matahari. Permukaan bumi kawasan khatulistiwa terdedah secara tegak ( 90
ยบ ) kepada sinaran matahari. Oleh itu,
keamatan tenaga matahari yang diterima oleh kawasan latitud Khatulistiwa
sentiasa tinggi. Kesannya suhu permukaan kawasan Khatulistiwa tinggi sepanjang
tahun.
ii.
Kawasan
latitud tinggi ( kedua-dua kutub ) ,
sudut pancaran matahari lebih jauh dan condong.
Kesannya keamatan tenaga matahari yang diterima rendah.Oleh itu, suhu
permukaan di kedua-dua kutub sentiasa rendah.
2. Pengaruh
kebenuan dan lautan
-
Daratan lebih cepat
menjadi panas berbanding lautan pada waktu siang. Oleh itu, kawasan tengah
benua ( daratan ) lebih panas berbanding dengan kawasan berhampiran dengan laut
pada waktu siang.
-
Pada waktu malam
air masih lagi membebaskan habanya dan keadaan ini menyebabkan kawasan pinggir
laut menjadi lebih panas pada waktu
malam berbanding dengan kawasan tengah benua yang lebih cepat menjadi sejuk.
3. Pengaruh
badan-badan air yang besar
-
Tasik-tasik yang
besar dapat mempengaruhi bezantara suhu kawasan yang terletak lebih kurang satu
kilometer darinya .
-
Badan-badan air
seperti tasik dapat mengurangkan suhu sekitarnya pada musim panas dan
menambahkan suhu sekitarnya pada musim
sejuk.
-
Contohnya kawasan
Tasik-Tasik Besar St. Lawrence di Amerika Utara.
4. Pengaruh
arus lautan
-
Arus lautan dunia
dapat menyederhanakan suhu musim dingin dan musim panas kawasan-kawasan yang
dilaluinya.
-
Arus lautan sama
ada arus panas atau sejuk dapat memindahkan haba dari satu tempat ke satu
tempat yang lain.
-
Pengaliran arus
lautan dari kawasan Khatulistiwa ke arah kutub dapat memanaskan udara di
kawasan kutub dan sebaliknya.
-
Contoh Hanyutan
Atlantik Utara ( arus panas ) yang
bergerak dari kawasan latitud rendah mengalir kearah kutub utara telah
meningkatkan suhu kawasan pinggir pantai Kepulauan British dan Eropah pada musim
dingin. Arus Sejuk Labrador yang mngalir dari kutub utara ke Khatulistiwa telah
mengurangkan suhu udara di kawasan Khatulistiwa.
5. Pengaruh
angin lazim
-
Angin yang bertiup
seringkali dapat menyederhanakan suhu kawasan yang dilaluinya.
-
Contoh Angin
Baratan ( angin lazim ) yang panas bertiup kearah pantai barat Eropah telah
meningkatkan suhu kawasan pinggir pantai
barat Eropah tersebut. Manakala pantai
timurnya lebih
sejuk kerana menerima angin sejuk dari kawasan pedalaman benua tersebut.
-
Angin Cinuk ( angin
panas ) yang bertiup daripada lautan Pasifik telah meningkatkan suhu dan
mencairkan salji dan mempercepatkan kedatangan musim bunga di Dataran tinggi
Amerika Syarikat dan Prairie Kanada.
6. Pengaruh
banjaran gunung
-
Banjaran gunung
(aspek ) termasuk arah dan darjah kecerunan amat berkesan mempengaruhi
suhu di kawasan-kawasan di laitud sederhana.
-
Di hemisfera utara,
cerun yang mengadap ke selatan menerima lebih banyak bahang matahari berbanding
cerun yang mengadap utara. Oleh itu, di hemisfera utara cerun yang mengadap
selatan suhu lebih tinggi berbanding cerun yang mengadap utara ( kutub utara ).
-
Di hemisfera
selatan, cerun yang mengadap ke utara menerima lebih banyak bahang matahari
berbanding cerun yang mengadap Selatan. Oleh itu, di hemisfera selatan cerun
yang mengadap utara suhu lebih tinggi berbanding cerun yang mengadap selatan (
Antartika ).
7. Pengaruh
tumbuhan
-
Tumbuh-tumbuhan
semulajadi berperanan penting dalam mengurangkan suhu sesuatu kawasan.
-
Kawasan yang
mempunyai tumbuhan semulajadi yang banyak suhu persekitarannya lebih rendah
berbanding kawasan lapang.
-
Tumbuhan dapat
mengurangkan kepekatan gas karbon dioksida diudara sesuatu kawasan melalui
proses fotosentesis- dapat mengatasi masalah kesan rumah hijau.
-
Melalui proses
perpeluhan, tumbuhan mengeluarkan manik-manik air yang dapat menyederhanakan
suhu persekitaran.
-
Tumbuhan juga
mempunyai nilai albedo yang tersendiri, contohnya rumput mempunyai nilai albedo
antara 10 -15 %. Kesannya sebahagian bahang matahari dapat dipulangkan ke ruang
angkasa dan sekaligus mengurangkan suhu kawasan tersebut.
8. Faktor
albedo
-
Atmosfera dan
permukaan bumi mempunyai nilai albedo yang berbeza-beza.
-
Salji membalikkan
lebih kurang 80% - 90% bahangan matahari yang diterimanya,
Awan
pula dapat membalikkan dan menyerap sebahagian bahangan matahari yang diterima
pada waktu siang.
- Perlindungan awan
dan pembalikan bahang matahari oleh permukaan bersalji akan mengurangkan suhu
pada waktu siang.
- Kawasan gurun panas
yang tidak berawan menerima banyak sinaran matahari secara terus menerus pada waktu
siang menyebabkan suhu di kawasan tersebut tinggi pada waktu siang.
Mana-mana
4 faktor x 2 markah = 8 markah
( c )
Huraikan pengaruh cuaca dan iklim terhadap aktiviti manusia di
kawasan tropika lembap. [ 12 ]
i- Pengaruh Musim tengkujuh di pantai barat Malaysia - terhadap aktiviti perikanan,
pertanian, industri IKS.
ii- Musim panas dan kering terhadap kegiatan pertanian - padi, getah,
kegiatan rekreasi dan pelancongan, sukan.
3. ( a )(i).
Apakah yang dimaksudkan dengan taburan suhu secara mendatar ? (
5 )
- garis sesuhu / isotherm yang menyambung secara mendatar dan memanjang
dari barat ke timur yang mempunyai purata suhu bulanan atau tahunan yang sama.
Garisan ini diandaikan berdasarkan kawasan
daratan yang tidak mengambil kira
kawasan tanah tinggi atau lurah.
( a )(ii)
Apakah yang dimaksudkan dengan taburan suhu secara menegak ? (
5 )
- Suhu berkadar
songsang
mengikut ketinggian, di mana suhu akan menurun apabila kenaikan latitut bertambah. Purata suhu
berkurangan sebanyak 0.65oC
bagi kenaikan 100 meter. Perbezaan
taburan ini sering di dapati di kawasan pergunungan
dunia seperti pergunungan Himalaya,
Alps, Andes dan Rocky
( b )
Jelaskan faktor yang mempengaruhi
taburan suhu secara mendatar yang tidak
seragam di permukaan bumi. (
10 )
Bi - Latitud
Bii -Pengaruh kebenuan dan lautan
Biii -
Pengaruh badan-badan air yang besar
Biv - Pengaruh arus lautan
Bv - Pengaruh angin lazim
Bvi - Pengaruh
banjaran gunung
Bvii - Pengaruh
tumbuhan
Bviii- Faktor albedo Mana-mana
5 faktor x 2 markah = 10 markah
4.(
a ). Nyatakan jenis-jenis kerpasan. (
5 )
Di antara jens-jenis kerpasan ialah
Hujan, Salji ,Gerimis, Hujan batu ( hail
), Hujan beku
( sleet ) dan Embun
( b ). Jelaskan Jenis-jenis kerpasan. (
10 )
i.
Hujan
-
Merujuk kepada
kerpasan dalam bentuk cecair.
-
Diakibatkan oleh
proses pemeluwapan dan pembentukan titik-titik air dalam awan yang diikuti
dengan pertumbuhan titik-titik air ini ke satu saiz yang tertentu dan dapat
mengatasi pengaruh daya pengapungan udara di dasar awan.
-
Secara umumnya
hujan yang lebat mengambil tempoh yang singkat manakala hujan gerimis memakan
masa yang lama.
ii.
Salji
- Salji merujuk kepada hablur-hablur ais yang
pelbagai bentuk yang terjadi
apabila paras beku
terlalu hampir dengan permukaan bum menyebabkan
hablur-hablur ais tidak
sempat mencair sebelum sampai ke permukaan bumi.
iii.
Gerimis
-
Merujuk kepada
titik-titik air yang kecil iaitu kurang daripada 20 mikron yang tidak tidak
akan bercantum malah ditolak ke tepi oleh titik-titik air yang besar.
-
Apabila diameter titik-titik air mencapai 7 mm, ia
akan berpecah kepada titik-titik yang lebih kecil.
-
Proses perlanggaran
dan pemecahan akan berlaku secara berulang kali.
-
Titik-titik air
yang kurang daripada 0.5 mm akan turun ke permukaan bumi sebagai gerimis.
iv.
Hujan batu ( hail )
-
Hujan batu
merupakan sejenis kerpasan berbentuk pepejal yang besar dan berat.
-
Hujan batu terhasil
apabila terjadinya ribut yang mengakibatkan berlakunya pergerakan udara menegak
yang kuat di dalam awan.
-
Pergerakan udara
menegak yang kuat ini akan menolak titik-titik hujan ke atas sehingga ke satu
paras di bawah paras beku.
-
Titik-titik hujan
ini akan membeku dan menjadi bertambah besar apabila berlakunya penimbunan
salji dan air pada paras-paras yang berbeza.
-
Apabila arus
perolakan ( pergerakan udara menegak ) menjadi perlahan maka titik-titik air
beku ini akan jatuh ke permukaan bumi dalam bentuk hujan batu.
v. Hujan beku ( sleet )
- Merupakan hujan yang bercampur dengan
salji.
- terbentuk apabila suhu di dalam awan hampir
beku manakala suhu
di bawah awan suhu beku.
- titik-titik air
yang jatuh dari awan akan merentasi lapisan suhu beku di bawah awan maka
titik
air ini akan membeku menjadi bintik-bintik ais yang kecildan jernih.
vi. Embun
-
Embun biasanya terbentuk apabila berlakunya pemeluwapan di permukaan
objek-objek yang bersuhu di
atas takat beku ( 0 ยบ ).
- Udara yang lembap apabila
tersentuh dengan objek-objek yang sejuk ( suhu pada takat
embun ), wap-wap air yang melekat pada
objek tersebut akan dukarkan kepada cecair
( embun ).
Mana-mana
5 faktor x 2 markah = 10 markah
No comments:
Post a Comment