PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Sunday, September 4, 2011

SOALAN PERCUBAAN KEDAH 2010. SOALAN 1

1
(a)
Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga?[3]







Skema Pemarkahan



(1)                                             (2)
Tenaga ialah keupayaan/ untuk menghasilkan sebarang 
aktiviti atau kerja.[3m]






(b)
Huraikan bagaimana penerimaan  tenaga suria  yang
berbeza memberi kesan kepada :-



i.              Kejadian empat musim di kawasan sederhana dunia[8]
ii.             Kejadian  siang dan malam[4]



Skema Pemarkahan


(b)i
Kejadian empat musim.
Pada 21 hb Mac (Ekuinoks Musim bunga) penerimaan 
pancaran matahari adalah tegak di atas garisan Khatulistiwa. 
Semua kawasan di dunia menerima bahangan matahari yang 
seimbang. Ini menyebabkan berlakunya musim bunga di HU 
dan musim luruh di HS.




 Pada 23 hb Sept (Ekuinoks Musim Luruh) penerimaan 
pancaran matahari adalah tegak di atas garisan Khatulistiwa. 
Semua kawasan di dunia menerima bahangan matahari yang 
seimbang. Ini menyebabkan berlakunya musim luruh di HU 
dan musim bunga di HS.



Pada 21 hb Jun ( Soltis Musim Panas ).penerimaan 
pancaran matahari adalah tegak di atas garisan 
Sartan. Ini menyebabkan HU lebih banyak menerima 
tenaga suria.  Ini menyebabkan berlakunya musim panas  
di HU dan musim dingin di HS.



Pada 22 hb Dis (Soltis Musim Dingin )penerimaan 
pancaran matahari adalah tegak di atas garisan Jadi. 
Ini menyebabkan HU lebih sedikit  menerima tenaga 
suria berbanding HS .Ini menyebabkan berlakunya 
musim dingin di HU dan musim panas di HS.



Catatan: Rajah tanpa huraian = 0 markah  4 isi x 2m= [8m]                                                                        



( b )
Kejadian siang dan malam
Putaran bumi menyebabkan sebahagian daripada 
permukaan bumi menghadap  matahari dan menerima 
pancaran tenaga matahari dan sebahagian lagi akan 
terlindung. Ini berlaku dalam tempoh 24 jam.[4m]
Bahagian yang menghadap matahari akan mengalami siang .
Bahagian yang lindung matahari  akan  membelakangi 
matahari dan mengalami malam









(c)
Jelaskan  peranan tenaga  suria terhadap aktiviti 
manusia di Kawasan tropika lembap[10]



Skema Pemarkahan



C1- Aktiviti pertanian
       Dijalankan sepanjang tahun, kepelbagaian jenis tanaman , 
       sumber air yang mencukupi melalui proses kitaran hidrologi.
C2- Aktiviti pembalakan
     Dijalankan sepanjang tahun, tenaga matahari 
     menggalakkan  pertumbuhan hutan malar hijau / 
     kayu keras .  Contoh cengal, meranti
C3 - Penternakan
        Dijalankan sepanjang tahun. tenaga matahari 
       menggalakkan pertumbuhan rumput sebagai sumber 
       makanan dan proses   kitaran hidrologi untuk sumber air.
C4 -Pelancongan/ rekreasi
      Dijalankan sepanjang tahun, menggalakkan pembentukan  
     bentuk muka bumi menarik seperti  kawasan karst, 
     pertumbuhan hutan malar hijau,penerimaan matahari 
     untuk aktiviti di pinggir pantai .
C5- Perikanan
   Dijalankan sepanjang tahun .tenaga matahari 
  mencukupi  menggalakkan pertumbuhan plankton 
  untuk pembiakan ikan.
C6 -Perindustrian
    Kegunaan untuk proses pengeringan seperti hasil laut, 
    batik dan sebagainya.

     Pemarkahan  :   Mana-mana 5 isi  X 2m = 10m

No comments:

Post a Comment