PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Monday, September 5, 2011

Kisah bekas Paderi Kristian Melayu

Salam,
Bacalah kisah ini mudah-mudahan anda mengambil iktibar dan pedoman pada kita semua. Sama-sama kita menegakkan kebenaran Agama Islam

Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph.

Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim danmak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang.

Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawan tetapi gagal. Saya terpaksa tidur di stesen keretapi.

Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa, tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris.

Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari KualaLumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal diseksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya.

Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibinakhas! untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).

Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalamBahasa Malaysia .

Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh Indonesia .

Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru.

Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia, Singapura dan orang Filipina.

Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar RM60.00 sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang.

Selepas itu dihantar ke Singapura selama1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura. Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore .

Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan.

Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit RM1,400.00, bersama-sama seorang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak….

Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan membawa saya bertemu Mufti Negeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat.

Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak).

Cara hendak mengenali mereka Lelaki – Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60.00 ). Perempuan – Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur – Daya Bumi, Kota Rayadan Sg. Wang Plaza.

Cara-cara berdakwah: Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal (asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water).

Setelah diberi minum 1 minggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja RM12.6 juta, sumber dari Sabah, Sarawak , Filipina dan Singapura.

Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling jaya,Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah.

Haji Hanapi bekas guru – akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk.

Di Ipoh Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untuk main-main saja, akhirnya dia bertaubat.

Banting Kamariah bt Sidek -lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayarRM165.00 sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak RM10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar)1982.

Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib.

Punca terjebak dalam Kristian:

1. Desakan hidup. 2.Kurang agama

Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian. Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian.

Paderi Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu.

Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid. Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah masuk Kristian di Melaka.

Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah dan suka dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan)

Beliau beri penerangan kepada 1. Polis Bukit Aman, 2. Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam)

Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini. Seorang bekas paderi Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah, Batu Gajah) pernah menjadi paderi selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah didalam bahasa Inggeris.

Beliau sebagai paderi dikenakan 4 syarat

1. Tidak boleh hisap rokok 2. Tidak boleh minum arak 3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah 4. Tidak boleh kahwin.

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padri Indonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini.. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua paderi Kamaruddin Hj Ahmad. Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu ,Kelantan, Kedahdan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.

*PENGUMUMAN – HARAP DISAMPAIKAN! KPD ORANG ISLAM KITA’Sebarkanlah walau satu ayat pun’

(Sabda Rasulullah SAW)

‘Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalan mu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.

Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.’
(Surah Al-Ahzab:71)

Demi kebaikan kita bersama untuk suami, isteri,anak-anak, kaum keluarga, saudara- mara, sahabat-handai dan generasi akan datang yang kita sayangi.

‘Agungkanlah dan laungkanlah ‘ الله اكبر “……………..BlogPeribadiRasulullah

Wassalam

No comments:

Post a Comment