PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Wednesday, February 12, 2014

TENAGA SOLAR DI MALAYSIA

RANTAU PANJANG: Pembangunan Koridor Wilayah Timur (ECER) memanfaatkan keadaan cuaca di Kelantan bagi membangunkan projek tenaga solar berskala besar.
Projek melibatkan kos RM50 juta dijangka menjadikan Kelantan berpontensi besar sebagai pembekal utama kuasa alternatif untuk menjana tenaga elektrik yang menjimatkan dan mesra alam. 
Projek tenaga solar itu mampu menyumbang kuasa elektrik sebanyak 4 Megawat kepada Tenaga Nasional Bhd (TNB).
Penyelia projek tenaga solar ECER, Zamri Mohamad berkata, cuaca panas di Kelantan dijangka mampu menghasil sehingga 10 Megawat sebagai sumber tenaga alternatif.
"Ini adalah projek tenaga solar yang pertama dalam skala besar di Kelantan membabitkan kos sebanyak RM50 juta yang dibangunkan dua fasa.
"Fasa pertama telah siap dan mula beroperasi sejak 15 Disembar lalu, manakala fasa kedua masih dalam pembinaan dan dijangka siap Mac ini," katanya di sini.
Projek tersebut dibangunkan syarikat tempatan iaitu Komitmen Mantap di kawasan seluas 18 ekar berhampiran Bandar Baru Pasir Mas di Lubuk Jong. 
Projek itu mula dibina pada Oktober lepas, akan menjadi pembekal kuasa baru kepada TNB bagi kegunaan di sekitar Pasir Mas dan Rantau Panjang.
Sementara itu anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, projek tenaga solar yang terletak di Kampung Baharu, Lubok Jong itu satu-satunya projek sumber tenaga alternatif terbaru di Kelantan.
"Projek tenaga solar yang dilaksanakan tersebut bagi manfaat rakyat Kelantan, lebih-lebih Rantau Panjang dan Pasir Mas kini semakin pesat membangun," ujarnya.

No comments:

Post a Comment