PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Saturday, October 5, 2013

USA "SHUTDOWN" -KRONOLOGI

Masyarakat dunia tersentak dengan berita dari negara kuasa besar Amerika Syarikat. Tepat pada 1 Oktober 2013, pemerintahan Amerika Syarikat di bawah kepimpinan Barack Obama `shutdown` alias lumpuh kerana tidak mempunyai bajet. Artinya, negara ini menutup seluruh perkhidmatan awam, kecuali sektor penting seperti kesihatan dan keselamatan. Sebanyak 800 ribu pekerja  perkhidmatan awam yang tidak sensitif, seperti muzium dan taman nasional harus rehat bekerja sejenak.
Dasar seperti ini berulang lagi setelah 17 tahun lalu kerajaan AS juga mengalami penutupan di era Bill Clinton. Obama mengaku tidak punya pilihan lain. Anjuran anggaran pendapatan dan belanja negara 2013-2014 yang didalamnya berisi penyerahan hutang, tak diluluskan Kongres dari kubu Republik. Inilah yang menjadi pencetus shutdown .
Kongres menolak untuk menyetujui peningkatan beban hutang, jika Obama masih mahu melaksanakan dasar belanjawan kesihatan untuk insurans semua warga atau yang disebut Obamacare. Kongres minta Obamacare ditunda setahun, namun pihak Senat yang didominasi Demokrat menolaknya. Kerana penolakan tersebut, pihak kongres menolak menyetujui penambahan  hutang kerajaan.
Tanpa persetujuan ini, berarti Amerika tak mempunyai wang untuk menggaji pekerja kerajaan. Sebab batas wang negara ini hanya sampai akhir September. Buat sementara waktu tanpa persetujuan kongres, perlembagaan Amerika tidak membenarkan Presiden Barrack Obama memutuskan dengan kuasa Presiden.
Bagaimana hal ini boleh terjadi, berikut adalah kronologi dari pelbagai sumber seperti New York Times, Associated Press dan lain-lain, Kamis (3/10/2013):

28 Ogos 2013
Ketua DPR, John A Boehner mengatakan Presiden Barack Obama harus bersiap-siap berkonfrontasi berkaitan siling hutang negara yang diajukan pemerintahannya. Di sisi lain, Obama berulang kali mengatakan tidak mempunyai rancangan untuk berunding dengan Kongres Parti Republik. Dia pun meminta masalah hutang ini diangkat tanpa tekanan politik.

30 Ogos
Pertemuan antara pembantu senior Rumah Putih dengan 8 senator Republik cuba untuk mencari jalan berkaitan pengurangan defisit guna mengelakkan krisis fiskal berakhir dengan tidak adanya kesepakatan.

11 September
Pemimpin Republik memberikan isyarat mereka akan menyokong peningkatan had hutang negara hanya jika Presiden Obama dan Demokrat dapat menunda perlaksanaan Program Kesihatan.

13 September
Ketua DPR John A Boehner berusaha perjanjian dengan para pemimpin Kongres Demokrat dan Republik untuk mencegah terjadinya penutupan pemerintahan pada 1 Oktober dan menaikkan siling hutang. Kubu Republik tetap kukuh meminta pemotongan bajet tanpa remeh-temeh dana bagi Pentagon dan veteran. Hal yang adalah hasil dari pemotongan anggaran  dana kesihatan cadangan Obama.

16 September
Majlis Ekonomi Negara, penasihat pemerintahan Obama, mengingatkan Kongres untuk menaikkan siling hutang agar tak membahayakan ekonomi yang masih rapuh.

17 September
Kongres mengeluarkan memo yang menyatakan dengan kemungkinan terjadinya `shutdown` dan gagal bayar hutang. Obama memberi amaran kepada Kongres keadaan boleh menjadi seperti mana keadaan ekonomi yang dibuat sejak 2008 jika tak segera menyelesaikan soal bajet.

26 September
Hambatan terbesar pembahasan bajet kerajaan berada pada tangan-tangan kader kecil dari Parti Republik, seperti senator Sen Ted Cruz, yang memberikan pidato selama 21 jam di hadapan Senat. Dia dikenal paling menentang anjuran anggaran Obama. Namun, Senat tetap menyetujui undang-undang untuk menjaga pemerintahan yang terbuka tanpa mengganggu bajet kesihatan Obama. Saat ini terbuka peluang untuk meneruskan pengesahan RUU oleh DPR.

27 September
Ahli Kongres Kubu Republik dan Demokrat terus berunding dengan agresif. Pimpinan kubu Republik cuba untuk mengalihkan sengketa anggaran dengan mempertikaikan kenaikan had pinjaman kerajaan. Republik mengatakan akan bersetuju meningkatkan had hutang untuk mencegah shutdown kerajaan hanya jika Demokrat menerima senarai keutamaan.

30 september
Ini menjadi saat kritis shutdown AS terjadi. Pada tarikh ini menjadi batas akhir Senat membincangkan bajet yang menjadi dana pembiayaan negara ini. Mesyuarat itu seharusnya memutuskan soal penambahan anggaran kecemasan untuk membiayai bajet kerajaan.
Hasilnya pun di luar dugaan. Kongres yang didominasi Republikan dan Senat yang didominasi Parti Demokrat pengusung Barack Obama menemui jalan buntu tentang pembahasan anggaran tersebut. 
Kubu Republik mensyaratkan penambahan anggaran baru dapat dilakukan jika terlebih dahulu dilakukan peninjauan ulang atas UU Kesihatan yang mendasari "Obamacare". Senat dari Kubu Demokrat telah empat kali menolak cadangan yang dipopularkan  Republik, termasuk usaha awal meluluskan program jaminan kesihatan. Pengarah Komunikasi White House, Jennifer Palmieri ketika berkata kepada MSNBC mengatakan di masa depan kerajaan terbuka terhadap semakan "Obamacare", tetapi bukan dalam kerangka rundingan untuk meluluskan bajet kerajaan .

1 Oktober
Kerajaan persekutuan Amerika Syarikat di bawah kepimpinan Barack Obama akhirnya menutup pemerintahan pertama kalinya dalam hampir dua dekad ini kerana bajet belum diluluskan. Ini terjadi setelah rundingan antara Kongres kubu Republik dan Demokrat gagal memecahkan kebuntuan berkaitan bajet. Sebanyak 800 ribu pekerja negara ini menganggur kerana bekerja tanpa dibayar.
Penutupan masih berterusan tanpa adanya titik temu. Shutdown Amerika terakhir kali terjadi pada 1995-1996 saat pemerintahan dipimpin Bill Clinton dari Demokrat. Amerika harus menyelesaikan hal ini kerana negara ini juga mempunyai tarikh akhir bayar hutang pada 17 Oktober 2013. Jika pengajuan siling hutang itu ditolak, hutang-hutang Amerika akan digagal bayar alias default deft pada pertengahan Oktober 2013. 


Analisa Ekonomi USA:  pagarmuseh.blogspot.com 

No comments:

Post a Comment