PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Saturday, October 5, 2013

HUTANG DALAM MENGATASI MASALAH EKONOMI NEGARA


Tahun 2013 telah memasuki bulan October, sejumlah negara-negara di dunia masih terbelit hutang yang besar. Ada beberapa negara tersebut selama ini dikenali sebagai negara yang kaya raya. Negara-negara tersebut berpotensi mengalami krisis berpanjangan jika tak segera mengambil cara mengatasi keadaan di negaranya. Kebanyakkan krisis ini terhasil dari sikap pemimpin negara-negara berkenaan mengambil jalan mudah dalam melalui kesempitan ekonomi mereka.

Begitu juga negara Malaysia mengambil jalan berkenaan dalam mencapai aspirasi pimpinan untuk mengekalkan kekuasaan pemerintahan. Tanpa ada kajian mendalam terhadap natijahnya dan melihat kekayaan sumber alam negara yang boleh dimaju dan adaptasi dengan sumber penduduk yang ada. Tindakan pemimpin apabila kewangan kerajaan  tenat, mengambil langkah mudah iaitu meningkatkan hutan sehingga terkini dilapurkan dalam media masa telah bernilai RM 633.022 Bilion.

Perkara penting dalam menyelesaikan masalah hutang negara, pemimpin dan rakyat mestilah amanah dan tegas serta mengenepikan persoalan kepartian. Contoh boleh dilihat oleh masyarakat Jepun selain mempunyai rakyat yang rajin dan amanah, pemimpinnya juga seringkali meletak jawatan dalam mengambil tanggung jawab negara,  jika terbukti berlaku penyelewangan dalam pentadbirannya.

Tahap hutang negara yang tinggi untuk tempoh yang berterusan, sebenarnya boleh memberikan kesan ekonomi dan kewangan negara dalam tempoh jangka panjang. Keadaan ini akan bertambah buruk jika wang yang telah dipinjam dibazirkan untuk tujuan projek-projek mega yang sebenarnya tidak perlu pada masa sekarang, tetapi diperuntukkan semata-mata untuk “mengenyangkan” suku-sakat dan kroni.

Langkah terbaru kerajaan meningkatkan harga minyak dan GST merupakan langkah bijak untuk dimensi masa jangka pendek. Ini boleh meningkatkan pendapatan kerajaan sebagai langkah mengurangkan hutang.  Selain itu langkah dalam meningkatkan pendapatan rakyat dan mengkukuhkan harga komoditi utama negara juga perlu dalam menstabilkan pendapatan dan pembelanjaan rakyat.  

Menilik dari jumlah hutang, berikut 12 negara dengan jumlah hutang yang lebih besar dari Keluaran Domestik Negara Kasar (KDNK) negara tersebut, seperti dikutip majalah economist, (7/1/2013).

1. Yunani
Hutang negara US $ 404,21 bilion
Hutang per kapita US $ 35.738
Penduduk penduduk 11.300.382
Nisbah hutang kepada KDNK 158 peratus

2. Itali
Hutang negara US $ 2,473 trilion
Hutang per kapita US $ 40.580,44
Penduduk penduduk 61.004.016
Nisbah hutang kepada KDNK 120,7 peratus

3. U Kingdom
Hutang negara US $ 2,232 trilion
Hutang per kapita US $ 35.358,89
Penduduk penduduk 63.107.267
Nisbah hutang kepada KDNK 90,7 peratus

4. Perancis
Hutang negara US $ 2,337 trilion
Hutang per kapita US $ 36.731,54
Penduduk penduduk 63.605.928
Nisbah hutang kepada KDNK 89,9 peratus

5. Kanada
Hutang negara US $ 1,538 trilion
Hutang per kapita US $ 44.357,11
Penduduk penduduk 34.706.311
Nisbah hutang kepada KDNK 86,8 peratus

6. Jerman
Hutang negara US $ 2,795 trilion
Hutang per kapita US $ 34.224,83
Penduduk penduduk 81.700.573
Nisbah hutang kepada KDNK 82,8 peratus

7. Amerika Syarikat
Hutang negara US $ 11,605 trilion
Hutang per kapita US $ 36.921
Penduduk penduduk 314.347.814
Nisbah hutang kepada KDNK 74,2 peratus

8. Sepanyol
Hutang negara US $ 1,011 trilion
Hutang per kapita US $ 21.845,42
Penduduk penduduk 46.303.251
Nisbah hutang kepada KDNK 73,9 peratus

9. Brazil
Hutang negara US $ 1,355 trilion
Hutang per kapita US $ 6.962,21
Penduduk penduduk 194.736.338
Nisbah hutang kepada KDNK 54.4 peratus

10. India
Hutang negara US $ 1,005 trilion
Hutang per kapita US $ 824.72
Penduduk penduduk 1.220.344.262
Nisbah hutang kepada KDNK 49.9 peratus

11. Mexico
Hutang negara US $ 423,95 trilion
Hutang per kapita US $ 3.685,35
Penduduk penduduk 115.022.491
Nisbah hutang kepada KDNK 35,9 peratus

12. China

Hutang negara US $ 1,337 trilion
Hutang per kapita US $ 1.005,81
Penduduk penduduk 1.329.153.005
Nisbah hutang kepada KDNK 15.9 peratus

Analisa Ekonomi : pagarmuseh.blogspot.com

No comments:

Post a Comment