PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Tuesday, September 27, 2011

SKEMA JAWAPAN GEOGRAFI KERTAS 1 NEGERI KEDAH - SOALAN 1 DAN 2


1
(a)
Takrifkan konsep pergerakan bumi.
[5]

(b)
Lukis dan jelaskan tiga ciri perbezaan antara afelion dan perihelion.
[8]

(c)
Huraikan pengaruh bahangan suria terhadap flora dan fauna di kawasan Tropika Lembap
[12]

JAWAPAN.
1
(a)
Takrifkan konsep pergerakan bumi.
[5]


(i)                                   (ii)                           (iii)
Putaran bumi di atas/ paksinya sambil /mengelilingi matahari dan
            (iv)                                                  (v)
peredaran bumi mengelilingi matahari /di atas orbitnya.                               1 isi x 1m = 5m



(b)
Lukis dan jelaskan tiga ciri perbezaan  antara afelion dan perihelion.
[8]

          
                Afelion
           Perihelion
1.         Jarak  paling jauh dengan matahari iaitu 152 juta km
2.         Tarikh kejadian afelion ialah pada 4 April
3.         Musim panas
1.      Jarak paling dekat dengan matahari iaitu 147 juta km
2.      Tarikh kejadian perihelion ialah pada 3 Januari.
3.      Musim dingin


(c)
Huraikan pengaruh bahangan suria terhadap flora dan fauna di kawasan Tropika Lembap
[12]


(I)                 Terhadap flora.



CF1  - Menentukan jenis hutan di Tropika Lembap
           Tanah tinggi- bahangan rendah – hutan gunung.
           Tanah rendah – bahangan tinggi – hutan hujan tropika.



CF2 -  Menentukan jenis pokok.
           Suhu tinggi – tumbuh pelbagai jenis pokok/ tumbuhan – pokok    
           saka, mmemanjat, menumpang dan tumbuhan lantai.
           Pokok memanjat, menumpang – untuk mendapatkan cahaya  
           Matahari - pokok  buah-buahan tropika.



CF3-  Mempengaruhi ciri-ciri daun - membentuk pokok berdaun lebat, 
           lebar  dan malar hijau.


CF4-   Mempengaruhi ciri-ciri pokok - kayu keras, tinggi dan lurus.



CF5-   Merangsang proses transpirasi ( perpeluhan) pokok – 
            Haba matahari menyejat wap air (perpeluhan) 
            di daun pokok melalui liang stoma.




(ii)Terhadap fauna



CN1-  Mempengaruhi sifat fizikal haiwan – haba tinggi –
           bulu haiwan nipis



CN2-  Mempengaruhi warna bulu atau kulit- Haba tinggi – 
            warna kecoklatan atau kekuningan yang sesuai 
           dengan suhu yang  tinggi



CN3-  Menyebabkan kewujudan pelbagai jenis haiwan- 
           pelbagai jenis haiwan yang sesuai   
           dengan suhu tinggi – haiwan herbivor dan karnivor. 
           Suhu persekitaran yang tinggi mewujudkan habitat
            yang  sesuai bagi haiwan tropika.




2
(a)
Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga endogenik?
[5]

(b)
Jelaskan pengaruh tenaga endogenik terhadap kejadian gempa bumi.
[8]

(c)
Huraikan kesan gempa bumi terhadap alam sekitar fizikal dan aktiviti  anusia.
[12]



JAWAPAN
2
(a)
Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga endogenik?
[5]


(i)                                                                           (ii)
Tenaga endogenik merujuk kepada/ tenaga dalam bentuk arus perolakan / berpunca                                                                      
                                                        (iii)
daripada dalaman bumi /dan bergerak ke permukaan bumi /lalu menghasilkan
                                         (iv)                                                   (v)
pelbagai bentuk muka bumi /di lapisan bawah atau atas kerak bumi.



(b)
Jelaskan pengaruh tenaga endogenik terhadap kejadian gempa bumi.
[8]

B1

 Di lapisan astenosfera yang terletak di atas mantel bumi, wujud pergerakan  arus perolakan.


B2
Arus perolakan tersebut sentiasa tertolak ke permukaan bumi


B3
Arus perolakan ini mempunyai daya yang kuat untuk menggerakkan plat-plat (kerak bumi) yang terapung di atas lautan magma.


B4
Plat-plat bergerak dalam tiga cara iaitu pertembungan, pemisahan/ pencapahan dan perselisihan plat untuk mencapai keseimbangan.


B5
Gerakan secara kuat dan tiba-tiba hasil daripada pergerakan dan penyesuaian tersebut  pada kerak bumi akan menghasilkan gempa bumi.



                                                Mana-mana 4 proses X 2 m = 8 m



(c)
Huraikan kesan gempa bumi terhadap alam sekitar fizikal dan aktiviti  manusia.
[12]

CF1


                              Kesan terhadap  alam sekitar fizikal
Kejadian Tsunami
       Gegaran akibat gempa bumi di dasar laut berupaya untuk mewujudkan  pergerakan ombak selaju 800km sejam. Pergerakan ombak akan menjadi tinggi apabila memasuki kawasan pantai yang cetek. Akibat pergeselan akan mengurangkan pergerakan ombak. Tolakan ombak secara berterusan di bahagian belakang akan meninggikan ombak-ombak yang berada di hadapan. Kenaikan ketinggian ombak secara tiba-tiba akan menyebabkan air laut berhampiran pinggir pantai akan mengundur ke laut untuk tempoh beberapa minit sebelum ianya melanda semula pantai dalam bentuk ombak pembinasa.


CF2
Pergerakan jisim
      Gempa bumi menghasilkan gegaran yang kuat terhadap kerak bumi. Gegaran tersebut boleh menyebabkan ketidakstabilan tanah di kawasan cerun dan seterusnya menyebabkan gerakan jisim seperti tanah runtuh.


CF3
Kenaikan dan kejatuhan aras laut
       Gempa bumi boleh menyebabkan berlakunya gelinciran pada kerak bumi. Sekiranya gempa bumi tersebut menyebabkan berlakunya pengangkatan daratan, maka aras laut akan jatuh. Tetapi  sebaliknya gempa bumi tersebut menyebabkan kejatuhan  daratan maka aras laut akan meningkat.


CF4
Memusnahkan hutan pinggir pantai
        Tsunami yang terhasil akibat gempa bumi di dasar laut akan masuk ke hutan-hutan pinggir pantai. Kesannya hutan-hutan pinggir   pantai akan dicemari dengan air masin. Keadaan ini boleh menyebabkan kemusnahan hutan tersebut.


CF5
 Kemusnahan/ menjejaskan habitat hidupan laut.
       Kemusnahan hidupan laut seperti karang dan kemusnahan habitat.



                                 Kesan  terhadap  aktiviti manusia


CM1
Kesan kepada sistem pengangkutan.
     Kemusnahan jalan raya, jalan keretapi dan lapangan terbang – pengangkutan tergendala.


CM2
Kesan kepada aktiviti ekonomi
       Tanah runtuh akibat gempa bumi boleh menyebabkan kegiatan pertanian di cerun musnah, memusnahkan kawasan premis perniagaan , penenggelaman kawasan pinggir pantai-  memusnahkan pertanian pinggir laut.


CM3
 Kesan kepada bekalan air dan elektrik
       Bekalan air dan lektrik  terputus, aktiviti ekonomi manusia terganggu.


CM4
 Kesan kepada petempatan penduduk
      Kemusnahan kediaman penduduk akibat tanah runtuh dan goncangan yang kuat- gangguan terhadap aktiviti harian.



Maksimun 3 kesan fizikal dan 3 kesan kepada aktiviti manusia        [6  isi x  2m = 12m]                                                          


Monday, September 19, 2011

POKOK DISELIPUTI SARANG LABAH-LABAH SELEPAS PERISTIWA BANJIR BESAR DIPAKISTAN


DUA batang pokok dipenuhi dengan sarang labah-labah di wilayah Sindh, Pakistan.
 
KARACHI, Pakistan 28 Mac 11: Sejumlah pokok di wilayah Sindh dekat sini dipenuhi dengan sarang labah-labah sehingga menghasilkan satu pemandangan yang menyeramkan, lapor sebuah akhbar semalam.
Walaupun kejadian banjir melanda Pakistan tahun lepas tetapi terdapat air yang masih lagi tidak surut sepenuhnya menyebabkan banyak serangga kecil menjadikan pokok sebagai tempat tinggal.
Menurut penduduk tempatan, mereka tidak pernah melihat fenomena tersebut berlaku sebelum ini tetapi sarang labah-labah itu telah berjaya mengurangkan populasi nyamuk.
Sebahagian besar kawasan bencana yang melanda Pakistan masih lagi belum surut selepas enam bulan hujan lebat melanda negara itu.
Fenomena pokok yang menggerunkan itu pula adalah kesan terbaru akibat banjir besar yang telah menyebabkan 2,000 orang terbunuh. - Agensi
Lihat sebelum ini...
Begitulah makhluk ciptaan Allah SWT (termasuk pokok diselimuti sarang labah-labah ini) membuktikan kehebatan Penciptanya. Disebalik racun ada penawar.. Binatang kecil yang pernah membantu Nabi Muhammad SAW sewaktu melindung diri di sebuah gua dalam proses hijrah dari Makkah ke Madinah. Proses membebaskan manusia dari kezaliman sesamanya

Tuesday, September 13, 2011

BUTA HURUF DI KALANGAN REMAJA MALAYSIA

Lelaki Malaysia ramai Penagih

Pelajar Universiti Ramai Golongan Wanita
Data daripada program latihan khidmat negara 2010 menunjukkan bahawa seramai 1,000 orang pelajar atau anak muda didapati buta huruf daripada jumlah seramai 11,000 pelajar yang diambil dalam batch ke-3 untuk program latihan khidmat negara.
Data ini amat membimbangkan bagi negara kita yang mahu mencapai negara maju menjelang tahun 2020. Sejak tahun 1990, negara kita mencapai tahap boleh membaca di kalangan penduduk lebih daripada 95%. 
Dengan penemuan seramai 1,000 orang yang buta huruf dalam PLKN itu menunjukkan lebih dari 9% anak muda kita buta huruf!.
Apakah masalah yang melanda negara kita sebenarnya. Ini semua amat bertentangan dengan keputusan peperiksaan sekolah-sekolah setiap tahun yang dipaparkan sentiasa menunjukkan peningkatan yang hebat seluruh negara. Ia menggambarkan sistem pembelajaran kita amat mantap. Tetapi tiba-tiba ada 9% para pelajar yang buta huruf? apakah jarak antara yang pandai dengan yang bodoh semakin jauh?
Timbalan Menteri Pertahanan menyatakan satu modul yang dipanggil I-SMART telah dirangka bagi mengatasi masalah buta huruf di kalangan para peserta PLKN yang tak boleh membaca ini. Ini memanglah langkah yang baik untuk dilaksanakan tetapi ia sebenarnya bukanlah penyelesaian jangka panjang.
Punca utama perlu dikesan sejak para pelajar berada dibangku sekolah lagi dan tindakan perlu segera diambil bagi mengatasi kepincangan ini sementara ianya masih belum terlewat. Adakah ini hasil daripada sistem pendidikan kita yang berubah-ubah dalam masa yang singkat membuatkan kanak-kanak pening kepala dan bosan dengan pendidikan atau adakah ia disebabkan masalah keluarga yang tidak ada masa mengambil tahu perkembangan anak-anak mereka.
Adalah amat menarik untuk melihat lebih terperinci jumlah mereka yang buta huruf dikalangan lelaki berbanding perempuan. Jika jumlah majoritinya adalah lelaki, ia merupakan satu lagi tamparan hebat kepada kaum lelaki pada masa depan setelah laporan universiti menunjukkan pelajar wanita mengatasi lelaki dengan nisbah sebanyak 7 berbanding 3.
Dalam masa tak lama lagi nampaknya perjuangan aktivis hak asasi wanita akan meraikan kemenangan usaha mereka yang menuntut agar kaum wanita mengisi jawatan sebagai pembuat keputusan kepada 30%. Dengan suasana kaum lelaki ramai yang tak masuk universiti maka lebih ramailah yang tak akan layak memegang jawatan yang besar.

STRATEGI PEMULIHAN EKONOMI AMERIKA SYARIKAT

Lawrence Summers

Bekas Setiausaha Perbendaharaan AS, Lawrence Summers berkata, Amerika Syarikat telah runtuh akibat krisis ekonomi yang utama dan memerlukan rancangan ekonomi jangka panjang untuk pulih. Dalam artikel yang ditulis untuk Newsweek, Lawrence Summers mengulas mengenai pelan jangka pendek Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, berkata, "Kita tidak memerlukan satu tahun tetapi komitmen 10 tahun untuk membina semula negara."

Summers, yang merupakan setiausaha perbendaharaan di bawah Presiden Bill Clinton, berkata Amerika Syarikat yang prestasi buruk itu, berjuta-juta kerja, dan berpuluh-puluh juta mempunyai pendapatan yang tertekan.

Merujuk kepada petunjuk terkini Obama menyatakan kepada Kongres, perlu mewujudkan banyak peluang pekerjaan,  semua orang dari stor ekonomi, dari CEO korporat, pekerja yang menganggur, sehingga ada banyak firma mengelaskan bertapah tiadanya permintaan bagi produk mereka, yang menyebabkan firma tidak akan mengupah lebih pekerja. "

Beliau memberi amaran bahawa keadaan ekonomi akan terus merosot "jika kerajaan tidak memainkan peranan dalam mendorong ekonomi ke hadapan - bukan sahaja tahun ini, tetapi untuk tahun-tahun akan datang."

Lawrence Henry Summers berkhidmat sebagai setiausaha perbendaharaan AS 71 dari 1999 hingga 2001 di bawah Presiden Bill Clinton. Beliau adalah presiden 27 Harvard University 2001-2006. Summers juga pernah menjadi pengarah Majlis Ekonomi Negara Amerika Syarikat, Presiden Barack Obama sehingga November 2010.

Monday, September 12, 2011

KANAK BERUMUR SETAHUN LAPAN BULAN MENYUSU IBU LEMBU

Kemboja, Seorang kanak-kanak lelaki yang tinggal dengan datuknya menyusu dengan seekor ibu lembu. Keadaan ini belaku apabila ibu dan bapanya pergi mencari pekerjaan di kawasan bandar.
Dia mula gemar menyusu dengan lembu setelah melihat anak lembu tersebut juga melakukan perkara yang sama.
Cuba lihat gambar  bagaimana penerimaan ibu lembu terhadap anak kecil ini.



ahhh !!! sedap dan kenyang. Anak susuLembu.

Wednesday, September 7, 2011

PLANET BELIAN DALAM BIMA SAKTI DITEMUI

Scientists discover diamond planet

An exotic planet that seems to be made of diamond racing around a tiny star in our galactic backyard is seen in an undated image courtesy of Swinburne University of Technology in Melbourne. Australian scientists say they have found an exotic planet that seems to be made of diamond racing around a tiny star in our galactic backyard. 
 
The planet is situated 4,000 light years away, or around an eighth of the way toward the center of the Milky Way from the Earth and is believed to be the remnant of a once-massive star that has lost its outer layers to the so-called pulsar star it orbits.

KEJAYAAN NEGARA IRAN DALAM MENEROKA ANGKASA

Iran's Kavoshgar 4 rocket
 
Iran akan melancarkan kapal angkasa kali kedua " Kavoshgar 5" dengan membawa ruang kapsul yang mungkin membawa monyet dan binatang lain ke ruang angkasa secepatnya pada hari rabu akan datang  iaitu 7 september 2011. Kejayaan pertama Iran adalah pada mac lepas dengan misi membawa beberapa hidupan ke angkasa lepas. Iran adalah satu-satunya negara Islam yang mempunyai misi penjelajahan angkasa lepas. Kejayaan ini mengerunkan regim penganas Israel dan sekutunya dengan kemampuan teknologi persenjataan Iran.

Iran juga akan mengeluarkan kapal terbang penumpang dengan kapisiti 100 orang dalam masa satu ke dua bulan lagi. Jalinan kerjasama kejuruteraan dengan syarikat penerbangan dari Rusia membolehkan Iran mendapat teknologi kejuruteraan penerbangan ini.

 

Satelit kedua Iran " Rassad " bermaksud "pemerhatian" telah menjalankan tugasnya dengan jaya selama dua bulan semenjak pelancarannya pada pertengahan Jun 2011. Demikian tegas Ketua Agensi Angkasa Lepas Iran (ISA), Hamid Fazeli berkata ketika menjelaskan misi Rassad. Rassad adalah satelit pengimejan jangka hayat untuk mengawasi buminya yang mengeliling orbit bumi.

Monday, September 5, 2011

TANDA-TANDA KEMATIAN

Jenazah di bawa ke kuburan

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.

Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.

Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan:

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


WALLAHUA`LAM.




Kisah bekas Paderi Kristian Melayu

Salam,
Bacalah kisah ini mudah-mudahan anda mengambil iktibar dan pedoman pada kita semua. Sama-sama kita menegakkan kebenaran Agama Islam

Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph.

Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim danmak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang.

Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawan tetapi gagal. Saya terpaksa tidur di stesen keretapi.

Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa, tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris.

Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari KualaLumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal diseksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya.

Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibinakhas! untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).

Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalamBahasa Malaysia .

Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh Indonesia .

Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru.

Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia, Singapura dan orang Filipina.

Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar RM60.00 sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang.

Selepas itu dihantar ke Singapura selama1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura. Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore .

Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan.

Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit RM1,400.00, bersama-sama seorang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak….

Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan membawa saya bertemu Mufti Negeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat.

Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak).

Cara hendak mengenali mereka Lelaki – Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60.00 ). Perempuan – Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur – Daya Bumi, Kota Rayadan Sg. Wang Plaza.

Cara-cara berdakwah: Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal (asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water).

Setelah diberi minum 1 minggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja RM12.6 juta, sumber dari Sabah, Sarawak , Filipina dan Singapura.

Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling jaya,Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah.

Haji Hanapi bekas guru – akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk.

Di Ipoh Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untuk main-main saja, akhirnya dia bertaubat.

Banting Kamariah bt Sidek -lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayarRM165.00 sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak RM10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar)1982.

Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib.

Punca terjebak dalam Kristian:

1. Desakan hidup. 2.Kurang agama

Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian. Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian.

Paderi Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu.

Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid. Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah masuk Kristian di Melaka.

Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah dan suka dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan)

Beliau beri penerangan kepada 1. Polis Bukit Aman, 2. Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam)

Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini. Seorang bekas paderi Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah, Batu Gajah) pernah menjadi paderi selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah didalam bahasa Inggeris.

Beliau sebagai paderi dikenakan 4 syarat

1. Tidak boleh hisap rokok 2. Tidak boleh minum arak 3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah 4. Tidak boleh kahwin.

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padri Indonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini.. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua paderi Kamaruddin Hj Ahmad. Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu ,Kelantan, Kedahdan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.

*PENGUMUMAN – HARAP DISAMPAIKAN! KPD ORANG ISLAM KITA’Sebarkanlah walau satu ayat pun’

(Sabda Rasulullah SAW)

‘Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalan mu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.

Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.’
(Surah Al-Ahzab:71)

Demi kebaikan kita bersama untuk suami, isteri,anak-anak, kaum keluarga, saudara- mara, sahabat-handai dan generasi akan datang yang kita sayangi.

‘Agungkanlah dan laungkanlah ‘ الله اكبر “……………..BlogPeribadiRasulullah

Wassalam