PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Tuesday, September 13, 2011

BUTA HURUF DI KALANGAN REMAJA MALAYSIA

Lelaki Malaysia ramai Penagih

Pelajar Universiti Ramai Golongan Wanita
Data daripada program latihan khidmat negara 2010 menunjukkan bahawa seramai 1,000 orang pelajar atau anak muda didapati buta huruf daripada jumlah seramai 11,000 pelajar yang diambil dalam batch ke-3 untuk program latihan khidmat negara.
Data ini amat membimbangkan bagi negara kita yang mahu mencapai negara maju menjelang tahun 2020. Sejak tahun 1990, negara kita mencapai tahap boleh membaca di kalangan penduduk lebih daripada 95%. 
Dengan penemuan seramai 1,000 orang yang buta huruf dalam PLKN itu menunjukkan lebih dari 9% anak muda kita buta huruf!.
Apakah masalah yang melanda negara kita sebenarnya. Ini semua amat bertentangan dengan keputusan peperiksaan sekolah-sekolah setiap tahun yang dipaparkan sentiasa menunjukkan peningkatan yang hebat seluruh negara. Ia menggambarkan sistem pembelajaran kita amat mantap. Tetapi tiba-tiba ada 9% para pelajar yang buta huruf? apakah jarak antara yang pandai dengan yang bodoh semakin jauh?
Timbalan Menteri Pertahanan menyatakan satu modul yang dipanggil I-SMART telah dirangka bagi mengatasi masalah buta huruf di kalangan para peserta PLKN yang tak boleh membaca ini. Ini memanglah langkah yang baik untuk dilaksanakan tetapi ia sebenarnya bukanlah penyelesaian jangka panjang.
Punca utama perlu dikesan sejak para pelajar berada dibangku sekolah lagi dan tindakan perlu segera diambil bagi mengatasi kepincangan ini sementara ianya masih belum terlewat. Adakah ini hasil daripada sistem pendidikan kita yang berubah-ubah dalam masa yang singkat membuatkan kanak-kanak pening kepala dan bosan dengan pendidikan atau adakah ia disebabkan masalah keluarga yang tidak ada masa mengambil tahu perkembangan anak-anak mereka.
Adalah amat menarik untuk melihat lebih terperinci jumlah mereka yang buta huruf dikalangan lelaki berbanding perempuan. Jika jumlah majoritinya adalah lelaki, ia merupakan satu lagi tamparan hebat kepada kaum lelaki pada masa depan setelah laporan universiti menunjukkan pelajar wanita mengatasi lelaki dengan nisbah sebanyak 7 berbanding 3.
Dalam masa tak lama lagi nampaknya perjuangan aktivis hak asasi wanita akan meraikan kemenangan usaha mereka yang menuntut agar kaum wanita mengisi jawatan sebagai pembuat keputusan kepada 30%. Dengan suasana kaum lelaki ramai yang tak masuk universiti maka lebih ramailah yang tak akan layak memegang jawatan yang besar.

No comments:

Post a Comment