PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Sunday, September 4, 2016

PROSES ENDOGENIK - SKEMA JAWAPAN



SKEMA JAWAPAN.                     TOPIK  : PROSES ENDOGENIK
SOALAN STRUKTUR.
a). Apakah yang dimaksudkan proses lipatan.                                                                       [3]
Lipatan merujuk kepada proses lenturan dan kedutan kerak bumi hasilkan tindakan kuasa-kuasa dalaman bumi ( proses endogenik ) yang menyebabkan berlakunya pertembungan plat-plat lalu menghasilkan berlakunya lipatan pada kerak bumi.

   b). Jelaskan perkara berikut,
            i. Daya Mampatan. [2]
Himpitan kerana asakan dari atas permukaan bumi dan/atau kuasa dari dua arah yang berlainan secara mendatar kearah yang sama/ kedalam.
            ii. Daya Tegangan.   [2]
                        Kuasa tarikan kuat dari tengah ke sisi yang menyebabkan kerak bumi merekah.              
   c). Bezakan bentuk muka bumi gunung lipat muda dengan lipat tua.                               [4 ]

Bentuk Muka Bumi Gunung Lipat Muda
Bentuk Muka Bumi Gunung Lipat Tua
Terbentuk lebih 35juta tahun dahulu . Meliputi kawasan sekitar mediterannean, banjaran himalaya, banjaran besar Malaysia.
Terbentuk lebih 270 juta tahun dahulu. Meliputi kawasan tanah tinggi Appalachian , banjaran pemisah Australia.
Aktiviti gunung berapi masih aktif /hidup
Aktiviti gunung berapi tidak aktif / mati
Gunung ganangnya meninggi kerana proses orogenesis  masih aktif
Proses geomofologi seperti luluhawa, hakisan, pengangkutan dan pemendapan aktif.







   d). Huraikan dua kepentingan kawasan lipatan kepada manusia.                                     [4 ]
di.  Kawasan pelancongan – lipatan menghasilkan bentuk-bentuk bumi yang menarik dan cantik     seperti Nappe, Sinklin, dan Antiklin.
dii.  Kawasan pertanian - Tanah Tinggi dengan tanaman berhawa sederhana,  lurah dengan tanaman padi, dan cerun landai dengan tanaman gandung dan barli.
diii.  Kawasan perlombongan – lombonh bijih besi, tembanga, emas, bijil timah dll.
div.  Kawasan Janakuasa elektrik geoterma seperti di Iceland dan Jepun

SKEMA SOALAN ESEI
   a). Terangkan secara ringkas proses orogenesis                                                    [ 5 ]
Adalah pergerakan arus perolakan magma dalam mantel yang menolak kerak bumi di atas samada secara mampatan maupan tegangan dalam menghasilkan sistem gunung lipat dan gunung bongkah

   b). Huraikan mengapa gunung berapi mempunyai pelbagai bentuk.                                [10]
            Bi.    Bergantung kepada jenis lava.
Lava bes bersangatan panas dan cair menyebabkan ianya boleh mengalir lebih jauh membentuk gunung berapi yang bercerun landai dan ukur keliling yang lebih luas seperti gunung berapi perisai. Manakala lava asid yang kurang panas dan pekat menyebabkan ianya cepat membeku di tepi kawah dan lereng gunung. Lava asid membentuk gunung berapi yang tinggi dan curam seperti Gunung Berapi Puy de Dome di Perancis.

Bii.   Kon komposit mempunyai bentuk dan struktur yang lebih kompleks.
Lava  atau bahan akan diletuskan melalui lohong tengah dan juga lohong-lohong  sisinya. 
Di bahagian tengah gunung berapi terdapat sebuah kon yang  agak  besar dan di cerun-cerun tepinya pula terbentuk anak-anak kon yang lebih kecil hasil daripada pengeluaran bahan daripada rekahan-rekahan yang terdapat di bahagian sisinya. Contoh gunung berapi jenis kon komposit ialah Fujiyama di Jepun, Vesivius di Itali, Shasta di Amerika Syarikat, dan Mayon di Filipina.             

Biii.  Letusan gunung berapi yang kuat sehinggakan sebahagian besar daripada kon sebelah atas runtuh membentuk  kaldera seakan-akan kawah gunung berapi tetapi saiznya lebih besar, luas dan cetek. Lekukan kaldera ini biasanya membentuk tasik  yang besar dan luas. Contoh kaldera yang terkenal di dunia ialah Tasik Toba, Sumatera, Indonesia, tasik Aira, di Jepun,  Kilauea di Hawaii.

Biv.  Proses pengaliran lava yang berlaku secara senyap melalui satu rekahan atau beberapa siri rekahan tanpa melibatkan letupan akan membentuk dataran tinggi lava. Dataran Tinggi  Deccan di India merupakan satu contoh dataran tinggi lava. Menurut kajian Dataran ini mempunyai 29 aliran lava yang  berlainan.

Bv.   Sifat lava yang amat pekat dan likat yang mengalir secara pelahan melalui lohong yang sempit akhirnya akan membeku dalam lohong dan membentuk palam atau leher gunung berapi. Proses gondolan pada puncak gunung berapi yang telah mati akan menampakkan palam macam tiang di puncak gunung berapi seperti Devil’s Tower di Wyoming, USA dan Mont Pelee.

Bvi.  .   Terdapat di kawasan gunung berapi yang ada punca air  dari dalam bumi yang dipanaskan oleh magma panas di lapisan batuan rejahan jalar dalam. Tekanan yang amat panas menyebabkan airnya terpancut tinggi yang boleh dijanakan tenaga elektrik sebagai contoh terdapat banyak di  Iceland, Filipina dan Jepun.

   c). Terangkan kesan-kesan letusan gunung berapi terhadap manusia.                             [10]
            a. kesan positif.
Cai.    Kegiatan pertanian padi sawah di lereng-lereng gunung yang subuh dengan lava bes    seperti di Indonesia dan Jepun.
Caii.   Jana Kuasa Elektrik Goeterma.
Caiii.  Pelancongan – Danao Toba di Sumatra, Rotorau di NZ.
Caiv.  Perlombongan – batuan lava bes di Gunung Merapi, Indonesia untuk baja geolite, batu untuk pembinaan jalanraya dan perumahan.
Cav.   Perubatan  - abu, telerang dan lumpur gunung berapi sebagai sumber perubatan  tradisional.
           Cavi.   Perikanan di dalam Tasik Krater dan kaldera  .

            b. kesan negatif
           Cbi.    Kehilangan nyawa
           Cbii.   Kerosakan harta benda
           Cbiii.  Kemusnahan infrastruktur.
           Cbiv.  Jerebu dan hujan asid – langit diseliputi deba dan asap letusan gunung berapi.

No comments:

Post a Comment