PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Sunday, September 4, 2016

HAYUTAN BENUA - SKEMA JAWAPAN



HAYUTAN BENUA -  SKEMA JAWAPAN
Jawapan soalan struktur.
1. i) Teori Awal
    ii) Teori Perluasan Dasar Lautan
   iii) Teori Tektonik Plat
2. i) Pertembungan plat- berlaku apabila  dua keping plat kerak bumi bergerak kedepan kearah satu sama lain . Pergerakan ini menghasilkan daya mampatan
    ii) Pencapahan Plat- Berlaku apabila dua keping plat bumi bergerak kearah yang bertentangan antara satu dengan yang lain, Pergerakan ini akan menyebabkan berlaku daya tegangan yang akan memisahkan plat atau menghasilkan rekahan kerak bumi.
3.  i) Pertembungan plat benua dengan plat lautan - menyebabkan plat lautan menjunam kebawah kerana ia lebih tumpat dan membentuk jurang lautan yang sangat dalam. Manakala plat benua akan termampat membentuk gunung lipat.
   ii) Pertembungan plat lautan dengan plat lautan – salah satu plat menjunan kedalam mantel yg panas , mencair dan membentuk magma menghasilkan gunung berapi tengah laut atau arka pulau,
   iii) Pertembunagn plat benua dengan plat benua – menyebabkan sempadan kedua-dua plat berlipat-lipat membentuk gunung lipat.
4. i) Peta garis pantai beberapa buah benua menunjukkan garisan keselanjaran atau sepadan jika dicantumkan. Contohnya garis pantai Amerika Timur adalah sepadan jhika dicantumkan dengan pantai barat benua Afrika.
   ii) Bukti Geologi – menunjukkan bahawa batuan enapan yang terdapan di lautan atlantik adalah sama jenis dan seusia dengan batuan enapan di benua Afrika dan benua Amerika Selatan. Ini membuktikan bahawa benua telah terpisah dari satu benua yang sama dari sebelumnya.

Jawapan Esei
1. a) Satu teori yang menerangkan satu proses pergerakkan benua yang berlaku berjuta-juta tahun yang lampau di mana pada masa tersebut terdapat satu benua tunggal dan berpecah kepada dua benua utama dan kemudiannya hanyut dan membentuk benua-benua yang terdapat pada masa kini.
Bukti tentang hanyutan benua
    b) i) Bukti Keselanjaran benua
Wujudnya persamaan garis pantai antara pantai timur  Amerika Selatan dengan pantai Barat   Afrika. Garis pantai tersebut menunjukkan kedua-dua benua ini sepadan dan boleh dicantumkan.
       ii) Bukti Geologi
Menunjukkan bahawa batuan enapan yang terdapat di Lautan Atlantik adalah sama jenis dan seusia dengan batuan enapan di benua Afrika dan benua Amerika Selatan. Ini membuktikan bahawa benua telah terpisah dari satu benua yang sama dari sebelumnya.
      iii) Bukti Fosil
Pengkaji telah menemui fosil haiwan yang pernah hidup di Amerika Selatan bersamaan keturunan ynag hidup di Afrika. Di kedua-dua benua ini pernah dijumpai fosil haiwan jenis dinasour yang sama jenisnya. Ini menunjukkan pada masa dahulu haiwan ini hidup diatas daratan yang sama sehinggalah terpisah.
     iv) Bukti Paleo Magnet
      v) Bukti Oseanik
c.Kesan hanyutan benua ke atas alam sekitar fizikal
i. pembentukan benua-benua – semasa zaman karboniferus bumi mempunyai hanya sebuah benua yang besar yang dinamai Pangae. Pergerakan atau hanyutan benua telah menghasilkan benua-benua baru seperti sekarang iaitu benua Asia, Afrika,Amerika, Eropah dan sebagainya
ii.Pembentukan Jurang Lautan – Hanyutan benua telah ,menghasilkan jurang –jurang lautan terutama sekali dipinggir benua Asia  iaitu di Lautan Pasifik dan lautan Hindi seperti Jurang Mariana, Jurang Mindanau dan sebagainya.
iii.Pembentukkan garis pantai yang panjang -  Pemisahan benua tunggal (pangea) telah menghasilkan benua-benua dan pulau pulau di permukaan bumi. Pembentukan benua-benua dan pulau-pulau telah menyebabkan kawasan pinggir pantai (garis pantai) lebih panjang daripada sebelumnya.
iv.Pembentukkan pulau-pulau – evolusi hanyutan benua pada zaman tertiary menjelaskan benua Amerika Utara telah berpisah dengan benua Eropah, benua kecil India bersambung dengan benua Asia,Amerika Selatan dan Amerika Utara bercantum. Saki-baki tanah ynag tertinggal membentuk pulau-pulau atau gugusan pulau seperti kepulauan Asia Tenggara dan Madagaskar dan Hindia Barat.
v.Pembentukkan laut dan selat – hanyutan benua telah mewujudkan laut-laut baru dan selat-selat seperti Lautan Pasifik, Lautan Atlantik, Lautan Hindi dan selat-selat seperti Selat Melaka, Selat Bass dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment