PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Monday, September 5, 2016

DEMOGRAFI PENDUDUK - SOALAN DAN JAWAPAN



DEMOGRAFI PENDUDUK ( LEBIHAN PENDUDUK, KURANGAN PENDUDUK  DAN PENDUDUK OPTIMUM) (SET 1)
Jawab semua soalan.

1
(a)
Takrifkan maksud  lebihan penduduk
(3m)


………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...………………………………..…………………………………………………………………...






(b)
Jelaskan tiga ciri demografi yang dialami oleh negara lebihan penduduk

(6m)


………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...……………………………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...…………………….






(c)
Jelaskan tiga  sebab sesetengah negara mengalami lebihan penduduk

(6)


………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...……………………………………………………………………………………………………………………………...


SKEMA JAWAPAN (STRUKTUR)
(SET 1)

1.
(a)
Takrifkan maksud  lebihan penduduk

(3m)


Jumlah penduduk melebihi penawaran daya tampung sumber alam dalam sesebuah negara.

Terbahagi kepada 2 iaitu lebihan penduduk mutlak dan lebihan penduduk relatif.
Lebihan Penduduk Mutlak – sumber alam amat sedikit atau sudah habis dieksploitasi manakala Lebihan Penduduk relatif –sumber alam masih ada tetapi keupayaan teknologi rendah untuk menjana sumber tersebut.

Contoh Negara : India, Indonesia, Bangladesh (LP Relatif) Swaziland dan Ethiopia, Sudan (LP Mutlak).







(b)
Jelaskan tiga ciri demografi yang dialami oleh negara lebihan penduduk. 
                       
(6m)


        i.            Kadar kelahiran tinggi- berkahwin pada usia muda- kadar kesuburan tinggi –tidak  mengamalkan perancangan, faktor agama,taraf pendidikan,  ekonomi, budaya dll.
      ii.            Kadar Kematian rendah- taraf kesihatan yang baik, kemudahan ubat dan rawatan moden yang mencukupi.
    iii.            Jangka hayat penduduk rendah – Golongan tua menghidap penyakit kronik, tidak mengamalkan gaya hidup sihat, amalan pemakanan yang kurang berzat. Cth Ngr Somalia.
     iv.            Kualiti hidup penduduk masih rendah –masalah kemiskinan, taraf kesihatan dan pendidikan yang rendah, kurang kemudahan asas.
       v.            Nisbah tanggungan golongan dewasa adalah tinggi – golongan muda yang ramai dan perlu ditanggung oleh golongan dewasa. Cth: keperluan hidup, pendidikan dan kesihatan .
     vi.            Struktur umur muda adalah tinggi dan nisbah jantina hampir sama.

                (Pilih mana-mana 3 isi x 2m = 6 m)



(c)
Jelaskan tiga  sebab sesetengah negara mengalami lebihan penduduk

(6m)


        i.            Peningkatan kemudahan kesihatan
      ii.            Kegagalan amalan perancangan keluarga
    iii.            Berkahwin pada usia muda
     iv.            Faktor tenaga buruh keluarga
       v.            Faktor agama, adat, status quo dan sebagainya
     vi.            Kualiti hidup penduduk meningkat-pendapatan perkapita tinggi - mampu menyara keluarga
   vii.            Teknologi pengeluaran dan kepakaran yang rendah.

              (Mana-mana 3 isi beserta huraian yang tepat )


Soalan Esei

2.
(a)
Mengapakah sesetengah negara mengalami lebihan penduduk.
(12m)





(b)
Bincangkan kesan lebihan penduduk terhadap sosioekonomi sesebuah negara.      
(13m)





SKEMA JAWAPAN (SOALAN ESEI)
(SET 1)
2.
(a)
)   Mengapakah sesetengah negara mengalami lebihan penduduk.

(12m)


    A1            Kadar kelahiran tinggi –kegagalan amalan perancangan keluarga
    A2            Kadar kematian rendah –peningkatan kemudahan kesihatan-kadar kematian bayi menurun.
    A3            Berkahwin pada usia muda-(umur 15-45) -kadar fertiliti tinggi  
    A4            Kualiti hidup penduduk meningkat- pendapatan perkapita meningkat- mampu miliki saiz keluarga yang besar. –amalan pemakanan seimbang- gaya hidup sihat
    A5            Keperluan tenaga buruh- buruh keluarga- anak ramai –jimat kos buruh
    A6            Faktor sosial – agama,  adat , budaya, status quo, taraf pendidikan rendah dan lain-lain. 
    A7            Teknologi pengeluaran masih rendah- sumber alam dibazirkan – (lebihan penduduk relatif)
    A8            Faktor Governan/Kerajaan – Ketidakcekapan pentadbiran, ketidakstabilan politik,dasar kependudukan tidak dapat dilaksanakan dengan baik. 

        (Mana-mana 6 isi x2m = 12m)







(b)
Bincangkan kesan lebihan penduduk terhadap sosioekonomi sesebuah negara
(13m)




ISI
HURAIAN

Kesan Negatif
B1
Kadar Pengangguran tinggi
Aras penduduk yang tidak dapat ditampung dengan sumber pekerjaan yang terhad.
Persaingan terhadap pekerjaan tinggi- ramai penduduk tiada pekerjaan. Contoh : Indonesia.

B2
Fenomena kemiskinan dan kemunduran
Pendapatan perkapita rendah, taraf hidup rendah
Penduduk mundur dan miskin.
Ekonomi cukup hidup sahaja.

B3
Kualiti hidup rendah
Keupayaan pemilikan barangan dan mendapatkan perkhidmatan amat rendah.Masalah perumahan, setinggan dan taraf kesihatan yang rendah.



B4
Masalah kekurangan bekalan makanan
Sumber makanan tidak sepadan dengan bilangan penduduk yang ramai.
Kemunduran-teknologi rendah- produktiviti rendah –krisis kebuluran.

B5
Masalah sosial bertambah
Kadar jenayah meningkat –rompakan, kecurian, samun dll
Masalah sosial meningkat – pelacuran, dadah dll
Masyarakat gelandangan dan sebagainya.


Kesan Positif
B6
Bekalan tenaga buruh ramai
Penawaran tenaga buruh ramai, kos buruh murah- membantu membangunkan negara terutamanya sektor pertanian, perindustrian dan pembinaan.

B7
Meluaskan saiz pasaran
Penduduk ramai- pasaran domestik luas
Kemampuan kuasa beli – produk dapat dipasarkan dengan mudah.

B8
Mengukuhkan pertahanan negara
Perkhidmatan ketenteraan menjadi mantap- pemilihan tentera yang berkualiti
Keselamatan dalam negara juga bertambah baik.

Mana-mana 6 isi x2m = 12 m         
Kesimpulan                 = 1 m




(SET 2)

1
(a)
Takrifkan  maksud penduduk optimum.                                                                            
(3m)


………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...………………………………………………..…………………………………………………...






(b)
Jelaskan tiga ciri demografi yang dialami oleh negara berpenduduk optimum.  
           
(6m)


………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...…………………………………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………………………...






(c)
Huraikan tiga kesan penduduk optimum.  
                                                                      
(6)


………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...……………………………………………………………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………...………………………………………………………………………………………………………………………………………………………...


SKEMA JAWAPAN (STRUKTUR)
(SET 2)

1.
(a)
Takrifkan  maksud penduduk optimum.      
                                                                 
(3m)


Jumlah penduduk seimbang dengan daya tampung sumber alam semasa berbanding dengan tempoh sebelum atau selepas mencapai penduduk optimum.
Keadaan optimum berlaku apabila bilangan penduduk sepadan dengan penawaran sumber.
Negara memiliki tahap teknologi tinggi. Cth : Jepun dan Sweeden.







(b)
Jelaskan tiga ciri demografi yang dialami oleh negara berpenduduk optimum.
(6m)


        i.            Kadar kelahiran rendah – Keberkesanan amalan peracangan keluarga, tahap pendidikan penduduk tinggi.
      ii.            Kadar kematian rendah – kemajuan perubatan moden.
    iii.            Jangka hayat penduduk tinggi- kesedaran penjagaan kesihatan yang tinggi, amalan gaya hidup sihat, teknologi perubatan canggih, pemakanan seimbang dll
     iv.            Kualiti hidup penduduk yang tinggi- pendapatan perkapita tinggi, gaya hidup mewah, masyarakat kosmopolitan
       v.            Nisbah tanggungan golongan dewasa adalah rendah- golongan dewasa masih produktif
     vi.            Struktur umur muda, dewasa dan tua hampir sekata/ seimbang.
 (Mana-mana 3 isi x 2m =6m)



(c)
Huraikan tiga kesan penduduk optimum.
(6m)


        i.            Taraf hidup penduduk tinggi- pendapatan perkapita tinggi-ekonomi moden
      ii.            Tiada pengangguran –guna tenaga penuh- sumber dibangunkan secara optimum.
    iii.            Pembangunan yang mapan- semua program pembangunan dapat dilaksanakan.
     iv.            Penggunaan sumber alam secara wajar dan bijaksana- sumber dapat dimanafaatkan
       v.            Struktur demagrafi yang seimbang.- pertumbuhan penduduk kekal pada paras penggantian populasi.
(Mana-mana 3 isi x 2 m=6m)


Soalan Esei

2.
(a)
Bincangkan kesan-kesan kurangan penduduk terhadap pembangunan sosioekonomi sesebuah  negara.                                                                                                                                      
(13m)





(b)
Sejauhmanakah  dasar saiz keluarga kecil  mampu mengurangkan fenomena lebihan penduduk di negara-negara Asia.                                                                              
(12m)





SKEMA JAWAPAN (STRUKTUR)
(SET 2)

1.
(a)
Bincangkan kesan-kesan kurangan penduduk terhadap pembangunan sosioekonomi sesebuah  negara.                                                                                                        
(13m)




ISI
HURAIAN

Kesan Positif
A1
Sumber alam yang banyak
Sumber banyak untuk menampung keperluan penduduk.
Sumber dapat dieksport ke luar negara.
Menjana pendapatan Negara

A2
Kadar pengangguran rendah
Banyak peluang pekerjaan.
Tiada persaingan mendapatkan kerja.
Kadar upah tinggi

A3
Tempat tinggal yang selesa
Dapat memiliki rumah yang besar dan selesa
Saiz tanah yang luas dan bilangan ahli keluarga yang kecil.
A4
Kualiti hidup yang tinggi
Pendapatan perkapita yang tinggi
Taraf hidup tinggi, taraf pendidikan tinggi
Mampu memiliki barangan dan perkhidmatan.
A5
Sistem perubatan moden
Perkhidmatan kesihatan moden
Peralatan kesihatan yang moden, rawatan moden.
Kadar kematian penduduk rendah


Kesan Negatif
A6
Kurang tenaga kerja
Krisis tenaga kerja terutama dalam sektor pembinaan, perindustrian dan perkhidmatan.
Memerlukan tenaga buruh asing.
A7
Ketidakseimbangan komposisi penduduk
Penduduk tua melebihi penduduk muda yang produktif.
Tanggungan kerajaan bertambah bagi membiayai pencen, rawatan , rumah kebajikan dan kos pengangkutan.

A8
Saiz pasaran kexil
Bilangan penduduk rendah
Pasaran domestik kecil.
Permintaan dan penawaran rendah.
Daya pasaran dalam negara menjadi lemah.


Mana-mana  6 isi x 2m = 12 m
Kesimpulan                   = 1m







(b)
Sejauhmanakah  dasar saiz keluarga kecil  mampu mengurangkan fenomena lebihan penduduk di negara-negara Asia.                     
(12m)




ISI
HURAIAN

Dasar Saiz Keluarga Kecil
B1
Polisi satu keluarga satu anak di China
-          Untuk mengurangkan kadar kelahiran
-          Tindakan naikkan cukai, tiada kemudahan pendidikan dan kesihatan percuma, didenda, keistimewaan hanya untuk satu anak sahaja.
-          Terbukti berjaya di mana Shanghai dan Beijing mencapai Zero population growth pada tahun 1998
B2
Polisi satu keluarga dua anak di Singapura
-          Melibatkan peruntukan undang-undang, akta dan denda. Contohnya penjawat awam tidak dibayar gaji untuk cuti bersalin anak ketiga dan seterusnya serta kenaikan bayaran hospital bersalin yang tinggi.
-          Terbukti berjaya  hingga Singapura telah mengubah polisi penduduknya.

Langkah lain
B3
Program perancang keluarga
-          Mengurangkan kadar kelahiran. Melalui beberapa kaedah seperti penggunaan pil perancang, teknik AUD  dll.
B4
Langkah perundangan seperti menaikkan had umur layak kahwin
-          Melewatkan had umur boleh kahwin dapat mengurangkan kadar fertiliti / mengurangkan kemampuan wanita melahirkan anak.

B5
Meningkatkan kerjaya wanita
-          Wanita berkerjaya, cenderung  berkahwin pada usia lewat.
-          Mementingkan status dan gaya hidup kosmopolitan.
B6
Meningkatkan taraf pendidikan
-          Wanita berpendidikan tinggi dari tahap pasca menengah hingga PHD.
-          Sebahagian besar usia tertumpu kepada bidang pendidikan.


B7
Mempelbagaikan sektor ekonomi
-          Tingkatkan teknologi bagi menjana pembangunan sumber alam.
-          Sektor ekonomi moden seperti perindustrian, pembinaan  dan perkhidmatan diperluaskan bagi menjana peluang pekerjaan.

B8
Pendidikan dan kempen
-          Penduduk diberi kefahaman tentang kawalan kelahiran melalui kempen dan pendidikan.
-          Kerjasama antara agensi kerajaan dan NGO
-          Kempen berterusan melalui media massa.


Mana-mana 6 isi x 2m =12 m


No comments:

Post a Comment