PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Tuesday, July 8, 2014

KAJIAN SUNGAI - FAKTOR DAN PROSES

FAKTOR DAN PROSES PEMBENTUKAN BENTUK MUKA BUMI SALIRAN HULU SUNGAI

JERAM DAN JERAM BERTINGKAT.

Adalah sebahagian bentuk muka bumi hakisan secara mendalam / menegak. Kawasan saliran biasanya dikawasan hulu mempunyai aliran air yang deras kerana kecerunannya yang curam.   Permukaan bumi saliran yang terdiri daripada tanah dan batuan menyebabkan kadar kekuatan hakisan oleh air mengalir adalah berbeza. 

Batuan besar tidak mudah terhakis menyebabkan tanih disekeliling batuan akan lebih cepat dilonggarkan dan terhakis. Jadi akan tinggal bonjolan batuan seperti dalam gambar di atas yang memenuhi kawasan saliran. 

Pembentukan Jeram Bertingkat
Seterusnya batu-batu bonjol yang keras memaksa aliran air sungai melompat atau terjun seperti yang ditunjukkan pada gambar rajah di atas. Jeram yang lebih besar dan lebih daripada satu jeram dinamakan jeram bertingkat.   Kebiasaannya di kawasan hulu sungai, alur salirannya dipenuhi oleh batuan-batuan yang perbagai saiz hinggalah yang paling kecil adalah pasir sungai dicelah-celah dan bawah batuan yang terhampar.




LIKUAN SUNGAI.

Air yang mengalir di bawah kuasa tarikan graviti bumi jarang-jarang mengalir dengan lurus. Kejadian likuan sungai menurut Lane disebabkan oleh halangan kepada aliran air sungai hinggakan aliran rus sungai terlencong dan berlakulah   hakisan tebing bahagian rempuhan air dan mendapan pada bahagian tebing longgokan di mana berlaku pusaran air bawah.

Keratan Rentas Likuan Sungai



Proses Perbentukkan Likuan Sungai
Likuan sungai terbentuk pada tebing sungai yang mengalami   tindakan hidrul air sungai terutama pada ketika banjir berlaku.   Hakisan akan lebih dominan di bahagian bertanda "Q" berbanding kawasan bertanda "P". Seringkali belaku air bah, tebing sungai akan berubah. Bahagian tebing "Q" akan berlaku hakisan dan runtuhan tebing manakala bahagian "P" akan mengalami pemendapan kerana pusaran air   akan melonggok bahan terhakis / sedimen   dari "Q" ke "P". Alur sungai akan semakin bergerak ke kawasan "Q" meninggalkan kawasan "P"   membentuk Benting dan pantai sungai berpasir.


AIR TERJUN DAN LUBUK.

Terbentuk kerana adanya batuan ignues   besar yang menghalang hakisan menegah sungai. Batuan besar ini boleh dalam kedudukan mendatar atau menegak di dalam alur sungai.   Kawasan lapisan tanih dihadapan batuan besar yang menghalang tadi akan terhakis secara menegak / mendalam dahulu kerana ianya lebih mudah terhakis. Apabila air sungai terjun dari tanah tinggi dengan tiba-tiba sahaja maka bahagian ini dinamakan air terjun. Tenaga air terjun ini sangat kuat dan boleh menghakis akan membentuk landskap air terjun dan lubuk   atau   kolam air terjun yang dalam di kawasan air menghakis di bawahnya.

Pembentukan Air Terjun Dan Lubuk

No comments:

Post a Comment