PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Wednesday, May 14, 2014

SKEMA JAWAPAN BAGI LATIHAN GEOGRAFI STPM PENGGAL DUA 942-2

Skema jawapan.
1(a) 
Berdasarkan rajah di atas,
(i)      mengapakah kawasan perdalaman Asia mengalami tekanan udara tinggi (TUT) pada bulan januari ?
·         Bumi mengalami solstis musim sejuk pada bulan Dis hingga Feb -  Di Hemisfera Utara  dan kutub utara akan mengalami musim sejuk kerana matahari berada di HS @ di Garisan Jadi / 23 ½ o S . Keadaan suhu yang sejuk menyebabkan udara menjadi berat dan mewujudkan Tekanan Udara Tinggi di kawasan perdalaman Asia.

(ii)    huraikan pola taburan suhu dunia secara mendatar :
·         Pola taburan suhu dunia adalah tidak seragam– ada tempat min suhu tinggi, ada tempat min suhu sederhana / ada tempat min suhu sangat rendah
·         Pola taburan suhu dunia menunjukkan suhu tinggi di kawasan garis lintang rendah (0 - 45°U-S)
·         Pola taburan suhu menunjukkan semakin ke arah kutub U@S suhu semakin rendah ; semakin ke arah Khatulistiwa suhu semakin tinggi.



[3]






[4]

(b) 
Jelaskan dua faktor kenapa suhu di kawasan garisan lintang rendah lebih tinggi berbanding di kawasan garisan lintang sederhana dunia.

[4]
B1.  Pancaran matahari  bersudut tegak di garisan lintang rendah – haba bertumpu - menyebabkan kawasan ini adalah lebih panas berbanding di kawasan garisan lintang sederhana dunia.
B2.  Kawasan GL rendah ( 0-30°U/S ) adalah zon kedudukan matahari ( zon sumber haba) – matahari sepanjang tahun berada antara Jadi-Khatulistiwa-Sartan – haba lebih – suhu tinggi
B3.  Lapisan atmosfera GL rendah lebih nipis – kurang awan – haba matahari lebih banyak masuk ke ruang atmosfera bumi – suhu tinggi


(c)
Terangkan bagaimana proses penyejukan adiabatik berlaku ?
[4]
Proses penyejukan adiabatik berlaku apabila kumpulan jisim udara panas yang naik ke aras yang lebih tinggi - mengembang – mengalami kehilangan haba@ menjadi semakin sejuk . Keadaan ini berlaku kerana udara panas tersebut memasuki ruang udara di atas yang semakin rendah suhunya.

2a. Sejauh manakah faktor morfologi sesebuah bandar mempengaruhi kejadian pulau haba?     
       [13]

A1.   Pengenalan  - Konsep pulau haba bandar merujuk kepada peningkatan suhu di pusat bandar beberapa darjah celcius berbanding kawasan pinggir Bandar.
A2.   Saya bersetuju bahawa faktor morfologi sesebuah bandar  amat mempengaruhi kejadian pulau haba bandar.
A3.   Morfologi sesebuah bandar merangkumi struktur bandar yang terdiri daripada susunan bangunan yang rapat-rapat dan tinggi-tinggi telah menghalang pergerakan angin secara mendatar. Sebaliknya telah menggalakkan kejadian terbulen / pergerakan angin secara menegak yang turut mempengaruhi peningkatan suhu di pusat Bandar.
A4.   Penggunaan bahan binaan seperti  konkrit, simen, dan kaca untuk pembinaan bangunan turut membantu kejadian pulau haba Bandar.  Bahan binaan ini mampu menyerap bahangan matahari yang banyak pada waktu siang manakala pada waktu malam pula ia membebaskan bahangan ke angkasa.  Kesannya haba di pusat Bandar sentiasa tinggi.
A5.   Permukaan bandar yang terdiri daripada jalan raya, permukaan jalan kaki berturap dan tempat letak kenderaan yang ditar turut mempengaruhi penyerapan bahangan matahari pada waktu siang. Pada waktu malam pula bahangan bumi akan dbebaskan ke angkasa dan kesannya suhu di pusat Bandar sentiasa tinggi.
A6.   Selain itu , kawasan pusat Bandar juga kekurangan tumbuh-tumbuhan akibat pembangunan yang tepu bina. Keadaan ini menyebabkan peningkatan gas karbon dioksida kerana kekurangan proses fotosisntesis dan kekurangan wap air yang dibebaskan. Akibatnya , suhu sentiasa tinggi di pusat bandar.
 A7.  Walau bagaimanapun , terdapat juga faktor lain yang mempengaruhi kejadian pulau haba bandar. Pembakaran bahan api fosil dalam  kenderaan bermotor  dan perkilangan di kawasan bandar yang membebaskan gas karbon monoksida, gas karbon dioksida dan sulphur dioksida ke udara turut menyebabkan kejadian pulau haba.
A8.   Pembakaran terbuka sampah sarap domestik dan perkilangan juga mempengaruhi kejadian peningkatan suhu di pusat bandar. Melalui pembakaran sampah ini , gas karbon dioksida, sulphur dioksida ,  karbon monoksida dan nitrus-nitrus oksida yang panas telah dibebaskan ke udara.
A9.   Kepadatan penduduk yang tinggi di pusat bandar juga mempengaruhi kejadian pulau haba bandar. Melalui proses pernafasan dan perkumuhan ,serta pembakaran metabolism dalam badan telah membebaskan haba yang tinggi di pusat bandar.
A10. Kekurangan badan-badan air di pusat bandar juga mengurangkan kandungan wap air di udara.    Kesannya udara dan angin sentiasa kering  dan ini turut mempengaruhi kejadian pulau haba Bandar.

Kesimpulannya,  kejadian pulau haba bandar bukan sahaja dipengaruhi faktor morfologi  sesebuah bandar itu sendiri malahan juga disebabkan  faktor-faktor lain  seperti  faktor aktiviti manusia.

Permarkahan
Faktor morfologi [max 3 isi  x 3m = 9 m ] + 1 isi faktor lain [max 1 isi x 3 m = 3 m] + [1 m kesimpulan] = 13m max.


2b.  Huraikan  langkah bukan perundangan yang boleh diambil bagi mengatasi   masalah pulau
        haba bandar di Malaysia.                                                                                                          [12]

B1.  Menanam lebih banyak tumbuh-tumbuhan hijau di bawah program “ Hijaukan Bandar” untuk meningkatkan kelembapan udara  akibat pembebasan wap air melalui proses fotosintsis dan perpeluhan tumbuh-tumbuhan.
B2.   Membina lebih banyak badan-badan air seperti  tasik buatan manusia, kolam takungan air, dan pancutan air yang boleh meningkatkan kandungan wap air di udara.
B3.   Menukarkan kawasan parkir kenderaan yang berturap , lorong berjalan kaki dan lorong-lorong antara bangunan dengan kawasan tanah lapang yang ditanami rumput.
B4.   Menggalakkan penduduk bandar  menggunakan kenderaan awam seperti trend komuter, LRT dan monorel yang bersifat mesra alam bagi menggantikan kenderaan bermotor yang menggunakan bahan api fosil sebagai bahan bakar.
B5.   Merancang pembanguan bandar yang lebih bersifat mesra alam seperti menggunakan bahan berasaskan  kayu ,  berdinding fiber ( daripada jerami padi) bangunan  yang mempunyai banyak  tingkap yang dapat mengurangkan penggunaan  alat penghawa dingin dan menggunakan banyak kipas angin.
B6.   Memastikan program Pendidikan Alam Sekitar dilaksanakan dengan berkesan melalui  kempen kesedaran dan pendidikan formal dan tidak formal yang dianjurkan oleh pihak sekolah, IPT, Badan Bukan Kerajaan , Kementerian Alam sekitar dan lain-lain.


3a.  Jadual di bawah menunjukkan Arah dan Halaju angin ( dalam peratus ) di Stesen  Metereologi X
        pada tahun 2008.

Arah
U
TL

T

TG

S

BD

B

BL

Tenang
Halaju
<  1.0 m/s
5.4
8.4
6.8
4.9
7.7
8.1
6.1
4.3
3.7

(i)            Berdasarkan jadual  di atas, lukiskan sebuah graf angin untuk menunjukkan arah  dan halaju angin di Stesen  Metereologi X pada tahun 2008 .                                    [10]
(ii)           Jelaskan pola arah dan halaju angin di Stesen Metereologi X  pada tahun 2008.   [ 3 ]
(iii)        Huraikan pengaruh angin monsun timur laut terhadap aktiviti manusia di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.                                                                         [12]

     


 

 
a1 - tajuk   -    1m
a2 - Skala yang betul - 1m
a3 - Petunjuk yang betaul -  1m
a4 - label angin tenang betul - 1m
a4 – Plotan
      7 -  8 betul  =  6 m
      5 - 7 betul  =  5 m
      4 - 6 betul  =  4 m
      2 - 3 betul =   3 m
      0 - 1 betul  =  0 m

( i )  Graf arah tiupan angin
Graf  menunjukkan arah dan halaju angin ( dalam peratus ) di Stesen Metereologi X

(ii)  Jelaskan pola arah dan halaju angin di Stesen Metereologi X pada tahun 2008.     [ 5 ]
 b1-   kekerapan arah  paling tinggi untuk < 1.0 m/s  -  timur laut ( 8.4 )
b2-   kekerapan arah paling rendah untuk < 1.0 m/s  -  barat laut ( 4.3 )
b3-   Stesen metereologi Petaling Jaya banyak menerima pengaruh angin monsun timur laut dan  
         monsun barat daya.   
B4-  halaju angin pada keseluruhan sederhana                      Mana-mana 3 isi x 1 markah = 3 m


(iii )  Huraikan pengaruh angin monsun timur laut terhadap aktiviti manusia di kawasan Pantai  
         Timur Semenanjung Malaysia.                                                       [ 10 ]

c1 -  Angin monsun timur laut umumnya membawa hujan yang lebat ke kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia. Hujan yang lebat menyebabkan berlakunya fenomena banjir. Kesannya banyak kawasan pertanian seperti padi sawah ditenggelami air.
c2 -  Tiupan angin yang kencang semasa angin monsun timur laut menyebabkan laut bergelora - Aktiviti perikanan pinggir pantai terjejas.
c3 -  Hujan lebat semasa tiupan angin monsun timur menganggu kegiatan pembalakan. Jalan-jalan yang digunakan untuk mengangkut balak menjadi licin.
c4 -  Hujan yang lebat menyebabkan berlakunya banjir. Banjir menenggelamkan kawasan-kawasan penternakan ikan udang  dan sebagainnya ( akuakultur ). Kegiatan akuakultur terjejas.
c5 -  aktiviti perniagaan terjejas  kerana premis dan barangan ditenggelami air.
c6 -  aktiviti  IKS seperti perusahaan ikan kering, keropok dan industri batik terjejas.
c7 -  Angin monsun timur laut yang kencang dan keadaan laut yang bergelora membantu aktiviti sukan ekstrem seperti perlumbaan kapal layar  ( Monsun Cup ).
c8 -  Tiupan nngin monsun timur laut yang kencang dan stabil mengalakkan kegiatan rekreasi seperti permainan layang-layang. 
                                                                                    Mana-mana  6 pengaruh  x 2 m =  12m


3b(i).  Bincangkan faktor fizikal yang menyebabkan fenomena banjir?    [ 13]

Faktor fizilkal: ( 4 x 3m= 12m )

a1        Hujan –intensiti hujan / kelebatan hujan – tempoh masa hujan
a2        Litupan tumbuhan / kawasan tadahan
a3        Bentuk muka bumi – rendah / berhampiran muara sungai
a4        Musim – tiupan angin monsun – hujan lebat
a5        La Nina – hujan lebat
a6        Tsunami – ombak besar – banjir
a7        Penipisan lapisan ozon – suhu meningkat, pencairan ais, aras laut meningkat  -  banjir
a8        saiz lembangan tidak seimbangan dengan isipadu air.
            # calon yang menuliskan kesimpulan + [1m]


(ii)        Huraikan impak banjir  terhadap geomorfologi                [12]
            ( 4 x 3m = 12m)
b1        Tanah runtuh – runtuhan tebing sungai  -  sungai cetek.
b2        Hakisan tanah – hakisan permukaan tanah – perlebaran lurah sungai.
b3        Pemendapan bahan - Bentuk muka bumi yang baru – tetambak, dataran banjir
b4        Pengangkutan tanih giat.
b5         Luluhawa kimia/ luluhawa dalaman  meningkat
b6         Perluasan lembangan sungai – mendapan lanar meluas


4.  a). Nyatakan tiga  jenis sektor ekonomi  sekunder. [3]
a1 industri pemprosesan
a2 industri pembuatan
a3 industri pembinaan

b).  Terangkan  dua  ciri buruh dalam meningkatkan produktiviti industri pembinaan di
       Malaysia. [4]

Isi Utama
Huraian
Markah
b1.
 Kemahiran
Kemahiran dan kecekapan yang khusus dalam bidang kejuruteraan.
Diperolehi melalui pengalaman, latihan lanjutan dan perkongsian kepakaran.

2
b2.
 Tahap Kesihatan
Jika sihat, daya tahan tinggi. Produktif, kompetetif dan kuat kerja.
Dikaitkan dengan penurunan kadar kematian dan peningkatan jangka hayat. Penduduk sihat, jangka hayat tinggi.  


2
b3.
Kebolehkerja -an (fizikal
 dan mental)
Budaya penduduk yang positif seperti mempunyai semangat kerja yang tinggi, rajin, berdaya saing, beriltizam, menepati masa dan berinovasi.
Mobiliti buruh – mudah dilatih dan mudah dipindahkan (menepati ciri buruh global)
Ketahanan fizikal dan mental (patuh pada arahan)

2
b4.
 sikap positif (insaniah)
 Tahap kepimpinan (leadership) yang tinggi dan berdaya tahan.
Kesediaan untuk bekerjasama sebagai sebuah pasukan kerja.
Tahap integriti yang tinggi, kejujuran, kesetiaan dan amanah kepada majikan.


2


c).  Huraikan dua sumbangan sektor industri pembinaan terhadap pembangunan  
      ekonomi dan sosial  di Malaysia.  [4]
Isi Utama
Huraian
Markah
c1 menyediakan peluang pekerjaan
 Membuka peluang pekerjaan kepada penduduk Malaysia.
Pelbagai peringkat pekerjaan seperti tenaga buruh am, tenaga buruh separuh mahir dan tenaga buruh mahir.
Mengurangkan kadar pengangguran dan membasmi kemiskinan pensusuk. 

2
c2 kesan pengganda
 Perkembangan yang pesat dalam industri pembinaan akan membantu perkembangan industri lain seperti industri tertier.
Contohnya sektor perkhidmatan pengangkutan awam, telekomunikasi, sektor kewangan, perbankan dan insurans akan berkembang khususnya di kawasan pembinaan dan sekitarnya.


2
c3 pengaliran kepakaran dan teknologi moden.
Permindahan teknologi, kepakaran dan mobiliti tenaga buruh mahir dan profesional dari negara maju.
Rakyat Malaysia akan dapat mempelajari teknologi moden, inovasi baharu melalui projek usaha sama, latihan lanjutan di luar negara dan perjanjian persefahaman dengan negara maju.
Contohnya seperti tenaga pakar dari Jerman, Amerika Syarikat dan Jepun yang datang ke Malaysia untuk membangunkan industri pembinaan.

2
c4 mewujudkan bandar-bandar baharu
Industri pembinaan yang pesat membangun akan menggalakkan kewujudan bandar-bandar baharu.
Melalui perancangan dasar kerajaan memajukan sesuatu kawasan baharu dengan mewujudkan bandar-bandar baharu yang sistematik dan lebih terancang seperti Putrajaya, Bandar Baru Nilai di Negeri Sembilan, Bandar Baru Bangi di Selangor dan sebagainya.


2
c5 pembauran inovasi
Lingkungan pengaruh bandar yang sedia ada akan menjadi semakin luas dengan berkembangnya industri pembinaan.
Kawasan bandar akan mengalami rebakan dan seterusnya berlaku penularan dan penyebaran inovasi serta idea baharu kepada penduduk sekitarnya.


2

d).  Jelaskan dua masalah yang dihadapi oleh industri pembinaan di Malaysia. [4]
Isi Utama
Huraian
Markah
d1 permintaan perumahan dan ruang niaga semakin meningkat
permintaan untuk tempat tinggal penduduk, iaitu perumahan dan ruan perniagaan yang semakin meningkat hasil pertumbuhan ekonomi Malaysia yang baik
permintaan yang melebihi penawaran menyebabkan harga perumahan dan ruang niaga menjadi mahal dan membebankan penduduk - penduduk terpaksa menanggung hutang dan beban.

2
d2 peningkatan kos pembinaan
berlaku peningkatan kos pembinaan yang semakin tinggi disebabkan bahan yang tidak mencukupi
kenaikan harga bahan binaan disebabkan oleh faktor-faktor luar seperti inflasi dunia, kekurangan bekalan daripada luar, kenaikan harga import yang mendadak, lebih-lebih lagi peningkatan harga minyak petroleum.
hal ini telah menyebabkan kelewatan dalam menyiapkan projek-projek binaan dalam masa yang ditetapkan.


2
d3 kekurangan tenaga buruh
sektor industri binaan tempatan amat memerlukan guna tenaga buruh yang banyak dan mempunyai kemahiran yang cekap dan terlatih.
Malaysia kebanyakan bergantung kepada tenaga kerja asing.
pengambilan tenaga asing telah mendatangkan pelbagai masalah antaranya kualiti hasil kerja tidak memenuhi piawaian yang dikehendaki oleh klien.

2


5(a)   Mengapakah kerjasama ekonomi ASEAN diperlukan ?                       [12]
Isi Utama
Huraian
Markah
a1 Kecekapan
      ekonomi
·      Kepelbagaian aktiviti ekonomi
·      Perdagangan antara Negara ASEAN dan Negara-negara lain.
2

a2 Daya saing
·      Penghasilan produk lebih berkualiti
·      Harga kompetatif
2
a3 Pengkhususan
·      Setiap Negara mengeluarkan satu produk
2
a4 Penglibatan
     dalam ekonomi dunia
·      Kerjasama dengan blok ekonomi dunia
·      EU,NAFTA dan APEC
2
a5 Pelaburan
·      Menggalakkan pelaburan asing
·      Pelaburan Silang
·      Menambahkan modal Negara
·      Penglibatan syarikat Multinasional (MNC)

2

a6 Teknologi
·      Pemindahan teknologi dan kepakaran
·      R & D
2

a7 Pasaran
·      Pasaran luas
·      Meningkatkan KDNK
2

a8 Bekalan buruh
·      Perkongsian kepakaran
·      Buruh yang murah dan ramai/ mudah diperolehi.

2
a9 Bahan mentah
     /sumber alam
·      Banyak bahan mentah
·      Mudah diperolehi
2

                 Pemarkahan : Mana-mana 6 isi x 2m =12m

      (b)  Jelaskan kesan positif Globalisasi ekonomi kepada sesebuah Negara.          [13]

Isi Utama
Huraian
Markah

b1 Perdagangan bebas
·      Terbuka
·      Tanpa sekatan
·      Tarif yang rendah
·      Kegiatan eksport/import lebih mudah
·      Tanpa dasar perlindungan
·      Berurusan dengan banyak Negara



2
b2 Perluasan pasaran
·      Meningkatkan pasaran
·      KDNK meningkat
·      Kepelbagaian produk berkualiti
·      Harga lebih murah


2
b3 Pemindahan  teknologi
·      Meningkatkan produktiviti
·      Menjimatkan kos latihan
·      Pengeluaran lebih cekap
2


b4 Aliran buruh
·      Tenaga buruh cukup
·      Murah dan mudah
·      Produktiviti meningkat

2

b5 Menggalakkan
     persaingan
·      Produk berkualiti
·      Pengkhususan
·      Harga kompetatif

2

b6 Peningkatan kualiti
     produk
·      Berdaya saing
·      Produk kompetatif

2

              Plih mana-mana 6 isi x2m = 12 markah
              Contoh dan huraian  : 1m
              Jumlah : 13 markah


6. (a) Mengapakah industri pembuatan perlu diselerakkan dari bandar ke luar bandar? [9]
Isi Utama
Huraian
Markah
a1 mengelakkan kesesakan dan tepu
kepadatan ruang di bandar – lokasi industri tidak lagi sesuai
Nilai hartanah di bandar mahal-mengelakkan saingan guna tanah lebih untung untuk guna tanah petempatan dan perniagaan berbanding dengan perindustrian

2
a2 menjimatkan kos pengeluaran
sinergi (saling menguntungkan) apabila industri pembuatan berdekatan dengan industri memproses yang terletak di luar bandar
kos pengangkutan bahan mentah ke kilang pembuatan boleh dijimatkan
kos buruh dan kos tapak lebih murah di kawasan luar bandar


2
a3 mengurangkan pencemaran
konsentrasi pencemaran di bandar boleh di kurangkan apabila sebahagian kilang di lokasikan di luar bandar
pencemaran air,udara,bunyi dan bau khususnya kilang petrokimia.

2
a4 mengimbangi pembangunan bandar dengan luar bandar
industri sebagai pemangkin pembangunan setempat
kawasan bandar yang sudah maju diperlahankan manakala kawasan luar bandar yang masih mundur dipercepatkan


2
a5 membuka peluang pekerjaan kepada penduduk desa
industri pembuatan berintensif buruh diperlukan diluar bandar untuk mencipta banyak peluang pekerjaan
kadar pengganguran luar bandar boleh dikurangkan –pendapatan perkapita penduduk meningkat,taraf hidup dan kualiti hidup bertambah baik
mengelakkan migrasi ke bandar


2
a6 memajukan sumber berpotensi
sumber bahan mentah setempat boleh dimajukan kerana industri pembuatan memerlukan bahan mentah tersebut
contoh industri pembuatan tayar memerlukan getah manakala industri pembuatan minyak masak memerlukan minyak kelapa sawit mentah
sektor ekonomi hiliran boleh berkembang maju



2
a7 kesan pengganda-memajukan rantaian industri/ekonomi yang berkaitan
kesan pengganda-industri yang berkaitan dengan pembuatan berkembang maju seperti industri memproses,pengbungkusan,pengangkutan dll
menggalakkan lahirnya usahawan muda melalui PKS yang menjadi veedor kepada industri pembuatan berskala besar



              2
a8 mempercepatkan kemajuan kawasan
industri pembuatan mempercepatkan pembangunan infrastruktur-khususnya rangkaian pengangkutan,bekalan ai,elektrik dan sistem telekomunikasi
mempercepatkan pembangunan bandar-kewujudan bandar baru di kawasan luar bandar yang berasaskan industri-kemudahan perbandaran disediakan dengan lengkap



2

 b)      Huraikan faktor yang mempengaruhi kemajuan industri pembuatan di Malaysia. [6]
Isi Utama
Huraian
Markah
b1 asas bahan mentah dan sumber tenaga yang cukup
Industri pemprosesan menyediakan bahan mentah yang cukup untuk pembuatan/penghasilan barangan siap dan separa siap.
Contohnya minyak sawit mentah untuk menghasilkan minyak masak, sabun, marjerin.
Bekalan tenaga elektrik hidro dan terma yang cukup dan murah




2
b2 dasar dan galakan kerajaan
Galakan kerajaan melalui skim pelaburan dan promosi, pemberian taraf perintis, penyediaan kawasan perindustrian bebas cukai (FTZ) dan mewujudkan koridor industri.


2
b3 faktor modal/pelaburan yang tinggi
adanya pelaburan asing (FDI) dari syarikat multinasional (MNCs) seperti Panasonic, JVC, Nokia, Samsung
pelaburan tempatan- skim vendor dengan syarikat multinasional
pelaburan dari modal IKS – menghasilkan produk b
hutan Malaysia
sokongan perkhidmatan – kewangan/kemudahan kredit, perbankan dan insurans



2
b4 kualiti sumber manusia - buruh
mempunyai tenaga kerja terlatih dan berkemahiran
tenaga kerja berpendidikan – mobiliti buruh yang mudah dilatih dan dipindahkan


2
b5 sokongan kemudahan prasarana yang cukup
kemudahan asas yang mencukupi sebagai penyokong seperti bekalan air, elektrik, kemudahan pengangkutan seperti jalan raya, lebuh raya, pelabuhan dan pergudangan


2
b6 teknologi berkembang pesat
R&D dijalankan oleh kerajaan untuk menghasilkan teknologi baru bagi menghasilkan pelbagai produk
Kewujudan industri berteknologi tinggi (HiTech), teknologi komunikasi melalui MSC dan pemindahan teknologi luar


2
b7 pasaran yang luas
mendapat pasaran yang luas dari dalam dan luar Negara seperti di rantau asia iaitu ASIA BARAT,ASIA TIMUR,ASIA SELATAN,EROPAH dan AMERIKA SYARIKAT contohnya barangan elektrik seperti alat pendingin hawa


2
b8 politik yang stabil dalam jangka masa panjang
polisi governan yang stabil dan mantap kerana tidak berlakunya pertukaran kerajaan
keyakinan pelabur bertambah untuk melabur dalam jangka masa panjang


2


b)   Jelaskan kesan negatif aktiviti industri pemprosesan terhadap alam sekitar fizikal. [10]
Isi Utama
Huraian
Markah
c1
 pencemaran udara, jerebu dan hujan asid
pelepasan bahan pencemar udara seperti karbon dioksida, karbon monoksida, hidrokarbon dan gas sulfur.
pembebasan partikel terampai (PM10) seperti asap, debu, habuk yang boleh menyebabkan jerebu.
proses kondensasi wap air dengan bahan pencemar udara akan menyebabkan berlakunya hujan asid.




2
c2
pemanasan setempat
kewujudan bahan pencemar di udara boleh memerangkap bahangan bumi.
dikaitkan dengan kesan rumah hijau.
haba dikeluarkan oleh generator kilang menyebabkan pemanasan setempat.


2
c3
pencemaran air
pelepasan sisa toksid/enfluen ke dalam badan-badan air seperti sungai, tasik, laut dan kolam menyebabkan kuantiti air laut terjejas.
kadar BOD air meningkat dan keasidan air bertambah.


2
c4 kemusnahan ekosistem akuatik
pencemaran air menyebabkan pelbagai spesis hidupan akuatik terjejas dan mati seperti ikan dan udang.
rantaian makanan terjejas dan habitat musnah.


2
c5
pencemaran bunyi dan bau
bunyi bising daripada generator kilang yang beroperasi 24 jam menghasilkan getaran 60 – 70 dBA
pencemaran bau daripada sisa kilang getah dan kelapa sawit yang berbau busuk dan mencemarkan alam sekitar.


2
c6 pencemaran sisa toksid/ pencemaran tanih
pelupusan sisa toksid oleh kilang-kilang haram menyebabkan tanih berasid dan berbahaya kepada sumber air tanih apabila berlaku proses larut resap.


2
c7 pencemaran persekitaran / sampah sarap
pembuangan sisa pepejal seperti plastik, kotak, sisa kayu dan tandan kelapa sawit dari kilang menyebabkan pencemaran sampah sarap.

2



No comments:

Post a Comment