PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Wednesday, March 12, 2014

BIOTEKNOLOGI [BIOTECH]

Lembu yang lebih besar dan susu yang banyak melalui Bio-Tech
Maksud Bio Teknologi.

1.        Biologi bermaksud kajian sains hayat, manakala teknologi bermaksud sebarang bahan, alatan, perkakasan, teknik atau proses terkini / moden yang melibatkan penggunaan elemen sains.

2.        Ianya merupakan satu aspek dan teknik yang memanupulasi bahan biologi, kimia dan fizik untuk mendapatkan hasil yang bermanfaat kepada manusia sejagat.

3.        Jadi bioteknologi pertanian dan pembuatan bermaksud penggunaan teknologi terkini dalam perkembangan pertanian dan pembuatan seperti pembiakbakaan tisu   (tisu kultur), pengubahsuaian genetik, teknologi transgenik, dan teknologi nano .


Sejarah Bioteknologi.

Memproses arak 
1.        Ianya bermula semenjak zaman Nabi Adam diturun Allah kebumi lagi. Allah telah kurniakan pelbagai ilmu dan teknologi yang bersesuaian dengan zamannya. Misalnya dlam teknologi pertanian, anak Nabi Adam  Habil telah memajukan bidang pertanian, manakala Qabil dalam bidang penternakan yang memerlukan mereka mengeluarkan zakat seperti yang diceritakan dalam Al Quran. Pengeluaran hasil pertanian dan penternakan adalah untuk memenuhi keperluan bekalan makanan dan pakaian.

2.        Manusia telah mula memanipulasi baka yang terbaik dalam bidang pertanian dan ternakan. Kaum Sumeria dan Babylon telah mula menghasilkan makanan dan minuman seperti bir, manakala roti dicipta oleh orang Mesir purba sebelum 4000 sm lagi.

3.        Produk-produk makanan moden mula dihasilkan seperti penemuan keju dan yogurt secara kebetulan melalui pencemaran susu oleh mikro-organisma.
Yogurt

4.        Di Malaysia, produk belacan, budu, cencaluk, tapai, ikan kering, ikan perkasam melalui proses pengaraman, pemeraman dan penapaian secara bioteknologi tradisional.


Perkembangan Bioteknologi dalam bidang Pertanian.

1.        Masalah dalam bidang pertanian seperti hasil yang rendah dan tidak bermutu, serangan penyakit, kekurangan tanah, kurang bekalan air, teknologi yang rendah, harga yang tidak menentu dan ketidak cekapan pengangkutan menganggu gugat kedudukan pertanian dalam sumbangannya kepada negara.

2.        Jadi, untuk mengatasi masalah-masalah di atas, perlunya R & D yang terkini dan moden supaya boleh mempertingkatkan teknologi, mutu dan hasil pertanian. Bioteknologi amat penting dalam bidang pertanian terutamanya dalam tiga bidang utama; -
i.        mengoptimakan pendapatan pertanian melalui pendekatan baru.
ii.      Menjimatkan kos pengeluaran dengan mempelbagaikan penggunaan 
         hasil buangan pertanian seperti membuat baja organik, biomas dll.
iii.     Memperbaiki, memajukan dan memodenkan cara dan resipi makanan 
         tradisi yang diproses dan diadun semula sebagai makanan 
         segera dan sebagainya.
iv.     Meningkat mutu serta hasil keluaran pertanian melalui pendapatan 
         benih bermutu seperti tisu kultur, memanipulasi sel dan genetik tumbuhan 
         supaya ianya lebih dinamik dan berdaya saing.


3.        Malaysia telah dapat bersaing diperingkat dunia dengan peningkatan amalan bioteknologi dalam bidang pertanian misalnya dalam keluaran sawit dan hasil sawit, getah, koko, dan buah-buahan tropika seperti nanas, pisang, tembikai dan lain-lain. Begitu juga dalam bidang penternakan seperti ayam, lembu , kambing dan lain-lain.

4.        Bioteknologi dianggap sebagai pemacu transfomasi pesat dalam sektor pertanian masa kini kerana; -
i.          Menghasilkan kepelbagaian produk.
ii.         Boleh diusahakan tanpa tanah.
iii.        Bersih dan mesra alam seperti tanaman fertigasi, hidroponik dan aeroponik.
iv.        Menghasilkan keluaran yang berkualiti dan tahan lama.
v.         Berupaya memendekkan tempoh matang dan meningkatkan produktiviti.


Sumbangan bioteknologi dalam Bidang Pertanian.

1.      Hal ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian: -
a)      Proses pengklonan - proses menghasilkan anak pokok @ haiwan daripada tisu pokok @ haiwan berkenaan yang sama kandungan genitik dengan induk bertujuan menghasilkan keluaran yang lebih banyak atau tinggi.


b)      Proses kacukan @ hibrid - proses pemindahan genetik secara semulajadi daripada dua organisma yang sama untuk menghasilkan anak yang baru yang lebih tahan penyakit dan hasil yang lebih baik dan bermutu.

c)      Memperkenalkan beberapa kaedah dan teknik dalam tanaman dan ternakan, misalnya Hidroponik, Fertigasi, Aeroponik, Ternakan ayam dalam reban tertutup menggunakan sistem pengudaraan tersendiri dan lain lain. Selain itu penghasilan baja dan racun juga menggunakan kaedah bioteknologi yang mesra alam dan selamat digunakan oleh manusia.

Teknik Hidroponik dalam pertanian
2.             Kepentingan bioteknologi: -
a)      Pengajaan alam sekitar seperti penggunaan baja dan racun bio 
         organisma yang mesra alam.
b)      Kesihatan manusia dalam menghasil makanan berkhasiat dan 
          bervitamin tinggi.
c)      Memajukan bidang perubatan seperti penghasil insulin dan DNA.
d)      Membantu merawat sisa industri melalui kaedah mikro organisma 
         dan bio remidiasi .

e)      Meningkat hasilan dan kualiti produk umpama padi hibrid seperti golden 
         rice, buah-buahan hibrid.

No comments:

Post a Comment