PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Tuesday, November 12, 2013

TENAGA ALTENATIF DAN KECEKAPAN TENAGA DI MALAYSIA


Petikan dari surat khabar Utusan.

40 Peratus Bakal Sumber Tenaga Dari Suria

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Sebanyak 40 peratus sumber tenaga yang boleh diperbaharui diluluskan di negara ini berpunca daripada solar, Persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata daripada 520.48 megawatt yang telah diluluskan, 208 megawatt atau 40 peratus daripada jumlah kapasiti tersebut adalah daripada sumber solar.
Kelulusan tersebut adalah bagi kuota yang ditawarkan sehingga separuh tahun pertama 2015, katanya ketika menjawab pertanyaan Dr Azman Ismail (PKR-Kuala Kedah).
Dr Azman ingin mengetahui setakat mana kejayaan negara dalam mewujudkan sumber tenaga hijau khususnya tenaga suria.

TENAGA ALTERNATIF - CABARAN TENAGA GLOBAL  DAN  KECEKAPAN 
PENGURUSAN  TENAGA DI MALAYSIA.
Suatu ketika semasa saya melawat kota Singapura,  ketika menggunakan tandas saya terbaca satu peringatan di dinding " Save tree by using hand dryer". Ianya meminta kita supaya tidak menggunakan tisu sebaliknya mengguna alat pengering tangan, sebagai pengjimatan dari menggunakan pokok bagi menghasilkan kertas tisu. Terfikir di kepala saya, bagaimana alat pengering tangan juga adalah tidak efisyen dalam menjaga alam fizikal dan dari segi kecekapan pengurusan tenaga. Ini kerana tenaga yang digunakan masih lagi menggunakan bahan api fosil seperti petroleum, gas asli dan arang batu. Adalah lebih baik dan menjimatkan bila menggunakan sapu tangan sendiri atau alat pengering tangan berkenaan menggunakan tenaga altenatif seperti tenaga solar. Tag laporan berita yang diselitkan bagi menunjukkan pihak pemerintah adalah peka kearah penggunaan tenaga altenatif dan kecekapan pengurusan tenaga. Begitu juga video yang dipaparkan adalah kearah menggunakan tenaga secara mesra alam dan cekap iaitu tidak membazir.

Banyak pembincangan mengenai "Global Energy Project : "It 's time to make efficiency a habit. The smarter use of energy has many benefits. " Kecekapan tenaga ini merupakan satu tindakan secara global yang dapat memberikan kesan yang baik pada  ketersediaan sumber tenaga. Kita sendiri tentunya sudah memulakan beberapa kebiasaan dalam kehidupan harian untuk sedapat mungkin menggunakan tenaga secara cekap. Contohnya, menggunakan mentol lampu jimat tenaga dan mematikan lampu atau alat elektronik yang tidak diperlukan. Kes saya mengeringkan tangan tersebut juga merupakan contoh bagaimana saya berusaha untuk menggunakan tenaga secara cekap. Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa tindakan kita dapat membuang tenaga secara percuma. Disediakannya tissue dan alat pengering tangan di tandas awam membuat kita refleks mengeringkan tangan menggunakan barang-barang yang sebenarnya fungsinya dapat digantikan dengan sapu tangan atau tuala kecil. Itulah mengapa dalam melakukan kecekapan tenaga, perlu dilakukan tindakan yang bijak dan disokong dengan pengetahuan yang cukup mengenai apa itu tenaga.

Mana yang lebih penting, kecekapan tenaga atau mencari tenaga alternatif ( alternative energy ), mungkin kalimat  ini dapat kita fikirkan baik-baik sebelum membahas mana yang lebih penting diantara keduanya:  "Our challenge is not just to adopt alternative energies. But to deliver the same benefits as oil and coal, with fewer costs, and as quickly as possible. Can it be done? "- Dr. Scott Tinker

Tenaga alternatif sebagai pengganti bahan api fosil merupakan isu yang sangat penting di dunia untuk saat ini. Pelbagai jenis tenaga alternatif mula  muncul seiring dengan keperluan tenaga pengganti bahan bakar fosil seperti biofuels, air, matahari, angin, natural gas, geothermal, hingga nuklear. Lalu, apakah dengan kemunculan banyaknya tenaga alternatif tersebut kita kemudian dengan mentah-mentah menggunakannya dalam kehidupan kita sehari-hari sehingga mengurangkan penggunaan bahan bakar fosil? Tentu tidak. Kita perlu melihat terlebih dahulu, sejauh mana tenaga-tenaga alternatif tersebut dapat memberikan fungsi yang sama dengan bahan api fosil. Inilah cabaran yang sesungguhnya dalam proses pencarian tenaga alternatif. Tenaga pada dasarnya dapat dipindahkan dari media / bahan bakar apapun, sesuai dengan sifat tenaga yang kekal (Hukum Kekekalan Tenaga / Law of Conservation Energy ), namun sejauh mana tenaga tersebut boleh digunakan dan mempunyai fungsi yang sama dengan tenaga dari bahan bakar fosil, itulah yang paling penting untuk difahami.

Menurut Dr. Scott Tinker, terdapat 4 kriteria penting dalam memilih tenaga yang akan kita gunakan:affordable, available, reliable and clean (berpatutan, tersedia, boleh dipercayai, dan bersih). Apakah sumber tenaga alternatif tersebut sudah memenuhi kriteria tersebut? Mari kita bahas sedikit mengenai beberapa tenaga alternatif yang sedia ada di dunia ini.

Sumber Air 
Air merupakan sumber tenaga yang sudah teruji sekian lama sebagai penjana tenaga elektrik. Dengan membina empangan, dan melalukan air bagi mengerakan kincir air ( water propellar) Gerakan kincir air ini akan mengerakan generator yang akan menjana tenga elektrik. Maka tenaga dari air tersebut dapat ditransformasikan menjadi tenaga elektrik. Ini bicara dari segi tenaga altenatif. 

37jatiluhur6Menjadi tajuk utama bukan tenaga altenatif itu sahaja yang dijana tetapi yang lebih penting adalah kecekapannya. Bagaimana impaknya terhadap alam sekitar fizikal dan manusia?, bilamana empangan dibina. Tentu  untuk membina sebuah empangan dan kesan persekitaran memerlukan kos yang sangat besar. Bagaimana pula dengan iklim setempat adakah ianya menyediakan sumber air yang cukup bagi menjana elektik. Selain daripada itu apakah fungsi empangan itu boleh digunakan untuk tujuan lain seperti bekalan domestik, perindustrian dan pengairan kawasan sawah dan ladang. Kalau ini boleh dijawab secara positif, inilah yang dinamakan kecekapan pengurusan sumber dan tenaga. 


Sumber Angin
wind-farm-sunsetPenggunaan tenaga dari angin sudah cukup banyak dilakukan oleh negara-negara di Eropah dan Amerika. Tenaga elektrik yang dihasilkan oleh angin ini, dapat menghasilkan hingga 40 MW per-alat. Cabaran dalam penggunaan tenaga dengan sumber dari angin ini adalah proses penghantaran, penyimpanan tenaga yang dihasilkan ( energy storage ), material / alat penghantaran, dan pemanfaatan bahan serta infrastruktur.

Tenaga Solar
Penggunaan tenaga panas yang diperoleh dari matahari, sudah cukup banyak digunakan di dunia ini. Penggunaan tenaga suria tersebut sudah cukup banyak terbukti dapat menjadi pengganti bahan bakar lain untuk menghasilkan tenaga elektrik.

Tidak seperti tenaga yang berpunca dari air dan angin, tenaga solar boleh digunakan dalam skala yang agak kecil, seperti di rumah. Beberapa kawasan di Amerika, sudah mulai memasyarakatkan penggunaan tenaga solar dengan menginstalisasi alat pemindahan tenaga tersebut di rumah-rumah.

solar-panel-housesWalau demikian, usaha untuk memaksimumkan penggunaan tenaga solar skala besar juga mula diusahakan di berbagai negara. Pemasangan peralatan dan teknologi untuk memanfaatkan tenaga solar berskala besar memerlukan kawasan yang cukup luas serta pembuatan tidak mudah. Penyimpanan tenaga ( energy storage ) juga  masih menjadi cabaran tersendiri dalam pemanfaatan tenaga solar skala besar ini.
00_ENERGY_shutterstock_67258750_solar_659px

Di Malaysia, tenaga solar juga sudah mulai dimanfaatkan. Salah satunya adalah untuk lampu jalan dan taman,  alatan semiconductor dan juga dalam rumah dan pejabat.

Pelbagai perkembangan tenaga alternatif yang masih terus dikembangkan di dunia ini mempunyai cabaran khusus dalam peranannya sebagai pengganti tenaga fosil. Tenaga dari air, angin, dan matahari merupakan beberapa contoh tenaga alternatif yang bersih dan terbukti boleh dipercayai, namun masih mempunyai cabaran dari segi kos, pembuatan, penyimpanan berskala, dan juga keberadaannya yang intermitten dan bergantung pada iklim. Tenaga alternatif lain seperti nuklear dan geothermal, mempunyai cabaran yang jauh lebih besar terutama dari segi ilmu dan teknologi.

300px-Tol_Sedyatmo_KM_24, 4Inilah cabaran terbesar tenaga secara global saat ini, terus mencari dan memanfaatkan ilmu dan pengetahuan dalam memperoleh tenaga alternatif dan kecekapan dalam penggunaan tenaga. Keduanya ianya harus berjalan seiringan. Hanya mencari tenaga alternatif, tidak akan menyelesaikan masalah tenaga secara global, kerana pertambahan penduduk di bumi jelas menggunakan tenaga yang semakin banyak. Paling penting dilakukan tindakan yang bijak dari setiap insan di bumi untuk menggunakan tenaga secara cekap.

Di Malaysia, kecekapan tenaga tersebut juga sudah menjadi isu yang cukup penting. Cadangan untuk menjimatkan elektrik, menggunakan pengangkutan awam, mengurangkan penggunaan bahan bakar, sudah sangat banyak diaplikasikan dan disosialisasikan. Mari kita bersama-sama dengan cara yang bijak melakukan kecekapan tenaga sebaik-baiknya. Dan tentu saja, juga terus aktif mengembangkan ilmu dan pengetahuan agar dapat mengembangkan tenaga alternatif sebagai bahan pengganti tenaga fosil.

1 comment:

  1. Malaysia sudah lama mempraktikkan amalan penjimatan tenaga elektrik akan tetapi manusia yang tidak mengenal erti jimatlah yang telah merosakkan segala usaha yang telah dibuat kerajaan.

    ReplyDelete