PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Thursday, October 3, 2013

Kisah Ilmuan Peluk Islam Setelah Mengetahui Bakteria Dalam Air Liur Anjing


Setelah Mengetahui Bakteria Dalam Air Liur Anjing, Seorang ilmuan besar yang mendalami bidang bakteria berkunjung ke Mesir untuk mensekolahkan anaknya dan dia sendiri memperolehi pekerjaan dalam bidangnya tersebut. Pada suatu hari dia membaca buku hadith yang berkaitan dengan masalah kesihatan. Tiba-tiba dia tidak percaya ketika membaca hadis Nabi saw,

“Jika seekor anjing menjilat perkakas rumah salah seorang di antara kamu, maka cucilah alat (tempat) itu tujuh kali, satu kali di antara yang tujuh itu dicampur dengan tanah ..”

Sejenak dia berdiam menatap hadis itu. Dalam dirinya mula timbul soalan-pert anyaan: Perintah mencuci tujuh kali itu memang perlu dilakukan, dan merupakan kewajipan, namun mengapa Nabi masih menyuruh membasuh tempat itu satu kali dengan tanah? Tidakkah dengan memakai air sahaja sudah cukup?

Soalan itu terus mengganggunya. Kemudian dia mengambil sebuah alat rumah dan membiarkannya dijilati anjing. Lalu mencucinya dengan air tujuh kali. Selepas itu ia teliti dengan menggunakan mikroskop, dan yang terlihat: Berjuta-juta bakteria masih melekat di tempat itu. Bermakna mencuci dengan air tidaklah cukup untuk menghilangkan bakteria atau kuman-kuman penyakit anjing yang melekat ditempat tersebut.

Sekarang dia cuba sekali lagi, mencuci tempat itu dengan debu tanah. Dan setelah diteliti, ternyata, kuman-kuman telah hilang seluruhnya.

Louis Pasteur
Soalan yang timbul dibenaknya sekarang: Siapa yang memberitahu hal ini kepada Muhammad? Padahal penemuan rahsia bakteria baru diketemukan oleh Louis Pasteur (27 Disember 1822 – 28 September 1895) ialah seorang ahli kimia berbangsa Perancis yang masyhur kerana kejayaan cemerlang beliau dalam mikrobiologi. Eksperimen-eksprimen beliau mengesahkan teori kuman penyakit, yang juga mengurangkan kematian akibat demam kelahiran anak. Selain itu beliau mencipta vaksin pertama untuk penyakit anjing gila. Beliau paling dikenali ramai kerana menunjukkan cara menghalang susu dan wain daripada menjadi masam - maka nama proses ini dinamakan pempasteuran. Beliau dianggap sebagai salah seorang daripada tiga orang pelopor bakteriologi, bersama dengan Ferdinand Cohn dan Robert Koch. Beliau juga melakukan banyak penemuan dalam bidang kimia, terutamanya ketidaksimetrian hablur.



Bukankah jauh sekali jarak antara Muhammad dengan Pasteur? Bermakna penemuan Pasteur hanyalah mengulang penemuan lama, di mana Muhammad telah mengetahui bahawa bakteria atau kuman penyakit itu ada pada anjing dan dapat dihilangkan hanya dengan menggunakan debu dan dibasuh dengan air enam kali. Siapa yang memberitahu hakikat ilmiah ini kepada Muhammad?

Subhanallah, Allah SWT lah yang memberi petunjuk kepada Nabi Muhammad SAW, segala hal yang bermanfaat bagi umatnya.

Dan akhirnya keyakinan ilmuan tersebut mengukuhkannya untuk masuk Islam bersama puterinya yang kala itu ikut bersamanya ke Kaherah.

Maha Suci Allah, yang atas kurnia dan rahmatNya terbukalah setiap jalan kebaikan ..

Wallahu a’lam bishawab

sumber: halimislam.com

No comments:

Post a Comment