PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Friday, July 5, 2013

JATUHNYA KERAJAAN RAKYAT DI MESIR

Terkini Krisis Di Mesir 4 Julai 2013 | DR Morsi tumbang Secara Tidak Demokratik, Kini Dalam Tahanan Tentera

Terkini Krisis Di Mesir 7 Julai 2013 | DR Morsi tumbang Secara Tidak Demokratik, Kini Dalam Tahanan TenteraKAHERAH-MESIR: Tentera Mesir akhirnya menumbangkan Presiden Mohamed Morsi sekali gus mengumumkan pelan tindakan masa depan politik negara ini yang bakal dilaksanakan oleh sebuah jawatan kuasa perdamaian nasional.

Menurut anggota kanan Ikhwan Muslimin, Morsi kini berada di bawah tahanan tentera. “Morsi dan pasukan presiden berada di di bawah tahanan rumah ketika ini,” kata anak kepada pembantu Morsi, Gehad El-Haddad.

Bapa Hadad, Essam El-Haddad, antara orang kanan Morsi ketika yang ketika ini turut berada dalam tahanan.

Ketua angkatan tentera mengeluarkan satu deklarasi petang semalam, menggantung perlembangaan dan melantik Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adly Mansour, sebagai ketua interim negara. Morsi melalui laman Facebooknya berkata, beliau menolak sekeras-kerasnya rampasan kuasa yang dibuat oleh pihak tentera ini.

Dalam siaran televisyen tempatan, pemimpin tentera dan tokoh politik, Andel Fattah al-Sisi telah mengisytiharkan penyingkiran Morsi. Penyokong Morsi yang berkumpul di pinggir bandar Kaherah sangat tidak puas hati dan penyingkiran pemimpin negara Mesir ini membangkitkan kemarahan mereka dengan pengumuman yang dibuat oleh tentera itu.


[BIODATA DR. MOHAMMAD MORSI] 
Kenali Siapakah Dr. Mohammad Morsi Presiden Mesir.
1. Dr.Muhammad Morsi,walaupun beliau ialah seorang Presiden,beliau hanya berada di Istana Presiden untuk kerja-kerja pengurusan negara dari 8.00 pagi hingga 10.00 malam. selepas itu,Beliau akan balik ke rumah sewa beliau untuk berehat. dan rumah sewa itu disewanya sendiri oleh beliau. Tedapat 10 orang wakil dari Ikhwanul Muslimin yang membantu beliau setiap hari dalam pengurusan negara dan mereka ini tidak meminta walau satu  1 sen gaji.

2. Beliau menghafal Al-Quran secara keseluruhannya.

3. Beliau ialah seorang jurutera (metallurgy engineering) salah satu bidang dari bidang pembuatan (manufactruing engineering).

4. Beliau,Isteri beliau, 5 anak mereka, dan 3 cucu mereka, semuanya adalah Hafiz/Hafizah Quran.

5. Salah seorang anak beliau,berkhidmat sebagai doktor di Arab Saudi. Kerajaan Saudi telah memanggil beliau dan meminta beliau untuk berhenti sebagai doktor kerana beliau ialah anak seorang presiden mesir dan negara yang besar. Jawapan anak beliau ialah: "Bapaku ialah Presiden Mesir,dan itu amanahnya. Aku hanya anak kepada seorang bapa dan aku akan berkhidmat sebagaimana orang awam yang lain dalam mencari rezeki."

6. Waktu solat jumaat, Dr.Muhammad Morsi datang awal satu jam dari solat jumaat dan beliau berada di saf paling depan sekali dan membaca Surah Al-Kahfi dan tidak ada sebarang pengawal atau protokol untuk membezakan beliau dengan rakyat.

7.Apabila beliau melakukan kerja-kerja lawatan,perjumpaan dan urusan negara,Beliau menggunakan kereta beliau sendiri untuk ke sana.

8. Beliau ke-mana-mana tidak mempunyai sebarang protokal ataupun pengawal peribadi untuk melindungi beliau.

Semoga Allah S.W.T memelihara dan merahmati serta memudahkan urusan Dr.Muhammad Morsi dalam urusan pemerintahan negara Mesir dan menjaga kebajikan rakyat dan umum islam secara kesuluruhannya dan kita berdoa juga semoga Allah S.W.T membangkitkan pemimpin-pemimpin seperti ini di negara-negara Islam yang lain juga, InsyaAllah.

Ustad Don Daniyal Mengutuk Dan Mengecam TV3 Kerana Menggelar Presiden Sah Mesir DR MORSI AL HAFIZ sebagai Diktator ( Print Screen FB Ustaz Don )

From Malaysia We Support Mohammed Morsi | Ustaz Don Daniyal Mengutuk Dan Mengecam TV3 Kerana Menggelar Presiden Sah Mesir DR MORSI AL HAFIZ sebagai Diktator ( Print Screen FB Ustaz Don ) | Ustaz Don begitu marah dengan TV3 yang begitu biadap memanggil Dr Morsi sebagai diktator sedangkan beliau menang dalam pilihanraya secara demokratik yang bersih.

 



Ini adalah jasa Dr Morsi di Mesir dan fikirlah secara matang jika kamu mahu menghukum beliau sebagai diktator:-

1. Dosa Mursi itu adalah kerana dia boleh membawa Mesir dalam setahun ke arah jelapang makanan. Yang dulu zaman mubarak gandum hanya boleh dihasilkan dalam negeri sebanyak 20% paling banyak, sekarang sudah melampaui 60%.

2. Dulu perlu mengimport ke Amerika, sekarang Mursi mengimport dari negara yang dia inginkan, yang lebih menguntungkan rakyat. Keadaan ini dapat menjimatkan belanja negara sampai jutaan dollar pertahun sekaligus meningkatkan ekonomi petani.

3. Dosa Mursi adalah kerana membangunkan terusan Suez menjadi pasaran bebas dunia. Yang dulu di zaman mubarak hanya menghasilkan wang sebanyak 5.6 bilion dollar pertahun, akan meningkat 100 bilion dollar pertahun.

4. Dosa Mursi adalah menaikkan gaji PNS dan pesara sebanyak lebih 200%, manakala harga-harga barang boleh dipertahankan tidak naik, sehingga PNS jadi lebih makmur.

5. Dosa Mursi adalah membina kilang samsung terbesar di Arab di wilayah Bani Suwef, sehingga harga barang elektronik menjadi murah.

6. Dosa Mursi adalah membuat kilang kereta sendiri sehingga untuk tahun-tahun ke depan tidak perlu lagi mengimport kereta.

7. Dosa Mursi adalah membuat kilang senjata sendiri sehingga tidak perlu lagi mengimport senjata-senjata rongsokan dari Amerika.

8. Dosa Mursi adalah membuat kilang Innar (sejenis tablet / ipad), sehingga seluruh rakyat nanti boleh merasa nikmatknya memakai barang elektronik bermutu dengan harga yang berpatutan. Anak-anak sekolah boleh belajar pakai alat canggih.

9. Dosa Mursi adalah mampu mempertahankan, bahkan menambah rizab pertukaran asing Mesir yang sebelumnya sudah di ambang kemuflisan.

10. Dosa Mursi terbesar adalah dia selalu solat berjemaah di masjid, hafal al Qur’an, selalu tahajjud dan sabar terhadap segala caci maki.

11. Dosa Mursi adalah menyokong perjuangan Palestin, Syria dan Myanmar.

12. Dosa Mursi yang tidak kalah parahnya mengeluarkan Mesir dari kongkongan kuasa tentera dalam 40 hari, di mana Erdogan memerlukan bertahun-tahun untuk melakukan hal itu.

13.  Dosa Mursi meningkatkan harga diri negara Mesir di hadapan negara Arab lain bahkan dunia. Hingga Mesir jadi negara yang diambil kira.

14.  Dosa Mursi adalah berusaha membangunkan tenaga nuklear dan tenaga matahari sebagai tenaga alternatif di Mesir.

15.  Dosa Mursi adalah kerana ia mampu menarik pelabur luar negeri dan mempertahankan kepercayaan asing di Mesir.

16.   Dosa Mursi adalah membuka kembali jalan darat antara Mesir dan Sudan sehingga kerja sama dalam bidang ekonomi kedua-dua negara akan meningkat.

17.   Dosa Mursi adalah mampu membuka lapangan kerja baru untuk 600 ribu lebih orang pengangguran.

18.  Dosa Mursi adalah berusaha mengembalikan harta yang dibawa lari ke luar negeri oleh Husni Mubarak dan kroni-kroninya.

19. Dosa Mursi adalah menegakkan kehakiman yang sebenarnya dan berusaha menghabisi kecurangan.

20. Dan banyak lagi dosa-dosanya yang tidak boleh kita sebutkan satu persatu yang membuatkan musuh politik Mesir kepanasan, terutama Amerika dan Israel yang menjadi dalang utama. Kerana dosa-dosa itulah maka Mursi akan digulingkan oleh munafik-munafik penyokong Mubarak, liberal, sekular, komunis, dan Kristian Koptik serta puak Islam munafik. Mereka memandang Mursi sudah gagal dah akan membawa Mesir ke arah kehancuran.

Itulah logik yang ada dalam kehidupan sekarang. Itulah "dosa" insan bernama Morsi. Orang Islam amal sekular ini memang rapat dengan Amerika & Yahudi. Dan mereka tidak pernah akan sokong agenda Islam walaupun mereka kalah dibawah sistem mereka cipta.

No comments:

Post a Comment