PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Monday, April 8, 2013

KULIAH 12 - FASA AIR DAN PROSES KITARAN HIDROLOGI


KULIAH 12 -  Fasa Air dan proses kitaran hidrologi. [ 2 masa ]
Objektif P&P.
a)   Menyatakan tiga fasa perubahan air
b)   Menghuraikan tiga fasa proses perubahan air dan tanaga yang terlibat.


Konsep Hidrologi.
Hidrologi merupakan kajian pergerakan, taburan, dan kualiti air di bumi. Bidang ini memberi perhatian khusus kepada fenomenon seperti kitar air dan sumber air.

1.        Fasa Air Dan  Proses  Perubahan Air
i.                    Cecair (air ) cth air hujan, air dilaut, sungai, tasik dan lain-lain

Laut, Sungai dan Air Hujan

ii.                  Gas ( wap ) cth udara lembap sama yang panas maupun sejuk ( wap air).



iii.                Pepejal ( ais ) cth glasier, iceberg dan salji.

Salji di kawasan pergunungan
Iceberg


2.        Gambar rajah fasa proses perubahan air



Perubahan fasa air mestilah melibatkan tenaga haba.
  1. Fasa Gas  ke Pepejal ( haba dibebaskan),  Pepejal ke Gas ( haba diserap ).
  2. Fasa Gas ke Cecair  ( haba dibebaskan ), Cecair ke Gas ( haba diserap ) cth. Air ke Stim
  3. Fasa Cecair ke Pepejal ( haba dibebaskan ), Pepejal ke Cecair ( haba diserap ) 

No comments:

Post a Comment