PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Saturday, January 19, 2013

KULIAH 3 : SEKTOR PRIMER : PERIKANAN


Kawasan Perikanan di Malaysia 
            SEKTOR PERIKANAN

Sampan Nelayan Pinggir Pantai
1.0  Konsep
      
      1.1.   Perikanan pinggir pantai – jarak < 32km, kedalaman < 180 m,  teknologi tradisional, tangkapan berskala kecil . Cth kaw: Laut China Selatan, Selat  Melaka,Laut Sulu , Selat tebrau.

Kapal Nelayan Laut Dalam
    1.2. Perikanan Laut Dalam – Kawasan perairan antarabangsa, > 32 km, > 180m ,  tekno dan peralatan moden spt radar, sistem komunikasi, pukat tunda, dingin beku,  memproses ikan di laut – di laut > seminggu, skala tangkapan besar. Cth kaw:  L. Pasifik, L. Atlantik, L. Hindi.


1.3. Perikanan Akuakultur – banyak di jalankan di kawasan tasik, kolam, sungai, paya dan sawah padi, jenis ternakan termasuklah ikan patin, karp, kelah, kaloi udang galah dsb, mengunakan keadah  moden seperti kolam buatan, ternakan dalam sangkar, makanan tambahan, pengurusan sistematik, serta mengasingkan ikan mengikut saiz dan umur, melibatkan modal yang besar dan dibiaya oleh pihak swasta, skala pengeluaran pula untuk pasaran tempatan dan luar negara..


2.0 Faktor Mempengaruhi Sektor Perikanan
2.1.  Faktor fizikal – M’sia dikelilingi laut (LCS & SM), kaya plankton, pantai berteluk utk pelabuhan perikanan. Cth : Kuala Rompin, Kuala Pahang, Tok Bali. Byk kaw bekas lombong, paya dan muara sungai
2.2. Faktor ekonomi – permintaan dlm dan luar Negara tinggi, menjana industri    hiliran, pelaburan pihak swasta & kerajaan.
2.3. Faktor sosial – Budaya pemakanan masyarakat, sumber protein, ada kelangkapan asas perikanan dan pengangkutan .
2.4. Faktor governan – LKIM sediakan pelbagai kelengkapan( kom pendaratan, dingin beku, kilang ais, pasaran , R&D. Cth : Batu Maung, P. Pinang.
2.5. Faktor Teknologi – Pusat Pengeluaran dan Penyelidikan Ikan Laut [PPPIL]  jalankan penyelidikan, kapal besar, sonar, memproses ikan, dingin beku.


3.0  Sumbangan/Kepentingan Sektor Perikanan
Hasil Tangkapan Laut Dalam
3.1  Sumber protein – budaya pemakanan masyarakat, tampung bekalan makana
3.2  Menyumbang pendapatan Negara – eksport ke Jepun, Taiwan , Singapura, tukaran m.wang asing
3.3  Peluang pekerjaan kpd penduduk setempat – nelayan, pekerja kilang, penyelidikan penternak ikan, pasaran, tingat taraf hidup
3.4  Perkembangan industri hiliran – pengetinan sardine, ikan kering, keropok, pembuatan bot & alat tangkapan ikan.
3.5  Meningkatkan kegiatan akuapelancongan – Pulau Aman P. Pinang, Bagan Lalang, Sepang.
3.6  Meningkatkan teknologi – awet beku, radar, komunikasi, R&D. Cth : Batu Maung P.P, Tanjung Demong , T’ganu.
3.7  Meningkatkan kerjasama antarabangsa – melalui urusan import-eksport, kerjasama antara Negara (Mal, Indo, Thai)

4.0  Masalah Sektor Perikanan
   4.1  Kekurangan modal – nelayan pinggir pantai miskin, guna kaedah tradisional.
   4.2  Gangguan orang tengah – beli hasil tangkapan dengan harga rendah
   4.3  Kekurangan teknologi – nelayan pingggir pantai tidak mampu guna kaedah moden                                          
          pendapatan rendah.
   4.4  Kekurangan buruh – tenaga muda tidak minat, migrasi ke bandar, guna tenaga asing
   4.5  Keselamatan nelayan – ancaman lanun, pencerobohan
   4.6  Politik Perairan antara bangsa – pertindihan kawasan perairan dan sempadan
   4.7  Kepupusan sumber perikanan – akibat penggunaan pukat tunda/harimau, pencemaran, sisa  
          toksid

5.0  Kesan Negatif Terhadap Alam sekitar
   5.1  Kepupusan sumber perikanan – tangkapan berlebihan guna pukat tunda-ikan kecil mati
   5.2  Kemusnahan batu karang dan habitat – gangguan kapal, tumpahan minyak, sisa toksik
   5.3  Kemusnahan hutan paya bakau – ditebang utk akuakultur
   5.4  Pencemaran air laut – tumpahan minyak, hidupan akuatik mati

6.0  Langkah Mengatasi
   6.1  Langkah perundangan – JAS, denda/kompaun, kawal perairan negara, polis marin ronda,
           kawal tumpahan minyak, sisa toksid, kumbahan dari kawasan pelancongan
   6.2  Pengurusan strategic – warta taman laut. Cth :  P. Payar, P. Sipadan, P. Ligitan
   6.3  Tukun Tiruan – tayar terpakai ditenggelamkan
   6.4  Pembersihan lautan – tumpahan minyak, sisa kilang
   6.5  Kurangkan penebangan paya bakau utk pembangunan di pinggir pantai, hotel, akuakultur
   6.6  Meningkatkan usaha R & D- benih ikan, pasaran
   6.7  Kerjasama antara Negara jiran – Malaysia, Indo, Thai

7.0  Usaha Kerajaan untuk memajukan sektor perikanan
   7.1  Tubuhkan LKIM- adakan kemudahan fizikal , kom. pendaratan ikan, kilang air batu. Cth: Tok
          Bali, Kuala Sedili)
   7.2  Tubuhkan KPN – di Besut, Mersing, Manjung, Kuala Kedah.  Khidmat nasihat, pasaran
   7.3  Memperdalamkan muara sungai – cth, Kuala Besut, Kuala Kemaman.
   7.4  Memberi kemudahan kredit/modal kepada nelayan – sub diesel, usahakan akuakultur
   7.5  R&D – PPPIL usahakan penyelidikan, pembiakan dan penetasan . Cth: Teluk Demong
   7.6  Mengawal perairan Negara- Polis marin, TLDM

Kegiatan Akuakultur
8.0  Konsep
  8.1  Dua jenis-air tawar ( tasik, kolam, paya, sawah padi)….. patin, tilapia,karp, kelah dan ait masin   
         (marinkultur - paya nipah, pinggir pantai, teluk)….. kerapu, ketam, udang
  8.2  Kaedah moden spt kolam buatan, ternakan dalam sangkar, benih kacukan. Dieksport ke Jepun,  
Ternakan Ikan dalam sangkar
         Taiwan, Korea, Singapura Cth kaw: Ternakan udang harimau di Rompin, Pahang
9.0  Kepentingan Kegiatan Akuakultur
  9.1  Pendapatan Negara- melalui eksport ke Jepun, Hong Kong dan Singapura
  9.2  Peluang pekerjaan – pekerjaan sampingan terutama musim tengkujuh, tingkatkan pendapatan  
         nelayan, pengusaha besar-besaran datangkan keuntungan
  9.3  Meningkatkan arus teknologi- R&D, pembiakan ikan, pengawetan ,  pembungkusan.
  9.4  Mengembangkan rantaian ekonomi hiliran – akua pelancongan, perkhidmatan, industri desa.
Ternakan ikan dalam kolam
  9.5. Menampung kekurangan sumber protin marin     - permintaan penduduk, hotel
  9.6. Mengatasi masalah kepupusan sumber marin

No comments:

Post a Comment