PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Tuesday, November 13, 2012

SAMBUNGAN PECUTAN TERAKHIR- GEOGRAFI ALAM SEKITAR FIZIKAL STPM 2012


1.( a ). Apakah yang dimaksudkan dengan edaran air tanih? [ 5]
Air tanih merujuk kepada air yang berasal daripada hujan atau pencairan salji yang meresap secara tegak ke dalam tanah dan kemudiannya tersimpan di zon  pengudaraan berhampiran permukaan bumi atau di lapisan tidak telap air yang dikenali sebagai akuifer.

( b ). Apakah yang dimaksudkan dengan  Konsep air larian permukaan?  [5] 
Larian air permukaan merujuk kepada saki baki air hujan yang mengalir sama ada di atas permukaan bumi, di antara permukaan dan dalam alur setelah jumlah keseluruhan hujan ditolak dengan yang mengalami sejatan, pintasan, susupan dan yang digunakan oleh tumbuhan.

( c ). Apakah yang dimaksudkan dengan  Konsep Resapan ?  [5]
Resapan atau infiltrasi merujuk kepada susupan air secara menegak ke dalam tanah menerusi liang-
liang pori tanah tersebut.

2. Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi proses larian air permukaan / Resapan  [10]

   a. Jenis tanih.
     -    Jenis tanih mempengaruhi kadar susupan ( infiltrasi ) air kedalam tanah dan jumlah air larian permukaan.
     -    Sekiranya tanih di sesuatu kawasan jenis yang mudah menyerap air ( liang-liang porinya banyak dan besar )
          seperti tanah pasir, maka kadar susupan air ke dalam  tanah adalah tinggi tinggi. Oleh itu kadar air larian  permukaan adalah rendah.
    -    Bagi tanih yang liang-liang porinya kecil dan tidak telap air seperti tanah liat kadar  susupan air ke dalam tanah rendah sebaliknya kadar air larian permukaannya  tinggi.
 
  b. Intensiti hujan
     -    Sekiranya hujan yang turun lebat maka kebolehan air tersebut untuk menyusup ke dalam tanah semakin  berkurangan sebaliknya kadar air larian permukaan bertambah.
     -    Bagi hujan yang renyai-renyai walaupun dalam jangka masa yang lama tidak  akan memberi kesan kepada kadar aliran air permukaan sebaliknya memberi  ruang kepada air tersebut menyusup ke dalam tanah.

  c. Kecerunan
     -    Merujuk kepada curam atau landai sesuatu kawasan.
     -    Semakin curam sesuatu cerun semakin laju pergerakan air larian permukaan sekaligus mengurangkan susupan air ke dalam tanah.
     -    Bagi cerun yang landai halaju pergerakan air adalah rendah dan keadaan ini akan menyebabkan kadar susupan air dalam tanah meningkat.
 
  d. Kandungan air dalam tanah
-    Kandungan air dalam tanah yang banyak akan mengurangkan kadar susupan air dalam tanah disebabkan tanah tersebut telah tepu dan tidak berupaya lagi untuk menyerap air. Keadaan ini akan menggalakkan larian air permukaan.
     -    Sekiranya kandungan air dalam tanah kurang terutama semasa kemarau kadar  susupan air ke dalam tanah     adalah tinggi dan keadaan ini akan mengurangkan  kadar air larian permukaan.
 
  e.  Peranan tumbuh-tumbuhan
-    Tumbuh-  tumbuhan berperanan sebagai pintasan atau cegatan ke atas titisan air  hujan yang jatuh ke
     permukaan bumi.
-    Titisan air hujan yang jatuh akan dipintas oleh daun, ranting ( lapisan kanopi )  tumbuhan menyebabkan air hujan tersebut jatuh secara menitis ke atas  permukaan bumi.
-     Air hujan yang jatuh jatuh ke permukaan bumi secara menitis ini cenderung untuk  menyusup ke dalam tanah dan sekaligus mengurangkan air larian permukaan.


3. Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi simpanan air tanah/ imbangan air tanih. [10]
    Faktor semulajadi
     a. Tumbuh-tumbuhan
      -  Lapisan kanopi tumbuhan ( daun, dahan dan ranting ) menjadi pintasan titisan air hujan yang jatuh  ke
         permukaan bumi.  Akibat pintasan ini, air hujan akan jatuh secara perlahan ( menitis ) ke permukaan bumi. Jatuhan air hujan secara menitis akan menyebabkan air hujan tersebut cenderung untuk meresap ke dalam tanah.
      -  Tumbuhan yang mempunyai akar banir yang biasanya timbul di atas permukaan tanah berupaya untuk
         menghalang larian air permukaan. Air yang tersekat oleh akar ini akan meresap ke dalam tanih menjadi air tanih.

    b. Jenis tanah
      -  Tanah yang berstruktur longgar seperti batu pasir memudahkan resapan air secara menegak ke dalam tanah.  
      -   Tanah yang berstruktur padat seperti tanah liat menghalang resapan air ke dalam  tanah sebaliknya
          menggalakkan berlakunya larian air permukaan.

    c. Hujan
      - Hujan yang lebat dan dalam tempoh yang lama, contohnya semasa musim tengkujuh akan membekal jumlah air tanih yang banyak.
      - Hujan yang kurang terutamanya pada musim kemarau akan menyebabkan simpanan air tanah berkurangan.
      - Walau bagaimanapun hujan yang lebat dalam tempoh yang singkat tidak banyak menyumbang kepada air tanih disebabkan air hujan tersebut tidak sempat untuk meresap ke dalam tanih sebaliknya membentuk larian air permukaan.

     d. Kewujudan sumber- sumber air permukaan
     -  Sumber-sumber air permukaan seperti sungai, tasik,kolam dan lain-lain menjadi   pembekal utama kepada sistem akuifer air dalam tanah.


4. Bagaimana aktiviti manusia boleh mengganggu simpanan air tanah. [10]
    a. Aktiviti Penyahhutanan / pembalakan
      -  Lapisan kanopi tumbuhan ( daun, dahan dan ranting ) menjadi pintasan titisan air hujan yang jatuh  ke
         permukaan bumi.  Aktiviti penyahhutanan akan mengurangkan pintasan ini, kesannya air hujan akan jatuh secara terus ke permukaan bumi.  Jatuhan air hujan secara terus dalam kuantiti yang banyak akan menyebabkan air hujan tersebut cenderung untuk mengalir di atas permukaan dalam bentuk aliran air  permukaan dan seterusnya mengurangkan resapan air ke dalam tanah. Kesannya air tanih berkurangan.  
      -  Tumbuhan yang mempunyai akar banir yang biasanya timbul di atas permukaan tanah. Akar tumbuhan berupaya untuk menghalang larian air permukaan. Aktiviti penyahhutanan menyebabkan larian air permukaan bertambah dan keadaan ini  mengurangkan resapan air ke dalam tanih yang menyumbang kepada simpanan air tanih.

    b. Aktiviti Penurapan / penyimenan permukaan
     -   Aktiviti penurapan atau penyimenan permukaan khususnya di kawasan bandar akan Menghalang resapan  air ke dalam tanah.
     -   Penggunaan tar atau simen akan menutup liang-liang pori tanah. Air hujan tidak berupaya untuk meresap ke dalam tanah.  Air hujan ini akan mengalir di atas permukaan dalam bentuk larian air permukaan dan  mengurangkan resapan  ke dalam tanah.  
     c. Aktiviti Baik Pulih Tanah berpaya dan yang bersaliran buruk untuk tujuan pertanian, perhubungan dan
          petempatan.
   -  keadan ini mengurangkan simpanan air dalam tanah kerana mengalami sejatan tinggi
   -  manakala air permukaan di alirkan keluar.

5. (a). Apakah yang dimaksudkan dengan Konsep lebihan air ( banjir ).   [5]
Lebihan air atau banjir merujuk kepada jumlah air yang diterima oleh permukaan bumi dari atmosfera sama ada dalam bentuk hujan, salji, embun dan sebagainya melebihi jumlah  air yang hilang daripada permukaan bumi dan atmosfera melalui sejatan, sejatpeluhan , yang mengalami larian air permukaan dan yang tersimpan dalam storan tanih.

    (b). Apakah yang dimaksudkan dengan Konsep kurangan air ( kemarau ) [5]
Kurangan air atau kemarau merujuk kepada jumlah air yang hilang ke atmosfera melalui sejatan dan sejat peluhan, hilang melalui larian air permukaan dan dalam alur sungai serta yang hilang melalui resapan ( infiltrasi )  ke dalam storan tanah melebihi air yang di terima oleh permukaan bumi dari atmosfera sama ada dalam bentuk hujan, salji, embun dan sebagainya.

     (c).Apakah yang anda faham tentang konsep imbangan air [5]
Imbangan air merujuk kepada jumlah air yang diterima oleh permukaan bumi dari atmosfera sama ada dalam bentuk hujan, salji, embun dan sebagainya adalah sama banyaknya dengan jumlah air yang hilang daripada permukaan bumi dan atmosfera melalui sejatan, sejatpeluhan , yang mengalami larian air permukaan dan yang tersimpan dalam storan tanih.

Rumusan  Imbangan Air     P  =  ET + ST +  r
      dimana,     P  -  kerpasan
                     ET  - sejat peluhan
                     ST  -  air yang diterima atau hilang daripada lapisan tanah.                    
                        r  - larian permukaan

    6 (a). Jelaskan  proses-proses yang mempengaruhi  imbangan air permukaan bumi. [10]
-  Sejatan
      Sejatan ialah proses pertukaran sifat air iaitu daripada bentuk cecair kepada bentuk wap.

-  Sejatpeluhan
Sejat peluhan merujuk kepada proses sejatan atau kehilangan air melalui proses sejatan tanih yang lembap
dan proses transpirasi yang menyebabkan tumbuhan akan mengalami kehilangan air melalui daunnya.

- Perpeluhan
Perpeluhan merujuk kepada proses transpirasi yang menyebabkan tumbuhan akan mengalami kehilangan air
melalui daunnya.

- Larian air permukaan dan dalam alur
 Larian air permukaan merujuk kepada saki baki air hujan yang mengalir sama ada di atas permukaan bumi, di antara permukaan dan dalam alur setelah jumlah keseluruhan hujan ditolak dengan yang mengalami sejatan, pintasan, susupan dan yang digunakan oleh tumbuhan.

- Resapan ( infiltrasi )
Resapan atau infiltrasi merujuk kepada susupan air secara menegak ke dalam tanah menerusi liang- liang pori
 tanah tersebut.
   
-Simpanan air bawah tanah
      Simpanan air bawah tanah merujuk kepada sumber air yang wujud di bawah permukaan bumi di dua zon  yang berbeza iaitu di zon tidak tepu ( zon pengudaraan ) dan di zon tepu.


    6.(b)..Jelaskan faktor-faktor yang mempegaruhi variasi imbangan air. [10]

Variasi imbangan air mengikut ruang ( tempat )
i.  Perbezaan latitud
-   Wap air berlebihan di latitud khatulistiwa (  0  -  10  U/S ) iaitu di zon pertemuan angin timuran utara dan angin  timuran selatan yang membawa wap air yang  banyak ke kawasan ini.
 -  Di kawasan latitud 10  -  40   U/S pula kadar sejatan lebih tinggi daripada kerpasan disebabkan kawasan tersebut  merupakan kawasan daratan merupakan kawasan penurunan angin yang tidak membawa banyak hujan.
 -  Di latitud 40  -  90  U/S berlaku lebihan air kerana di kawasan tersebut kerpasan melebihi sejatan.  Di kawasan ini juga terdapat zon pertemuan angin yang membawa kepada wujudnyazon tekanan rendah yang membawa banyak hujan.
 
    ii.   Aspek
      -  Cerun yang mengadap angin ( angin lazim ) umumnya akan mendapat lebih banyak hujan berbanding cerun lindungan angin. Angin lazim yang bergerak merentasi badan- badan air seperti laut dan tasik akan  membawa  lembapan yang banyak ke kawasan cerun tersebut. Wap-wap air tersebut kemudiannya akan terpeluwap  dan menurunkan hujan yang lebat di cerun yang mengadap angin tersebut.  Contohnya, Pantai Barat Banjaran Rocky yang mengadap Lautan Pasifik mendapat lebih banyak hujan berbanding dengan kawasan lindungan hujan di  timurnya.

    iii.  Tumbuh-tumbuhan

     iv. Variasi imbangan air mengikut masa ( musiman )
          - Musim ekuinoks
          - Musim Solstis
 
 
 6.(c). Jelaskan kepentingan sumber air kepada aktiviti manusia .  [10]

i. Aktiviti pertanian
ii. Aktiviti penternakan ( akuakultur )
iii. Aktiviti pembalakan
iv. Aktiviti pelancongan
v. Aktiviti perlombongan
vi. Aktiviti Perindustrian
vii. Bekalan air domestik ( kegiatan harian )


7.(a). Apakah yang dimaksudkan dengan Konsep kemarau/Kurangan air.  [ 5] 
Kemarau merujuk kepada jumlah air yang hilang ke atmosfera melalui sejatan dan sejat peluhan, hilang melalui larian air permukaan dan dalam alur sungai serta yang hilang melalui resapan ( infiltrasi )  ke dalam storan tanah melebihi air yang di terima oleh permukaan bumi dalam bentuk kerpasan sama ada dalam bentuk hujan,salji embun dan sebagainya.

  7 (b). Apakah yang dimaksudkan dengan Konsep banjir monsun/musiman. [5]
 Banjir monsun merujuk kepada jumlah air yang diterima oleh permukaan bumi dari atmosfera sama ada dalam bentuk hujan, salji, embun dan sebagainya melebihi jumlah  air yang hilang daripada permukaan bumi dan atmosfera melalui sejatan, sejatpeluhan , yang mengalami larian air permukaan dan yang tersimpan dalam storan tanih.

   7 (c). Apakah yang dimaksudkan dengan Konsep banjir kilat.   [5]
Banjir kilat merujuk kepada curahan hujan yang lebat dalam tempoh yang singkat menyebabkan peningkatan aras air permukaan yang banyak dalam masa yang cepat dan surut dalam tempoh yang cepat.


   7 (d). Jelaskan apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kejadian kemarau/kurangan air. [10]
Faktor semulajadi
- musiman
- El-Nino
Faktor aktiviti manusia
- penyahhutanan
- pembangunan dan pembandaran
- perindustrian
- pertanian
- perlancongan
- perlombongan


8.  Berdasarkan gambarajah, jelaskan jenis-jenis hujan yang sering berlaku di kawasan tropika lembap. [10]

a. hujan bukit / hujan orografik / hujan relief

b. hujan perolakan

c. hujan perenggan

No comments:

Post a Comment