PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Wednesday, September 12, 2012

SKEMA PERCUBAAN STPM KEDAH-GEOGRAFI 942/2 [ SOALAN 1 - 3B ]



SOALAN 1
   (a)    Hitung perubahan jumlah penduduk di negeri-negeri Semenanjung Malaysia antara  
          tahun 2004 dan 2007.                                                          [ 6 ]
Contoh Pengiraan : Johor ;    Jumlah 2007  -  2004   =

                                                       3240.9  -  2954.4    = 286.5          
           
Negeri
Jumlah penduduk (000’)
Perubahan Jumlah Penduduk (000)
2004
2007
Johor
2,954.4
3,240.9
286.5
Kedah
1,778.2
1,918.7
140.5
Kelantan
1,453.0
1,560.5
107.5
Melaka
687.1
738.8
51.7
Negeri Sembilan
913.3
978.2
64.9
Pahang
1,372.5
1,483.6
111.1
Perak
2,194.0
2,314.6
120.6
Perlis
217.9
231.9
14.0
Pulau Pinang
1,416.9
1,518.5
101.6
Selangor
4,498.1
4,961.6
463.5
W.P. Kuala Lumpur
1,501.8
1,604.4
102.6
Terengganu
966.1
1,067.9
101.8
                                                                                          Sumber: Year Book Malaysia, 2007
                        Pemarkahan :   2 negeri =  1 markah
                                                  Formula pengiraan tidak perlu ditulis

   (b)    Berdasarkan pengiraan dalam (a) di atas lukis graf bar yang sesuai bagi  
          menggambarkan  perubahan jumlah penduduk di negeri-negeri Semenanjung
    Malaysia antara tahun 2004 dan 2007.                                                       [ 9 ]
Tajuk     -    1m
Skala     -    1m
Plotan    -    6m  ( 2 negeri = 1m)
KK         -    1m
                                   Jumlah   -     9m

            Graf bar menunjukkan perubahan jumlah penduduk di negeri-negeri
Semenanjung Malaysia antara tahun 2004 dan 2007.          

Skala : 1cm = 50 ribu orang
 
 


   (c)    Jelaskan mengapa pertumbuhan penduduk Malaysia terus positif.      [10]     
Isi Utama
Huraian
Markah
C1.Pertambahan jumlah kelahiran dan jumlah kematian berkurangan
-pertambahan kadar kelahiran kurang diamalkan disebabkan perancangan keluarga tidak sepenuhnya, pertambahan dalam taraf kesihatan.
-kadar kematian menurun disebabkan oleh kemajuan dalam bidang kesihatan
(Terima faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran dan kematian di Malaysia)
4
Max
C2.Taraf kesihatan tinggi
-peruntukan kerajaan untuk membangunkan kesihatan negara.
-Banyak kemudahan kesihatan disediakan, taraf kesihatan menjadi semakin meningkat
-Pertumbuhan penduduk ke arah positif
2
C3.Tahap pendidikan/literasi semakin tinggi
-Pembangunan pendidikan dapat dilakukan secara menyeluruh
-kepelbagaian kemudahan pendidikan untuk penduduk Malaysia
-Menyebabkan penduduk Malaysia ke arah pertumbuhan yang lebih positif
2
C4.Perkembangan dalam kegiatan ekonomi
-Kepelbagaian kegiatan ekonomi – mewujudkan peluang pekerjaan, pendapatan tetap dan meningkatkan taraf hidup

2
C5. Migrasi masuk
-Kemasukan warga asing menambahkan jumlah penduduk Malaysia dan meningkatkan kadar pertumbuhan penduduk semuala jadi.
2
C6. Dasar kerajaan
-Dasar kerajaan menggalakkan pertumbuhan penduduk selaras dengan Dasar 70 juta menjelang 2100
-Insentif kepada wanita berkerjaya yang melahirkan anak
2
C7. Ketenteraman dan kestabilan politik
-Negara aman, tenteram dan politik yang stabil – mewujudkan keselesaan sosial

2
C8 Ketiadaan bencana alam yang besar
- ketiadaan bencana alam yang besar spt. banjir besar, letusan gunung berapi yang menjejaskan pertumbuhan penduduk.

 Pemarkahan   :  5 x 2 = 10 markah

SOALAN 2
2. a) Apakah yang dimaksudkan dengan peralihan demografi?                            [ 3 ]
                                                                               (1m)
Peralihan demografi adalah  transisi atau perubahan kependudukan yang dialami oleh

 sesebuah negara dari dahulu hingga kini dan mungkin boleh diramalkan pada masa akan
                                                                                                         (1m)
datang..  Peralihan demografi boleh menggambarkan sejarah kependudukan yang telah

 sedang dan akan dialami oleh sesebuah negara itu. Ada tiga komponen penting yang
                                                                                                      (1m)
terkandung dalam model peralihan demografi iaitu komponen kadar kelahiran, komponen
          (1m)                                                                  (1m)
kadar kematian dan juga komponen kadar pertumbuhan penduduk semula jadi. 

                                                                                                            
    b) Nyatakan ciri-ciri bagi setiap peringkat peralihan demografi.                      [12]
Calon hanya perlu membuat penyataan ringkas tentang perkara berikut :
Isi Utama
Huraian
Markah
B1 Peringkat 1/tahap awal/masyarakat pertanian

i) Kadar kelahiran tinggi.
ii)Kadar kematian tinggi

iii)Pertumbuhan semulajadi penduduk rendah
iv)negara  berada di tahap yang mundur



Kadar kelahiran tinggi disebabkan oleh ketiadaan perancangan keluarga, keperluan kepada buruh manusia untuk sektor pertanian.
Manakala kadar kematian tinggi disebabkan oleh taraf kesihatan yang rendah, ancaman wabak penyakit, kebuluran serta masalah peperangan
Berlaku naik-turun dalam pertumbuhan semulajadi penduduk sejajar dengan kenaikan dan penurunan dalam kadar kelahiran serta kadar kematian.
Masyarakat pertanian dan ketiadaan teknologi moden
4 markah

1

1

1

1
B2 Peringkat 2/tahap pertengahan/masyarakat industri
i) Kadar kelahiran masih lagi tinggi tetapi semakin menurun.
ii) kadar kematian semakin menurun

iii)Pertumbuhan semulajadi menurun.

iv)negara membangun/pembangunan pesat.


kegagalan perancangan keluarga dan keperluan kepada tenaga buruh manusia  masih lagi tinggi
penurunan dalam kadar kematian pula berpunca daripada taraf kesihatan dan perubatan yang semakin baik, bekalan makanan yang mencukupi, keadaan politik yang stabil daripada peperangan
pertumbuhan semulajadi mulai menurun ekoran daripada penurunan dalam kadar kelahiran
perkembangan industri dan teknologi yang pesat maka kebergantungan kepada buruh manusia semakin berkurangan, masyarakat lebih moden  dan berpendidikan lebih tinggi , mula mementingkan kerjaya, kos hidup meningkat, amalan perancangan keluarga mulai berkesan, perkahwinan lewat dan lain-lain.
4 markah

1


1

1


1

B3 Peringkat akhir/tahap 3/masayrakat perindustrian penuh.
i) kadar kelahiran rendah



ii)kadar kematian rendah


iii) pertumbuhan semulajadi penduduk  menurun /sifar / stabil / mantap.
iv)Negara maju

Kejayaan sepenuhnya program kawalan penduduk atau perancangan keluarga yang dilaksanakan berikutan daripada masyarakatnya yang berpendidikan tinggi, berkerjaya, mementingkan status Quo, peningkatan taraf dan kesejahteraan hidup dan lain-lain.

Taraf kesihatan dan perubatan moden bertambah maju serta berupaya meningkatkan jangka hayat penduduk.

Pelbagai penyakit merbahaya  berjaya dikawal dengan penemuan ubat dan vaksin baru. Kadar kematian bayi di peringkat awal juga di kawal
kelahiran dan kadar kematian terus menurun hingga ke paras yang rendah

Pembangunan ekonomi yang mantap dan berkembang maju. Sektor industri dan perkhidmatan mendominasi sepenuhnya pembangunan ekonomi negara. Pendapatan perkapita dan taraf hidup penduduk yang tinggi, kadar pengganguran rendah.

Pembangunan sumber alam secara optimun atau dijana sepenuhnya dengan adanya tahap teknologi yang tinggi
4 markah

1


1



1


1
Pemarkahan : 4 m maksimum bagi setiap peringkat . 4m x 3 peringkat = 12 markah


(c) Huraikan faktor yang mempengaruhi peralihan demografi sesebuah negara.[10]
Isi Utama
Huraian
Markah
C1 Kadar kelahiran sesebuah negara
Jika kadar kelahiran tinggi dan kadar kematian rendah maka pertubuhan penduduk tinggi,Jika kadar kelahiran rendah dan kematian tinggi  maka pertumbuhan adalah rendah.Ditentukan oleh perancangan keluarga dan taraf kesihatan penduduk.
2
C2.Tahap kesihatan dan kemajuan perubatan
Bidang perubatan akan mempengaruhi kadar kelahiran,kematian dan perancangan keluarga.Taraf kesihatan akan mempengaruhi jangka hayat,kelahiran,kematian dan pertumbuhan penduduk.
2
C3.Tingkat teknologi
Teknologi moden akan mempengaruhi tingkat kemajuan ekonomi negara.Teknlgi tinggi akan mempercepatkan perubahan kegiatan ekonomi dan sosial penduduk.Masyarakat cepat maju.
2
C4.Tahap pendidikan
Pendidikan tinggi akan mempengaruhi corak demografi sesebuah negara.Pendidikan akan mempengaruhi corak kelahiran,jangkahayat,pertumbuhan penduduk sesebuah negara.
2
C5.Dasar kependudukan kerajaan
Dasar kerajaan sama ada mengawal dan menambah bilangan penduduk akan mempengaruhi corak demografi. Sebagai contoh ,dasar saiz kerluarga kecil akan memperlahankan kelahiran.
2
C6.Dasar pembangunan kerajaan
Dasar ekonomi sesebuah negara akan meningkatkan pendapatan perkapita,mengurangkan kemiskinan dan berupaya meningkatkan status hidup masyarakat.Masyarakat maju mengalami pemodenan yang cepat dalam bidang ssial.
2
Pemarkahan :5 isi x 2 m = 10 markah

SOALAN 3a)

3    a)   (i)         Apakah yang dimaksudkan dengan penyahutanan?                      [ 5 ]

Isi Utama
Markah
Konsep : Penghapusan/ pemusnahan/ penyingkiran / penerokaan hutan
               secara  besar- besaran

1
Konsep : Pelbagai tujuan aktiviti manusia seperti pembalakan,   pembukaan
                kawasan ladang, pembinaan petempatan,  perindustrian,
                pembinaan empangan elektrik hidro dan   lain-lain.

2
Konsep : Berlaku secara semulajadi seperti fenomena El- Nino, letusan
               gunung berapi, gempa bumi dan lain-lain.
           
2
JUMLAH MAKSIMUM
5m


            (ii)        Jelaskan bagaimana penyahhutanan berlaku di Malaysia.           [10]

Isi Utama
Huraian
Markah
a(ii) 1
Aktiviti   Pembalakan
·      Pembalakan haram dan pembalakan tidak terkawal.
·      Kaedah tebang bersih
·      Kerja-kerja pembinaan jalan pengangkutan kayu balak juga memusnahkan hutan.
·      Pencerobohan hutan simpan secara berleluasa.
·      Contohnya di Banjaran Titiwangsa dan Banjaran Tahan



2
a (ii) 2
Aktiviti  Pembangunan tanah baru untuk pertanian.


·      Penerokaan hutan untuk pertanian ladang melibatkan kerja-kerja penebangan, pembakaran dan pembersihan hutan secara besar-besaran.
·      Menyebabkan kemerosotan dan kepupusan hutan dengan ketara.
·      Contohnya Rancangan Pembangunan Wilayah di JENGKA, DARA, KETENGAH dan KESEDAR.


2
a(ii)3
Pembinaan empangan elektrik hidro

·      Aktiviti ini memusnahkan hutan melalui penebangan dan pembersihan hutan untuk pembinaan jalan dan tapak stesen janakuasa . Contohnya Empangan Bakun dan Empangan Pergau.
·      Penenggelaman hutan untuk menakung air. Ekosistem hutan akan musnah dengan cepat  apabila kawasan hutan yang luas ditenggelami air. Contohnya pembinaan Empangan Kenyir dan Empangan Chenderoh.



2
a(ii)4
Aktiviti pertanian pindah
·      Aktiviti pertanian pindah yang dijalankan oleh orang asli memusnahkan hutan melalui kaedah tebang-bakar.
·      Kaedah tebang-bakar dan pemindahan tapak tani akan memusnahkan ekosistem hutan dalam jangka masa panjang.
·      Apabila tapak tani sudah tidak subur lagi petani pindah ini akan akan meneroka kawasan baru.



2
a(ii)5
Pembinaan infrastruktur
·      Pembinaan infrastruktur seperti jalan raya, lebuh raya, kabel elektrik dan saluran paip juga memusnahkan hutan.
·      Projek mega seperti pembinaan dan naik taraf lapangan terbang contohnya KLIA, Lapangan terbang Langkawi dan lain-lain.


2
a(ii) 6
Pembinaan petempatan /perumahan , tapak bina bandar dan industri
·      Hutan dimusnahkan untuk pembinaan kawasan  petempatan/ perumahan.
·      Hutan juga dimusnah untuk dijadikan tapak bina bandar dan industri  seperti pembinaan bandar-bandar baru dan estet perindustrian. Contohnya Bandar Baru Muazam Shah dan Bandar Baru Jengka.

2
a(ii)7
Pembangunan sosioekonomi setempat
·      Pembinaan institusi-institusi pendidikan tinggi – Contohnya UUM Sintok, Kedah
·      Pembinaan hotel, chalet di kawasan tanah tinggi, hutan lipur, hutan pantai dan lain-lain. Contohnya di Genting Highlands dan Port Dickson.
·      Pembinaan padang golf, taman tema, medan selera, restoran, ruang niaga, medan letak kereta dan sebagainya juga telah menukarkan hutan semulajadi kepada hutan konkrit.



2
a(ii)8
Faktor fizikal
·      Fenomena kebakaran hutan akibat cuaca panas El-Nino menyebabkan kemusnahan habitat dan ekosistem hutan.
·      Tsunami – memusnahkan hutan pinggir pantai.

2

Pemarkahan   :  5 x 2 = 10 markah

            (iii)       Huraikan langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan hutan yang
                        boleh diambil untuk mengurangkan masalah akibat penyahhutanan
                        tersebut.                                                                                                    [10]
               
Isi Utama
Huraian
Markah
a(iii) 1
Langkah Perundangan
(Pemeliharaan)
·      Pematuhan kepada Dasar Perhutanan Negara 1978, Akta Perhutanan Negara 1984 untuk menjaga pencerobohan hutan, mewartakan hutan rezab/ hutan simpan kekal. Contoh Taman Negara Pahang, Hutan Simpan Belum, Perak dan Taman Negara Bako ,Sarawak.
·      Pemantauan dan rondaan yang kerap oleh agensi pelaksana iaitu Jabatan Hutan dan Jabatan Alam Sekitar.
·      Penguatkuasaan undang-undang dan hukuman oleh pihak berkuasa: mengenakan tindakan tegas ke atas pembalak haram seperti denda/ kompaun, penjara, membatalkan konsesi pembalakan dan lain-lain.
·      Mengharamkan eksport kayu balak terutamanya dari jenis yang hampir pupus  seperti kayu ramin dan cengal.
·      Melaksanakan  peraturan EIA sebelum, semasa dan selepas sesuatu projek pembangunan dijalankan yang melibatkan kawasan hutan.
2


2


2

       2


2
MAX  4
a(iii) 2
Langkah  Pengurusan
(Pemuliharaan)
·      Melaksanakan sistem penebangan hutan terpilih. Pokok yang cukup matang dan cukup ukur lilitnya sahaja yang ditebang. Pokok yang muda dibiarkan terus membesar dan matang. Contoh Sistem Sebaya Malaya (MUS) dan Sistem Pengurusan Tebangan Memilih (SMS).
·      Melaksanakan program Penghutanan semula/ penanaman semula hutan yang diuruskan secara sistematik, saintifik dan terkawal. : -Projek Ladang Hutan Kompensatori. Menanam pokok kayu balak yang cepat matang dan boleh ditebang  antara 7-15 tahun  seperti Acacia mangium, Batai,  Yamane, Sentang dan lain-lain.
·      Menggalakkan penggunaan sumber gantian agar tidak terlalu bergantung kepada sumber hutan khususnya kayu balak seperti penggunaan simen, batu-bata dalam industri pembinaan, Penggunaan kayu getah untuk industri perabot dan mengitar semula bahan terbuang.
·      Melaksanakan R&D dan rawatan sivilkultur.Menjalankan pembangunan dan penyelidikan. –Pemulihan dan rawatan hutan. Agensi yang terlibat seperti FRIM dan UPM.
2




2





2


2

MAX  4
a(iii)3
Langkah Kempen kesedaran dan Pendidikan Alam Sekitar
·      Kempen menyedarkan masyarakat tentang kepentingan hutan sebagai warisan kita menerusi kempen “ Cintailah hutan kita”,perayaan”Hari Hutan Sedunia” dan sebagainya.
·      Kempen melalui media elektronik dan media cetak termasuk kerjasama dengan NGO seperti Persatuan Pencinta Alam Sekitar Malaysia (SAM).
·      Pendidikan alam sekitar menerusi mata pelajaran Geografi, Kajian Tempatan di sekolah dapat menanam kesedaran dan kecintaan terhadap sumber hutan  dalam kalangan generasi muda.
2



2


2

MAX  2
            Pemarkahan:                          Langkah  Perundangan   : 4 m
Langkah Bukan Perundangan : 6 m

SOALAN 3b)

3    b)   (i)         Apakah yang dimaksudkan dengan sumber tenaga alternatif?          [ 5 ]

   (1m)
Sumber tenaga alternatif merujuk semua sumber tenaga gantian selain sumber tenaga
(1m)
konvensional yang berasal daripada bahan api fosil Sumber tenaga alternatif adalah
(1m)                                 (1m)                                                    (1m)
sumber tenaga berterusan dan dapat diperbaharui Contohnya tenaga hidro, suria, ombak, angin dan biojisim.
Pemarkahan   : 5 X 1 = 5 markah

(ii)        Jelaskan mengapa sumber tenaga alternatif perlu dibangunkan.[10]

Isi utama
Huraian
Markah
b(ii)1 Mengurangkan kebergantungan kepada sumber tenaga konvensional
Pembangunan dalam sumber tenaga alternatif perlu dilakukan bagi mengurangkan kebergantungan kepada sumber konvensional yang semakin pupus seperti petroleum, gas dan arang batu.




2
b(ii)2 Penyusutan bekalan tenaga konvensional (petroleum, gas dan arang batu)
Kadar eksploitasi yang berlebihan menyebabkan sumber akan habis.
Stok sumber tenaga yang semakin berkurangan menyebabkan sumber tenaga alternatif perlu dibangunkan.


2
b(ii)3Mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar.
Penggunaan sumber alternatif tidak tidak ada bahan pencemar udara seperti tenaga suria dan hidroelektrik.
Penggunaan bahan yang berbahaya seperti tenaga petroleum dan gas asli (asap dan gas karbon monoksida) akan menyumbangkan pencemaran alam seperti pencemaran udara, pemanasan global, hujan asid.



2
b(ii)4 Sumber yang bersih dan bekalan berterusan.
Sumber tenaga alternatif bersifat mesra alam dan bersih. Ia tidak mencemarkan alam sekitar.
Aliran air sungai untuk tenaga hidroelektrik, damparan dan lurutan ombak untuk tenaga ombak, kekuatan tiupan angin untuk tenaga angin dan pancaran bahangan matahari untuk tenaga suria semuanya bersifat berterusan dan boleh diperbaharui dan tidak pupus.


2
b(ii)5 Mudah diperolehi
Sumber tenaga alternatif seperti tenaga hidro, suria, ombak, angin dan biojisim mudah diperolehi.
Terdapat sumber yang banyak seperti tenaga suria diperolehi daripada cahaya matahari yang memancar sepanjang tahun.




2
b(ii)6 Kos penyelanggaraan yang rendah
Kos penyelenggaraan yang rendah dan murah menjadikan sumber alternatif menjadi semakin penting.

Tidak seperti tenaga petroleum yang memerlukan janakuasa/generator bekalan tenaga diselenggara dari semasa ke semasa yang menelan belanja yang tiggi.

Penjanaan tenaga alternatif banyak menggunakan teknologi hibrid.







2
b(ii)7 Sumber yang banyak
Sumber tenaga alternatif masih banyak dan masih belum dimajukan sepenuhnya. Ini menyebabkan sumber ini perlu dibangunkan bagi menggantikan sumber konvensional yang semakin pupus.




2
Pemarkahan   : 5 X 2 = 10 markah 

(iii) Huraikan kesan kegiatan perlombongan terhadap alam sekitar fizikal.[10]

Isi utama
Huraian
Markah
b(iii)1 Perubahan pandang darat fizikal
Akibat daripada kerja-kerja melombong menggunakan kaedah kapal korek menyebabkan lekukan terbentuk seperti kolam atau tasik (tasik lombong).
Contonya di Taiping dan Ipoh
Kesan daripada aktiviti pemotongan, penarahan dan peletupan batu mengakibatkan kawasan bukit menjadi bercerun.



2
b(iii)2 Gangguan ekosistem
Kemusnahan hutan akibat daripada carigali sumber mineral mengakibatkan habitat flora dan fauna terjejas.
Gangguan terhadap rantaian makanan.
Gangguan hidupan akuatik di laut akibat carigali mineral.



2
b(iii)3 Pencemaran udara
Aktiviti perlombongan banyak menghasilkan habuk, debu asap oleh pemprosesan hasil galian.
Contohnya perlombongan kuari dan memecahan batuan. Banyak partikel-partikel terampai (PM10) berada di dalam udara yang akan menyebabkan terjadinya jerebu.





2
b(iii)4 Pencemaran air
Larian air permukaan yang membawa lumpur dan bahan enapan ke sungai dari cerun-cerun bukit akan mengakibatkan sungai tercemar oleh kegiatan perlombongan.
Kerja-kerja menggunakan kapal korek akan membuang sisa perlombongan ke sungai yang berdekatan menyebabkan air sungai tersebut menjadi keruh dan berkeladak. 
Kerja-kerja melibatkan sumber mineral di laut akan mengakibatkan air laut tercemar akibat daripada tumpahan minyak semasa proses carigali berlaku.








2
b(iii)5 Pencemaran bunyi
Kerja-kerja letupan di lombong kuari dan pemecahan batuan akan memberi kesan terhadap pencemaran bunyi.

2
b(iii)6 Pemanasan setempat
Pembersihan hutan akan mendedahkan permukaan bumi kepada sinaran matahari. Ini akan menyebabkan pemanasan setempat kerana tidak ada tumbuhan hijau yang akan membalikkan bahangan ke atmosfera.
Perlombongan mineral di kawasan laut terbuka contohnya pelantar minyak.




2
b(iii)7 Gangguan geomorfologi (hakisan dan tanah runtuh)
Akibat daripada perlombongan yang berterusan, cerun-cerun bukit akan mengalami hakisan dan lama kelamaan tanah runtuh akan berlaku kerana tiada litupan tumbuh-tumbuhan yang akarnya berperanan mencengkam tanah.



2
b(iii)8 Kawasan tandus dan gersang

Aktiviti perlombongan yang telah selesai dijalankan akan meninggalkan kawasan tanah yang tandus, gersang dan tidak subur untuk menjalankan aktiviti pertanian. 
Pemarkahan   : 5 X 2 = 10 markah


2


 

No comments:

Post a Comment