PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Saturday, September 1, 2012

KULIAH 9. TEMA 2 –TRANFORMASI DESA DAN PEMBANDARAN


TRANSFORMASI DESA – KONSEP DAN STRATEGI

Pembangunan In-situ- Jalan Perhubungan perlu ditingkatkan
  a. Konsep:
    -     Merujuk kepada perubahan sosioekonomi desa
  -  Pertambahan penduduk, pertambahan kemudahan asas dan pengangkutan, struktur ekonomi dari tradisional kepada moden, fungsi petempatan dan lain- lain.
   
Ciri-ciri Transformasi Desa:
  o    Perubahan gunatanah- lebih ekonomik-pertanian ke perumahan, kilang, bandar.
  o    Perubahan teknologi- dalam pertanian, kegunaan harian dan domestik.
o    Pertambahan penduduk – semula jadi dan migrasi buruh luar.
o    Pola petempatan selerak ke berjajar dan berkelompok.
Perkampungan tradisional perlu dimajukan
o    Perubahan prasarana dan kemudahan sosial – semakin maju dan bertambah.
o    Perubahan saiz dan milik tanah – semakin kecil dan dimiliki orang asing atau  syarikat.
o    Perubahan sikap penduduk terhadap pekerjaan – pilih sektor sekunder dan tertier.
o    Perubahan gaya hidup dan budaya penduduk – sosial, makanan, pakaian, kejiranan

b. Dasar dan Strategi Pembangunan Desa

i.      Pembangunan In Situ
Membangun dan memajukan kawasan yang sedia ada
-   Pertanian - kemudahan pengairan, teknik saintifik, baja kimia, benih berbaka baik, R & D  biji benih sintetik oleh MARDI, klon getah.
-   Penternakan – baka haiwan, bioteknologi, sistem perladangan berteknologi tinggi

ii.    Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP)
Sistem Pengairan perlu bagi memajukan bidang pertanian di desa
Matlamat – menyatukan pertanian dan menambah baik kemudahan prasarana
-  Menggalakkan pertumbuhan baru ekonomi berkaitan pertanian baru,
-  industri asas tani dan sektor perkhidmatan.
-  Antara agensi yang terlibat – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

iii.   Pembangunan Wilayah
-  Dilaksanakan akibat wujudnya ketidakseimbangan dalam pembangunan sosioekonomi antara kawasan dalam negara dan meningkatkan sosioekonomi penduduk di wilayah mundur. Cth: Pertanian berkelompok atau mini estet di Mulong, Kelantan.

iv.       Perindustrian desa
-  Tujuan – mewujudkan struktur ekonomi yang lebih seimbang, mempelbagaikan peluang pekerjaan, memajukan sepenuhnya tenaga rakyat terutama di kawasan pertanian yang kurang maju dan berpenduduk padat. Cth; industri asas tani dan kraftangan.

No comments:

Post a Comment