PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Friday, July 27, 2012

KULIAH 4 - KESAN PERTUMBUHAN PENDUDUK


 KESAN POSITIF
Hasil Pengeluaran ditingkatkan

1.      Pembangunan tanah untuk pertanian dapat dimajukan- 
          pengeluaran bahan makanan meningkat, menghasilkan 
          bahan mentah yang banyak dan meningkatkan eksport.

         2.     Penerokaan sumber dapat dipergiatkan kerana tenaga kerja 
Pertahanan Negara dikuatkan
                yang banyak dan cukup


3.         Kegiatan pembalakan dapat dimajukan

4.         Kegiatan perikanan dapat dimajukan

5.         Mengeksport tenaga buruh keluar negara- mendapat tukaran 
Eksport tenaga buruh
          wang asing

              6.   Pasaran yang tempatan yang luas untuk memasarkan hasil 
                     keluaran barangan negara

              7.      Menguatkan pertahanan negara





Kesan negatif
 
Tekanan Sumber Tanah

             1.      Tekanan terhadap sumber alam – persaingan guna 
             tanah pertanian, petempatan, pembangunan prasarana.
             2.       Kemerosoran/kepupusan sumber – sumber yang tidak 
                     boleh diperbaharui.
             3.       Pencemaran & kerosakan sumber – air, udara dan tanih
             4.       Kemiskinan & kemunduran
             5.       Kekurangan bekalan sumber makanan
             6.       Kesan sosial – taraf pendidikan dan kesihatan rendah

Pencemaran Meningkat

Kemiskinan & Kemunduran

 












LATIHAN KULIAH  4

Jadual I;  Kadar kelahiran penduduk di negara terpilih di Asia Tenggara  pada tahun 1954 dan 1996
Negara
Kadar kelahiran (per 1000 penduduk)
1954
1996
Brunei
52.9
25.0
Kemboja
51.0
38.2
Indonesia
52.0
                    20.3
Malaysia
44.1
25.5
Myanmar
410
28.8
Filipina
50.0
31.2
Singapura
45.5
13.4
Thailand
46.0
18.1
Vietnam
38.0
28.9

1.    Jadual 1, menunjukkan kadar kelahiran penduduk di negara terpilih di Asia Tenggara pada tahun 1954 dan 1996.
a.   Berdasarkan Jadual 1, kenal pasti  tiga buah negara yang mengalami penurunan kadar kelahiran paling ketara  dari tahun 1954 hingga tahun 1996.    [3 ]
b.   Huraikan sebab-sebab berlakunya penurunan kadar kelahiran di negara2  Asia Tenggara.    [10]
c.    Jelaskan kesan pertambahan penduduk terhadap sumber alam di negara2  Asia Tenggara.    [10]


1.    Berdasarkan sesetengah negara di rantau Asia Pasifik yang telah anda kaji;
  1. Jelaskan factor-faktor yang menyebabkan Negara-negara tersebut mengalami kadar pertumbuhan penduduk yang pesat.    [10]
  2. Huraikan kesan-kesan pertumbuhan penduduk yang pesat ke atas sumber-sumber alam di dalam Negara berkenaan.   [10]

2.    Sejauhmanakah dasar kerajaan penting dalam mempengaruhi pertumbuhan penduduk di Asia Tenggara.   [10]

Jadual 2; Kadar Kelahiran Kasar dan Kadar Kematian Kasar bagi beberapa buah Negara Asia Pasifik terpilih pada tahun 1994.
Negara-negara  Asia Pasifik Terpilih
Kadar Kelahiran Kasar
(per 1000) Orang
Kadar Kematian Kasar
(per 1000) Orang
China
36
13
Indonesia
24
8
Korea Selatan
15
6
Malaysia
28
5
Filipina
31
6
Singapura
19
5

3.        Berdasarkan jadual di atas  jawab soalan-soalan yang diberi.
  1. Lukiskan sebuah graf bar yang sesuai bagi menunjukkan kadar kelahiran kasar dan kadar  kematan kasar di beberapa buah negara Asia Pasifik terpilih pada tahun 1994.  [10]
  2. Kirakan kadar pertambahan semula jadi kasar penduduk (dalam unit per 1000 orang) bagi setiap Negara Asia Pasifik terpilih pada tahun 1994.              [6]
  3. Mengapakah  negara-negara Asia Pasifik di atas mempunyai kadar pertumbuhan semula jadi pendudk  berbeza-beza?  [10]

No comments:

Post a Comment