PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Thursday, March 22, 2012

KASTURI

pagarmuseh.blogspot.com
Butiran Kasturi dari Kelongsongnya
Pengajian di masjid oleh Ustaz –ustaz ataupun dalam kitab-kitab Agama dan perubatan Islam, banyak memperkatakan tentang kasturi. Di katakan wangian syurga, banyak hadis-hadis Nabi saw., menyebut  tentang kasturi tetapi tidak dijelaskan, apa itu kasturi ?. Cerita-cerita tentang syurga, sunah memakai wangian, kaedah taharoh ( bersuci), sunah ketika hendak solat dan dalam pengamalan perubatan Islam ada dikaitkan dengan kasturi.  Antaranya adalah seperti dinukilkan dibawah,

Hadis riwayat Imam Muslim bahawasanya Sabda Nabi s.a.w. ."Sebaik baik haruman adalah haruman kasturi" (Hadis Riwayat Muslim)”
Hadis riwayat Al-Bazzar “BAHAWA dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kumkuma (Za'faran) dan buminya kasturi.”
Dari 'Aisyah r.a, "Seorang wanita bertanya kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tentang cara mandi dari haid. Beliau lalu memerintahkan wanita itu bagaimana cara mandi. Beliau bersabda: "Ambillah sepotong kapas yang diberi kasturi lalu bersucilah." Wanita itu bertanya, "Bagaimana aku bersucinya? Beliau menjawab: "Bersucilah dengan kapas itu!" Wanita itu berkata lagi, "Bagaimana caranya aku bersuci?" Beliau bersabda: "Bersucilah dengan menggunakan kapas itu!" Wanita itu bertanya lagi, "Bagaimana caranya?" Maka Beliau berkata, "Subhaanallah. Bersucilah kamu!" Lalu aku menarik wanita itu kearahku, lalu aku katakan, "Kamu bersihkan sisa darahnya dengan kapas itu." (HR al-Bukhari)
Menurut Imam Syafie R.A. “bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum (seperti kasturi).”
 
Ahli-ahli perubatan Islam juga banyak menyebut, menerangkan tentang khasiat Kasturi, berdasarkan kajian yang dibuat oleh mereka terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A.,
Ungkapan 'seharum kasturi' juga mudah ditemui dalam bait puisi turun-temurun, lirik lagu cinta dan juga bicara romantis. Mengamati petikan ini membayangkan kepada kita betapa keharuman bauan kasturi itu sudah lama disebut dan disampaikan dari mulut ke mulut.

Sekian lama merentangi latar zaman, waktu dan masyarakat, rahsia kehebatan kasturi terus diperkata. Hinggakan apa sahaja yang berbau harum dikaitkan dengannya. Ramai yang biasa mendengar atau pernah mendengarnya tetapi tidak pernah tahu apa dan dari mana asal-usulnya, sejauh manakah kita mengetahui dari mana datangnya bahan yang istimewa ini?. Itulah kasturi. Apa sahaja haruman, wangian dan kebaikan akan dikaitkan dengan kasturi.

Ada yang keliru termasuk saya sendiri sebelum membuat kajian dari internet ini, kasturi disangkakan ekstrak pokok depu atau ekstrak pati bunga, buah-buahan atau kulit kayu, sebagai mana dalam industri pembuatan minyak wangi.

Kijang Jantan yang Menghasilkan Kasturi
Apa itu kasturi ?
Sebenarnya, istilah kasturi (bahasa Inggeris: musk) merujuk kepada kandungan yang terdapat dalam bintil kelenjar kijang jantan. Walaupun kerap ditemukan di bahagian antara perut dan genital, kasturi juga bukan janggal jika ia tumbuh di bahagian-bahagian lain haiwan tersebut, seperti di leher, badan atas dan juga kepala.
Apabila tertanggal atau dipotong dari tubuh kijang tersebut, bintil kasturi yang mengering  membuatkan kandungan berwarna merah keperangan berubah menjadi hitam dan keras. Jika ditekan kuat atau diketuk, butiran kecil akan terkeluar darinya dan bahan itulah yang dicampur bersama minyak  wangian, bahan asas  perubatan atau ekstrak wangian beralkohol.

Sejak ratusan tahun lalu, ia digunakan dalam pembuatan wangi-wangian. Kasturi juga bertindak sebagai agen penyebar haruman selain dipercayai menjadikan bau haruman lebih tahan lama. Pendek kata, ia merupakan produk haiwan yang paling berharga dan haiwan tertentu sahaja menghasilkannya.
Tikus Muskrat
Butiran kelonsong kecil berada dalam kalong kijang jantan
Dalam dunia ini, hanya terdapat lima jenis haiwan yang menghasilkan kasturi iaitu kijang jantan, lembu, musang, kura-kura dan tikus muskrat (Ondatra zibethicus), bukan tikus yang macam kita jumpa di rumah, lorong dan longkang, tapi jenis tikus yang besar saiznya. Paling popular dan kualiti terbaik  adalah kasturi kijang jantan ( Tonkin musk) yang hidup di pergunungan Himalaya seperti di Tibet, perdalaman China dan Utara India ( Nepal, Assam, Kashmir dan Bhutan). Selainnya boleh ditemui pada “Carbadine Musk”  kijang  jantan di Siberia dan Negara-negara Asia Tengah.  Ianya biasanya timbul di pusat dan kelenjar kijang jantan berbentuk kalong yang tumbuh samada di badan dan kepala dan mempunyai beberapa butiran kelongsong kecil kasturi seperti digambar. Baunya yang wangi boleh mencapai berbatu.

Harga sekilo kasturi ini mencecah sekali ganda harga emas ( 2 kilo emas) pada awal abad ke 20. Harga sekarang saya tidak pasti, ini kerana bagi mendapatkan sekilo kasturi, memerlukan 30 ke 50 ekor kijang. Bayangkan berapa banyak kijang  perlu didapatkan, tambahan pula kini kijang menjadi binatang kawalan dan tegahan dalam perdagangan di bawah Convention on the International Trade in Endangered Species of Wild Flora and Fauna (CITES). Walaubagaimanapun terdapat juga perdagangan secara haram yang boleh mencecah jutaan ringgit.


Kegunaan Kasturi.

Dalam bidang perubatan tradisional kasturi dipercayai mampu mengembalikan kesedaran seseorang yang pitam atau pengsan, melancarkan peredaran darah, merangsang penyingkiran darah haid, mengurangkan kesan bengkak dan meredakan kesakitan.

Oleh kerana spesies kijang yang menghasilkan kasturi sukar ditemui, saintis beralih kepada sains dan teknologi untuk mengembangkan potensi perubatan.

Ia dilakukan dengan penternakan artifisial mamalia tersebut seterusnya mengekstrak bintil kasturi tanpa perlu membunuh kijang. Pengambilan bintil kelenjar itu secara berjadual menggalakkan penghasilan kasturi sekali gus mendorong upaya reproduksinya.

Kasturi diangkat sebagai penawar ajaib di kalangan masyarakat konvensional di Nepal, Pakistan, Siberia dan Mongolia.

Di India pula, penggunaan kasturi telah lama diserap dalam kaedah perubatan Ayurveda. Kononnya, ia mampu meredakan penyakit asma, ekzema, demam, sakit kepala dan ulser. Bagaimanapun, pembuktian klinikal masih dijalankan tentang dakwaan tersebut.

Kegunaan paling popular adalah dalam industri pembuatan minyak wangi. Baik minyak wangi atau atar yang didatangkan dari Mekah atau India, terdapat juga pengusaha yang memasukkan butiran kasturi itu ke dalam botol jualan. Ia akan menambah nilai harganya.

Minyak Wangian perlu ditambah sedikit kasturi
Kasturi bukalah hanya semata-mata digunakan sebagai bahan pewangi tetapi penggunaan kasturi telah lama diserap dalam kaedah perubatan Ayurveda ( india ) dan barat .Ia nya mampu meredakan penyakit asma, angin medu, selsema, demam, sakit kepala ,histeria, darah gemuruh , luka luaran , pendarahan dalaman dan ulser.
Di Bangladesh dan Pakistan mengambil isian kasturi untuk dimakan kerana percaya ia mempunyai khasiat perubatan yang menyembuhkan penyakit luka dalaman.


Dalam bidang perubatan tradisional Cina, kasturi dipercayai mampu mengembalikan kesedaran seseorang yang pitam atau pengsan, melancarkan peredaran darah, merangsang penyingkiran darah haid, mengurangkan kesan bengkak ,penggunaan sebagai minyak urut dan meredakan kesakitan.

Khasiat dan kelebihannya:
  1.  Menghindarkan dari angin Ahmar 
  2. Menghilangkan sakit kepala 
  3. Melindungi dari gigitan nyamuk dan lalat  
  4. Darah gemuruh 
  5.  Sesak nafas   
  6.  Selsema 
  7.  Hysteria   
  8.  Menyejukan badan 
  9.  Melembutkan kulit  
  10.  Urut sakit sendi 
  11.  Rawatan luka luar dan dalam  
  12.  Sengatan serangga  
  13. Memberi kekuatan pada jasmani adalah santapan roh 
  14. Ketenangkan Jiwa  
  15. Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak 
  16. Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan  
  17. Menghilangkan debaran jantung 
  18.  Menghilangkan Sesak Nafas
  19. Melegakan Lelah(Asma) 
  20. Menyedarkan orang yang pengsan 
  21. Memperkuatkan organ luaran tubuh 
  22. Memperkuatkan organ dalaman tubuh 
  23. Menghilangkan rasa gementar 
  24. Menghilangkan sejuk tubuh 
  25. Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh 
  26. Menjernihkan mata putih pada mata 
  27. Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan 
  28.  Mencegah wabak penyakit 
  29. Melanjutkan usia 
  30. Mendapat redhakan Allah SWT, menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh, dan sebaliknya dapat mengusirkan syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya.

No comments:

Post a Comment