PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Wednesday, February 29, 2012

RAHSIA POKOK GHARQAD

Dalam satu kuliah di masjid yang saya ikuti ada disentuh tentang rahsia pokok gharqad dan kepentingannya kepada orang-orang Yahudi, malah Ustaz berkenaan membaca hadis yang di riwayat oleh Muslim dari Abu Hurairah Radhiallahu 'Anhu bahawa Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wassalam bersabda :

Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kaum muslimin memerangi Yahudi lalu kaum muslimin mengalahkan Yahudi sehingga Yahudi bersembunyi di sebalik batu atau pohon, lalu berkatalah batu atau pohon itu :" Wahai Muslim, Wahai hamba Allah, ini Yahudi di belakangku kemarilah dan bunuhlah dia," Kecuali pohon Gharqad
kerana sesungguhnya dia pohon Yahudi." (Muslim 2922).

Pokok Gharqad
Ramai juga yang bertanya tentang bagaimanakah pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok ru, pokok kaktus dan sebagainya. Sejurus balik kerumah saya terus search internet dan di bawah saya paparkan kekeliruan tentang pokok gharqad berkenaan. Ianya adalah jenis pokok merimbun, berduri dan berbuah. Ianya menjadi tempat perlindungan haiwan liar seperti tikus, arnab, ular dan sebagainya.  Pokok Gharqad dalam Bahasa Inggeris di kenali sebagai " Boxthorn".  Terdapat banyak spesis seperti spesis jenis  China, Jepun dan Afrika. Rasanya yang orang Yahudi di Israel tanam kat Palestin tu adalah jenis Afrika.   Mereka siap ada dana lagi untuk pembiakan pokok ni. Rujuk   Disini  Bukti diorang kaji Al-Quran.



Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.

Majlis perasmian kempen menanam pokok Gharqad

Ladang Pokok Gharqad

Logo Kempen Menanam Pokok Gharqad

Golongan orang Yahudi Israel ingat boleh melawan kuasa Allah. Hukum Allah akan terlaksana sepertimana dijanjikan dalam Hadis Nabi saw. Mereka merancang, tetapi Allah yang Maha merancang. Allah yang maha mengetahui

No comments:

Post a Comment