PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Tuesday, February 7, 2012

KULIAH 5 - PIRAMID PENDUDUK - JENIS DAN CIRI-CIRI

A. PIRAMID PENDUDUK PROGRESIF.
  • Tapak besar /lebar– bilangan penduduk muda ramai, kadar kelahiran tinggi.
  • Cerun melengkung/cengkung – kematian tinggi di semua peringkat umur.
  • Puncak tirus/kecil – warga tua kurang, jangka hayat pendek.
  • Negara baru membangun – Afrika, India

   Piramid progresif adalah berbentuk kon, iaitu puncak yang tajam atau tirus dan dasar atau tapak yang lebar serta keadaan rerun yang cekung. Setiap elemen terhadap bentuk piramid ini mewakili ciri-ciri kependudukan yang tertentu.
 Antara ciri-ciri kependudukan yang utama bagi sesebuah piramid progresif ialah:
(a)   bilangan penduduk muda yang ramai hasil daripada kadar kelahiran yang tinggi dan kadar kematian yang rendah.  Ini diwakili oleh tapak piramid yang lebar. Keadaan ini banyak berlaku di negara-negara sedang membangun yang sedang mengalami peningkatan taraf kesihatan.

(b)   kadar kelahiran yang tinggi menyebabkan pertambahan penduduk semula jadi menjadi begitu pesat. Kepesatan ini berpunca daripada kegagalan amalan perancangan keluarga, amalan perkahwinan di usia muda, keperluan dan kebergantungan kepada tenaga buruh manusia atau keluarga serta peningkatan kemudahan dan taraf kesihatan penduduk.

(c)   jangka hayat penduduk rendah. Jangka hayat penduduk rendah berlaku kerana kadar kematian golongan tua adalah tinggi. Secara purata jangka hayat penduduk di negara sedang membangun pada masa kini ialah di sekitar 65 tahun. Sebab utama jangka hayat penduduk rendah kerana kurangnya kemudahan perubatan dan kepakaran untuk merawat penyakit. Penjagaan kehihatan seperti pemakanan seimbang, pengjagaan kebersihan persekitaran dan diri masih ditahap rendah. 


B.  PIRAMID PENDUDUK REGRESIF.
  • Tapak kecil – kadar kelahiran rendah.
  • Cerun cembung – golongan produktif ramai ( golongan dewasa).
  • Puncak lebar – warga tua ramai, jangka hayat tinggi.
  • Negara maju – Sweden[lebih stabil], Perancis, Denmark, USA, UK, Jerman dan Singapura.
  • Piramid Perantaraan.
  • Kelahiran sederhana.
  • Penduduk dewasa > remaja.
  • Kurang kematian semua peringkat umur.
  • Jangka hayat tinggi.
   Saiz tapak piramid yang sempit dan puncaknya yang agak tirus menunjukkan kadar kelahiran dan kadar kematian yang rendah.

 Faktor-faktor penyebab bentuk piramid peralihan:
(a)     faktor status quo
(b)     perkahwinan pada usia lewat atau lambat
(c)     keberkesanan program perancangan keluarga
(d)     penglibatan wanita dalam kerjaya berprofil tinggi
(e)     dasar atau polisi saiz keluarga kecil yang dijalankan oleh kerajaan
(f)       kecenderungan setiap keluarga untuk memiliki jumlah anak yang sedikit, iaitu antara 
         satu atau dua orang sahaja.
  • Puncak piramid yang lebar pula menunjukkan bahawa jangka hayat penduduk adalah tinggi. Dianggarkan purata jangka hayat penduduk di negara-negara maju ialah 80 tahun ke atas. Di Britain misalnya, kira­kira 3% hingga 5% daripada jumlah penduduknya mencapai usia 80 tahun ke atas.
  • Purata jangka hayat yang tinggi di negara-negara maju dikaitkan dengan pelbagai faktor berikut:
         (a)    amalan pemakanan yang seimbang, sihat, dan berzat yang diamalkan oleh   
                  penduduk semenjak di usia muda
         (b)    kesedaran yang tinggi kepada amalan hidup sihat dan kualiti penjagaan kesihatan 
                  sepanjang hayat
         (c)    kejayaan dalam bidang  perubatan yang berupaya mengawal pelbagai penyakit 
                  merbahaya yang menyerang golongan tua.


C.  PIRAMID PENDUDUK TERGANGGU

  • Boleh berlaku ke atas mans-mans pyramid sama ada progresif, regresif, atau stabil yang menyebabkan perubahan yang ketara ke atas struktur umur dan jantina penduduk.
  • Gangguan terjadi akibat peperangan, wabak penyakit, atau kesan polisi kerajaan seperti dasar saiz keluarga kecil.
  • Contohnya piramid penduduk negara Rusia pada tahun 1992 berbentuk genting  di tengah k erana  dipengaruhi oleh  bilangan  kelahiran  bayi  yang  amat kurang ketika perang dunia kedua (1941-1945). Kadar kelahiran yang rendah pada zaman perang tersebut menyebabkan penduduk yang berumur antara 45 hingga 49 tahun pada tahun 1992 menyusut dengan ketara.
  • Selain itu, bilangan penduduk lelaki yang tua juga adalah sedikit berbanding dengan golongan perempuan yang tua kerana ramai lelaki yang mati akibat peperangan dunia kedua tersebut.
  • Pada masa kini pula, negara Bostwana dilanda  wabak  AIDS yang serius yang menyebabkan kadar kematian yang tinggi di kalangan penduduk mudanya. Keadaan ini pasti akan mempengaruhi bentuk piramid negara Bostwana. 
  • JADUAL PIRAMID

No comments:

Post a Comment