PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Tuesday, February 28, 2012

KEGIATAN PERTANIAN MAPAN / LESTARI


Bidang Pertanian dan penternakan merupakan kegiatan ekonomi purba semejak zaman Nabi Adam lagi. Anak Nabi Adam, Qabil petani menanam gandum manakala Habil bekerja sebagai penternak kambing. Revolusi dalam bidang pertanian sedang berlaku di seluruh  pelosok dunia di mana masyarakat  ingin  mewujudkan   kaedah pertanian dan penternakan  moden  secara mesra alam.     
Banyak perbincangan mengenai pertanian dan penternakan mapan/lestari  diadakan  di mana  hasil daripada itu perundangan baru dan piawaian diperkenalkan oleh kerajaan.  Petani/penternak, pemborong, peruncit  dan pengguna perlu didedahkan dengan konsep pertanian mapan / lestari. Apa beberapa tindakan oleh individu, kumpulan dan malah kerajaan perlu di praktikkan jika mahu maju tanpa menjejaskan alam sekitar atau ekosistem kita.                    

Pertanian / Penternakan Mapam mempunyai tiga matlamat utama;-
1.   Kesihatan alam sekitar
2.   Keuntungan kepada petani
3.   Keseimbangan  alam, sosial, dan ekonomi

Perbezaan yang jelas di antara pertanian mapan dan pertanian konvensional yang diamatkan oleh banyak negara ialah kesedaran bahawa ekosistem, masyarakat dan dimensi sosial berkait rapat dengan persekitaran pertanian. Pertanian mapan melibatkan keharmonian dan kesejahteraan alam sekitar dengan keuntungan, pada masa yang sama memenuhi tanggungjawab sosial. Ini bermakna walaupun pertanian mapan tertumpu kepada keuntungan untuk jangka masa pendek, ianya juga mampu memelihara masyarakat luar bandar dan sumber semulajadi untuk jangka masa panjang.
 

Beberapa cadangan  yang perlu  dilakukan oleh penternak?

1.  Memilih jenis dan baka ternakan yang mempunyai impak minima kepada alam sekitar.
2. Memilih lokasi ladang ternakan jauh daripada kawasan penempatan manusia supaya tidak timbul masalah kesihatan jika wabak penyakit tercetus di ladang tersebut.
3.   Tidak mencemarkan sumber dan alur air dengan sisa buangan ladang.
4.   Mengurus pemakanan ternakan secara efisien dengan menggunakan produk sampingan pertanian dan makanan ternakan lain secara seimbang. Kaedah ini memastikan guna dan kitar semula sisa buangan pertanian.
5.   Menggunakan asid organik daripada buah‑ buahan dan tanaman yang difermentasi untuk mengawal flora usus dan meningkatkan tumbesaran ternakan

Cadangan yang perlu dilakukan oleh pihak pemerintah / kerajaan ?
  • Memberi insentif kepada petani ladang organik dan ladang "hijau"   
  • Memperkenalkan polisi baru dengan mewujudkan institusi bagi membolehkan pengeluar/petani yang mengamalkan amalan pertanian mapan dapat memasarkan produk-produk mereka secara meluas.  
  • Mengharamkan penggunaan antibiotik dalam pemakanan ternakan untuk menjaga kesihatan awam (Kesatuan Eropah telah melaksanakannya semenjak tahun 2003).   
  • Meluluskan undang-undang tanah dengan klausa yang berkait dengan pengurusan air dan tanah secara mapan. 
  • Menyediakan Loji air kumbahan kepada penternak untuk mengetakkan pencemaran air. 
  •  Menstabilkan harga makanan ternakan akibat spekulasi.   
  • Menjalankan penyelidikan mengenai bahan buangan biomas pertanian untuk mengenalpasti enzim semulajadi yang boleh menghadam 'phytate' tumbuhan di dalam usus haiwan 
  • Menghasilkan lebih banyak asid organik daripada buah-buahan dan tanaman yang difermentasi untuk mengawal bakteria usus yang secara tidak langsung dapat meningkatkan tumbesaran ternakan. 
  • Mengkaji keberkesanan minyak triglicerid daripada kelapa sawit untuk meningkatkan daya tahan kelahiran  anak dan mengurangkan penggunaan antibiotik.
Apakah yang perlu dilakukan oleh pengguna?

Pengguna boleh memainkan peranan penting dalam menghasilkan sistem pemakanan mapan. Melalui kuasa membeli, pengguna dapat menghantar mesej yang kuat kepada pengusaha dan pemborong produk pertanian, mengenai pemilihan mereka.

Kesimpulannya, pertanian mapan merupakan revolusi pertanian baru yang dapat memulihara alam sekitar untuk masa depan. Oleh itu, ia memerlukan penglibatan semua pihak termasuk mereka yang terlibat di dalam bidang penghasilan makanan bermula dengan petani, pemproses, pemborong, pihak berkuasa, pengguna dan orang ramai.

No comments:

Post a Comment