PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Tuesday, November 15, 2011

CERITA TENTANG DURIAN




 

Durian isi merah

Semasa aku bertugas di Sabah sekitar tahun 1988 hingga 1994, aku biasa makan durian hutan ( orang panggil durian burung). Durian ini agak pelik dari yang biasa aku jumpa dan biasa aku makan di Semenanjung. Durinya walaupun tajam tapi lembut, buahnya kecil antara  sekilo ke dua kilo saja, rasa aku beratnya. Menariknya warna ulas isinya menarik dan terang.
Pokok durian hutan
Yang pernah aku makan adalah berwarna merah, oren dan hijau terang. Rasanya memang manis dan lemak walaupun isinya nipis. Aku boleh makan durian in sampai 5 biji sekali hadap tapi malamnya berkirap. panas beb!!! dahlah tiadanya bekalan elektik. Itu masa aku di sana di Kg. Pompongan, Kota Belud, Pantai Barat Sabah.  

Durian isi oren
Satu lagi yang belum pernah aku jumpa durian berbuah dipangkal pokok. Durian ini banyak terdapat di hutan-hutan di Sabah. Aku gemar juga pergi memburu payau bersama rakan-rakan Sabahan dari kaum dusun. 

 


Kalau musim buah kita boleh jumpa banyak pokok durian berbuah dipangkal. Mereka panggil durian kura-kura. Tapi durian ini warnanya macam durian Siam di semenanjung. Tidak berapa sedap. Untungnya buah durian ini senang dipetik macam petik buah betik. Jentik atau hidu mana yang dah masak dan petik. Rasa aku durian ini boleh dikomesialkan kalau ditanam secara ladang. Aku ada juga ambil biji benih untuk tanam di kebun aku di Kulim tapi tak tumbuh-tumbuh pun.








No comments:

Post a Comment