PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Tuesday, October 11, 2011

SOLAT BOLEH SAJA DI MANA-MANA

Peter Casey Tidak Malu Menunaikan Solat di Starbucks


Peter Casey tidak kekok solat di tempat awam

Peter Casey atau Abdul Malik, berlatar belakangkan seorang Yahudi-Kristian. Namun pencarian spiritual pemuda berusia 23 tahun ini berakhir kepada agama Islam. Seawal usia 15 tahun, pemuda lulusan Queens College ini memutuskan untuk bersyahadat dua kalimah syahadah.

Peter Casey

Kini namanya sangat dikenali di negara kelahirannya Amerika Syarikat, mahupun di mata dunia selepas pengakuannya dalam memilih agama Islam tersebar luas di alam maya. Sejak tragedi 11 September, ramai penganut agama Islam takut akan keselamatan diri mereka, lebih-lebih lagi di negara Amerika. Sebaliknya Peter Casey tidak takut terhadap fobia Islam yang melanda negara Uncle Sam itu malah semakin rajin menunjukkan keyakinan barunya itu di depan khalayak awam.

Beliau sering ke masjid setiap hari dengan menaiki skateboardnya yang menunjukkan gaya anak muda AS kini. Beliau juga tidak berfikir dua kali untuk menunaikan ibadah solat di Starbuck, jika kebetulan beliau tengah minum di sana dan waktu solat telah tiba.

Lelaki bermata biru ini tidak sesekali menyembunyikan identiti keislamannya. Sebaliknya, dia mengatakan sedang berusaha untuk "menentang stereotaip dan salah faham" orang lain di sekitarnya mengenai Islam.

Sebagai seorang mualaf yang dibesarkan di pinggiran bandar dengan latar belakang Yahudi-Kristian, Casey berada dalam keadaan yang sewajarnya 'mustahil' untuk melakukannya (memeluk Islam). Namun itulah tekad Casey untuk membuatkan orang belajar menerima orang Islam, mulai dari cara dia berpakaian, bercakap, dan kelakuannya.


Tempat Casey dibesarkan

Casey dibesarkan di pinggiran Long Island oleh ibu yang beragama Yahudi dan ayahnya yang beragama Kristian Katolik. Di satu sudutnya, Kristian menekankan bahawa Jesus adalah sebagai anak Allah, Tuhan Bapa, dan Roh Kudus. Di sisi lain pula, Yahudi mengatakan bahawa Jesus adalah seorang nabi palsu.

"Saya merasakan ada dua perkara ekstrem di dalam agama Yahudi-Kristian, dan saya mempelajari kedua-duanya," kata Casey.

Pertentangan antara Yahudi dan Kristian memeningkan Casey

Selepas serangan 11 September 2001, pemahaman Casey terhadap agamanya mula berubah. Casey baru mengjangkau umur 13 tahun ketika dua menara kembar WTC itu runtuh. Sejak dari kejadian itu, beliau rajin melayari dunia maya untuk mencari isi ajaran agama Islam yang dikatakan punca di sebalik serangan itu. Di internet, Casey menemui ajaran yang lebih masuk akal tentang Jesus. Al-Quran mengatakan Jesus adalah seorang nabi, seorang lelaki yang menyampaikan firman Allah. Tidak lebih dan tidak kurang dari itu.

"Ketika saya mula belajar mengenai Islam, saya seperti.... Inilah dia. Ini adalah agama itu (agama yang dicarinya selama ini), "katanya. Dua tahun kemudian, pada usia 15 tahun, beliau memeluk Islam.

Sejak itu, lelaki yang baru menjadi guru sejarah di sebuah sekolah Islam di Brooklyn, telah berupaya untuk mengubah sedikit sebanyak kecurigaan dan kebencian masyarakat awam AS terhadap Islam. Casey tidak hanya berdakwah melalui perbuatan seperti bersolat di tempat awam tetapi beliau juga aktif berdakwah melalui blognya, Dawah Addict. Persoalan dan topik seperti 'Muhammad dalam Kitab Injil' dan 'Bagaimana Menjadi Seorang Muslim' diulasnya dengan berkesan.

"Ketika baru-baru menjadi Muslim, masih terngiang-ngiang sehingga ke hari ini, ramai orang berkata, 'Mengapa tidak ada ramai orang Islam yang mengatakan keganasan adalah perkara yang buruk? Mengapa tidak ada orang Islam di luar sana yang memberitahu mengenai Islam yang sebenarnya?'," Kata casey. "Dan saya mula berfikir, saya akan melakukannya jika tidak ada orang lain yang akan melakukannya."

Saluran Casey di YouTube mempunyai lebih daripada 5,000 pelanggan dan hampir setengah juta pengunjung. Pengunjung saluran You Tube beliau terus bertambah dari masa ke semasa. Terdapat juga komen-komen negatif di salurannya.

Namun, dia tidak menoleh ke belakang. Alasannya "Saya merasa seperti saya mempunyai tanggung jawab kepada orang-orang di Amerika," katanya, "Kerana ini adalah tempat saya membesar dan ini adalah rumah saya, dan saya ingin berkongsi apa yang membuatkan saya berasa sangat bahagia dan telah memberikan perubahan yang begitu banyak kepada saya. "
KISAH DARI SEBUAH KEHIDUPAN DI NEGARA BARAT.

No comments:

Post a Comment