PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Thursday, October 20, 2011

MUSIM-MUSIM DI ZON SEDERHANA DUNIA

MUSIM LURUH / AUTUMN


Musim Luruh atau Musim Gugur (autumn) adalah salah satu dari empat musim di daerah beriklim serdahana. Musim ini adalah musim peralihan dari musim panas ke musim sejuk.
Dalam zon berhawa sedang, musim luruh adalah musim di mana kebanyakkan tanaman ditunai, dan pokok-pokok meng gugurkan daun-daun mereka. Ia juga merupakan musim di mana hari siang bertambah pendek dan bercuaca dingin (terutama di latitud utara), dan peningkatan presipitasi di beberapa bahagian  dunia.
Secara astronomi, ia bermula dengan ekuinoks 23 September di Hemisfera Utara, dan 21 Mac di Hemisfera Selatan, dan berakhir pada solstis musim dingin (sekitar 21 Disember) di Hemisfera Utara dan 21 Jun di Hemisfera Selatan). Namun, meteorologis menghitung bulan-bulan Mac, April, dan Mei di Hemisfera Selatan, dan September, Oktober, dan November di Hemisfera Utara sebagai Musim Luruh.
Meskipun hari-hari mulai memendek di bulan Julai atau Ogos di latitud utara dan dalam bulan Januari dan Februari di selatan, biasanya pada September atau Mac matahari terbenam jelas sangat cepat. Di kebanyakkan negara musim semi merupakan awal dari tahun sekolah, kerana mereka biasanya mulai pada awal September atau awal Mac tergantung dari latitud.

MUSIM SEJUK / WINTER
Musim dingin atau musim salji ialah satu daripada empat musim di zon beriklim sederhana. Kalendar Barat mengikut pemahaman astronomi, menyatakan bahawa musim sejuk bermula pada solstis musim sejuk dan berakhir pada ekuinoks musim bunga. Jika dihitung secara meteorologi, musim sejuk bermula dan tamat lebih awal daripada tarikh-tarikh tersebut (biasanya pada permulaan bulan yang ada ekuinoks atau solstis berkenaan) dan merupakan musim yang paling singkat waktu siangnya dan paling rendah suhunya. Apapun, musim sejuk menampakkan cuaca sejuk, terutamanya di latitud lebih tinggi, biasanya salji dan ais. Suhu purata terendah pada musim ini biasanya dialami pada bulan Januari di Hemisfera Utara sementara di Hemisfera Selatan pula pada bulan Julai.Suhu boleh mencecah kurang daripada 40 darjah celsius.



MUSIM BUNGA / SPRING SEASON IN CHINA


Musim Bunga merupakan salah satu daripada empat musim dalam zon sederhana, serta berperanan sebagai musim peralihan daripada musim sejuk kepada musim panas. Musim bunga dikira dari keseluruhan Mac, April, dan Mei di Hemisfera Utara dan September, Oktober, dan November di Hemisfera Selatan. Musim bunga bermula semasa Ekuinoks (20 Mac atau 21 Mac di Hemisfera Utara dan 22 September 22 atau 23 Septermber di Hemisfera Selatan) dan bertahan sehinggalah Musim Panas (21 atau 22 Jun di Hemisfera Utara dan 21 atau 22 Disember di Hemisfera Selatan). Salji mula mencair, dan sungai-sungai dan jeram dipenuhi dengan hujan dan aliran air. Kebanyakan pokok berbunga akan mengeluarkan bunga,  walaupun salji masih berada di atas tanah  sehingga masuk ke awal musim panas. Di dalam kawasan garis lintan yang lebih rendah (yang tidak bersalji),  Musim Bunga mungkin bermula paling awal pada bulan Februari.

MUSIM PANAS / SUMMER
Musim panas ialah musim tahun yang ditakrifkan sebagai bermula dari bulan Jun sehingga bulan September di Hemisfera Utara, dan dari Disember sehingga Mac di Hemisfera Selatan. Bagaimanapun, mengikut adat kebiasaan metereologi, ia ditakrifikan sebagai tiga bulan penuh antara bulan-bulan Jun dan Ogos di Hemisfera Utara, dan antara bulan-bulan Disember dan Februari di Hemisfera Selatan. Permulaan musim panas tak rasmi adalah sesuatu yang mengikut kelaziman. Secara am, perubahan-perubahan musim berlaku lebih awal di kawasan-kawasan pantai dan oleh itu, kawasan-kawasan yang terletak berhampiran dengan laut akan memulakan musim panas lebih awal daripada kawasan-kawasan pedalaman. Musim panas biasanya dilihatkan sebagai musim yang mempunyai hari yang paling panjang (dan paling panas) dalam tahun, dengan waktu siangnya lebih panjang pada tahap yang berbeza-beza.

No comments:

Post a Comment