PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Tuesday, April 5, 2011

GEOGRAFI STPM KERTAS 1- 942/1


TEMA 1 – Sistem Bumi
Bab 1 :
Konsep
Huraian
1. Sistem Alam
    Sekitar Fizikal

Ditakrifkan sbg satu set angkubah atau unsur-unsur yg saling bertindak antara satu sama lain, mempunyai tenaga dan bahan yg dpt masuk dan keluar dari sistem tersebut. Contoh; Sistem hutan semulajadi  di mana inputnya terdiri drp tenaga suria, karbon dioksida dan air yg datang dari atmosfera. Outputnya pula spt wap air yg dibebaskan melalui proses respirasi dan oksigen dibebaskan melalui proses fotosintesis.
2. Sistem Atmosfera

Mengkaji saling kaitan antara unsur-unsur iklim dan cuaca seperti suhu, hujan, tekanan udara kelembapan udara, tiupan angin yg berlaku di ruang atmosfera.
3. Sistem
    Geomorfologi
Mengkaji saling kaitan antara proses, faktor dan bentuk di atas permukaan bumi sama ada yg makro atau yg mikro.
4. Sistem Hidrologi

Kajian mengenai air sama ada di ruang litosfera atau atmosfera, termasuklah pelbagai kerpasan , air permukaan spt sungai, tasik, kolam dan juga air bawah tanah.
5. Sistem Ekologi

Mengkaji habitat fauna dan flora yg dibahagikan kpd ekosistem yg berantaian antara satu sama lain spti ekosistem muara, ekosistem akuatik dan ekosistem hutan.

 Bab 2 :
Konsep
Huraian
1. Sistem Suria

Satu sistem yg terdpt dlm galaksi Bima sakti yg terdiri drp planet-planet dan bintang-bintang yg mengelilingi m/hari mengikut orbit masing-masing. Sistem suria terdiri drp 8  buah planet setelah Pluto di singkirkan (tidak memenuhi kreteria sebuah planet mengikut Kesatuan Astronomi Antarabangsa).
2.  Nebula atau Galaksi
Merupakan kelompok besar bintang, gas dan habuk. Galaksi kita dikenali sbg Bima Sakti / Milky Way yg mengandungi sehingga 100 bilion bintang.

CONTOH SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN.
1.a.  Apakah bukti-buktij yang menunjukkan bumi berbentuk sfera?  [6 m]
    b.  Secara ringkas, nyatakan kesan-kesan kejadian putaran bumi.      [4 m]
    c.  Jelaskan peranan tenaga suria terhadap aktiviti manusia.               [15 m]

Ulasan Soalan
Soalan ini berbentuk langsung dan terdiri daripada tiga bahagian.
Soalan (a) meminta calon memberikan bukti yang menunjukkan bumi berbentuk sfera.
Soalan (b) meminta calon menyatakan kesan-kesan kejadian putaran bumi dan
Soalan (c) meminta calon menjelaskan peranan tenaga suria terhadap aktiviti manusia.

SKEMA JAWAPAN
a.    Bukti-bukti yang menunjukkan bumi berbentuk sfera
Ai.  Bukti pelayaran mengelilingi bumi — tempat permulaan dan berakhir
        pelayaran mengelilingi bumi boleh dilakukan pada tempat yang sama.
Aii. Melihat kapal di laut — bahagian atas kapal akan dilihat terlebih dahulu,
         barulah  diikuti oleh seluruh badan kapal berkenaan.
Aiii.Bukti daripada kedudukan kaki langit yang melengkung ianya dapat dilihat  
        di kawasan  pantai /pinggir laut.
Aiv.Terbit dan terbenamnya matahari  pada waktu yang berbeza mengikut 
         zon masa antarabangsa.
Av.  Bumi berbentuk sfera dimana ianya dapat dilihat pada waktu gerhana 
         bulan.
Avi. Bukti satelit  dimana gambar bumi yang diambil melalui satelit jelas 
         berbentuk sfera.
b.      Kesan-kesan putaran bumi
Bi.   Kejadian Siang dan malam dimana bumi yang menghadap matahari terbit  
         menjadi siang manakala  bahagian terlindung  malam.
Bii.  Perbezaan waktu tempatan, iaitu  4 minit bagi 1 darjah garisan longitud.
Biii. Pembiasan arus lautan dunia dan sistem angin dunia yang berkaitan  dengan
          daya koriolis.
Biv. Kejadian pasang dan surut air laut setiap hari.

c.       Peranan tenaga suria terhadap aktiviti manusia
        Ci.  Terhadap jenis dan aktiviti pertanian -  mempengaruhi kitaran aktiviti 
                pertanian dalam  bentu  tempoh masa /bilangan hari penanaman
       Cii.  Terhadap aktiviti penternakan – mempengaruhi jenis  ternakan dan
                aktiviti pindak  ternak mengikut   musim.
       Ciii. Terhadap aktiviti perikanan - bilangan hari menangkap ilkan di laut 
              bergantung  keadaan  musim panas/sejuk.
       Civ. Terhadap aktiviti pelancongan - jenis dan aktiviti pelancongan mengikut 
                musim misalnya  musim  panas, musim dingin, luruh dan bunga, maka 
                aktiviti pelancongan  adalah berbeza-beza.
       Cv.  Terhadap aktiviti pembalakan -  kitaran kerja dipengaruhi oleh keadaan 
            cuaca/musim sejuk dan panas. Misalnya di kawasan haws sederhana
            - penebangan berlaku pada musim sejuk manakala pengangkutan 
                berlaku di musim panas dengan cairan salji.
       Cvi. Terhadap pengangkutan - jenis dan kadar pengangkutan berbeza mengikut 
                 musim  khususnya di kawasan yang dilanda empat musim.
       Cvii. Terhadap aktiviti sosial - seperti bersukan, beriadah dan lain-lain amat 
                 bergantung kepada  keadaan cuaca sama ada panas melampau/kemarau, 
                 hujan berpanjangan dan sebagainya.

2a.  Bezakan tenaga endogenik dengan tenaga eksogenik dalam sistem bumi.
                                                                                                                                                              [6 m] 
  b.  Tunjukkan kepentingan tenaga eksogenik terhadap sistem­sistem bumi.    [12 m ]  
    c.      Jelaskan kesan-kesan terhadap sistem geomorfologi apabila bumi  
        dikatakan  menerima  lebihan tenaga eksogenik.                                                 [7 m ]


Ulasan Soalan
Soalan ini berbentuk langsung dan terdiri daripada 3 bahagian.
Soalan (a) meminta pelajar membezakan tenaga endogenik dengan 
                     tenaga eksogenik dalam sistem bumi.
Soalan (b) pula meminta pelajar menunjukkan kepentingan tenaga 
                    eksogenik terhadap sistem bumi dan
Soalan (c) meminta pelajar menjelaskan kesan-kesan terhadap sistem 
                    geomorfologi apabila bumi menerima lebihan tenaga eksogenik.

SKEMA JAWAPAN
(a)    Perbezaan tenaga endogenik dengan tenaga eksogenik
Ai.   Perbezaan dari segi punca tenaga - Tenaga endogenik berasal dari dalam  
        bumi/kerak bumi manakala tenaga eksogenik berasal dari luar bumi/
        tenaga matahari.
Aii.  Perbezaan contoh tenaga - Tenaga endogenik seperti tenaga seismik 
        ( gempa bumi ), tenaga volkanik (gunung berapi) dan tenaga 
        atomik daripada galian plutonium, uranium dan lain- lain. Tenaga 
        eksogenik adalah tenaga matahari yang boleh bertukar menjadi tenaga 
          potensi,  kinetik, kimia dan lain­-lain.
Aiii. Tenaga eksogenik / matahari amat penting untuk menggerakkan seluruh 
         sIstem bumi samada sIstem geomorfologi, atmosfent, hidrologi dan 
         juga ekologi. Manakala tenaga endogenik amat penting 
        menghidupkan sistem bumi/aktiviti ignias jalar dalam dan jalar luar.

(b)   Kepentingan tenaga eksogenik terhadap sistem-sistem bumi.
 Tenaga eksogenik/tenaga matahari adalah amat penting untuk 
 menggerakkan seluruh operasi sistem-sistem bumi. Tanpanya, sistem-
 sistem bumi akan mati. Antara kepentingan yang  boleh dibincangkan ialah:
Bi.    Membolekkan proses luluhawa berlaku. Samada luluhawa kimia atau 
         luluhawa fizikal kesemuanya memerlukan suhu yang tinggi/tenaga
         haba yang cukup.
Bii.   Membolekkan proses hakisan dan gerakan jisim berlaku. Misalnya  
      dalam proses hakisan galsier, proses ini boleh berlaku apabila 
        mempunyai tenaga  haba yang cukup untuk  mencairkan salji.
Biii.  Membolehhan berlakunya proses sejat-peluhan dalam sistem hidrologi.
           Sejatan daripada permukaan air, sejatan daripada lembapan
        tanih dan perpe1uhan daripada tumbuhan tidak akan terjadi 
         jika tidak mempunyai bekalan tenaga haba matahari yang cukup.
Biv.   Membolehikan angin bertiup dalam sistem atmosfera. Angin akan bertiup  
       daripada tekanan tinggi kepada tekanan rendah. Untuk 
       menghasilkan perbezaan tekanan ini mestilah wujud perbezaan 
         suhu /perbezaan haba antara dua tempat.
Bv.   Membolehkan tumbuh-tumbuhan membina makanan dalam sistem  
        ekologi. Tenaga cahaya yang cukup membolehkan proses 
        fotosintesis boleh berlaku. Begitu juga organisma-organisma 
       yang lain memerlukan tenaga matahari untuk pelbagai 
        proses seperti proses perpeluhan respirasi dan tumbuhbesaran.

c) Kesan-kesan terhadap sistem geomorfologi apabila sistem bumi menerima 
     lebihan tenaga eksogenik.  Mengenalpasti  punca/sebab-sebab sistem 
    bumi menerima  lebihan tenaga eksogenik. Misalnya  daripada "Kesan 
     Rumah Hijau" dan juga  "Penipisan Lapisan Ozon”.
Ci. Fenomen pengurunan dimana saiz kawasan gurun semakin
      besar akibat cuaca dan persekitaran kawasan gurun semakin 
        kering-kontang, tandus, dan gersang.  Proses-proses luluhawa fizikal serta 
          hakisan layangan angin semakin dominan.
Cii. Pencairan ais di kutub  Antatika dan Greenland
Cii. Pencairan ais  dibanjaran pergunungan seperti glasier
Civ.  Banjir laut - peningkatan paras laut yang menyebabkan kadar hakisan
          pantai meningkat/saiz pantai semakin sempit.
Cv.  Peningkatan kadar luluhawa fizikal - pemanasan batuan menyebabkan 
         batuan mudah pecah dan tersepai.

3a.  Bagaimanakah tenaga haba dipindahkan daripada matahari kepada 
       permukaan bumi?                                                                                                     [6m]
  b. Nyatakan ciri-ciri yang terdapat di permukaan bumi semasa terjadinya 
       ekuinoks.                                                                                                                                      [6m]
  c.  Jelaskan kesan lebihan bahangan matahari yang diterima oleh bumi akibat 
        penipisan lapisan ozon terhad manusia.                                                           [13m ]

Ulasan Soalan
Soalan ini berbentuk langsung dan terdiri daripada 3 bahagian.
Soalan (a) meminta menerangkan bagaimana tenaga haba dipindahkan daripada imikiliari kepada permukaan bumi.
Soalan (b) meminta pelajar menyatakan ciri­ciri yang terdapat di permukaan bumi semasa ekuinoks terjadi. Soalan (c) pula meminta pelajar menjelaskan kesan lebihan bahangan matahari yang diterima oleh bumf akibat penipisan lapisan ozon terhadap manusia.

SKEMA JAWAPAN
a.   Tenaga haba dipindahkan daripada matahari kepada permukaan bumi  
     melalui dua cara iaitu:
Ai.  Pemindahan tenaga haba melalui bahangan - bahagan matahari 
          akan melalui peringkat lapisan yang ada dalam atmosfera yang 
        bertindak sebagai mediumnya. Bahagan tersebut akan ditapis, diserap, 
           diserak, dipantul oleh lapisan ozon, lapisan atmosfera dan partikel-
          partikel dalam udara.
Aii. Pemindahan tenaga haba melalui gelombang elektromagnet dan 
         cahaya. Gelombang daripada pancaran matahari tiba kepada 
         permukaan bumi dalam bentuk gelombang pendek.


b.        Ciri-ciri yang terdapat di permukaan bumi  semasa terjadinya 
          musim ekuinoks
Bi.    Kejadian siang dan malam adalah sama di semua tempat di muka 
           bumi  ini.
Bii.   Pancaran matahari waktu tengah hari  tepat di atas garisan khatulistiwa 
          pada 21 Mac dan 23 Sept.
Biii.  Tenaga matahari maksimum diterima di kawasan khatulistiwa.
Biv.  Terjadinya musim bunga di kawasan iklim sederhana.
Bv.   Terjadinya musim luruh di kawasan iklim sederhana.
Bvi.   Kedua-dua kutub menerima cahaya matahari.
Bvii.  Perubahan tekanan udara menyebabkan perubahan tiupan angin 
           dan juga huJan.

c.       Kesan lebihan bahangan matahari akibat penipisan lapisan ozon 
        terhadap manusia
Ci.    Kesan kepada kulit - menjadi gelap dan terbakar. Pendedahan yang 
         begitu  lama  boleh  menyebabkan barah kulit yang berpunca daripada 
         menerima sinar  UV (Ultra Violet) yang berlebihan. Sel-sel kulit 
        akan mati.
Cii.   Kesan kepada mata - merosakkan penglihatan manusia/penyakit 
          katarak mata.  Retina mata akan rosak apabila dipaksa menerima 
         lebihan pancaran matahari.
Ciii.  Melemahkan  sistem pelalian manusia (imunisasi) - juga berpunca  
          daripada  penerimaan sinar UV yang berlebihan.
Civ.  Kehilangan air badan secara berlebihan - badan cepat berpeluh 
          akibat peningkatan  metabolism yang berpunca daripada cuaca panas. 
           Kehilangan Tenaga / kelesuan yang kelak memudaratkan kesihatan 
          manusia.
Cv.   Mempengaruhi  genetik  manusia - menyebabkan kecacatan yang 
          berpunca daripada  radiasi bahangan matahari secara belebihan.
Cvi. Kekurangan sumber makanan - akibat perubahan/kekurangan
       pembentukkan zooplankton,  fitoplankton dan lain-lain. Tumbuhan 
          menjadi layu,  proses fotosintesis sukar  dijalankan, spesis ikan kurang 
           membiak dan mungkin berhi.jrah ke kawasan lain akibat cuaca yang 
         terlalu  panas.
Cvii. Menghadkan aktiviti di luar rumah akibat pemanasan global - juga 
          boleh  menyebabkan  fenomena lain seperti jerebu yang 
        mengganggu aktiviti harian dan membahaya  kesihatan  manusia.

No comments:

Post a Comment