PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Thursday, May 21, 2015

KELEBIHAN LEMON



Lemon ni memang sedia maklum dengan dua khasiatnya yang terulung iaitu Sebagai antibakteria dan antiviral yang kuat serta sebagai kuasa untuk boost immune system. Sebagai ‘ubat kurus’ kerana jus limau membantu dalam proses pencernaan dan sebagai ‘pembersih’ hati.
Lemon mengandungi asid citric, Calsium, Magnesium, Vitamin C, Bioflavonoids, pectin dan limonene yang meningkatkan tahap imun sistem kita dan melawan sebarang jangkitan.
Jom kita korek apakah rahsia Lemon, si kuning yang menawan ini?
Kebaikan Minum Air Lemon Setiap Pagi
1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.
2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.
3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.
4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.
5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.
6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.
7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah.
8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil.
9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.
10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.
11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus.
12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.
Menghilangkan acneLemon mengandungi citric acid yang sangat berkesan dalam merawat acne. Vitamin C yang dijumpai dalam lemon ini adalah sangat penting untuk kulit yang sihat dan bersinar
Dengan menggunakan jari atau cotton ball tu, letakkan sedikit jus lemon ke tempat acne tu dan biarkan semalaman. Bilas pada esok pagi. Mula-mula memang rasa pedih tapi bila dah selalu buat dah tak rasa apa
Campurkan satu bahagian lemon yang telah diperah dengan satu bahagian madu. Letakkan campuran ini dikawasan acne tersebut dan biarkan sekurang-kurangnya setengah jam. Bilas dengan air. Lakukan dua kali sehari (satu awal pagi, satu lagi malam)
Tapi kalau acne ni dah teruk atau ada luka, mintak nasihat dari doctor sebelum memulakan rawatan ye.
Menghilangkan rasa takut dan cemas
Kajian membuktikan lemon balm mempunyai effect menenangkan dan seterusnya boleh menghilangkan keletihan, kelesuan, penat, pening, rasa cemas, takut dan stress.
Lemon oil juga dipercayai dapat meningkatkan konsentrasi dan kepekaan. Sebab tu lah banyak kita jumpa air freshner berbau lemon kan?
Caranya:
Kalau stress, percikkan beberapa titisan lemon balm essential oil atas sapu tangan dan hidu.
Tiada lagi ulser mulut (saya panggil mata ikan, HEHE)
Sifat antibacteria dan antiviral lemon dapat mempercepatkan penyembuhan ulser mulut ni
Caranya:
Campurkan lemon yang telah diperah dengan air suam dan kumur dengan solution ni at least 3 kali sehari. Mula-mula memang rasa pedih tapi lama-kelaman nanti dah tak rasa apa
Bye-bye demam
Selain dari rawatan demam yang pernah saya kongsikan sebelum ini, ada cara lain untuk merawat demam bagi orang dewasa.
Caranya:
Campurkan sebiji perahan lemon dengan secawan air panas yang telah dicampur madu. habiskan pada waktu tu jugak, tak perlu simpan-simpan.
Minum setiap 2jam sehingga demam tiada lagi!
Bila kita selesema ni, lemon sangat membantu sebab ia boleh merawat secara dalaman dengan membekalkan Vitamin C yang diperlukan kepada sel pertahanan badan dan secara luaran melalui sifat antiviralnya untuk membunuh virus pada mucous (kahak/hingus) dalam hidung dan tekak
Caranya:
Campurkan sebiji lemon yang telah diperah dengan air suam dan minum setiap 2jam
Sekiranya sakit tekak, tambahkan 1 sudu kecil garam laut (5ml) ke dalam 1 cawan air suam dan 1 biji perahan lemon. Berkumur sampai ke tekak 3 kali sehari selama 1 minit untuk setiap sesi

Kalau ada tonsil, berkumur setiap 2 jam sekali selama 30saat dengan sebiji perahan lemon. Dongak sedikit bagi membolehkan sifat antibac dan antiviral lemon ni bertindak pada tekak. Lepas tu telan la jus ni untuk membolehkan sifatnya yang boleh boost immune sistem ni pulak bertindak dalam badan
Caranya:
Letakkan potongan lemon setebal 5mm pada kutil dan balut dengan kemas. Biarkan semalaman.
Sapukan kawasan yang dijangkiti dengan lemon essential oil yang pekat dan belum dicairkan juga membantu proses penyembuhan. Sapu dengan cotton ball atau Q-tip untuk mengelakkan dari terkena kawasan yang tidak dijangkiti.
Merawat Eczema
Caranya:
Tambahkan 8 titik lemon essential oil kepada 1 cawan (250ml) air suam and 1 sudu besar (15ml) madu. Madu juga mempunyai kesan anti radang dan menguatkan lagi healing power of lemon tadi
Rendamkan kain ke dalam campuran tadi, perah, dan letak kain tu di kawasan jangkitan selama 15 minit, 2 ke 3 kali sehari
Bukan sahaja mengurangkan jangkitan, malah mengurangkan perasaan ingin menggaru.
Merawat Keletihan
Caranya:
Cucuk lemon dengan straw dan sedut je. Ini boleh menjadi ubat dan pada masa yang sama sebagai refreshment
Tambahkan lemon pada air minum biasa, ia boleh menjadi antiseptic dan mengelakkan penyakit akibat allergy pada sumber air minum yang berbeza-beza
Lemon oil juga boleh merangsang brain activity. Jadi bila rasa letih, tambahkan 4 titik lemon oil kepada bekas aromatherapy yang telah diisi air
Ataupun minum segelas air lemon selang beberapa jam
Bawang putih, bawang merah dan lemon apabila bergabung boleh melawan hypertension.
Caranya:
Tambahkan 3 crushed bawang putih dan 1 chopped onion kepada 1liter susu rendah lemak ataupon susu soya
Reneh atas api selama 5 minit
Tapiskan dan sejukkan
Tambahkan 3 biji perahan lemon dan minum sepanjang hari
Dan sekiranya ada penghidap kolestrol tinggi, kuasa pectin yang ada dalam lemon boleh merendahkan kolestrol,
InsyaAllah
Caranya:
Sekiranya penyengat masih ada, amik tweezer dan tarik dia.
Urut di tempat yang terkena gigitan tu dengan 1 atau 2 titis lemon oil, campurkan dengan 1sudu sudu kecil madu
Untuk buat insect repellent, tambahkan 20 titis lemon oil kepada 1 cawan (250ml) air dan spray ke udara. Dah la berbau wangi, siap boleh halau serangga lagi
Ataupon boleh juga rendam cotton ball dalam lemon oil dan letak je dalam bilik
Sekiranya nak buat aktiviti di luar rumah, boleh sapukan kulit yang tak ditutupi baju dengan lemon oil ataupon boleh sapukan dengan 1/2 oz sunflower oil yang telah dicampurkan dengan 10 titisan lemon oil
Kajian menunjukkan lemon balm yang digabungkan dengan beberapa calming herbs seperti chamomile dapat mengurangkan keresahan dan membantu untuk tidur.
Dalam kajian ini 18 orang volunteers menerima 2 single dosage lemon balm extract ( 300mg dan 600mg) selama 7 hari. 600mg dose of lemonbalm meningkatkan mood dan meningkatkan ketenagan dan kepekaan.
Setiap kali makan, minumlah sebiji lemon yang diperah kedalam air suam.
Asid pada lemon akan merangsang penghasilan asid dalam perut dan aktiviti otot perut
Selamat tinggal Varicose Vein!
Caranya:
Tambah 6 titis lemon oil kepada 50ml wheat germ oil, 2 titis cypress dan 2 titis juniper oil
Gunakan campuran ini setiap hari untuk mengurut kaki dari bawah ke atas, in the direction of the heart
Untuk mandian yang menyegarkan urat dan badan, campurkan 8 titisan lemon oil kedalam air mandian yang suam. Tambahkan juga 4 titisan cypress oil yang di blend dengan 1 sudu besar (15ml) madu. Berendam selama 15 minit. dah sudah tu jangan lap badan tapi tekap-tekap je badan tu dengan tuala.
Amalkan meminum sebiji lemon yang diperah kedalam air suam 3 kali sehari. Sekiranya sakit yang teruk, letak 2 biji lemon untuk minuman 3 kali sehari
Lemon oil mempunyai sifat melegakan kesakitan. Jadi untuk mengurangkan kesakitan, urutlah dibahagian yang sakit itu dengan beberapa titisan lemon oil dicampur dengan 1 sudu besar (15ml) jojoba oil
Lemon boleh membantu menyegarkan nafas terutamanya selepas makan, ataupon selepas merokok ataupon air liur yang tak cukup ke.
Caranya:
Berkumur dengan sebiji perahan lemon yang dicampur dengan segelas air suam
Ataupon kunyah lemon slice setiap kali lepas makan
Walaupon lemon ni adalah natural remedies, tapi ada beberapa garis panduan:
Kanak-kanak berusia 10 tahun dan kebawah, penghidap pedih ulu hati, buah pinggang tidak sesuai minum jus lemon
Untuk melindungi enamel gigi kita, jangan terus gosok gigi selepas minum/berkumur dengan air lemon. Tunggu sekurang-kurangnya setengah jam

Monday, May 11, 2015

SABUN WARISAN ISLAM SATU PENEMUAN

Salah satu penemuan penting yang dicapai umat Islam di era keemasan adalah sabun. Sejak abad ke-7 M, umat Islam telah membangunkan sebuah gaya hidup bersih yang mutakhir.

Menurut Ahmad Y Al-Hassan dalam bukunya yang berjudul Technology Transfer in the Chemical Industries, kota-kota Islam seperti Nablus (Palestin), Kufah (Iraq), dan Basrah (Iraq) telah menjadi sentra industri sabun. "Sabun yang kita kenal hari ini adalah warisan dari tamadun Islam," papar Al-Hassan.

Menurut Al-Hassan, sabun yang diperbuat dari minyak sayur-sayuran, seperti minyak zaitun serta minyak aroma, pertama kali dihasilkan para ahli kimia Muslim di era kekhalifahan.

Salah seorang sarjana Muslim yang telah mampu mencipta formula sabun adalah Al-Razikimiawan legenda dari Parsi. "Hingga kini, formula untuk membuat sabun tak pernah berubah," kata Al-Hassan.

Sabun yang dibuat umat Islam di zaman kejayaan sudah menggunakan pewarna dan pewangi. Selain itu, ada sabun cair dan ada pula sabun batangan. Bahkan, pada masa itu sudah tercipta sabun khusus untuk mencukur misai dan janggut.

Harga sabun pada 981 M berkisar tiga Dirham (syiling perak) atau setara 0.3 Dinar (syiling emas). Resep pembuatan sabun di dunia Islam juga telah ditulis seorang doktor terkemuka dari Andalusia, Sepanyol, bernama Abu Al-Qasim Al-Zahrawi alias Abulcassis (936-1013 M).

Ahli kosmetik ini memaparkan tata cara membuat sabun dalam kitabnya yang monumental bertajuk Al-Tasreef. Al-Tasreef merupakan ensiklopedia perubatan yang terdiri daripada 30 volume. Kitab itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan digunakan sebagai buku rujukan utama di beberapa buah universiti Eropah yang terkemuka.

Sang doktor memaparkan resepi-resepi pembuatan pelbagai alat kosmetik pada volume ke-19 dalam kitab Al-Tasreef. Selain itu, resep pembuatan sabun yang lengkap tercatat dalam sebuah risalah bertarikh abad 13 M.


Manuskrip itu memaparkan secara jelas dan detail tata cara pembuatan sabun. Fakta ini menunjukkan betapa dunia Islam telah jauh lebih maju berbanding peradaban Barat. Masyarakat Barat, khususnya Eropah, dianggarkan baru mengenal pembuatan sabun pada abad ke-16 M. sumber dari republika.co.id

Friday, May 8, 2015

MUDAHNYA KAWIN TANPA HUTANG

KAHWIN BAJET RENDAH
Saya tak mahu ulas isu semasa kerana mesti jadi panas. Kalau saya kritik Wan Azizah pun orang marah, kalau kita kata tentang Ros pun ada orang gila marah. Hari ini saya nak cerita tentang orang kahwin bajet.
Sejak 2004 saya seorang jurugambar perkahwinan. Saya bersara dari fotografi perkahwinan kira-kira 3 tahun yang sudah kerana menguruskan pelbagai perniagaan-perniagaan yang ada. Namun, sepanjang tempoh itu, saya pernah berada dalam majlis perkahwinan dengan bajet tak sampai RM3000 dan juga majlis perkahwinan bernilai RM60 Juta (Saya tak boleh nyatakan siapa tapi yang penting bukan perkahwinan yang banyak bunga-bunga tu).
Saya suka nak cerita tentang perkahwinan harga RM3000 tu. Ketika itu, rate saya baru RM1000 untuk 1 majlis. Perkahwinan ini berlaku dengan ringkas sahaja. Si Lelaki dan Si Perempuan bertemu dan suka sama suka. Lelaki itu terus tanya Si Gadis
Lelaki : Nak kahwin dengan saya?
Gadis : Boleh juga
Lelaki : Tapi low bajet tau
Gadis : Lagi baik.
Maka mereka mengisi borang nikah dan masuk kursus kahwin. Si Lelaki bercerita kepada saya yang dia pergi merisik sendiri Si Bapa Gadis. Nampak macam tidak sopan tetapi sebenarnya bukan niat nak merisik, sebenarnya nak jumpa ibu bapa Si Gadis yang merupakan seorang guru.
Terus terang ditanyakan kepada ibu bapa Si Gadis dengan terus terang yang beliau mahu menikahi anaknya. InsyaAllah katanya beliau mampu untuk menjadi suami yang baik cuma tidak mampu belanja perkahwinan yang mahal. Katanya, tidak guna perkahwinan yang mahal jika selepas kawah telangkup semula, hutang mula mahu dibayar. Tak guna belanja perkahwinan mahal jika masa mengumpul terlalu lama dan bukan sekadar duit berjaya dikumpul, dosa juga makin lama makin terkumpul. Mula-mula dosa kering lama-lama jadi dosa basah.
Katanya, beliau nekad kalau ibu bapa Si Gadis tak setuju, beliau rela jika tidak memperisterikan gadis itu. Rupanya, mudah bagi Si Bapa Gadis menerimanya hanya kerana tidak mahu anak dan bakal menantunya terus menerus mengumpul dosa.
Terus dikatakan kepada Si Lelaki...."Panggillah orang tua-mu bakal menantu-ku"
Maka datanglah ibu bapa Si Lelaki pada keesokannya dengan sebuah kereta. Ibu dan bapa beserta sebuah dulang berisi cincin dan sirih junjung buat sendiri diiring adik beradik dengan pakaian baju melayu dan kurung ringkas tanpa jade dan permata juga lampu liplap blink blink hari raya. Terus hantar tanda maka bertunanglah mereka berdua mengikut adat dan terus ditetapkan tarikh langsungnya sebulan kemudian.
Saya berada semasa pernikahan dan perkahwinan yang berlangsung di Negeri Kedah. Memang mereka pun jenis orang Utara kahwin orang Utara. Cuma lain-lain kawasan sahaja. Pernikahan dibuat di surau berhampiran rumah SI Gadis. Ringkas sahaja tanpa dulang belulang. Maskahwin dan cincin semua dalam 1 dulang. Cincin belah rotan sahaja tanpa solitaire permata dan platinum. Dan cincin itu juga diakad sebagai maskahwin.
Hadiah perkahwinan sekadar telekung, sepasang baju kurung, sirih junjung yang wajar-wajar sahaja. Menariknya, hantaran itu tidak letak atas paha tembaga pun, sekadar dalam dulang biasa sahaja. Si Gadis pula mengenakan solekan sendiri. Ringkas sahaja tanpa lebam mata dan lebam pipi. Sekadar mengenakan sedikti lipstick dan bedak tipis. Baju kahwin katanya baru semalam beli di Mydin yang dah siap.
Sekali lafaz, sah!
Balik terus ke rumah Si Gadis ada 1 khemah sahaja dengan rakan-rakan sekampung terdekat sekitar 100 orang yang datang meraikan. Selepas makan semua beredar dan majlis pun tamat.
Minggu berikutnya Si Lelaki mengadakan doa selamat ringkas di rumahnya dengan ahli qariah tempatan sahaja yang bertamu. Saya pula dijemput sebagai kawan dan saya terpaksa datang kalau tak nanti mahu berpatah arang. Dah lah saya datang sebagai tetamu, dia bagi ayat power "Aku tak harap hadiah apa dari hang pol...hang ambik gambaq aku pun dah sempoi habess".
Aku terjerat. Tapi aku OK sahaja. Aku happy dan aku rasa dia pun bukan ada duit sangat. Pelamin pun pakai sofa dalam rumah, hias lebih kurang itupun untuk buat tempat ambil gambar.
Semasa itu saya masih bujang. Dan saya tanyakan beliau berapa kos perkahwinannya? Dia kata tak habis RM3000. Cincin RM300 (maskahwin), cincin tunang (RM300), belanja kenduri perempuan RM1000 dan belanja kenduri lelaki RM800 dan baki tu beli baju baru.
Dia berjaya inspire saya untuk berkahwin tanpa hutang. Alhamdulillah, saya berjaya kahwin setahun selepas dia kahwin. Ayah Mertua saya bila ayah saya tanya berapa hantaran lalu ayah mertua saya jawab "Itu biarlah anak-anak yang tetapkan...saya terima sahaja".
Lawatan saya yang pertama selepas perkahwinan mereka ialah semasa mereka menetap di Flat Taman Datuk Senu. Minggu lepas saya berjumpa mereka tinggal di Bangi. Si Isteri tidak bekerja kerana menjaga 4 orang anak dan suaminya antara salah seorang Engineer Consultant di firma antarabangsa Oil & Gas di KLCC. Rumahnya besar untuk dia menjaga ibu bapa dan mertua yang selalu bertandang melihat cucu. Dengan gaji RM3,000 sehari beliau masih sederhana dengan sebuah Proton Waja untuk bekerja dan sebuah Toyota Alphard untuk kegunaan keluarga.
Dia bukan kedekut, tapi dia berbelanja berhemah dengan bajet surplus.
Jika orang biasa boleh bertanding terus jawatan Perdana Menteri, saya suka untuk calonkan orang begini menjadi Perdana Menteri. Bukan tidak boleh berbelanja cuma beliau berbelanja pada yang perlu.
Ada saudara terdekat saya kahwin pakai hutang Bank Rakyat. Dah 2 tahun bercerai walaupun masa wedding dulu sweet macam nak nangis tengok video presentation ala-ala Hollywood tapi dibayar guna duit loan. Lagi teruk, hutang kahwin masih perlu dibayar ansurannya walaupun sudah 2 tahun bercerai.
Tak salah nak buat grand-grand dengan bajet sebesar 1MDB jika mampu. Setiap orang kan ada kemampuan mereka yang tersendiri. Yang kaya nak merendah itu tak ada salahnya, yang rendah nak meninggi macam Si Kaya itu yang akhirnya dikejar hutang.
Ukur baju badan sendiri. Jangan ikut orang lain. Perkahwinan sebenarnya mudah cuma kita ni sahaja yang takut sangat hilang status sosial. Bila sebut pasal kahwin soalan berapa tetamu? berapa khemah? berapa dulang? di ballroom mana? designer mana? hire saiful nang ke? dan banyak lagi untuk status sosial semata.
Rahsiakan pertunangan dan umumkan pernikahan walaupun dengan seekor kambing - hadith.
Dalam Islam, mudah sahaja.
Kita yang buat jadi susah.
Dalam islam rukun nikah ada 5 sahaja.
Busana Rizalman, fotografer Saiful Nang, venue Garden, kenduri 25 khemah semua itu bukan rukun nikah.
Jodoh terbaik anda ialah mereka yang mengutamakan pernikahan berbanding status sosial dalam perkahwinan.
Selamat mencuba!
SAIFUL NANG

Wednesday, May 6, 2015

SENJATA ERA KIAMAT

HAARP, Senjata Rahsia Elit Global Untuk Mengendalikan Bumi

HAARP

Gempa dahsyat sebesar 7.9 skala Richter pada 25 April lalu menggoncang Nepal. Sehingga artikel ini ditulis (28/4), tercatat sudah 4,000 orang diketemukan tewas dan hampir 7,000 lainnya luka-luka. Banyak tapak-tapak bersejarah dunia hancur.

Sehari selepas Nepal gempa, taufan aneh melanda Pakistan kelajuan 120 kilometer sejam, yang disertai hujan besar dan kilat, menewaskan 45 orang serta mencederakan lebih daripada 200 orang lain. Taufan ini menyebabkan bumbung-bumbung bangunan terbang dan menumbangkan pokok-pokok serta tiang-tiang elektrik.

Pakistan menyatakan jika taufan ini merupakan fenomena yang jarang berlaku dan aneh di wilayah tersebut. Selama ini belum pernah terjadi taufan sedahsyat ini di wilayah tersebut.

Media-media arus perdana memberitakan dua hal diatas secara biasa. Namun tidak demikian dengan kasak-kusuk yang berlaku di "dunia bawah". Banyak profesor dan pemerhati persenjataan yang tidak mahu disebutkan namanya menyatakan jika elit global sesungguhnya tengah melakukan uji coba suatu kaedah baru dalam persenjataan rahsia mereka yang mampu mengawal iklim atau cuaca dunia, seperti membuat gempa dahsyat, mendatangkan angin taufan, membuat suatu wilayah bumi mengalami kemarau yang berpanjangan , meracuni langit dengan gas-gas berbahaya, dan bahkan mempengaruhi otak manusia melalui gelombang elektromagnet dari jarak jauh.

Banyak yang tidak percaya jika senjata sejenis ini ada. Namun bukti-bukti yang tidak boleh dinafikan dari para ahli dan pemerhati tentera membenarkannya.
Senjata itu bernama HAARP atau High Frequency Active Auroral Research Programme.

Apa itu HAARP?

High Frequency Active Auroral Research Program atau disingkat HAARP, merupakan suatu program penyelidikan gabungan yang dilakukan dan dibiayai oleh Tentera Udara AS, Tentera Laut AS, Universiti Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA). Projek penyelidikan HAARP bermula pada tahun 1993. Salah satu stesen bumi HAARP milik Amerika ada di Alaska.

HAARP "dipecat" gelombang radio frekuensi dari yang sangat rendah hingga yang sangat tinggi keatas atmosfera. Salah satu kesannya akan mempengaruhi ionosfera dan stratosfir menjadi hangat, menciptakan awan dan merubah iklim dunia.

Jika diubah dengan kekerapan lain, maka gelombang radio frekuensi tersebut dapat terpantul oleh ionosfera dan kembali lagi ke Bumi untuk mencipta gempa bumi atau bahkan boleh mempengaruhi fikiran manusia. Dan masih ada beberapa kemampuan HAARP lain. Salah satu stesen HAARP ada di Alaska yangt terdiri dari 360 antena. Masing-masing antena menghasilkan daya pancar minimum sebanyak 10,000 watt.

Dan jika semua antena ini dihidupkan secara bersama-sama, maka akan menghasilkan 3.6 juta watt hingga berbilion watt. Gelombang radio tersebut dipancarkan ke atas, ke lapisan luar atmosfera. Kesannya akan membuat suasana lapisan teratas menjadi hangat dan boleh membuat awan.

Tujuan utama kajian tersebut ialah untuk mempelajari lebih jauh lapisan ionosfera dan untuk menyiasat potensi pembangunan teknologi ionospheric untuk komunikasi radio dan keperluan keselamatan (misal: pengesanan peluru berpandu).

Selain itu tujuannya juga agar dapat membuat pesawat terbang musuh jatuh atau satelit tak berfungsi. Namun masih banyak kemampuan lain yang tak disangka dan membuat mata terbeliak!

Pusat operasionalisasi HAARP berada di sebuah kemudahan milik Tentera Udara AS dekat Gakona, Alaska, yang bernama HAARP Research Station. Instrumen terpenting dalam penyelidikan HAARP adalah Ionospheric Research Instrument (IRI), iaitu suatu radio pemancar frekuensi sangat rendah namun berdaya tinggi.

Cara kerja HAARP adalah memancarkan frekuensi sangat rendah / very low frekuensi (VLF) berdaya tinggi (berjuta-juta watt) ke atmosfera. Namun lama-kelamaan ilmu dibidang kekerapan mulai dicuba untuk frekuensi-frekuensi lain, termasukfrekuensi tinggi atau High Frequency (HF). Perlu diingat bahawa kekerapan tinggi (keatas) sangatlah lebar, masih banyak frekuensi-frekuensi selanjutnya. Setelah dicuba, maka hasilnya mengejutkan dan sangat menakutkan!

images

Semenjak penemuan kekerapan rendah dan kemudian digunakan juga untuk frekuensi tinggi dengan "menembak" atmosfera, maka HAARP automatik boleh juga untuk kepentingan lain. Dengan teknologi mutakhir sebagai senjata masa depan, HAARP boleh pula digunakan sebagai:

• Untuk menukar keadaan atmosfera, membuat kesan iklim dan cuaca suatu kawasan menjadi: kekekeringan, hujan, banjir, salji, angin kencang, tornado bahkan badai dan taufan.
• Pembuat Gempa Bumi, membuat kesan suatu wilayah menjadi diguncang gempa bumi. Dan kesan gempa boleh membuat Tsunami.
• Mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku manusia di suatu daerah, wilayah, bangsa ataupun negara. Mereka akan menjadi brutal, kasar, pembunuh dan psycopat alias gila.
Dan mungkin masih banyak lagi kemampuan lain, termasuk untuk membuat pesawat jatuh atau satelit tak berfungsi. Namun yang ada saja kita bahas satu persatu.

1. Mengubah Keadaan atmosfera
Dengan pancaran HAARP menggunakan frekuensi tinggi (HF) akan berfungsi untuk mengubah cuaca dengan mengkondensasikan atau mengembunkan udara, salah-satunya adalah untuk membuat awan.

Untuk frekuensi HF melalui antena lalu "dipecat" ke atas, kearah lapisan stratosfera dan ionosfera yang berada di atmosfera bahagian atas.

Cara ini membuat lapisan atmosfera keadaannya menjadi lebih hangat dan dapat menghasilkan butiran-butiran air yang nantinya akan menjadi awan-awan hujan. Banyak tidaknya awan yang tercipta tergantung dari lama-tidaknya HAARP diaktifkan dan juga berapa besar kuat Watt yang akan dilepaskan ke lapisan atas atmosfera.

Selama ada angin, maka akan tercipta awan lurus panjang dan kadang berbentuk ular. Begitu panjangnya awan mengandungi butiran air ini hingga mengelilingi Bumi. Saintis menyebutnya seperti "sungai diangkasa".

Awan-awan ini akan dapat menjadikan curah hujan biasa, hujan lebat sehingga taufan dan badai. Namun awan juga dapat diciptakan hanya agar terhalangnya cahaya matahari yang menuju Bumi dan menyebabkan bumi lebih sejuk atau malah lebih hangat dari biasanya.

2. Radio Frekuensi (Radio Wave) Dapat Mencipta Gempa
HAARP juga disyaki dapat pula mewujudkan gempa dengan menembak kekerapan ke arah yang sama, angkasa. Teknologi ini semakin berkembang sejak tahun 60-70an. Russia dan China juga termasuk yang lebih dulu mempunyai teknologi HAARP ini.

Frekuensi demi frekuensi dicoba dari mulai yang rendah LV atau VLF dan juga frekuensi tinggi HF, VHF, UHF, dan lainnya. Cara menciptakan gemba bumi adalah sama, frekuensi tetap ditembakkan ke atmosfir, lalu memantul kembali ke bumi.

Gelombang radio tersebut kemudian dapat masuk ke tanah hingga ke kerak Bumi. Bahkan kekuatan gelombang HAARP bisa menembus mantel Bumi lebih jauh dari dalamnya samudera.

Akibat efek dan cara itu maka kepadatan dan materi di dalam tanah di wilayah tersebut akan terguncang. Apalagi jika diwilayah itu memang terletak di patahan yang tak stabil. Apa yang terjadi berikutnya? Terjadi gempa! Maka beebrapa gempa di laut juga dapat memicu Tsunami!

Untuk membuktikan kebenaran bahwa HAARP dapat membuat gempa bumi, seorang ilmuwan membuat simulasi sederhana, yaitu dengan sebuah maket miniatur kota yang komplit dengan rumah-rumah, bebatuan, pohon hutan, bukit dan lainnya.

Untuk membuktikan bahwa frekuensi sangat rendah dapat memicu gempa, dia menggunakan pengeras suara rendah untuk bass, yaitu sub-woofer yang diletakkan agak jauh dari maket kota miniatur tersebut. Setelah sub-woofer dinyalakan, tiada suara yang terdengar oleh manusia. Hanya membran sekeliling/dipinggir dari sub-woofer tersebut yang bergerak maju-mundur dengan hebat.

Apa yang terjadi kemudian? Maket miniatur tersebut menjadi berantakan!!
Pada HAARP untuk memicu gempa, cukup memancarkan “frekuensi sangat rendah” tersebut ke atas ionosfir. Lalu ionosfir akan memantul turun kembali ke permukaan bumi, mirip gelombang radio SW.

Pada saat terpantul kembali disuatu tempat di muka Bumi itulah, frekuensi sangat rendah itu tetap menerobos masuk ke dalam kerak bumi dan menggetarkannya,maka gempa bumi akan terjadi.

3. Mempengaruhi Fikiran dan Perilaku Manusia
Frekuensi Sangat Rendah dapat menggerakkan lempeng Bumi yang tidak stabil. Bahkan, Frekuensi Sangat Rendah dapat mempengaruhi otak manusia dan menjadikannya perilaku manusia tersebut menjadi tidak logis pada di suatu kawasan.

Efek dari Frekuensi Sangat Rendah terhadap otak dapat bermacam-macam. Mulai dari tak bersemangat, berhalusinasi, tidak logis, mudah terpengaruh bahkan hingga menjadi agresif dan gila. Dengan adanya frekuensi HAARP yang disamakan dengan gelombang otak, maka akan terjadi keributan disuatu wilayah tertentu, pemberontakan, kudeta, perang dan berdampak sosial lainnya.

Oleh karena itulah, Frekuensi Sangat Rendah pada masa kini benar-benar dibutuhkan oleh negara-negara ”koboy” yang maju agar berguna untuk mengatur dunia dengan satu komando (New World Order).

Disinyalir, teknologi ini dikembangkan saat manusia ingin mengetahui apa itu “hantu”. Dan menurut ilmu pengetahuan, ternyata hantu adalah halusinasi manusia dikala otak terkena gelombang frekuensi sangat rendah.

Oleh karenanya, maka terjadilah distorsi informasi oleh indera manusia. Selama info itu dikirim oleh otak yang telah terkena frekuensi sangat rendah tersebut lalu diterima indera manusia, maka hasilnya akan berbeza.

Manusia dapat melihat yang tiada, mendengar yang tiada dan merasakan yang sebenarnya juga tiada, namun semua seakan-akan ada. Mirip teknologi HAARP!
HAARP juga dapat melawan sifat alam yang alamiah, seperti gempa yang dapat terjadi di daerah yang jarang sekali terjadi gempa dimana tidak ada gunung dan jauh dari pinggir lempeng samudera atau benua.

Salah satunya adalah gempa yang baru-baru ini terjadi di pantai timur Amerika yang tidak pernah gempa, namun titik episentrum ada disana. HAARP memang hebat, namun jika ada di tangan pihak yang ”gila” menjadikannya tidak lagi lucu.

Soviet Juga Mempunyai “HAARP”

Pengetahuan tentang HAARP di negara-negara maju sudah puluhan tahun lamanya. Dan konspirasi awal pembuatannya dilakukan oleh Uni Soviet namun dengan nama yang berbeda dan cara yang berbeda. Uni Soviet membuat HAARP dengan menembakkan frekuensi rendah langsung ke tanah bukan ke angkasa karena untuk membuat gempa.

Soviet menggunakan dua paip yang masing-masing berdiameter sekitar 5 meter. Selongsong pipa besar itu berketinggian sekitar 10 meter dan masing-masing pipa dapat diangkut diatas truk panjang kontainer, jadi mirip dengan membawa rudal balistik/roket.

Cara pengunaannya yaitu dengan meletakkannya secara vertikal, lalu lubang yang mengeluarkan frekuensi rendah diarahkan ketanah. Dan frekuensi rendah dinyalakan. HAARP pertama ini dapat menimbulkan gempa hanya dalam radius sekitar 1 kilometer.

Namun pada saat Uni Soviet terkena dampak krisis ekonomi dan politik, teknologi dan kendaraan serta perlengkapannya semua dijual oleh Uni Soviet kepada Amerika. Sejak itulah Amerika menyempurnakan teknologi HAARP tersebut.
Lalu Uni Soviet mulai membuat frekuensi tersebut “ditembakkan” mengarah ke angkasa. Amerika kadang “diserang” oleh HAARP ini dengan mengubah cuacanya. Tapi lama-kelamaan Amerika pun tahu dan menjuluki “alat” milik Uni Soviet itu “Woodpecker” atau “burung pelatuk”. Dijuluki burung pelatuk karena frekuensi yang dipancarkan oleh HAARP milik Uni Soviet itu terdengar seperti burung pelatuk yang sedang mematok secara terus-menerus.

Senjata rahasia yang hebat ini sesungguhnya tidak dimiliki oleh Amerika maupun Soviet, namun dimiliki dan dikuasai oleh elit Global yang bercita-cita mewujudkan The New World Order. Mereka adalah orang-orang sangat berpengaruh yang ada di balik layar, mereka di antaranya adalah sesepuh Dinasti Rotschild, Rockefeller, dan sebagainya. 

*Sumber eramuslim.com

Friday, May 1, 2015

KHASIAT BUAH ZAITUN

BUAH ZAITUN: KHASIAT DAN KEISTIMEWAANNYA - INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA - IKIM

"Demi buah tiin dan zaitun. Dan Gunung Tursina". (Surah at Tiin ayat 1 dan 2). Allah telah menyebut di dalam Al Quran berkenaan dengan buah zaitun. Ini menunjukkan buah zaitun juga memiliki banyak keistimewaan tersendiri yang jarang diketahui dan diselidiki. 
Di dalam Al Quran, buah zaitun disebut sebanyak 7 kali di mana sebanyak 2 kali, ia di sebut bersendirian dan 5 kali lagi ia digambarkan dalam Al Quran bersama dengan buah- buahan lain seperti tamar, delima, anggur dan buah tiin.
Gambaran ini menunjukkan betapa banyaknya khasiat buah zaitun sepertimana buah- buahan lain yang mendatangkan kebaikan kepada kehidupan manusia sejagat. Buah zaitun atau nama botaninya dikenali sebagai olea europea ditanam di kawasan Meditranean tetapi tempat penanaman yang paling utama ialah Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco.
Di dalam surah an Nur ayat 35 juga Allah menyebut tentang buah zaitun yang mana ulama seperti Maulana Majid, Maulana Maudoodi, Maulana Usmani, Maulana Haqqani dan Abdullah Yusuf Ali memberi pentafsiran dan pandangan yang sama merujuk kepada tempat dan taburan penanaman buah zaitun. Dunia moden pada hari ini, melalui kajian- kajian sains semasa mengiktiraf khasiat buah zaitun. Minyak zaitun mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan.Seandainya minyak zaitun diambil sebagai bahan makanan, ia bertindak sebagai penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun. Ia akan membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Jika minyak zaitun diambil sebagai sapuan luaran, ia bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit.
Menurut Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi Muhamad SAW bersabda, " Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati".Dari sudut pandangan sains pemakanan, minyak zaitun mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagai "monounansaturated" yang mampu merendahkan kolesterol berbahaya di dalam darah.
Satu kajian yang telah dijalankan oleh pakar- pakar kesihatan di Institut Sains Kesihatan, Universiti Oxford melihat perkaitan antara kanser dan pemakanan seseorang. Didapati bahawa negara yang mengamalkan pengambilan daging yang kerap dan rendah dalam pengambilan sayur- sayuran mempunyai risiko dan kes penyakit kanser yang tinggi tetapi pengambilan minyak zaitun akan mengurangkan kadar kes tersebut.
Dalam Annals of Oncology (10 Januari 2005) menyatakan pakar- pakar sains mendapati diet Meditranean yang kaya dengan minyak zaitun akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser payudara kerana kandungan ‘oleic acid' yang terdapat didalamnya.

Menurut Imam Ibn Qayyim Al Jauziyyah, mutu minyak zaitun adalah bergantung kepada pokok yang mengeluarkannya. Sebagai contoh, jenis yang terbaik adalah minyak zaitun yang dikeluarkan daripada buah yang masak, manakala minyak daripada buah zaitun yang belum masak adalah bersifat sejuk dan kering. Buah zaitun yang telah masak ranum, lebih cenderung menjadi panas dan mengurai. Oleh itu, jika ia diproses menggunakan air akan menjadikannya kurang panas, bertindak dengan lembut dan lebih berkhasiat. 

Walaubagaimanapun, semua jenis minyak zaitun akan melembutkan kulit serta melambatkan proses penuaan. Di samping itu, minyak zaitun dapat melawan racun di dalam badan dengan bertindak sebagai ‘laxative' dan menyingkirkan cacing di dalam badan.
Melihat kepada keadaan dan tahap kesihatan masyarakat kita sekarang, penyakit jantung yang dikenali sebagai pembunuh secara senyap semakin meningkat. Namun begitu, pengambilan minyak zaitun mungkin dapat mencegahnya kerana ia kaya dengan bahan ‘phenol'.

Bahan ini mempunyai bahan antioksidan yang tinggi di samping mampu mencegah proses radang dan pembekuan darah. Oleh itu, pengambilan minyak zaitun amat bermanfaat untuk mencegah seseorang daripada menghidapi penyakit jantung. Di samping itu, mutakhir ini, manfaat minyak zaitun untuk kecantikan seringkali dihebahkan di dada akhbar mahupun media elektronik. Ini kerana, banyak syarikat kosmetik yang menggunakan minyak zaitun sebagai bahan asas ramuan dalam pembuatan barangan kecantikan. 
Oleh itu, sememangnya kelebihan minyak zaitun tidak dapat dinafikan lagi.Kelebihan minyak zaitun boleh dilihat dalam situasi yang paling dekat dengan kehidupan kita di mana penggunaannya sebagai minyak masak. Walaupun banyak pendapat mengatakan bahawa makanan yang dimasak atau digoreng menggunakan minyak zaitun tidaklah sesedap makanan yang digoreng dengan menggunakan minyak kelapa sawit, namun ia ada kelebihan tersendiri dari sudut kesihatan. 
Minyak masak selain yang berasaskan buah zaitun apabila digunakan berulang kali menyebabkan jumlah kolesterol teroksida dan menjadi tepu serta tidak elok untuk kesihatan. Kesannya dapat dilihat apabila minyak tersebut memerangkap sisa makanan dan berubah warna dan bau. Namun berbeza dengan minyak zaitun kerana ia boleh digunakan berulangkali, tidak akan mengalami proses pengoksidaan dan menjadi tepu serta tidak akan berubah dari segi warna dan bau. Setelah makan makanan yang digoreng menggunakan minyak zaitun, perut akan terasa ringan dan puas sehingga seseorang akan berhenti makan sebelum kenyang. Ini adalah kerana kesan daripada penguraian tenaga di hati oleh minyak zaitun yang mempunyai banyak kandungan zat yang bermanfaat.
Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi akan keistimewaan buah zaitun yang daripadanya boleh menghasilkan pelbagai jenis barangan dengan teknologi yang ada pada masa kini untuk kegunaan ramai. Sehubungan dengan itu, daripada Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda " Ambillah minyak zaitun dan sapulah ke kulitmu. Ia membantu mengubat tujuh puluh (beberapa) penyakit dan juga Juzam (kusta). 
Dengan ini, tidak hairanlah, ramai yang mengetahui akan kelebihan buah zaitun, memanfaatkannya sebagai bahan untuk kegunaan asas seperti minyak masak, minyak rambut, barangan kecantikan, sabun dan juga dijadikan sebagai makanan tambahan. Justeru, khasiat yang terdapat pada buah zaitun merupakan anugerah Allah ke atas hamba- hambaNya yang amat bernilai untuk dimanfaatkan kerana bukan sahaja buah zaitun disebut di dalam Al Quran, malah pakar- pakar sains dunia juga mengiktiraf akan keistimewaannya.
 Ditulis oleh Norkumala binti Awang.