PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Saturday, April 26, 2014

PEMANDANGAN ASAP GUNUNG BERAPI DAN ASAP KEBAKARAN HUTAN DUNIA

     1.      Gunung Berapi Pavlof, Semenanjung   Alaska
Para astronaut di ISS mengambil foto pemandangan menarik dari Gunung berapi Pavlof ini pada 18 Mei 2013. Perspektif condong dari ISS menunjukkan struktur tiga dimensi abu gunung berapi, yang seringnya terhalangi oleh sudut pandang top-down untuk satelit yang paling jauh.  Terletak di Aleutian Arc, kira-kira 1,000 kilometer barat daya Anchorage, Pavlof mula meletus pada 13 Mei 2013. Gunung berapi tersebut memuntahkan lava ke udara dan menyemburkan abu gunung berapi setinggi 6096 meter.


2.      Tristan da Cunha, Lautan Atlantik Selatan
Pulau Tristan da Cunha terletak di Lautan Atlantik selatan -3.700 kilometer dari garis pantai Antartika, hampir 2,800 kilometer ke hujung selatan Afrika, dan lebih dari 3,000 kilometer dari pantai timur Amerika Selatan.  Pulau tersebut merupakan sebahagian daripada Wilayah Luar Negeri Inggeris yang terdiri dari Saint Helena , Ascension dan Tristan da Cunha.  Garis pantai di pulau seluas 13 kilometer itu sebahagian besar sisinya ditandai oleh tebing curam, dengan kawasan pantai lebih rendah di sisi selatan dan utara-utara-barat.  Pulai itu terkenal kerana penduduk burungnya dan juga mempunyai tempat pembiakan yang penting bagi burung petrel, penguin dan burung shearwater.

3.      Kepulauan Canary
Sebuah gambar satelit yang menangkap arus laut di sekitar Kepulauan Canary dipilih sebagai Photo of the Year permukaan Bumi dalam  ertandingan tahunan NASA.  Gambar ini diambil oleh Moderate Resolution Imaging Spectroradiometer di atas satelit Terra pada Jun tahun lalu.  Dalam foto di atas, sinar matahari dicerminkan kembali dari permukaan laut terus ke kamera satelit, menyingkap terperinci mengenai permukaan air atau peredaran yang tidak akan kelihatan dengan cara lain.

4.      Keretakan ais yang luas di Laut Beaufort
Visible Infared Imaging Radiometer Suite (VIIRS) NASA di satelit Suomi NPP berjaya mengabadikan pemandangan keretakan laut ais yang luas di lepas pantai utara Alaska.  Peristiwa tersebut bermula pada akhir Januari dan merebak ke arah barat Pulau Banks selama Februari hingga Mac 2013 .






5.      Gunung berapi di Kliuchevskoi
Ketika keadaan untuk melihat pemandangan sedang cerah, para astronaut di International Space Station (Stesen Angkasa Antarabangsa / ISS) boleh mengambil foto-foto Bumi yang tidak biasa dan menarik.  Foto ini menunjukkan letusan abu keluar dari Kliuchevskoi, salah satu gunung berapi yang masih aktif di semenanjung Kamchatka.  Sudut pandang titik terendah-pemandangan langsung ke bawah - dilakukan sebahagian besar satelit yang cenderung meratakan landskap dan mengurangkan persepsi kita terhadap topografi tiga dimensi.  Sebaliknya, foto ini diambil dari ISS dengan sudut pandang serong yang memberikan persepsi tiga dimensi yang kuat, yang juga dipertegas oleh bayangan dari puncak gunung berapi .


 

               6.   Salji di Sepanjang Kepulauan Inggeris

Salji menyelimuti sebahagian besar Inggeris Raya pada akhir Januari 2013, membentang dari London hingga ujung utara Scotland.  Moderate Resolution Imaging Spectroradiometer di satelit Terra menangkap gambar dengan warna alami ini pada 26 Januari 2013.


      7.      Gunung Etna Mendidih

Selepas mempertahankan didihan dengan suhu rendah selama 10 bulan, gunung berapi Etna di Itali mendidih dengan suhu tinggi pada 19-20 Februari 2013, dengan tiga semburan dalam 36 jam.  Menurut Itali Istituto Nazionale di Geofisica e Vulcanologia, setiap semburan (paroxysm) mengandungi "pelepasan aliran lava, aliran piroklastik, lahar dan abu gunung berapi. "



            
       8.      Asap menyelimuti Singapura
Pada 19 Jun 2013, satelit Terra dan Aqua milik NASA mengambil gambar gambar asap yang mengepul akibat pembakaran hutan haram di pulau Sumatra, Indonesia.  Asap tersebut bertiup sampai ke selatan Malaysia dan Singapura.  Dan media berita melaporkan bahawa asap tebal tersebut melebar sampai ke Singapura, mendorong pencemaran mencapai angka tertinggi - tahap pencemaran utama Singapura naik menjadi 371 pada 20 Jun 2013, angka tertinggi yang pernah tercatat.  Pakar kesihatan mengatakan tahap pencemaran di atas 300 dianggap "berbahaya" bagi kesihatan manusia.


      9.      Astronaut menyaksikan 
            kebakaran di Colorado

Di foto digital dari kawasan barat Amerika Syarikat ini, asap tebal kelihatan menyelimuti seluruh lanskap.  Kedua foto tersebut diabadikan oleh para astronaut yang berada di kapal Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 19 Jun 2013. Foto itu menunjukkan gumpalan asap akibat kebakaran di West Fork Complex di barat daya Colorado di dekat Pagosa Springs yang dilalap si jago merah.


      
         10.  Kebakaran di Sekitar   Darwin, Australia
Salah satu perkara yang pertama kali diperhatikan astronaut ketika mereka terbang ke luar angkasa pada 1960-an adalah gumpalan asap.  Kebakaran, gunung berapi dan pencemaran melambung tinggi ke atmosfera dan terbentang luas jauh melebihi bayangan manusia.  Lima dekad kemudian, pemandangan tersebut tidak lagi dianggap baru , tapi tetap merupakan sesuatu yang menakjubkan.  Gambar dari Astronaut Karen Nyberg berikut ini menunjukkan asap di dekat Darwin, Australia.


      11.    Great Salt Desert di Iran

Sekitar 300 kilometer dari timur-tenggara Tehran, Iran, terbentang Dasht-e Kavir atau Great Salt Desert. Untuk mata yang belum terlatih, Dasht-e Kavir terihat seperti sebuah tempat yang sudah kering kerontang sejak zaman dahulu kala.  Namun untuk mata ahli geologi yang sudah terlatih, padang pasir ini dulunya basah.  Puluhan juta tahun lalu, kawasan ini merupakan lautan yang kaya akan garam, mengelilingi daratan sebuah benua kecil yang saat ini disebut Iran tengah.



       12.    Yarlung Tsangpo: "Everest of Rivers"
Para petualang menyebut Yarlung Tsangpo di Tibet sebagai "Everest of Rivers".  Bentang alam tersebut merupakan tempat yang paling jarang diterokai di dunia dan jugamemiliki banyak sekali cerita mengenai ekspedisi yang gagal.  Dengan hulu di bahagian barat Tibet di dekat gunugn Kailash, sungai tersebut mempunyai rata -rata ketinggian tertinggi - 3962,4 meter - berbanding sungai besar lain di dunia.  Gambar ini menunjukkan salah satu bahagian yang sama sekali tidak boleh diakses dan juga bahagian paling tidak rata, bahagian di dekat pintu masuk gaung, tempat sungai melintasi dua puncak utama, iaitu Namcha Barwa dan Gyala Peri.



Sumber: atjehcyber 

Sunday, April 13, 2014

HIDROLOGI - SIMPANAN AIR TANAH DAN KEGUNAANNYA

FEB 12, 2014
SYED IYLIA HARIZ AL-QADRI SYED IZMAN


KUALA LUMPUR:  Malaysia dianggarkan mempunyai kira-kira 5,000 bilion meter padu simpanan air bawah tanah yang belum diusik, kata Pengarah Institut Pengurusan Alam Sekitar dan Sumber Air, Universiti Teknologi Malaysia, Profesor Dr Abdull Rahim Mohd Yusoff. Beliau berkata jumlah itu berdasarkan kajian yang pernah dilakukan Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) pada 1982. "Namun sehingga kini, hanya tiga peratus sahaja daripada sumber itu yang digunakan," katanya kepada Bernama. 
Telaga Tiub
Beliau berkata Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga pernah membuat kajian pada 2011 yang mendapati tujuh peratus atau 64 bilion meter padu air daripada hujan tahunan yang turun akan disimpan di bawah tanah. "Sehubungan itu saya rasa kita perlu mengguna pakai air bawah tanah kita yang mempunyai potensi sangat besar untuk menangani krisis air di beberapa negeri seperti yang sedang dialami sekarang, "katanya. 

Abdull Rahim berkata air di bawah tanah adalah selamat untuk digunakan malah lebih berkualiti daripada air yang terdapat di permukaan atas. "Ia selamat kerana sumbernya adalah daripada air hujan yang telah diserap ke dalam bumi dan diyakini tidak terdedah kepada faktor pencemaran kerana kedalaman punca air bawah tanah yang berada antara 50 meter hingga 100 meter di bawah tanah, "jelasnya. 

Telaga Tiub mengguna pump elektrik
Beliau berkata terdapat dua kaedah untuk mendapatkan sumber air bawah tanah iaitu menerusi penggalian telaga tiub lebih 100 meter ke dalam tanah dan telaga jejari 'riverbank filtration system' iaitu mengeluarkan air di bawah perut sungai. Kedua-dua cara ini turut lebih kos efektif berbanding kaedah penyahgaraman atau proses penukaran air laut kepada air tawar, katanya. Beliau berkata bekalan air bawah tanah turut bersifat konsisten kerana tujuh peratus daripada 971 bilion meter padu hujan tahunan akan dikitar semula ke dalam tanah.

Air disimpan dalam tangki
Abdull Rahim mencadangkan sekiranya sumber air bawah tanah tidak mahu dijadikan sebagai sumber utama air negara, ia boleh dijadikan sebagai rizab air bagi menangani krisis bekalan air pada musim kemarau. Katanya setakat ini hanya negeri Kelantan yang didapati menggunakan air bawah tanah dengan melebihi kapasiti 50 peratus. Ketua Jabatan Teknikal dan Perancangan Pembangunan Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Wan Mohd Zamri Wan Ismail berkata pihaknya menggunakan air bawah tanah menerusi kaedah telaga jejari yang setiap telaga mampu menyumbang antara lima hingga 30 juta liter air sehari. "Hingga kini hampir 75 peratus penduduk Kelantan yang menerima bekalan air bersih mendapatnya daripada air bawah tanah, "katanya. 
Pelajar sekolah dapat menikmati air bersih dari telaga tiub.

Begitu juga projek  meperlengkapkan bekalan air di Sarawak, di mana kos kira-kira RM 85 ribu di sediakan oleh kerajaan pusat yang melibatkan penyediaan perigi tiub, kemudahan tangki simpanan air, satu set pam air berkuasa elektrik dan puluhan sambungan ke pili paip air di sediakan di hadapan pintu masuk rumah panjang dan sekolah berhampiran.






 

Friday, April 11, 2014

Sunday, April 6, 2014

PENGARUH BACAAN ALQURAN PADA SARAP, OTAK DAN ORGAN TUBUH


Ilustrasi - Penyelidikan ilmiah pengaruh bacaan al Qur'an pada saraf, otak dan organ tubuh lain. Subhanallah, menakjubkan!

( Arrahmah.com )  - "Tak ada lagi bacaan yang dapat meningkatkan terhadap daya ingat dan memberikan ketenangan kepada seseorang kecuali membaca Al-Qur'an ...".
Dr. Al Qadhi, melalui kajian yang panjang dan serius di Klinik Besar Florida Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, seorang Muslim, baik mereka yang berbahasa Arab maupun bukan, dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar.
Penurunan kemurungan, kesedihan, memperoleh ketenangan jiwa, menangkal berbagai macam penyakit merupakan pengaruh umum yang dirasakan orang-orang yang menjadi objek penyelidikan. Penemuan sang doktor pakar jiwa ini tidak teratur.
Penyelidikan ditunjang dengan bantuan peralatan elektronik terbaru untuk mengesan tekanan darah, degupan jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap aliran elektrik. Dari hasil uji cobanya ia berkesimpulan, bacaan Al-Quran berpengaruh besar hingga 97% dalam melahirkan ketenangan jiwa dan penyembuhan penyakit.
Kajian Dr. Al Qadhi ini diperkuatkan pula oleh kajian lain yang dilakukan oleh doktor yang berbeza. Dalam laporan sebuah kajian yang disampaikan dalam Persidangan Perubatan Islam Amerika Utara pada tahun 1984, disebutkan, Al-Quran terbukti mampu mendatangkan ketenangan sampai 97% bagi mereka yang mendengarkannya.
Kesimpulan hasil uji cuba tersebut diperkuatkan lagi oleh kajian Muhammad Salim yang diterbitkan Universiti Boston. Objek penelitiannya terhadap 5 orang sukarelawan yang terdiri daripada 3 lelaki dan 2 wanita. Kelima orang tersebut sama sekali tidak mengerti bahasa Arab dan mereka pun tidak diberi tahu bahawa yang akan diperdengarkannya adalah Al-Qur'an.
Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali ini terbahagi dua sesi, yakni membacakan Al-Qur'an dengan tartil dan membacakan bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an. Kesimpulannya, responden mendapatkan ketenangan sampai 65% ketika mendengar bacaan Al-Qur'an dan mendapatkan ketenangan hanya 35% ketika mendengar bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an.
Al-Qur'an memberikan pengaruh besar jika diperdengarkan kepada bayi. Hal tersebut diungkapkan Dr. Nurhayati dari Malaysia dalam Seminar Kaunseling dan Psikoterapi Islam di Malaysia pada tahun 1997. Menurut kajian, bayi yang berusia 48 jam yang kepadanya diperdengarkan ayat-ayat Al-Qur'an dari pita rakaman menunjukkan respons tersenyum dan menjadi lebih tenang.
Sungguh suatu kebahagiaan dan merupakan kenikmatan yang besar, kita memiliki Al-Qur'an. Selain menjadi ibadah dalam membacanya, bacaannya memberikan pengaruh besar bagi kehidupan jasmani dan rohani kita. Jika mendengar muzik klasik boleh mempengaruhi kecerdasan intelektual (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ) seseorang, bacaan Al-Qur'an lebih dari itu. Selain menjejaskan IQ dan EQ, bacaan Al-Qur'an mempengaruhi kecerdasan spiritual (SQ).
Mahabenar Allah yang telah berfirman,  "Dan apabila dibacakan Al-Qur'an, simaklah dengan baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat"  (QS 7: 204).
(Zilzaal / arrahmah.com )