PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Thursday, January 16, 2014

MINUM AIR KENCING LEMBU DI INDIA UNTUK SIHAT

 13 Januari 2014, Isnin : Sebuah mazhab Hindu diAgra, India, ketagih meminum air kencing lembu betina yang masih perawan setiap pagi. Warga India yang berada di bandar Agra, utara India berkumpul dan beratur di kandang lembu milik DD Singhal, pengasas Yayasan Gaushala, untuk mendapat air kencing lembu berkenan. Bagi penganut Hindu di India, lembu adalah binatang suci. Singhai berkata, amalan ini telah mereka jalani selama 12 tahun.
" Banyak orang berkumpul di kandang lembu milik DD Singhal,  dari  awal pagi lagi untuk mendapatkan dan meminum air kencing lembu",  ucap Singhal. Pengikut mazhab ini mendakwa, air seni lembu betina muda boleh menyembuhkan penyakit kanser, diabetes, ketumbuhan, batuk kering dan sakit perut. 

Malah, menurut seorang Pendeta Hindu tempatan, Ramesh Gupta, pemilihan lembu yang masih perawan, kerana haiwan itu masih murni. "Di dunia ini hanya ada dua hal yang masih suci. Satu, yakni air dari Sungai suci Gangga dan kedua, air seni dari induk lembu yang suci," katanya. 

Pening teman memikirnya. Anda sanggup meminumnya ? Teman dah nak muntah!!

Lawati Laman Dailymail

Monday, January 13, 2014

KEINDAHAN PEMANDANGAN NIAGARA FALLS YANG MEMBEKU


Kelihatan Air Terjun membeku sebelum air sampai ke bawah.
New York - Polar Vortex, aliran kuat udara sejuk yang berputar di jarak puluhan ribu kaki di bawah atmosfera, juga ikut  membekukan salah satu air terjun terindah di dunia.  Kumpulan  
foto-foto  luar biasa  menggambarkan  bagaimana air di Niagara Falls  membeku sebelum 
mencapai  permukaan air di bawahnya. Banyak gambar-gambar  menarik  untuk dinikmati dalam  Mirror News 


Di Bandaraya New York misalnya, catatan suhu  menurun sehingga  -15.5 o, atau  yang terendah selama  masa lebih dari 100 tahun,  catatan terendah adalah  -14 oC pada 1896. Di Comertown, Montana, suhu boleh  mencapai -53 derajat Celcius.

Surat khabar USA Express, menjelaskan Polar Vortex juga telah meragut  21 jiwa di seluruh wilayah AS sehingga kini. Penduduk  USA dan Kanada telah diingatkan bahwa mereka berisiko mati membeku dalam hitungan minit sahaja,  jika memaksa berada di luar rumah pada musim sejuk ini.

Para pelajar yang dikasihi, pada bulan November, December, Januari adalah merupakan musim sejuk di Hemisfera Utara terutama di kawasan beriklim Sederhana Sejuk dan iklim Sejuk ( kawasan lingkungan 60o  latitud keatas ). Tahun ini ditakdirkan bukan sahaja di USA dan Kanada sahaja mengalami musim sejuk yang melampau malah beberapa negara Asia Tengah dan Afrika Utara juga mengalami keadaan yang sama.  Manakala bagi negara yang beriklim panas berperang dengan banjir pula seperti di Malaysia. Bulan Januari merupakan klimak  kemuncak musim sejuk, manakala bulan Februari akan datang suhu akan meningkat kembali dengan datangnya musim bunga di Garisan Lintang Sederhana di Hemisfera Utara. 

Blogger.

Saturday, January 11, 2014

CIRI-CIRI / UNSUR CUACA DAN IKLIM

 CIRI-CIRI / UNSUR CUACA DAN IKLIM

( i )    Bahangan suria ( bahangan matahari )
  • dipancarkan oleh matahari ke permukaan bumi dalam bentuk tenaga sinaran. Bekal kira-kira 99.97 % daripada jumlah tenaga yang terdapat dalam sistem atmosfera bumi
  • melalui satu siri gelombang yang dikenali sebagai gelombang elektromagnet dengan kelajuan 300 000 km sesaat.
  • mengambil masa 9.33 minit untuk sampai ke permukaan bumi 
  • dalam bentuk gelombang pendek ( 0.2 – 0.4 mikron ) yang lebih kuat. 
  • 20 kali lebih kuat daripada gelombang panjang yang dikeluarkan oleh sinaran bumi.
  • Perbezaan penerimaan tenaga matahari dari segi masa dan kawasan menyebabkan wujudnya cuaca dan iklim.



( ii )   Bahangan bumi ( bahangan terestrial )
  • merujuk kepada pembalikan semula bahang matahari oleh sebarang permukaan di bumi ke angkasa lepas.
  • dibalikkan dalam bentuk gelombang panjang yang sifatnya lebih lemah.
  • mudah untuk diserap oleh bahan-bahan yang terampai di atmosfera terutamanya wap-wap air.
  • bahang bumi yang diserap, dipantul dan disebarkan semula ke permukaan bumi akan mewujudkan  kesan rumah hijau.
  
      ( iii )  Suhu  
  •       Merujuk kepada darjah kepanasan udara di sesuatu tempat atau kawasan.
  •     Darjah kepanasan udara ini datangnya dari sinaran matahari/ bahangan                 matahari yang mempunyai tenaga haba  di dalamnyn. 
  •        Diukur dalam unit darjah celcius ( 0C ).
  •        Alat pengukurannya ialah Termometer biasa dan Termometer Six.



       ( iv )  Kerpasan 
  •     Merujuk kepada wap-wap air yang telah terpeluwap di atmosfera dan bertukar menjadi cecair atau pepejal, kemudiannya jatuh kepermukaan bumi  melalui atmosfera sama ada dalam bentuk cecair  ( hujan ) atau pepejal  ( salji, hujan batu, hujan beku ).
  •    Unit ukuran jumlah kerpasan millimeter ( mm ) alat mengukur jumlah hujan ialah Tolok Hujan.



         ( v )   Kelembapan
  •    Merujuk kepada kandungan wap air dalam udara sama ada kelembapan mutlak atau kelembapan  bandingan.     
  •     unit ukuran ialah gram per meter padu ( g/m3  ) untuk kelembapan mutlak dan peratus atau nisbah untuk  kelembapan bandingan.
  •      alat mengukur kelembapan udara ialah higrometer.



     

       








  ( vi)   Tekanan udara / atmosfera
  •   Tekanan udara merujuk kepada pengukuran beratnya atmosfera di atas satu titik pemerhatian yang  diukur dengan menggunakan Barometer dalam unit milibar  ( mb )  Tekanan atmofera disebabkan oleh udara juga mempunyai berat. Ini bermakna tekanan atmosfera berbeza mengikut lokasi dan masa kerana jumlah udara (dan beratnya) di permukaan bumi berbeza mengikut tempat dan masa. Secara kasarnya, tekanan atmosfera jatuh kira-kira 50% pada ketinggian altitud 5 km (ataupun jumlah berat atmosfera di bawah 5 km adalah separuh daripada jumlah berat keseluruhan atmosfera).



           Jenis-jenis tekanan udara
a.      Tekanan udara rendah       
  •       dikenali juga sebagai siklon / udara tidak stabil.
  •    terbentuk di kawasan yang menerima bahang matahari secara maksimum seperti  kawasan tropika lembab, sub tropika dan kawasan sederhana dunia semasa musim  panas. 
  •     udara bergerak masuk daripada sel tekanan tinggi ke kawasan sel tekanan udara  rendah ini. 
  •       garisan setekanan untuk sel tekanan udara rendah adalah lebih rapat.
  •   kawasan khatulistiwa yang menerima pancaran matahari sepanjang tahun akan mengalami tekanan udara rendah sepanjang tahun dikenali doldrum.


b.      Tekanan udara tinggi
  •   dikenali juga sebagai antisiklon / udara stabil.terbentuk di kawasan yang menerima bahang matahari secara minimum seperti kawasan sederhana dunia semasa musim dingin.
  •       Udara bergerak keluar daripada sel tekanan ini ke sel tekanan udara rendah.  
  •       Garisan setekanan untuk sel tekanan udara tinggi lebih jarang.



         
   
( vii )  Angin
  • Angin merujuk kepada udara yang bergerak akibat terdapatnya perbezaan tekanan udara antara dua tempat  dan disebabkan daya kariolis ( akibat putaran bumi di atas paksinya ) yang diukur dengan menggunakan  penunjuk arah tiupan angin untuk arah dan  anemometer untuk halaju.


         Proses pembentukan angin  
  •      terbentuk apabila terdapatnya perbezaan tekanan udara antara dua tempat atau  lebih.   
  •      apabila terdapatnya satu kawasan yang bertekanan udara rendah dan satu kawasan bertekanan udara tinggi maka akan wujud satu cerun antara kedua-dua  tempat tadi.
  •      berlaku pergerakan udara antara ke dua-dua kawasan tersebut di mana udara bergerak keluar dari kawasan bertekanan udara tinggi ke kawasan  yang bertekanan  udara rendah. Pergerakan udara antara kedua-dua tempat inilah yang menghasilkan angin.




( viii ) Litupan awan
  •      merujuk kepada titisan air halus  ( diameter 0.02 – 0.06 mm ) yang terapung di atmosfera pada masa dan kawasan yang tertentu. 
  •      terbentuk akibat daripada proses penyejukan udara di bawah takat beku ( takat mengembun ), menyebabkan wap-wap air di atmosfera terpeluwap.
  •      awan dibahagikan kepada empat jenis mengikut ketinggian atau bentuknya iaitu awan tinggi, awan pertengahan , awan rendah dan awan tegak.
  •      contoh awan ialah awan sirus ( awan tinggi ), awan altokumulus ( awan pertengahan ),  awan stratus ( awan rendah ), dan awan kumulonimbus ( awan tegak ). 



KONSEP CUACA DAN IKLIM
















Konsep cuaca dan iklim

Cuaca   :  Keadaan atmosfera di sesuatu tempat yang      
                tertentu ( terhad ) dalam  masa yang    
                tertentu ( 24 jam ).

Iklim  :     Keadaan atmosfera di sesuatu tempat / kawasan 
                yang luas dan dalam jangka masa yang  panjang
                iaitu dalam masa 30 atau 35 tahun.


Perbezaan iklim dan cuaca dari segi masa dan ruang keluasannya.


            Cuaca dilihat dalam tempoh masa yang pendek dan ruang yang kecil (kawasan setempat seperti cuaca di Bandar KL) manakala iklim dilihat dalam tempoh masa yang panjang dan ruangnya adalah luas (seperti iklim sebuah Negara, Wilayah, Benua).

Penggunaan ungkapan Cuaca.
  1. Ramalan cuaca semua negeri-negeri di Malaysia hari ini seperti di dalam radio maupun TV. 
  2. Laporan cuaca beberapa ibunegara dunia. 
  3. Bagaimana cuaca ditempat awak sekarang?

Penggunaan ungkapan Iklim.
  1. Iklim di benua Asia adalah pelbagai dari iklim tropika hinggalah ke Tundra.
  2. Iklim negara Turki adalah jenis Mediterranean sederhana panas.
  3. Apakah iklim negara Malaysia? jawapannya adalah iklim tropika lembap dimana Malaysia mengalami iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun.





Saturday, January 4, 2014

IMBANGAN BAHANGAN MATAHARI DALAM RUANG ATMOSFERA


Konsep imbangan bahangan

Merujuk kepada jumlah bahangan yang diterima daripada matahari oleh permukaan bumi adalah sentiasa sama dengan jumlah bahangan yang dikembalikan oleh permukaan bumi ke angkasa lepas.


Kata kunci
  • jumlah bahangan yang diterima daripada matahari oleh permukaan bumi
  • sentiasa sama jumlah bahangan yang dikembalikan oleh permukaan bumi ke angkasa lepas.

Jenis imbangan bahangan
Pola imbangan bahangan biasanya mempengaruhi edaran umum atmosfera bumi. Ketidakseimbangan bahangan terbahagi kepada 2 iaitu :-

  1. Imbangan positif ( panas )     

  •        Ketika waktu siang hari terutama waktu tengahari.
                 Sinaran matahari amat tinggi pada ketika siang hari. Sinaran gelombang pendek 
                 yang tinggi melalui serapan, serakan dan pantulan dalam ruang atmosfera bumi                          meningkatkan suhu bumi. Pada ketika ini imbangan bahangan adalah positif, kerana                  suhu boleh mencapai kepada tahap tertinggi mengikut kawasan dan ruang permukaan              bumi.
               

  •        Kawasan garis lintang rendah antara 0o hingga 40o U/S
                 Kawasan ini menerima pancaran sinaran matahari yang tinggi. Pancaran yang 
                 bersudut tegak dan lebih hampir dengan matahari meningkat imbangan haba 
                 di kawasan ini. Waktu siang malam yang sama panjang di kawasan ini juga 
                 memastikan ianya mengalami imbangan bahangan matahari positif.
                                                                       
                                                                 


  •        Kawasan tanah pamah
           Biasa kepadatan atmosfera adalah tinggi di kawasan tanah pamah. Ini akan dapat                      meningkatkan keupayaan menyerap dan menyimpan haba matahari ketahap maksima.
           Suhu yang tinggi di kawasan tanah pamah menyebabkan imbangan bahangan matahari            adalah positif.


  1. Imbangan negatif ( sejuk )

  •       Ketika waktu malam hari
                Ketika waktu malam aktiviti bahangan matahari melalui sinaran gelombang pendek 
                tidak berlaku, manakala sinaran gelombang panjang berlaku yang menyebabkan 
                tenaga di bumi keluar keangkasa lepas. Ini menurunkan suhu bumi menjadi sejuk 
                lalu menjadikan waktu malam bumi mendapat imbangan negatif bahangan matahari.

  •       Kawasan garis lintang sederhana dan tinggi antara 40o U/S hingga 90o U/S

Kawasan yang terletak dari ( 40oU/S ke 90oU/S ) terdapat dua kawasan yang 
dikenali sebagai "Lekukan Haba".  Jumlah haba yang diterima di dalam 
bentuk bahangan gelombang pendek adalah sentiasa kurang daripada jumlah 
haba yang dipancarkan keluar oleh bumi ke angkasa lepas di dalam bentuk 
Gelombang Panjang. Suhu yang rendah antara 10 darjah Celsius hingga 
- 40 darjah Celsius, menjadikan kawasan ini adalah berjenis imbangan negatif.

Kadar mim suhu mengikut garis lintang bumi pada bulan Januari.

  • Kawasan tanah tinggi. Ruangan tanah tinggi memiliki kadar kepadatan atmosfera yang rendah. Ini menyebabkan keupayaannya menyimpang bahangan matahari adalah rendah lalu menyebabkan kawasan tanah tinggi dan kawasan pergunungan tinggi dunia adalah berimbangan negatif.