PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Monday, October 31, 2011

ANTARA SIMPAN WANG, EMAS DAN SAHAM

 






Pilihan  Dalam Pelaburan.
A. Saham.

Pelabur menunggu giliran untuk melabur ASM
Semasa kegawatan ekonomi sekarang, dimana pasaran saham dunia jatuh dan tidak menentu menyebabkan pasaran saham negara kita juga turut terpalit. Dari segi ekonomi pelaburan dalam pasaran saham, apa yang saya faham kita melabur dalam syarikat-syarikat @ industri yang  memproses dan  mengeluarkan produk tertentu. Ada juga syarikat yang tidak mengeluarkan produk tetapi menjalankan perkhidmatan. Jadi jatuh bangun saham yang kita beli bergantung kepada kualiti dan kuantiti permintaan @ pasaran produk atau perkhidmatan yang syarikat @industri keluarkan. Setiap unit saham yang kita beli akan meningkat bilamana pasaranya tinggi manakala sebaliknya saham jatuh jika pasaran pelahan atau jatuh. Jadi pelabur yang bijak akan meneliti produk syarikat @ industri yang laris dipasaran sebelum membuat sesuatu pelaburan


B. Emas
Peningkatan Harga Emas Untuk Sepuluh Tahun
Pasaran dan harga emas sentiasa meningkat setiap tahun. Emas adalah barangan /  komoditi tidak mudah dijumpai maupun dilombong, sudah tentu barangan ini sentiasa kurang di pasaran malah tidak dapat memenuhi pemintaan. Tambahan pula negara seperti China dan India yang mempunyai lebih daripada dua pertiga populasi penduduk dunia adalah pembeli emas tertinggi di dunia masa sekarang, sudah tentu meningkatkan pemintaan dan harga emas di pasaran. Harga emas samada dalam bentuk raw atau yang telah diproses meningkat dengan mendadak dalam pasaran antarabangsa. Bandingan harga emas boleh dirujuk pada graf di atas. Harga pada Okt 1999 adalah 300 USD per Ounce meningkat mencecah 1050 USD per Ounce pada okt 2009. Peningkatan sebanyak 350 %, kalau dibahagikan kepada 10 tahun, purata kenaikan harga emas setahun adalah 35 %. Bayangkan jika anda membeli dan menyimpang emas dalam bentuk bar, dinar atau perhiasan sepuluh tahun dahulu harganya sekarang tentu lumayan. Upah untuk menyewa peti deposit di bank hanya sekitar RM 100 ke RM 150 setahun adalah berpatutan malah anda boleh mengeluarkan zakat emas 2.5 % daripada nilai berat emas, yang sudah tentu meningkatkan ekonomi negara. Selepas menolak kos upah simpan, insurance dan zakat, anda masih memperolehi keuntungan kenaikan harga sekitar 25 % hingga 30 % setiap tahun. Tambahan pula sekarang ini dengan adanya sistem gadaian An-Rahnu Bank Rakyat dan Agro Bank meningkatkan nilai tambah dalam pengurusan simpanan emas.

Jika anda perlu wang tunai untuk apa-apa keperluan, emas boleh digadaikan di sistem pajak gadai bank berkenaan dan menikmati pinjaman sebanyak 65 % hingga 70 % daripada nilai emas. Jadi pelaburan dalam simpanan emas, bilamana anda perlu wang cair anda tidak perlu melupuskan barang kemas anda sebaliknya cukup dengan mengadaikannya sahaja dan boleh ditebus kembali dengan membayar balik simpanan dan upah yang dikenakan. Ini kelebihan dalam sistem kewangan Islam dimana pihak peminjam tidak terbeban dan pihak yang memberi pinjaman tidak terlalu memeras sepertimana kedai "pawnshops" biasa.

C.  WANG / DUIT

Beza nilai emas dengan duit
Wang atau duit adalah satu nilai pada kertas atau siling yang diperakui oleh kerajaan sesebuah negara. Wang itu hanya mempunyai nilai dalam negara itu sahaja dan tidak bernilai di negara lain. Adakah anda biasa dengar " Duit Jepun" semasa zaman kolonial diera perang dunia kedua. Untuk mendapatkan sesuatu benda kecil anda perlu membawa satu guni duit pada masa itu. Teori  RULE 72 menjelaskan " half value off the money" , dimana untuk menentukan nilai wang mestilah  dibahagikan dengan kadar inflasi. Sekarang kadar inflasi lebih  4% , 72/4 = 18.  Ini bermakna dalam masa 18 tahun lagi nilai duit RM100 sakarang akan jadi RM 50. Tahun 2008 dengan nilai  RM 2 anda boleh membeli sekilo  gula dan sekampit serbuk teh kecil ( 150 grams), tapi sekarang nilai RM 2  itu tidak dapat lagi  membeli sekilo gula pun. Inilah nilai duit, ianya semakin menurun kerana ianya bukan komoditi berbanding saham dan emas.


Saya tunjukkan beza nilai duit dengan emas, kalau anda simpan RM 100 000 dalam bank atau Tabung Haji, anda hanya akan menikmati dividen dalam nilai  purata 5%, Jadi diakhir tahun semasa akan akan dapat dividen sebanyak  RM 5000 menjadi nilai tabungan anda adalah RM 105 000. Apabila dinilai dari sudut susut nilai wang sebanyak 4 % setahun, nilai wang anda hanya RM 101 000 sahaja. 
Berbeza dengan jika nilai RM 100 000 anda beli emas 999 @ 24 karat, anda sudah dapat membeli emas seberat  540 gram lebih pada harga sekarang RM 185 per grams. Berdasarkan kepada kenaikan harga 35 % yang diterangkan di atas, tahun hadapan harga akan meningkat sebanyak RM 249 per gram. Jadi nilai pasaran emas yang anda miliki pada tahun hadapan 540 grams x RM 249 = RM 134 460. Setelah ditolak kos  sekitar RM 4460 untuk upah simpan , insuran dan zakat, anda masih mempunyai  baki sebanyak RM 130 000. 

TIPS BERKAHWIN AWAL KHUSUS UNTUK PELAJAR UNIVERSITI


Gambar hiasan
  Kita hanya berusaha, Jodoh di tangan Tuhan.

Demikian kata-kata masyhur masyarakat Melayu disegenap lapisan masyarakatnya, tua atau muda, kaya atau miskin, yang telah berkahwin atau belum. Bagi sesetengah mahasiswa/i, Allah mentakdirkan mereka berkahwin sesama mereka ketika masih di menara gading, tempatan atau di luar negara, dalam usia yang masih muda.
Bagi anak –anak pelajar SMKLB yang telah berada dimenara gading, jika ditakdirkan bercinta yang mungkin boleh membawa kepada zina adalah lebih baik kawin awal. Jelaskan perkara sebenar kepada orang tua anda, minta nasihat rakan yang lebih senior maupun kaunselor.

Salleh Yaakob & Isteri-isteri
Saya biasa bertemu dengan sepasang suami isteri yang masih belajar di USM, Pulau Pinang  sekitar tahun 2002, suami pelajar perubatan manakala isteri pelajar peringkat master. Saya lihat mereka hidup bahagia sebagai pelajar di Universiti dan pada masa yang sama menjalankan tugas sebagai suami-isteri. Ini adalah anugerah Allah SWT.

Saya sendiri tiada pengalaman berkawin awal. Saya dan isteri melangsungkan perkahwinan selepas menyambut hari lahir saya yang ke 27, semasa saya bertugas di Kota Belud, Sabah pada tahun 1989 . Atas pilihan orang tua dan Syukur alhamdulillah, setelah 22 tahun berlalu, kerukunan rumahtangga masih utuh dan mahligai yang dibina mekar dari hari ke sehari, tahun demi tahun.

Petua untuk anak-anak yang ingin kawin awal:-

1- Ikhlaskan niat berkahwin semata-mata kerana Allah, RasulNya, hari Akhirat dan berjuang di JalanNya. Walau berlalu masa berdekad, mengingati Niat yang tulus dari masa ke semasa ini memberi kekuatan dan ketenteraman dalam mengurus keluarga dan menentu hala tuju hidup anak-anak.

2- Sentiasa ingat bahawa cinta datangnya dari hati manusia, sedang hati pula adalah milik Allah swt. Kita tidak dapat mencintai seseorang melainkan jika Allah kehendakki. Oleh itu sentiasa kita berdoa semoga Allah mengurniakan kita cinta kasih kepadaNya dan RasulNya, kemudian kepada isteri dan anak-anak.

3- Sentiasa meletakkan diri ingin belajar tentang kehidupan. Ini termasuk ingin mengenali lebih lagi tabiat diri kita sebagai seorang suami, tabiat isteri kita sebagai seorang wanita yang sudah tentunya banyak perbezaan dengan diri kita, dunia kehidupan berumahtangga yang hampir merupakan satu organisasi yang diikat dengan kasih sayang dan hormat menghormati, bukan syarikat yang diikat oleh harta dan wang gaji dan lain-lain lagi.

4- Hendaklah pasangan berkongsi visi dan misi, apa yang hendak dicapai atau dituju dalam melayari kehidupan bersama dan bagaimana nak mencapainya. Berapa banyak organisasi dan perjuangan yang ahlinya pecah berantakan lantaran masing-masing di luarnya nampak bertaut, tetapi di dalam diri masing-masing mempunyai kefahaman, keyakinan dan halatuju yang berbeza. Dalam hal ini, theqah dan taat dari isteri terhadap suami, halatuju dan perjuangannya selaku pemimpin keluarga amat penting. Dalam masa yang sama sikap tanggungjawab suami dan kasihnya kepada isteri dan anak-anak mesti mewarnai setiap sudut dan ruang rumah, hati dan jiwa mereka yang dibawah pimpinannya. Kata Hasan Al-Banna, “Hendaklah suami memastikan isterinya menghormati Fikrahnya”. Fikrah maknanya kefahaman, halatuju dan perjuangan.

5- Menghormati mertua dan saudara mara yang berkait darah dengan mereka. Berusaha merapatkan silaturrahim melalui sumbangan wang bulanan walau sedikit atau simbolik, ziarah menziarahi, berhubung dan bertanya khabar, mengaturkan majlis yang mengumpulkan saudara mara yang dekat atau jauh dan sebagainya.
Perkahwinan bukan sahaja diantara dua mempelai, bahkan diantara dua keluarga dan sanak saudara.

6- Suami dan isteri bersepakat dalam menentukan masa depan anak-anak, pakaian, persekolahan, bidang pengajian dan jodoh, sepertimana mereka berdua bersepakat dalam budget mingguan, pembelian hartanah, pembahagian keutamaan dan sebagainya.

7- Meletakkan Tarbiyah Anak-anak sebagai keutamaan yang paling teratas di dalam program keluarga dan budget kewangan. Moga Allah merahmati sepasang suami isteri yang berpada hidup sederhana rumah dan kereta demi membayar yuran anak-anak yang mahal di sekolah-sekolah Islam swasta yang mempunyai sistem dan pendidik yang berkualiti.

Semoga anda berjaya mengemudi bahtera dikejauhan hari mendatang dan sampai ke destinasi bahagia???

Sunday, October 30, 2011

PERCUBAAN STPM PERAK 2011, GEOGRAFI KERTAS 2 [soalan 7c dan soalan 8


c.             Apakah masalah yang dihadapi oleh pakatan segitiga pertumbuhan ASEAN dalam memajukan pembangunan ekonomi?                             (10 markah)

Isi
M
1.
Masalah fizikal iaitu bentuk muka bumi yang bergunung-ganang dan berpulau seperti di kawasan BIMP-EAGA menyukarkan perhubungan pengangkutan antara Trans-Borneo
2
2.
Masalah teknologi dan kepakaran yang lemah, sukar menjalankan projek besar dan terpaksa mengimport dan kepakaran dari luar
2
3.
Masalah politik: tuntutan bertindih antara negara pakatan seperti Malaysia – Singapura dan masalah perlanunan
2
4.
Keuntungan yang tidak sama rata dalam pengekploitasi ekonomi seperti Singapura dan Malaysia. Singapura mengekploitasi buruh murah dari Johor.
2
5.
Persaingan antara negara dan serantau
2
6.
Keselamatan serantau
2
7.
Pencemaran merentasi sempadan
2
8.
Perbezaan ekonomi antara negara anggota
2

Jumlah markah: 5 isi x 2 markah
10

8.            a.            Berikan konsep pembangunan lestari.                         ( 5 markah)
Pembangunan terancang yang berteraskan pembangunan berterusan (1)  untuk menjamin kesejahteraan hidup generasi kini dan akan datang (1).  Pembangunan ekonomi digandingkan bersama usaha memelihara dan memulihara alam sekitar (1). Pemeliharaan melibatkan usaha penjagaan / perlindungan (1).  Pemuliharaan  melibatkan usaha membaikpulih pelbagai sumber  alam spt air, hutan untuk mengelakkan kepupusan. (1)                 Peraturan pemarkahan : 5 markah

b.  Jelaskan bagaimana aktiviti manusia boleh menjejaskan kualiti udara di sesebuah negara.                                                                                                                                                          
isi
Huraian
M
1.   Pembakaran terbuka
Pembakaran sampah oleh penduduk / pembakaran kawasan hutan utk dijadikan akawasan pertanian membebaskan banyak asap, gas dan debu yang menjejaskan kualiti udara
2
2.   Perindustrian
pengeluaran industri kimia, simen dan asbestos menghasilkan debu, habuk, plumbum dan raksa dan hidrogen sufat / pembakaran bahan api untuk menggerakkan jentera kilang membebasakan gas karbon monoksid dan sulfur dioksida / pembakaran bahan / sisa kayu dalm industri berasakan kayu menghasilkan karbon monoksida, sulfur dioksida dan nitrogen.
2
3.   Pengangkutan
Kenderaan bermotor menggunakan bahan api fosil (diesel / petroleum) melepaskan bahan pencemar seperti karbon monoksida, hidrokarbon dan plumbum
2
4.   perlombongan
Letupan kuari melepaskan debu dan habuk
2
5.   Pembalakan
Penebangan pokok tanpa kawalan meningkatkan kandungan karbon dioksida di atmosfera, menyebabkan udara menjadi panas.
2
6.   Pertanian
Penggunaan bahan kimia (semburan baja dan racun serangga)
2

5         isi x 2 markah = 10m


c.    Langkah-langkah yang boleh diambil bagi meningkatkan kualiti udara.  ( 10 markah)
isi
Huraian
M
1.   Langkah perundangan

* maksima 4 markah

Penguatkuasaan undang-undang di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974
- Akta perhutan Negara (1984), larangan pembakaran hutan
- Akta kerajaan Tempatan (1976)- tindakan ke atas mana-mana pihak yang mengeluarkan asap / debu yang menyebabkan gangguan kesihatan
- Ordinan Lalu Lintas Jalan Raya (1958)
- larangan pembakaran terbuka
[tindakan denda/hukuman/sita]                         

2


2

2.   Langkah Pengurusan

* maksima 4 markah
- Cerobong asap kilang ditinggikan
- penggunaan alat pemancut air di kuari-kuari
- pengezonan tanah [jenis indsutri dibenarkan mengikut lokasi yang ditetapkan]
- Zon penampan / kawasan hijau /konsep industri dalam taman
- Penggunan bahan api yang mesra alam ( petrol tanpa plumbum, tenaga berasaskan elektrik, tenaga suria dll)
- Penempatan semula industri yang menyebabkan pencemaran                              
2



2
3.   Kempen
- Kempen kongsi kereta
- kempen penghijauan bumi / menanam pokok
- kempen menggunakan kenderaan awam
- menggantikan penggunaan motorsikal dua lejang kepada empat lejang
2
4.   Pendidikan Alam Sekitar
- pendidikan formal / informal di sekolah / institusi pengajian.
2

Peraturan permarkahan: 5 isi  x 2 markah
10

PERCUBAAN STPM PERAK 2011, GEOGRAFI KERTAS 2


1.            a.            Maksud ledakan penduduk.        ( 5 markah )
Konsep ledakan penduduk berkaitan rapat dengan pertumbuhan penduduk secara mendadak ( 1 ) yang menunjukkan peningkatan secara besar-besaran ( 1 ) di luar  daripada apa yang dirancang, dijangka dan diramalkan (1).  Contohya pertumbuhan penduduk dunia pada abad ke-20 begitu pesat berlaku berbanding dengan dengan abad sebelumnya. ( 1 ) seperti  negara di Asia ( 1 )
                          Peraturan pemarkahan : 5 markah

                b.            Kesan ke atas pembangunan negara.        (  10 Markah )
Positif
Negatif
1.   penduduk sebagai satu asset negara
2.   meluaskan pasaran domestic
3.   sumber pertahanan negara

1.    mengurangkan sumber tanah untuk pembangunan
2.    mewujudkan maslaah kemiskinan dalam kalangan penduduk
3.    taraf pendidikan dan kesihatan penduduk dalam sesebuah negara merosot
4.    pengaliran keluar tenaga buruh yang mahir
*Peraturan pemarkahan : 3 + 2 atau 2+3.  Markah penuh  = 10 markah.

c.             Langkah untuk mengurangkan ledakan penduduk
Isi utama
Huraian / Contoh
M
1.    Amalan merancang keluarga


2.    Dasar keluarga bersaiz kecil


3.    menaikkan had umur berkahwin

4.    Program kebajikan keluarga


5.    Seimbangkan pengeluaran sumber alam

6.    Meningkatkan kualiti sumber penduduk


7.    Menggalakan migrasi keluar dan tranmigrasi
Menggunakan kaedah pencegahan seperti pengunaan pil mencegah kehamilan, kondom, , penjarak kehamilan dan lain-lain. Contoh: Sweden, Norway, Belanda

Menghadkan bilangan anak dalam sesebuah keluarga. Melibatkan perundangan dan akta seperti Singapura ( 2 orang ) dan China ( 1 orang )

Had umur kahwin dari belasan tahun kepada 20 an dan 30 an.  Mengurangkan kadar fertility penduduk.

Memberikan kesedaran kepada anggota masyarakat  berkenaan penjagaan, insentif kekeluargaan , mengubah minda masyarakat terhadap peningkatan bilangan anggota keluarga

Mengekploitasi sumber alam seperti pertanian, perhutanan, perlombongan, perikanan dan lain-lain serta penubuhan pelbagai industri dan penyerakan ke wilayah atau kawasan luar bandar.

 Peningkatan kualiti penduduk dalam pendidikan dan program kemahiran , meningkatkan produktiviti, pendapatan penduduk , taraf hidup

Penduduk berhijrah keluar negara seperti Indonesia
Untuk mengurangkan kepadatan penduduk di Pulau Jawa  dan tranmigrasi ke Ambon, Maluku dan Sumetera.

2


2



2


2



2



2



2
Mana-mana 5 isi di atas : 5 x 2 markah = 10


2.            a.            Graf Piramid penduduk.
Isi utama
Huraian / Contoh
Markah
1.    Piramid penduduk progresif.
1.            Tajuk :    
2.            Petunjuk : Lelaki dan wanita
3.            Skala
4.           Plot
4.           Kebersihan dan kesempurnaan
1
1
1
8
1
Jumlah markah :
12

                b.            i.              Bentuk piramid penduduk
Isi utama
Markah
Piramid penduduk progresif.
1
Jumlah markah :
1

                                ii.             Tiga ciri piramid penduduk d iatas
Isi Utama/ Judul
Markah
1.       Tapak piramid yang lebar
2.       Puncak yang sempit/tajam
3.       Komposisi umur/ cerun landai
4.       Ciri-ciri jantina
5.       Kadar pertumbuhan penduduk tinggi
1
1
1
1
1
Peraturan pemarkahan : mana-mana 3 ciri
3
c.             Langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan kualiti penduduk di negara-negara                 tersebut.                     ( 8 markah )
Isi Utama/ Judul
Huraian
M
1.    Menggalakkan amalan perancang Keluarga /saiz keluarga kecil
Bilangan anak dalam keluarga dikurangkan – penduduk berpeluang mendapat pendidikan dan kemahiran yang lebih tinggi.
Amalan kaedah perancangan tradisional dan moden seperti pil perancang, alat cegah kehamilan dll

2

2.    Menggalakkan perkembangan industri - perkhidmatan
Pertambahan  peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang, mengurangkan kadar pengangguran, kemiskinan dan pendapatan dipertingkatkan dalam IKS, Industri pelancongan dan Industri perkhidmatan
        2


3.    Meningkatkan pembangunan  sumber manusia
Meningkatkan taraf pendidikan dan kemahiran/ taraf kesihatan
IPTA, IPTS, hospital, pusat-pusat latihan kemahiran (IKM , ILP )
         2
4.    Meningkatkan taraf hidup dan pendapatan penduduk
Kepelbagaian ekonomi / pendapatan pnduduk tetap/pendapatan perkapita meningkat/penggunaan teknologi moden. Pendapatan  dapat ditingkatkan, Kuasa beli penduduk meningkat

2

5.    Penyediaan kemudahan2 asas yang sempurna
Kawasan perumahan,  sekolah, hospital dll prasarana yang lengkap dan sempurna bagi memenuhi keperluan penduduk
Mengurangkan kadar buta huruf dan keciciran dalam pendidikan
         2
6.    Menyediakan kualiti alam sekitar yang sempurna
Mengurangkan pencemaran alam sekitar,  Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, Pengurusan alam sekitar yang mapan,
Pencemaran udara, Pencemaran air dan Konsep pelestarian sumber

2

: 4 isi x 2 markah
8

3.   a.      i.              Rajah segiempat berbahagi.                    ( 10 markah )
                Isi utama
Huraian / Contoh
Markah
1.       Rajah segi empat berbahagi
1.            Tajuk
2.            Petunjuk
3.            Skala
4.           Plot
1
1
1
7
Jumlah markah :
10

b.            Tiga langkah bukan perundangan melestarikan hutan .           ( 6 markah )
Isi Utama/ Judul
Huraian
M
1.   Melaksanakan sistem penebangan terpilih atau sistem sebaya
Tebangan pokok yang bernilai dalam satu pusingan 60 – 80 tahun, diameter pokok minimum 45 cm. Sistem sebaya Malaya menetapkqn bilangan pokok dirian sebanyak 32 pokok sehektar
2
2.   Penanaman semula / perladangan hutan
Penanaman pokok psesis kayu keras seperti accasia mangium, Yamane dan batai.Tumbesaran pokok yang cepat membesar dalam tempoh 15 tahun dan perladangan pokok jati.
2
3.    Kaedah sivilkutur
Pemulihan hutan melibatkan penubuhan ladang seperti hutan, pertumbesaran, penjagaan, pengantian sesuatu dirian tulin dengan teratur.
2
4.   Peningkatan R&D untuk beralih kepada sumber pengganti
Kesesuaian pokok dengan tapak semaian, sepsis tapak tanaman, bekalan stok, tahan penyakit dan lain-lain.
2
5.   Kempen dan pendidikan alam sekitar
Sebagai kurikulum formal dalam mata perlajaran geografi, kempen citai hutan kita dan lain-lain
2
3 isi  x  2 markah :
6

c.             Kepentingan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan hutan di rantau Asia.    ( 9 markah )
Isi Utama/ Judul
Huraian
M
1.          Menyederhanakan suhu setempat

2
2.          Menghalang gerakan jisim

2
3.          Kitaran hidrologi

2
4.          Peningkatan kandungan wap air dalam udara

2
5.          Bekalan sumber berterusan

2
6.          Keseimbangan ekosistem

2
4 isi  x  2 markah +1 markah :
9

3.  b.      i.              Maksud sumber alternatif       ( 5 markah )
Sumber tenaga alternatif merujuk semua sumber tenaga selain sumber tenaga konvensional  yang berasal daripada bahan api fosil ( 1 ) .  Sumber tenaga alternative menyediakan bekalan sumber yang berterusan ( 1 )   dan dapat diperbaharui ( 1 ).  Contoh tenaga hidro, suria, ombak, angin dan biojisim ( 2 )

ii.             Peranan kerajaan dalam membangunkan satu sumber alternatif :     ( 10 markah )
Isi Utama/ Judul
Huraian
M
1.     Namakan salah satu sumber alternatif
Hidro. Ombak, suria, angin, biojisim,
1
2.     Menyediakan modal yang besar
Pembinaan empangan dan kabel eelektrik, pinjaman modal oleh kerajaan dari luar negara
2
3.     Mengimport pakar dan teknologi dari luar negara
Import  dan pinjam teknologi daripada luar negara seperti sumber tenaga hidro dari China, jepun, Korea Selatan.
2
4.     Menetapkan dasar atau polisi
Tetapkan dasar kerajaan untuk memastikan sumber tenaga tidak menjejaskan indusrti yang berkaitan seperti kilang, pelancongan dan lain-lain.
2
5.     Mengurangkan kebergantungan yang tinggi  terhadap sumber tenaga konvensional
Kurang bergantung kepada petroleum dan arang batu dengan menggunakan sumber tenaga alternatif seperti hidro, suria, angin .
2
6.          Menggalakan R&D dalam negara
Sumber tenaga yang berasaskan pertanian seperti Bio-Fuel.

Peraturan pemarkahan :   5 isi x 2 markah
10

iii.            Sebab-sebab sesebuah negara memerlukan sumber tenaga alternatif.
Isi Utama/ Judul
Huraian
M
1.          Mengurangkan kebergantungan
Sumber konvensional semakin pupus seperti petroleum, gas dan arang batu
2
2.          Potensi
Sumber tenaga alternatif masih banyak  dan masih belum dimajukan sepenuhnya seperti hidro, ombak dll
2
3.          Bersih dan tidak mencemarkan alam
Tidak mengeluarkan bahan yang berbahaya seperti asap dan gas karbon monoksida dan karbon dioksida yang meyumbangkan pemanasan global
2
4.          Mudah diperolehi
Terdapat sumber yang banyak seperti tenaga hidro, cahaya matahari sepanjang tahun, bentuk muka bumi yang sesuai.
2
5.          Kos yang rendah
Pengeluaran, penjanaan dan penyelenggaraan sumber tenaga alternatif lebih rendah
2
Peraturan pemarkahan : 5 isi x 2 markah
10

4.            a.            Maksud Industri  primer
Industri yang memproses bahan mentah ( 1 ) dari sektor pertanian / perhutanan / perikanan / perlombongan. ( 1 ) Contoh industri memproses kelapa sawit / getah asli / kayu balak / perabut  rotan , koko / lada hitam / minyak kelapa dan lain2 ( 2 ) dan memproses petroleum dan gas asli ( 1 )        : 5 x 1 markah = 10m

b.            4 ciri industri primer
isi
Huraian
M
1.    lokasi
Terletak berdekatan dengan kawasan sumber  pengeluaran
2
2.    bergantung bahan mentah
Seperti getah, kelapa sawit, timah dll
2
3.    hasil industri menjadi input industri sekunder
Memproses bahan  dari kelapa sawit contoh sabun, majerin dll. Getah – buat tayar, sarung tanggan dll.
2
4.    Modal yang besar
Bina kilang pemprosesan, pengurusan kilang dan pembayaran gaji pekerja yang berintensifkan buruh
2

4 isi x 2 markah
8

c.             Kepentingan industri primer.          ( 12 markah)
isi
Huraian
M
1.   Peluang pekerjaan
Pemandu, pekerja, pengurus, pembekal, pemasaran dll. Peningkatan pendapatan perkapita penduduk, taraf hidup tinggi, kuasa beli, mengurangkan opengangguran
2
2.   Pendapatan negara ( KDNK )
Eksport pengahwa dingin, peralatan elektrik dan elektronik dll
2
3.   Pemindahan teknologi dan kepakaran
R&D, Hi-Tech, inovasi baru dan pembauran, mengekalkan daya saing antarabangsa, pemindahan teknoklogi dari negara maju seperti Jepun dan Jerman
2
4.   Perluasan saiz pasaran
Peringkat antara bangsa- ASEAN, APEC, Timur Tengah dan tidak bergantung pasaran domestik semata-mata
2
5.   Kesan pengganda
Mengembangkan industri berkaitan seperti pertanian, perikanan, perlombongan, pengangkutan dll contoh minyak masak, sabun, majerin
2
6.   Mempercepatkan pembangunan fizikal
Pembangunan infrastruktur, bandar baru, kemudahan sosial dan lain-lain
2
5.            a.            Satu kegiatan ekonomi tertier      ( 1 markah )
isi
Huraian
Markah
Pengangkutan/ perbankan/penyediaan insuran/pelancongan/perubatan/pendidikan dan lain-lain.  Mana-mana kegiatan ekonomi tertier yang sesuai.
1

                b.            Menyatakan dua tujuan kajian.      ( 2 markah )
isi
Markah
  1. Potensi /Kepentingan / Sumbangan Kegiatan
1
  1. Kesan Kegiatan Ekonomi
1

2

c.             kaedah kajian.                                    ( 2 markah )
isi
Markah
kaedah primer dan sekunder
1 + 1

2

d.            Kepentingan.                                   ( 8 markah )
isi
Huraian
M
  1. Peluang pekerjaan
Meningkatkan taraf hidup dan mengurangkan kadar pengangguran
2
  1. Kesan pengganda
Kesan sektor lain seperti IKS, restoran , pengangkutan dan pelancongan
2
  1. Meningkatkan pembangunan
Infrastruktur dan pembangunan kawasan terbiar
2
  1. Mewujudkan kepelbagaian ekonomi
Sektor perkhidmatan , memanfaatkan sumber setempat
2
  1. Pasaran dan permintaan yang tinggi
Pasaran dalam & luar negara, harga yang kompetetif, pilihan memenuhi citarasa, , memudahkan pemasaran hasil pengeluaran dan lain-lain.
2
4 isi  x 2 markah :
8

e.            Tiga kesan kegiatan ekonomi.                       ( 6 markah )
isi
Huraian
M
1.   Pencemaran air
Pembuangan sisa kumbahan, sisa domestik, p
2
2.   Pencemaran udara
Asap kenderaan, pembakaran terbuka
2
3.   Pencemaran bau dan bunyi
Longgokan sampah, sisa makanan dan lain-lain
2
4.   Hakisan tanah dan gerakan jisim
Pembersihan hutan untuk pembinaan hutan dan tanah runtuh
2
5.   Gangguan hidrologi
Penebangan hutan mengurangkan susupan air, kurang sejatpeluhan , kejadian banjir lumpur
2
6.   Gangguan ekologi
Penimbusan paya untuk penempatan, kemusnahan eekosistem hutan dan habitat musnah
2
3  isi x 2 markah :
6

f.             Tiga langkah  bukan perundangan               (6 markah )
isi
Huraian
Markah
  1. Pengurusan strategik
  1. Benteng, konkrit, sangkar dawai
  2. Kongsi kereta
  3. Penggunaan petroleum tanpa plumbum
  4. Penapisan asap kenderaan
  5. Amalan kitar semula
  6. Kaedah tebang reput
4
  1. Kempen dan pendidikan alam sekitar
  1. Kempen kesedaran NGO, PBT
  2. Pendidkan formal
  3. Kempen JAS dan kerajaan.
2
Peraturan :  2 + 1 x  2 markah :
6

 6.    a.    Tiga buah bandaraya global
Isi Utama/ Judul
Huraian
M
1.       Nama tiga buah bandaraya global
Bandaraya dunia yang memainkan peranan ekonomi, kebudayaan, politik pada peringkat dunia seperti London, New York, Washington
3
Peraturan : 3 isi x 1 markah
3

b.  Ciri-ciri utama bandaraya global
Isi Utama/ Judul /Huraian
M
1.   Penduduk melebihi 10 juta juta orang
2
2.   Mengamalkan gaya hidup kosmopolitan
2
3.   Pusat tumpuan kewangan dunia, ibu pejabat bank  dan firma kewangan antarabangsa
2
4.   Pusat persidangan dunia bagi pelbagai  pakatan, kerjasama dan pertubuhan antarabangsa
2
5.   Pusat penyelidikan  dan pembangunan global  dalam aspek teknologi  robotik serta teknologi maklumat dan komunikasi
2
6.   Pusat tarikan pelancongan bertaraf dunia
2
Pemarkahan:  5 isi x 2 markah
10

c.             Impak sosial yang dialami oleh penduduk  akibat proses pembandaran di bandara Mertropolitan Asia Tenggara.            ( 12 Markah )
isi
Huraian
M
  1. Kesesakan lalulintas
Pertambahan kenderaaan, tak dapat menampung aliran trafik,
2
  1. Kualiti hidup penduduk terjejas
Pencemaran pesekitaran, udara dan air, bau dan bunyi dan pelbagai penyakit tersebar
2
  1. Ketidakselesaan hidup
Kesesakan jalan raya, banjir kilat, pulau haba dan lain-lain.
2
  1. Peningkatan kadar penganggguran dan kemiskinan bandar
Persaingan dengan pekerjaan asing, peluang pekerjaan tidak seimbang dengan bilangan penduduk, kadar pendidikan yang rendah
2
  1. Masalah sosial
Perogolan, jenayah, ragut,penyakit
2
  1. Setinggan
Kos hidup yang tinggi, harga rumah yang melambung dan kekurangan rumah mampu milik dan proses urbanisasi palsu
2
  1. Kemudahan prasarana dan kemudahan bandar bertambah
Jalan raya, keretapi, komuter, mebeli belah, hodpital, pendidikan – peningkatan kualiti hidup

  1. Kepelbagaian kegiatan ekonomi bandar
Sektor perindustrian, perkhidmatan, penwaran gaji yang lumyan , peningkatan taraf hidup

 Permarkahan terbuka : 6 isi x 2 markah :
12

 7.           Merujuk pakatan kerjasama ekonomi ASEAN
                a.            i.              Maksud  segitiga pertumbuhan ASEAN.             ( 3 markah )

Isi
M
a.
i.    Maksud segitiga pertumbuhan ekonomi   ASEAN
segitiga pertumbuhan merujuk kerjasama ekonomi antara tiga hingga empat buah negara ASEAN yang menumpukan pembangunan di sesuatu kawasan yang kecil di rantau ASEAN. Teras kerjasama ialah untuk saling membantu dan melengkapai antara satu sama lain bagi memastikan setiap anggota menikmati keuntungan dari kerjasama tersebut. Antara segitiga pertumbuhan yang dilaksanakan ialah IMT-GT, IMS-GT dan BIMP-EAGA
3

ii.  Tiga pakatan segitiga pertumbuhan ekonomi ASEAN
a.       IMT-GT
b.      IMS-GT
c.       BIMP-EAGA         ( mana-mana 2 pakatan kerjasama ekonomi di atas )


2

Jumlah markah:
5

b.            Huraikan kebaikan yang diperolehi oleh negara-negara ASEAN melalui pembentukan pertubuhan segitiga pertumbuhan   (10 markah)

Isi
M
1.
Meningkatkan pembangunan sumber alam sekitar dan menyelesaikan masalah alam sekitar
2
2.
Meluaskan pasaran dan perdagangan antara negara anggota
2
3.
Perkongsian dan perlaburan modal
2
4.
Perkongsian tenaga buruh  dan buruh mahir
2
5.
Meningkatkan teknologi dan R&D dalam kalangan negara anggota
2

Jumlah markah: 5 isi x 2 markah
10