PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Friday, August 30, 2013

PAMERAN LOKOMOTOF DAN GERABAK KERETAPI TURKI ZAMAN KERAJAAN OTHMANIAH

Pameran terbesar pelbagai jenis Lokomotif dan gerabak keretapi semejak zaman Kerajaan Islam Othmaniah di Turki. Ianya di pamerkan di Muzium terbuka di Istanbul.







Saturday, August 10, 2013

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGAGALAN CERUN

Cerun landai - kegagalan cerun rendah 


Faktor semula jadi / fizikal

Cerun curam - kegagalan cerun tinggi. 

1. Jenis cerun.
  • Cerun landai kegagalan cerun pelahan manakala cerun curam kegagalan cerun akan lebih cepat.

  
2. Jenis batuan.
  • Batuan keras ( batuan granit dan metamorfosis) proses kegagalan cerun akan lebih lambat.
  • Batuan lembut ( batuan enapan) proses kegagalan cerun menjadi lebih cepat bertindak.


Tumbuhan dapat melindungi kegagalan cerun di cerun
3. Liputan Tumbuhan.
  • Litupan tumbuhan yang menutup tanah dari tindakan luluhawa dan hakisan boleh memgurangkan kesan kegagalan cerun berbanding
  • kawasan cerun yang terdedah kepada tindakan luluhawa dan hakisan yang boleh membantu proses kegagalan cerun yang lebih giat.


    4. Hujan yang lebat dan pencairan salji
    • Hujan tahunan yang lebat ( melebihi 2000 mm ), terutama di kawasan tropika lembap menggalakkan berlakunya pergerakan jisim / kegagalan cerun.
    • Air hujan yang menyerap ke dalam tanah akan menjadi agen pelincir dan pemberat. Air dalam tanah memudahkan pergerakan tanah kerana fungsinya sebagai pelincir manakala tanah yang basah menjadi lebih berat dan mudah bergerak bebanding tanah yang kering. Hujan  apabila bercampur dengan tanah akan menghasilkan aliran lumpur.
    • Di kawasan sederhana dunia, apabila salji mencair tanah di bahagian atas akan bergerak ke bawah cerun dalam bentuk gelangsar kerana tanah tersebut menjadi licin.


    5. Kegiatan luluhawa.
    • Di kawasan tropika lembap luluhawa dalaman berlaku dengan giat dan jauh ke dalam bumi ( melebihi 30 meter ). Luluhawa dalaman terutama di cerun akan menghasilkan lapisan regolit yang tebal dan longgar. Regolit tebal dan longgar ini mudah untuk bergerak akibat tarikan graviti. Ini akan meningkatkan proses kegagalan cerun dengan bantuan luluhawa mekanika dan kimia.

    Letusan Gunung Berapi menyebabkan tebing cerun runtuh.

    6. Letusan gunung berapi dan gempa bumi.
    • Berupaya untuk membentuk gegaran yang kuat ke atas cerun. Gegaran ini menjadikan tanah di kawasan cerun longgar ,tidak stabil dan seterusnya mudah untuk runtuh. Proses ini dinamakan sebagai kegagalan cerun mendadak / sangat cepat.



    Faktor aktiviti manusia

    1. Penebangan / kegiatan pembalakan di cerun.
    • Akar tumbuhan berfungsi untuk memegang dan mencengkam tanah di cerun. Ketiadaan tumbuhan menyebabkan tanah di cerun tidak stabil dan mudah runtuh. Jadi aktiviti pembalakan dan penyahutanan boleh mempercepatkan proses kegagalan cerun terutama cerun di tebing yang curam.


    2. Pertanian.
    • Pertanian tanpa teres akan mengurangkan kestabilan cerun. Pertanian melibatkan aktiviti penebangan tumbuhan asal di sesuatu kawasan. Ketiadaan tumbuhan mengurangkan cengkaman akar yang memegang dan mencengkam tanah di cerun. Aktiviti pembajakan tanah terutama dilereng-lerang gunung menjadikan struktur tanah menjadi longgar dan mudah untuk runtuh. 


    3. Perlombongan kuari.
    • Kebiasaannya aktiviti perlombongan kuari melibatkan penggunaan bahan letupan dan kerja-kerja pengorekan tanah. Struktur tanah kawasan cerun menjadi longgar. Gegaran akibat penggunaan bahan letupan menyebabkan tanah dan batuan di cerun mudah pecah dan runtuh.


    4. Pembinaan.
    Pembinaan perumahan mempercepatkan proses kegagalan cerun
    • Aktiviti pembinaan seperti pembinaan jalan raya, bangunan di cerun akan menlibatkan hutan asal kawasan tersebut ditebang. Penebangan hutan akan mendedahkan permukaan bumi kepada aktiviti luluhawa yang menyebabkan tanah di kawasan tersebut menjadi peroi, longgar dan tidak stabil. Tanah yang peroi, longgar dan tidak stabil mudah untuk jatuh sekiranya berlaku gegaran, hujan dan sebaginya.
    • Begitu juga pembinaan bangunan-bangunan di cerun seperti pembinaan hotel, rumah kediaman dan sebagainya akan melibatkan kerja-kerja penggorekan, pengemburan tanah dan penebangan tumbuhan asal di kawasan tersebut.  Permukaan bumi yang terdedah dan tanah yang longgar akan mempercepatkan proses kegagalan cerun.


     5. Penternakan.
    • Kegiatan penternakan binatang seperti lembu dan kambing secara intensif akan menyebabkan berlakunya ragutan agresif/berlebihan di kawasan cerun. Ini akan mendedahkan permukaan cerun kepada proses-proses geomorfologi seperti hakisan dan luluhawa. Rumput yang menjadi pemegang dan pencengkam tanah melalui peranan akarnya, akan hilang peranannya jika kegiatan penternakan intensif di kawasan berbukit. Ketiadaan rumput menyebabkan struktur tanah di cerun menjadi longgar, yang mana akan meningkatkan proses kegagalan cerun berlaku.


    6. Pembinaan jalan raya / lebuh raya.
    Pembinaan jalan raya melibatkan pembersihan tumbuhan asal
    • Melibatkan kerja-kerja pemotongan cerun atau susuh bukit menyebabkan kecerunan cerun bertambah. Cerun yang curam tidak stabil dan mudah runtuh. Ianya turut melibatkan penebangan tumbuhan asal kawasan tersebut menyebabkan permukaan bumi terdedah kepada proses-proses geomorfologi seperti hakisan dan luluhawa. Akar tumbuhan berperanan memegang dan mencengkam tanah daripada runtuh.

    SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1434 HIJRAH

    Ada hari raya hanya untuk berseronok, makan minum, main mercun, pakai baju baru?
    Adakah itu nama raya dalam Islam?

    Hari Raya Aidilfitri  atau "perayaan fitrah" disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya diraikan sebagai menandakan kemenangan dan kesyukuran kita yang telah dapat melawan hawa nafsu makan minum, mengawal dosa pancaindera dan shawat semasa dalam latihan bulan ramadhan. Kejayaan ini disambut secara beradab dan terkawal mengikut kehendak Ilahi jauh dari dosa dan noda. Kemudian ditambahkan pula berpuasa selama enam hari dibulan syawal dan terus mengaja diri dan nafsu dari apa yang ditegah oleh Allah SWT dan Rasul saw. 
    .
    Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.

    Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.

    Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak hari pertama berpuasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan. Oleh itu, pada kebiasaannya solat sunat Aidilfitri dilewatkan sedikit berbanding solat sunat Aidiladha. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri adalah bagi memberi peluang kepada mereka yang belum membayar zakat untuk menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. Berlainan pula, solat sunat Aidiladha digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. 

    Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil memuji kebesaran Allah. Tempoh bertakbir bagi Hari Raya Aidilfitri adalah antara terbenamnya matahari(hari terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari Raya Aidilfitri bermula pada pagi 1 Syawal tahun Hijrah. Hari raya disambut pada pagi hingga malam.

    Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri dari pagarmuseh.blogspot.com
    Semoga anda masih bersama dan memilih blog ini. Terima kasih semua di atas segala teguran dan pandangan yang membina dari penulis.

    Saturday, August 3, 2013

    AL QURAN SEBAGAI PETUNJUK




    "Barangsiapa yang berpaling dari peringatanKu (Al-Quran), maka baginya rezeki yang sempit. Dan di hari kiamat dia akan didatangkan dalam keadaan buta"  Surah: Thaha: 124.

    Al-Quran adalah pegangan hidup setiap muslim, petunjuk jalan agar tidak tersesat dalam mengharungi bahtera kehidupan. Jika kita peringatinya, tentu akan diberkati penuh keselamatan. Jika kita berpaling darinya, maka tentu akan ditimpa oleh berbagai bencana.

    Hal ini sudah merupakan ketetapan Allah SWT: "Sungguh telah berlaku sunnah (ketentuan) Allah, atas orang-orang sebelum kalian, maka berjalanlah kalian di muka bumi ini dan saksikanlah bagaimana akibat yang menimpa orang-orang yang mendustakannya (mengingkari Al-Quran)" .

    Bencana-bencana yang akan datang jika menjauhi dari Al-Quran:

    Pertama, bencana Moral. Apabila seseorang tidak berpedoman kepada kitabullah Al-Quran, maka tentu dia akan mengikuti hawa nafsunya. Apabila banyak orang yang berlaku demikian, maka tentu akan berlaku bencana moral dalam masyarakat. Kerana moral seorang muslim tentu dibentuk atas dasar petunjuk dari Al-Quran.

    Kedua, bencana Fizikal. Hal ini diungkapkan Allah swt dalam surat Al-A'raaf ayat 96: 

     

    " Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, Pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat kami) itu, Maka kami siksa mereka disebabkan perbuatannya".

    Kepada kaum-kaum penentang sebelumnya, Allah swt telah menurunkan azab, gelombang seperti tsunami terhadap kaum nabi Nuh AS, hujan batu yang menimpa kaum Nabi Luth as kerana menganut homo seks, Firaun yang ditenggelamkan kerana menentang Musa AS, dan tentunya tengoklah apa yang menimpa para penentang Nabi Muhammad SAW, seperti Abu Jahal, Abu Lahab, Umayyah bin Khalaf, Musailamah Alkadzzab dll.


    Ketiga, bencana Ekonomi. Kata ma'isyatan dhanka  %Z3Y|ÊZpt±ŠÏètB  dalam surat Thaha: 124 diatas bermakna mata pencarian yang sempit. Rezeki akan susah, tekanan ekonomi semakin berat, lantaran mereka jauh dari Al-Quran.

    Keempat, bencana Sosial. Manakala kaum muslimin jauh dari Al-Quran, tentu hubungan ukhuwwah sesama muslim tidak akan baik. Hubungan dengan jiran tetangga, hubungan-hubungan sosial akan rosak. Hal ini merupakan bibit-bibit perpecahan ummat bahkan perpecahan bangsa. Jika ini berlaku, tentu merupakan bencana sosial bagi kita semua.

    Kelima, bencana Keimanan; Kerosakan iman kaum muslimin akan menjadi sasaran akhir jauhnya mereka dari pedoman hidup Al-Quran. Tidak faham Al-Quran, sehingga mereka tidak faham kenapa perlu mengerjakan solat, mengapa diwajibkan berpuasa, mengapa perlu membayar zakat, haji dan seterusnya. Lama kelamaan mereka akan mula bertanya, mengapa kita harus beriman?

    Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber fiqhislam.com, Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...