PENYELIDIKAN PRA-U 2011

Wednesday, October 31, 2012

SAMBUNGAN PECUTAN TERAKHIR - STPM 2012



LEMBANGAN SALIRAN. 

Jawab soalan-soalan yang ditinggalkan sebagai latihan. 
A) HAKISAN

Konsep/Tajuk
Huraian
Hakisan
Proses penghausan atau pengukiran muka bumi dengan pemindahan keluar oleh agen-agen seperti air mengalir dan ombak.
HAKISAN PERMUKAAN
Hakisan permukaan
Proses penghausan atau pengukiran muka bumi yang berlaku kerana pergerakan air di permukaan sebelum masuk ke dalam alur.
JENIS
1. Percikan hujan
Pencungkilan tanah di muka bumi yang disebabkan daya yang wujud dari titisan hujan.
2. Kepingan/Meluas
Kepingan tanah yang terhakis di permukaan yang homogen oleh larian permukaan.
3. Galir
Hakisan dari atas cerun ke bawah cerun dengan menghasilkan alur-alur yang kecil
4. Galur
Hakisan dari atas cerun ke bawah cerun dengan menghasilkan alur-alur yang besar.

HAKISAN DALAM ALUR
Konsep/Tajuk
Huraian
I. JENIS
1. Mendalam
Hakisan oleh tindakan sungai ke dasar.
2. Melebar
Hakisan oleh tindakan sungai ke tebing/sisi.
3. Mengundur/
    memanjang
Hakisan oleh tindakan sungai di hulu atau di bahagian hilir semasa kejatuhan aras laut/ proses balik muda.
II. CARA
1. Hidraul
Kuasa pencungkilan tanah dalam alur oleh kuasa air mengalir itu sendiri tanpa bantuan beban.
2. Geseran/lelasan
Hakisan terhadap tebing dan dasar secara dilelas oleh beban yang dibawa dalam sungai

3. Lagaan
Hakisan yang berlaku antara beban yang dibawa oleh sungai apabila beban-beban itu berlaga antara satu sama lain.
4. Larutan
Hakisan dalam alur yang berlaku apabila tanah dalam alur itu terlarut apabila air sungai mengalir terutamanya di kawasan batu kapur atau kawasan tanah liat.
III. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HAKISAN
1. Halaju air
Semakin deras /laju aliran air kadar hakisan meningkat.

2. Kecerunan
Semakin curam, halaju tinggi maka kadar hakisan meningkat
.
3. Bentuk alur / 
   Geometri sungai
Sungai semakin lurus kadar hakisan meningkat.
Bahagian cekung sungai , kadar hakisan meningkat.

4. Jenis batuan
Batuan yang keras seperti batuan igneus sukar dihakis. Kawasan batuan kapur, kadar hakisan meningkat. 

5. Bahan Muatan
Semakin banyak muatan dalam sungai kadar hakisan secara lelasan akan meningkat.

IV.BENTUK MUKA BUMI HASIL HAKISAN SUNGAI
1. Air terjun
Air terjun terbentuk apabila aliran air yang berubah gradien secara tiba-tiba akibat daripada kadar hakisan yang berbeza dalam alur tersebut.
2.Jeram
Bentuk muka bumi yang terhasil kerana hakisan di dasar terhadap batuan yang berbeza kekerasan secara menegak . Batuan keras yang tertonjol membentuk jeram di dasar sungai.
3. Lubuk sungai
Hakisan di dasar sungai melalui pusaran air terhadap batuan yang merekah atau lembut di dasar sungai.
4. Lurah bentuk
    “V”
Akibat sungai yang bersaliran deras di hulu menjalankan hakisan mendalam / dasar  membentuk lurah bentuk “ V “


B) PENGANGKUTAN
   
Konsep/Tajuk
Huraian
Pengangkutan
Pemindahan bahan-bahan terluluhawa/terhakis dari satu tempat ke tempat yang lain oleh agen seperti air mengalir,sungai dan ombak.

PENGANGKUTAN SUNGAI
I. CARA PENGANGKUTAN SUNGAI
1. Golekan
Bahan –bahan yang bundar dan besar yang digerakkan di dasar sungai.
2. Loncatan/seltasi
Butiran-butiran batuan yang kecil seperti batu lada dan pasir kasar yang  dijulangkan oleh arus sungai sebelum jatuh semula akibat tarikan graviti dalam alur.
3. Ampaian
Bahan-bahan mendak yang halus dan ringan seperti tanah liat dan kelodak digerakkan secara terampai-ampai dalam air.
4. Apungan
Bahan-bahan yang mempunyai ketumpatan yang rendah di angkut di permukaan air secara terapung-apung.
5. Larutan
Batuan yang bersifat larut dalam air seperti batu kapur dan garam batuan akan terlarut dalam sungai dan diangkut dalam bentuk larutan.
II. FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PENGANGKUTAN SUNGAI
1. Isipadu
Semakin banyak isipadu air semakin tinggi kadar pengangkutan sungai, contohnya semasa banjir.
2. Saiz bahan
Batuan yang berat dan besar akan digerakkan secara golekan, yang sederhana secara loncatan dan saiz halus secara ampaian.
3. Cerun
Semakin curam halaju tinggi dan kadar pengangkutan juga tinggi.

4. Halangan
Halangan seperti akar atau binaan di sepanjang sungai akan menyebabkan kadar pengangkutan sungai rendah.
5. Bentuk Alur
Alur berbentuk ‘V’, tumpuan tenaga yang kuat di dasar maka kadar pengangkutan secara loncatan tinggi, alur berbentuk ‘ U’ tumpuan tenaga berkurangan pengangkutan cara ampaian dan apungan banyak berlaku.


C)  PEMENDAPAN

Konsep/tajuk
Huraian
Pemendapan
Proses yang berlaku apabila bahan - bahan muatan menjadi pegun, terlonggok dan tidak diangkut lagi oleh agen-agen seperti air mengalir, sungai dan ombak.
PEMENDAPAN SUNGAI
I. FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PEMENDAPAN SUNGAI
1. Isipadu
Peningkatan isipadu air, kadar pemendapan juga meningkat di bahagian tebing sungai.

2. Bahan muatan
Jumlah bahan muatan yang banyak - menyebabkan keupayaan mengangkut berkurangan dan kadar pemendapan meningkat.
3. Kecerunan
Semakin curam alur kadar pemendapan berkurangan, semakin landai alur kadar pemendapan akan meningkat.
4. Bentuk alur
Kadar pemendapan tinggi di bahagian cembung sungai kerana kuasa mengangkut terhalang.
5. Halangan
Semakin banyak halangan seperti akar pokok atau binaan kadar pemendapan akan bertambah kerana proses pengangkutan terhalang.
II. BENTUK MUKA BUMI HASIL PEMENDAPAN SUNGAI
1. Dataran Banjir/ 
    Mendap
Bentuk muka bumi yang terhasil di tebing sungai akibat longgokan bahan-bahan yang termendap akibat limpahan air sungai di kedua-dua belah tebing sungai.
2. Tasik Ladam
Terbentuk kerana pemendapan di bahagian likuan sungai yang terpenggal.

3. Tetambak
Longgokan bahan-bahan yang lebih kasar di bahagian tebing sungai semasa limpahan sungai berlaku.


CONTOH –CONTOH SOALAN HASIL TINDAKAN SUNGAI
1.     a)     Apakah yang dimaksudkan profil rentas sungai dan profil panjang sungai?                                                [5]
               
PROFIL RENTAS SUNGAI
Bentuk sungai yang dilihat dari tebing ke tebing sesebuah sungai  dan dilihat dari pandang depan.
PROFIL PANJANG SUNGAI
Bentuk sungai yang dilihat dari hulu ke hilir sesebuah sungai dan dilihat dari pandang sisi.


        b)    Huraikan faktor yang mempengaruhi halaju sungai . [10]                                                                                                                         
Isi
Huraian
1. Kecerunan
Semakin curam - halaju semakin tinggi.
2. Halangan
Halangan seperti tumbuhan atau binaan akan memperlahankan halaju.
3. Isipadu
Hujan yang lebat meningkatkan isipadu dan halaju air meningkat.
4. Beban
Jumlah beban yang banyak akan mengurangkan halaju air.
5. Bentuk alur
Aliran sungai yang lurus meningkatkan halaju air
       
    
    c)     Jelaskan kesan proses pemendapan sungai terhadap aktiviti manusia.                                                      [10]

Kesan/bentuk
Aktiviti
1.Dataran mendap
Pertanian –tanih alluvium – subur.
Akuakultur- buat kolam ikan .

2. Tasik Ladam
Akuakultur – ternak ikan dalam sangkar.
Rekreasi – aktiviti air seperti kayak, memancing.

3. Tetambak
Petempatan – untuk mendirikan rumah – bebas banjir.
Pengangkutan – bina jalan raya – bebas banjir.

4. Delta
Pertanian – tanih alluvium – subur  - padi, kelapa.

5. Beting pasir
Perlombongan – pasir



2.     a)     i) Apakah yang dimaksudkan dengan kepadatan saliran.   [3]

                __________________________________________________________________
                __________________________________________________________________
                __________________________________________________________________

                ii) Tunjukkan bagaimana kepadatan saliran dikira.        [4]
                  
            __________________________________________________________________
                __________________________________________________________________


b)       Mengapakah kepadatan saliran berbeza-beza antara satu lembangan dengan
        lembangan yang lain.     [8]
                
Faktor/Isi
Huraian
1. Hujan/Isipadu
Hujan yang lebat meningkatkan pembentukan alur-alur sungai. Kepadatan sungai tinggi
2.Tanah rata /         
   bukit bukau.
Kawasan yang berbukit bukau menghasilkan banyak alur-alur sungai menuruni cerun- kepadatan tinggi. Tanah pamah menghadkan pembentukan alur – kepadatan rendah.
3. Litupan
    tumbuhan
Tumbuhan yang padat mengurangkan larian permukaan , meningkatkan resapan – kepadatan rendah.
4. Kekerasan 
    batuan

Batuan yang keras sukar dihakis – kepadatan rendah
Batu yang telap air resapan tinggi - kepadatan rendah
Batu yang lembut mudah terhakis – kepadatan tinggi.

        c)     Jelaskan bagaimana aktiviti manusia boleh mengubah kepadatan saliran di sesuatu kawasan.              [10]

Aktiviti
Huraian
1. Pertanian
Pembinaan parit /terusan – kepadatan meningkat
2. Pembalakan
Pendedahan permukaan bumi – meningkatkan pembentukan alur – kepadatan meningkat.
3. Perlombongan
Mewujudkan tasik/takungan air – timbus sungai – kepadatan menurun
4. Empangan
Alur sungai tenggelam – kepadatan rendah
5. Kerja melurus
    sungai
Alur sungai menjadi pendek -kepadatan rendah.

 
3.   Berdasarkan kajian yang dijalankan di mana-mana bahagian sungai :
        a)     Terangkan tiga cara mengesan pencemaran di sungai tersebut.          [3]
   
Isi
Huraian
Tempat

1. Pemerhatian
Warna air sungai
2. Pengukuran/        
    Ujian
-Kertas litmus – pH – kesan asid atau alkali
-Kertas turas – mengukur kelodak
3.Petunjuk biologi
Kehadiran kehidupan air – ikan
4. Deria
Bau air

b)       Namakan empat bahan yang mencemarkan sungai tersebut.    [4]
1.       sisa organik – najis,
2.       sisa toksik- logam
3.       bahan enap cemar – kelodak,pasir ,liat
4.       mikrorgnisma – e-coli, f-coli
5.       detergen-sabun pencuci


c)       Huraikan tiga punca yang menyebabkan pencemaran di tempat tersebut.     [6]

Isi
Huraian/punca
1. Sisa organik
Punca dari kawasan pertanian, ladang ternakan dan sisa domestik.
2. Sisa toksik
Kawasan industri pemprosesan- kilang baja, kilang cat
3. Enap cemar
Pembalakan, pertanian , perlombongan, pembinaan
4. Mikoroganisma
Kawasan pelupusan sampah dan domestic
5.Detergen/ bahan
    pencuci.
Aktiviti pencucian



d)       Terangkan tiga kesan pencemaran sungai terhadap alam sekitar di kawasan tersebut.  [6]

Kesan
Huraian
1. Bekalan air




2. Penangkapan   
    ikan





3. Banjir




4. Ekosistem
    Akuatik






e)       Cadangkan tiga langkah untuk mengurangkan kesan pencemaran sungai tersebut.[6]
                                                                                                                                                                                                
Langkah
Huraian
1. Rawatan air




2. Kempen  
    kesedaran





3. Denda




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...