Hakikatnya setiap fenomena alam yang terjadi di bumi,bima sakti dan alam semesta pastinya ada hikmah disebalik kejadian tersebut pada 22 Januari 2012 lalu, Kesan daripada ini sedikit telah menyebabkan perubahan medan megnet bumi secara mendadak dan frekuensi tinggi yang dihasilkan mampu mengganggu pancaran radio yang digunakan dalam sistem komunikasi kapal terbang, berhampiran Kutub Utara dan sekitar Amerika Utara, Eropah serta Asia.

Gambar kesan ribut solar 3 RIBUT GEOMAGNET 2012 MENINGGALKAN KESAN KEPADA BUMI
Dalam pada itu nenurut Pusat Kaji Cuaca angkasa lepas Amerika Syarikat, situasi itu menyebabkan zarah suria bergerak 2 ribu kilometer per-saat, 5 kali ganda berbanding gerakan normal.
Disebalik fenomena ribut solar ini,ianya meninggalkan kesan yang indah untuk mata memandang, iaitu Aurora Borealis terhasil daripada cebisan elektron bersama dengan medan magnetik besar yang terlepas di udara akibat ribut solar.Hasil daripada tindakbalas ini ianya menghasilkan cahaya terang yang berwarna seperti cahaya lampu fluoresent.